Saturday, February 14, 2009

Undi Percaya untuk PakLah~ref Malaysiakini

Hah satu idea menarik.
Periksa tarikh ni,
28Mac2009 Najib akan confirm jadi Presiden Umno.
29Mac2009 hari penamaan calon 2 Bukit.
30April2009 PakLah 'sepatut'nya meletak jawatan.
1April2009 Najib dan Rosmah 'patut' jadi PM atau April Fool kot??
7April2009 Prk Bt Gantang dan Bt Selambau.

Sebelum tu 16Mac2009 keputusan rayuan Pensiangan, boleh jugak prk serentak di sana juga.

Prk telah dielakkan daripada berlaku dalam bulan Mac, maka tiada lagi alasan untuk menangguhkan pemilihan Mac Umno.
Tiada alasan untuk melengahkan PakLah undur.

Geng PakLah tinggal satu lagi peluang dan jalan.
Ajukan undi percaya PakLah di Parlimen.!!

Hj Hadi dah setuju.
Jika PR setuju dah dapat 83 undi.
Hah apa lagi SUKJ, Panglima Perang Cyber cari lagi 29 undi dari MP Bn.
Lembiklah kalau tak dapat cari.

idea asal http://rockybru.com.my/.

Umno Bn Tiru Strategi PR~ref Malaysiakini

BN Tiru Strategi PR
Sebaik saja membuat silap di Permatang Pauh dek kerana terlalu lambat mengumumkan calon,
Umno Bn meniru PR dengan menamakan calon secepat mungkin di Kuala Terengganu,
Iaitu lebih kurang 12 hari mendahului calon Pas.

Pas pula di Kuala Terengganu meletakkan calon betul betul anak tempatan yang bukan sahaja lahir di situ malah tinggal sepenuh masa di Wakaf Mempelam di dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Kali ini Umno Bn sekali lagi ingin meniru taktik PR.
Mereka sudah menegaskan mereka ingin anak tempatan untuk calon Bt Gantang. Tiru jugak.
Mereka juga teragak agak nak mengumumkan calon. Tiru jugak.

Alahai Umno Bn.
Lain padang lain belalang.
Different man different stroke.

Pakatan BN Berantakkan Pasal Calon~ref Malaysiakini

Pakatan Bn Berantakkan Pasal Calon.

Belum apa2 lagi Pakatan BN sudah nampak goyah dan berantakkan berebutkan calon untuk Prk Bt Selambau.
Mic mahukan kerusi tersebut kerana sudah 4 penggal mereka bertanding di sana.

Umno menegaskan mereka mahukan calon mereka di kerusi tersebut.
Umno kata mereka sekarang lebih berpengaruh.
Mereka kata Mic sudah hilang sokongan pengundi India.

Mca pula sudah mempersoalkan lantikan orang Gerakan yang kalah sebagai penasihat kerajaan Umno Perak.

Perak far from Finnish.

Friday, February 13, 2009

Selamat Menyambut Hariraya..ehh Pilihanraya~ref Malaysiakini

Selamat Menyambut Hariraya..ehh Pilihanraya.

Diumumkan untuk diadakan pada 7April2009, dua Bukit serentak.
Iaitu hari terakhir dalam tempoh 60 hari.
Kenapa ekk?

Dari sudut kepentingan BN selepas mendapat 5 hari untuk memikirkannya.
Notis 9.2.2009, SPR umum pada 13.2.2009.

Jika dibuat sepantas kilat dalam bulan Feb atau minggu pertama Mac,dapat mengelak kesibukan dan kepanasan pemilihan Umno dan juga ketidaktentuan peralihan kuasa.
Tetapi suasana rakyat menyokong PR masih terlalu panas, 97% kalah BN.

Sepanjang Mac, tak boleh juga, sibuk sebab di atas tadi.
Maka, tarikh terbaik ialah hari terakhir dari tempoh 60 hari, 7April2009.

Mana untungnya kepada Umno Bn?
Harap suhu rakyat dah kendur.
Harap Najib dan Rosmah dah jadi PM.
Kalau kalah dah tak mengapa.
Pemilihan dah selesai.
Kalau sesapa nak sabotaj pun takpe.

Kepada PR.
Bila bila masa, kalau nak satu Malaysia pun takpe.

Kepada rakyat.
Buktikan kerajaan Perak hak Rakyat Perak.

Selamat melaksanakan Hak Rakyat.
Berkorban lah untuk menegakkan demokrasi kebenaran.
Buktikan rakyat BOLEH.

