Monday, February 9, 2009

Nah Nizar Calon Aku untuk Bt Gantang~ref Malaysiakini

Mohon maaf dari keluarga Allahyarham.
Begitulah sirah kewafatan Rasullah, sebahagian sahabat menguruskan jenazah baginda, manakala sebahagian sahabat besar lain terus mengadakan mesyuarat penlantikan khalifah.
Segalanya dalam ilmu Allah.

Dalam konteks Malaysia, SPR kalau tak nak makan penampar, ada 60 hari untuk mengadakan pilihanraya kecil.
Pemimpin PR mempunyai banyak masa untuk berbincang dan merancang untuk memilih dan meletakkan calon yang terbaik.
Saya bukan ingin mendahului pimpinan, dan saya kurang berminat terlibat directly dalam pengurusan politik, namun atas semangat dari sirah tersebut, saya mengambil kesempatan di sini untuk mencadangkan Ir Nizar menjadi calon Prk59 ini. InshaAllah.

Nama beliau tengah harum sebagai pemimpin dan pejuang kita.
Membuktikan kita menyayangi dan mempertahankan beliau.
Sebagai simbol dan simbolik perjuangan kita menentang kebatilan politik Umno di Perak terkini khususnya yang memainkan isu kesultanan dan perampasan kuasa demokrasi rakyat.
Moga menjadi rezeki beliau untuk melangkah ke peringkat pusat InshaAllah.
(Allah Maha Mengetahui bila PR akan ke Pusat)

Wallahuallam.

12 comments:

  1. Periuknasi,
    Saya tak faham bagaimana UMNO ditohmah sebagai menggunakan isu kesultanan dan merampas kuasa di Perak?. Mungkin saya bodoh tapi sekurangnya saya terfikir ayat tersebut cuba untuk memesongkan fikiran rakyat kepada fakta sebenar. UMNO tak pernah menggunakan isu kesultanan Perak. Karpal sungguh-sungguh nak menyaman Sultan Perak. Dan Nizar benar-benar tidak mengikut perintah Sultan. Salahkah saya? Dan suasana di Perak bukanlah rampasan kuasa. Gila ke apa ni? BN memerintah kerana ia disokong oleh majoriti Adun. Tak kan PAS pula yang memerintah. Saya semakin tak faham dengan penyokong PAS. Adakah yang minoriti memerintah? Kalau ada bukan itu maksudnya gila? Dan tak siuman. Itu lah yang sepatutnya kena penampar dengan belakang tangan.

    ReplyDelete
  2. wahai sinenek bungaraya,

    kesian jugak kat nenek ni, nak kata nyanyuk tapi boleh tulis lagi, cucu tak boleh la marah-marah, nanti menderhaka... cuma cucu nak nasihat - cuba nenek buka minda dan matahati nenek luas - luas. kalu dah tua nek oi, kena bertaubat, nanti tak nyempat pulak.

    ReplyDelete
  3. tima kasih tuan bungaraya,
    soalannya bertahap tinggi dan ada teknikal undang2 juga,
    saya cuba lah menjawab sekadar saya mampu,
    _______________________________

    MB hanya boleh dilucutkan melalui undi tak percaya di dalam sidang dun.
    Dun akan bersidang bulan 4 nanti.
    ________________________________

    kerusi adun pula dikosongkan oleh kuasa speaker dewan.
    spr kerjanya mengatur pilihanraya,
    mahkamah pula boleh jadi pengesah kesahihan letak jawatan.
    nampaknya SPR dah ambil kerja speaker dan mahkamah.
    __________________________________

    bab sultan tu, media kata PR dan sekutunya melawan raja.
    hakikatnya PR hendak berdepan dengan Umno, tapi Umno berbentengkan SPR,istana,mahkamah.
    ___________________________________

    setakat tu je lah.
    _________

    nampaknya permainan persepsi sudah sama level.
    ada masa u menang, ada masa i menang..kata depa lah.

    ReplyDelete
  4. mmg benar BN disokong majoriti adun. BN menggunakan point ini untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan melalui kuasa Sultan.

    tp, persoalan yang lebih penting, adakah adun2 BN ini disokong majoriti rakyat Perak?
    ini hanya boleh dijawab melalui pilihan raya.
    dan inilah yang dituntut oleh PR.

    ReplyDelete
  5. info sejenak,

    pru12 undi popular.

    PR 442,660.
    BN 399,665.
    beza telur kecut 10%.

    ReplyDelete
  6. Salam Perunding .. salam semua

    Teman nambah sikit jer. PR melalui speaker telah mohon Sidang Khas di dewan bila2 masa sahaja. Tak perlu tunggu April .. tapi BN tak mahu. BN memang tak mahu ambil Perak ikut law.

    Cukup dulu.

    ReplyDelete
  7. Apa yang berlaku adalah tunjuk ajar dari UMNO juga, tanya Tajol Rosli, bapa siapa yang tidak hendak melepaskan jawatan MB tahun 1974, dan apa kata pemuda UMNO. Kalau UMNO boleh ikut undang tubuh negeri, PR nak ikut takkan tak boleh.

    ReplyDelete
  8. Kalo teman kate oghang bodoh macam bunga raye, memang dia bodoh. Ngaji tak habeh tu. teman boleh sinonim die ni dengan saudare kamarullail yang berforum dalam TB Awani hari tu. Name dia kat kampung 'Lun" . Sekarang ni jadi 'Luncai". Kat kampung keme die ni tak diterime. Eksen. Nengor oghang pun pilih-pilih. Hijrah le die cari tempat bernaaung suake politik kat Bukit Gantang. Dapat le Ihsan sikit, mungkin kt Bukit Gantang tu tak ada orang yang sehebat Tok Gantang, kononnye ngaku cucu cicit Tok gantang. Dulu banyak buat perkara kurafat kat Ghumahnye. Mintak die Pikio le dah nok ke kubor ni. Teman kesian tengok die tak ade pengaruh kat kampung.

    ReplyDelete
  9. SPR telah menegaskan bahawa kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang telah ‘tersurat’ dahulu sebelum beliau mendapat serangan jantung yang mana beliau sendiri ‘tidak rela’.

    Justeru’ kematian’ ini tidak sah dan kerusi Parlimen Bukit Gantang tidak akan di kosongkan.

    Pilihanraya kecil tidak akan di adakan.




    KAH KAH KAH.... KAH KAH KAH... KAH KAH KAH..

    Al-Fatihah kepada Almarhum ustaz Roslan..

    ReplyDelete
  10. tima kasih oghang repoh,
    orang Perak mesti tau sepak terajang orang meno tu...
    kat Bt Gantang ni pandai2lah kau orang terajang dia orang kat kertas undi..he he.

    ReplyDelete