Pertamanya saya perlu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Us Roslan Shahrum YB MP Bukit Gantang Perak dengan kata banyakkan bersabar dan redha lah dengan qada dan qadar Allah.
Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.
Moga Allah bagi kesabaran dan pahala kepada keluarganya.
Moga Allah bagi kebaikan yang lagi baik atas kebaikan yang pergi.
Maha suci Allah.
Begitulah ajal maut, jodoh nikah, rezeki makan minum, pangkat dan jawatan, kuasa dan pemerintahan, segalanya milik Allah.
Sekarang kita akan mendapat satu pilihanraya kecil.
Biarpun ia bukan di peringkat Dun, namun ia boleh menjadi satu kayu ukur.
Benarkah rakyat boleh menerima BN.
Rakyat boleh membuktikan bahawa pilihan mereka ialah PR.
Peluang untuk meningkatkan undi.
Peluang untuk menterjemahkan segala peristiwa yang berlaku di Perak.
Mari kita banyakkan istighfar, doa dan usaha dalam menghadapi semua ini.
InshaAllah.
salam....inilah masanya untuk rakyat Perak buktikan kebenaran.Persoalannya, dimana perlu diutamakan; agama,bangsa atau parti??
ReplyDeletekesemuanya sekali.
ReplyDeletemunkin ini petunjuk dari,Allah.apajua keputusan kita kena terima .jangan adasaja yang tak betul kalau hasil tidak menyebelahi kita , kita mesti dan wajib percaya tentuan ilahi.
ReplyDeletebila ditimpa musibah,
ReplyDeletestep yg perlu diambil.
____________________
sabar itu ialah respon kita ketika (di saat)berlaku musibah itu.
___________________
ucapan inna lillah..
bagi ku sabar..
bagi ku pahala..
gantikan yang lebih baik..
sila rujuk hadis.
________________________
tindakan seterusnya ialah atas sifat kita sebagai manusia.
contoh dirompak,diragut,dicuri di apa2 lah.
langkah 1. seperti di atas tadi.
langkah 2. report polis, minta tolong orang ramai dll.
Setuju sgt kekosongan utk parlimen Bukit Gantang diisi oleh YB Ir Nizar. Barulah bertemu buku dgn ruas...jumpa Najib di Dewan Negara pulak!!!
ReplyDelete