Apa perlu SPR buat alasan Merepek~ref Malaysiakini

SPR tak perlu bagi alasan merepek.

Apa perlu SPR bagi alasan merepek, terpaksa buat serentak untuk mengelakkan tempoh berkempen yang kononnya menimbulkan keresahan dan ketidaktenteraman awam.
Apahal pulak.
Memang semua orang suka buat serentak, mudah cerita dan urusan.
Tak payah nak bagi alasan ketegangan awam lah, tak selesa lah, buat je lah serentak.
Siapa nak bangkang pun.
Dasar perepek, kerja merepek.

Khir Toyo dah Kempen!! Mukhriz, KJ bila Lagi??~ref Malaysiakini

Khir Toyo dah kempen, Mukhriz, KJ bila lagi?

Khir Toyo telah melakukan kempen berani lagi ke depan.
Suh polis tahan, hebohkan satu Tanah Malaya dengan press conference.
Nampak macam hero berdarah muda.

Cepat KJ, kurang-kurang kena sembur dek Fru,
lepas tu amik gambar mata pedih berair,
masuk Utusan dengan Tv3suku.

Mukhriz kena cari idea baru.
Pandai pandailah ya.

p/s SUKJ cepat cari idea and arrange utk Bos.

Kerajaan Perak Milik Rakyat Perak!!~ref Malaysiakini

Kerajaan Perak milik Rakyat Perak.

Biar apa media cuba promote Mb Umno Zambry, kerajaan Perak tetap bukan milik Umno.
Biar apa media cuba pesongkan Mb PR IrNizar, status jawatannya masih belum meletak jawatan sebagai MB kerajaan Perak milik rakyat Perak.

Lihat poll terkini yang dilakukan oleh seorang pengkaji politik bertauliah menyatakan 74% rakyat Perak mahukan hak mereka ke atas Perak melalui pilihanraya.
Klik Most Perakians want fresh poll.

Hak rakyat untuk menentukan siapakah yang layak membentuk dan memerintah kerajaan Perak.
Hak rakyat hanya dapat direalisasikan melalui pilihanraya.
Hak pilihanraya hanya dapat dilaksanakan melalui pembubaran Dun Perak.
Hak rakyat dapat menetukan kerajaan Perak dengan senang dan puas hati melalui pilihanraya.

IrNizar keluar atau tidak dari Kediaman Rasmi MB, kerajaan Perak tetap milik rakyat Perak.
Klik Nizar to vacate official residence, file suit tomorrow.
Biarpun apa keputusan mahkamah atas saman di file oleh IrNizar hari ini, kerajaan Perak tetap milik Rakyat Perak.
Klik Crowd gathers outside court complex.
About 100 people, including opposition politicians and supporters, have gathered outside the Jalan Duta court complex in Kuala Lumpur

Ternyata Kerajaan Perak tetap milik Rakyat Perak.

Anwar vs Najib Siapa mudah didekati~ref Malaysiakini

Catatan pengunjung laman ini.

Ari nie sambil duduk kat kedai kopi bunga cine..free surfing . .
terpikir aper tokeh tokeh projek kerajaan yg dila jumper tadi...
sume ckp pasl mcdonald punyer promolunch...
beduyun org islam kiter beli...
tmsuklah adam (lapar memanjang, walaupun aliff ckp israel, tapi aliff pun tumpang sekaki)
pas tuh lepas smbil baca blog nie...

dila terpikir...dan trnampak..
ader mamat nie org top kat BN uishh memang ramai sekongkolan macai & balachi dier...
sume naik BEAMER, SUV..
dia agkat kepala...dia tanyer.. so amcm bisnes..
dila jwb slow la..sume nak tunggu MAC...
dia respon..biasala i pun nak tunggu MAC..
makin besar gelak dier ...
pas tuh dia tanye mamat senget sengeh, ada beli suratkabar tak?
jawab macai tu... tak...

DILA pun selamba la jawab.
buat aper beli...jimat la duit..selamat kan pokok,
kurang sket korupsi balak ,
lagkpun korang dah tau cerita muka depan dgn isi ner..
sebab u all yg tulis & karang....!!!!

Sume diam...masa tu dah lupa dunia agaknyer aku nie!!!
yg diorg ni org kerajaan yg terpilih ..
aku ni org biasa yg tak gheti bab institusi kerajaan..
sebab sekola dulu tak ajar pun..
klu ader pun mals sbb buku sejarah tuh pun di manipulate...hehehe..

sebenornyer nak cadangkan buat poll...
antara ANWAR DSAI VS NAJIB...
saper plg kita tak takut nak pegi dkt bagi salam..

klu tayer org umno answer dia = dekat ngan DSAI, takut kena "aaa",
tyer org PR dekat ngan Najib= takut kena dihilangkan..
ntahlah sper yg dekat ngan both leaders ..
cuba tanyer soalan lazim mase sekolah rendah...
aper itu tauhid aper it FiQH...hehehehe..
kite tau saper gerenti blh jwb!!!

Thursday, February 12, 2009

Laju! Pas Laju!!~ref Malaysiakini

Oleh AdukaTaruna

Pedulikan dulu siapa calon.
Tidak perlu tunggu.
Serah kat solat istikarah ulama, serahkan kepada syura.
Serahkan kepada mesyuarat AJK Pusat.
Jentera PAS perlu laju.
Laju!Mana Cikgu Pa?
Pengarah Pilihanraya PAS.
Kasi turun Bukit Gantang.
PAS Terengganu, kasi bantu Perak pulak.
Kalau Bukit Selambau serentak dengan Bukit Gantang, DSAI kena gilir2, TGHA kena gilir2.

Cadangan kepada PAS.Laju PAS! Laju!!

Ni gua ada beberapa cadangan.

1. Orang Melayu pemalas membaca.
Jangan beratkan dengan risalah berat, risalah tebal.
Cukup guna CD.
Ada 55, 471 pengundi.
Bermakna RM1 sekeping x 55, 471 = RM 55, 471.
Ahli PAS derma sorang singgit.
a. Kandungan CD adalah isu tanah, isu rampasan kuasa, isu assobiyyah, etc.
Selitkan petikan penjelasan Nizar dalam beberapa bahasa.(Punch line nih)
b. Bukan CD ceramah.
Hanya orang PAS yang tengok sampai habis. Rugi.
Tapi buat corak dokumentari menarik.
Selang-selikan dengan klip menarik dari youtube sebagai ‘take 5’ (otak Melayu saiz kecik).
c. Ada subtitle India dan Cina dan English.
d. Edaran CD atas nama mahasiswa / NGO yang membuat kajian kefahaman awam mengenai perlembagaan Perak.
Jangan sesekali guna nama PAS bagi mengelakkan persepsi negative awal terhadap CD yang diedarkan.

Laju PAS! Laju!! Satu rumah pengundi, satu CD.

2. Kurangkan agreasif panas, banyakkan program munajat.
a. Suasana panas Perak dibimbangi membuakkan darah panas jentera muda PAS.
Ini boleh menakutkan atas pagar, pemprotes UMNO dan kelompok bangsa minoriti.
Pemimpin PAS harus mengawal keterujaan jentera akar umbi yang kebanyakan golongan muda.

3. Sediakan orang ganti beratur.
a. Bagi golongan wanita, orang tua dan OKU, petugas PAS harus laju menawarkan diri beratur panjang mewakili mereka.
Sediakan kerusi lipat untuk mereka menunggu berhampiran barisan.
Dan apabila sampai giliran, serahkan kedudukan barisan itu kepada mereka semula.

4. Bendera, poster psikologi.
a. Bendera PAS tidak boleh terlalu monopoli di Bukit Gantang.
Jangan wujudkan peluang sentimen rasa terpinggir muncul.
Pastikan kuota untuk bendera PKR dan DAP.
b. Tawan psikologi masyarakat muslim setempat dengan turut menggunakan bendera Palestine, poster pembebasan Baitul Muqaddis, etc.
c. Mungkin TGNA atau TGHA boleh lancarkan kempen berpuasa sunat.
Pasang banner, poster dan war2kan selagi terdaya mengajak semua muslim berpuasa, bermunajat, etc.

Laju PAS! Laju!!

Difikir oleh AdukaTaruna http://adukataruna.blogspot.com/

Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman Satu Kepelikan~ref Malaysiakini

Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman Suatu Kepelikan.
Saya bukan seorang peguam,hakim maupun bukan juga seorang loyar buruk.

Bagi saya hakim adalah satu kerjaya.
Saya tidak tahu bagaimana mereka dilantik atau siapa yang melantik mereka.
Apa yang saya nampak ialah keputusan yang keluar yang akan menarik perhatian.
Contoh kes Altantuya tak sudah, atau kes 2 Adun Perak rasuah tangguh pulak.
Saya tak amik peduli siapkah hakim yang terlibat, tetapi hasil perjalanan perbicaraan itu yang sering kita hairankan.

Kali ini kita dipersembahkan dengan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara.
Skop utama kuasa suruhanjaya ini ialah bertanggungjawab dalam perlantikkan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi dan juga perlantikkan Ketua Hakim Negara.

Nah, itulah yang peliknya..Ketua Hakim Negara dilantik oleh Suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara.

Kuang,kuang,kuang.

Patutnya kau orang buat Suruhanjaya Keputusan-keputusan Hakim.
Keputusan kan selalu pelik pelik.

Polls Prk, Suatu Findings yang tak diSangka!!~ref Malaysiakini

Bila saya membuat poll adakah setuju PakLah kekal menjadi PM selepas Mac2009, saya mendapati 58% bersetuju PakLah kekal.
Ia tidak memeranjatkan saya kerana soalan itu telah mengarahkan jawapan kepada cenderung kepada PakLah.

Poll kedua saya hanyalah sekadar cadangan mengambil kira mood dan semangat menyokong IrNizar untuk dicadangkan sebagai calon PR di Bt Gantang.
Keputusannya adalah diduga 97% gembira mencadangkan IrNizar.
Bagaimanapun semua faham ia tertakluk kepada kepada keputusan mensyuarah pimpinan PR.

Namun apa yang memeranjatkan saya ialah poll saya yang ketiga bertanyakan bilakah Prk Bt Gantang dan Bt Selambau akan diadakan, adakah sebelum atau selepas April 2009.
Jawapannya ialah 84% menyatakan Najib tidak akan jadi PM!!

Apakah makna respon ini??

Wednesday, February 11, 2009

Prk Selepas atau Sebelum Najib jadi PM?~ref Malaysiakini

Cuba teka PRK sebelum atau selepas Najib jadi PM?
Pilihanraya kecil boleh diadakan selewatnya 8 April2009.
Najib selewatnya patut menjadi PM sebelum 1 April2009.
Ada orang mintak tempoh hingga Jumaat ni baru SPR umum.

Jika sebelum tentu sibuk.
Jika menang untung.

Jika selepas tentu lega.
Jika kalah dah tak mengapa.

Jika sebelum dan kalah?
Merudum Najib!!

Bukan Adun, Taraf Exco pun Takpe~ref Malaysiakini

Lantik bukan Adun jadi macam Exco pun takpe.

Zambry hari ini melantik 2 orang bukan Adun menjadi penasihat khas beliau.
Tepat lagi mereka ini kalah dalam Pru12 di Dun masing masing.
Atau lebih tepat lagi mereka ini bukan pilihan rakyat majoriti.
Atau lebih tepat dan jitu lagi, mereka ini telah ditolak dengan Rasmi oleh majoriti rakyat Perak di Dun masing masing.

Apa nak heran, keseluruhan kerajaan Perak Umno bukan pilihan majoriti rakyat Perak.
Dalam Pru12 terdapat 442,665 rakyat Perak mengundi Adun PR berbanding hanya 399,660 orang mengundi BN.
Hanya kerana 3 orang melompat, jadilah mereka kerajaan lompat pilihan pelompat.

Apa nak buat.

Boikot Jamaludin, Osman, Hee Yit Foong~ref Malaysiakini

Boikot Jamaluddin, Osman dan Hee Yit Foong.

Setiap orang ada kelemahannya,
Setiap orang ada breakdown point.
Mereka telah tunduk kepada wang.

Semua kaedah dan langkah undang undang diambil oleh kita,
Malangnya telah di’tunduk’kan oleh SPR dan mahkamah.

Mari kita guna kaedah halus namun memberi kesan psychology.
Kita boikot mereka bertiga seperti kita boikot barangan Yahudi Israel.

Kita buat kempen jangan berurusan dengan 3 orang ini,
Dalam semua urusan kehidupan harian.
Kita lihat sejauh mana mereka boleh bertahan.
Lambat laun mereka akan mengalah.

Jom boikot.

Tuesday, February 10, 2009

Nah KDN Hero Terbaru BN~ref Malaysiakini

Semua orang sudah tahu, FRU hero BN berseragam bersuara siren berbom asap berpeluru air asid.
Semua orang sudah tahu, SPR hero BN berkuasa penuh mengalah speaker dan mahkamah dalam bab pilihanraya.
Semua orang sudah tahu, SPRM hero BN bila nak gertak orang sapuRM.
Semua orang sudah tahu, mahkmah pun BN boleh corect, correct, correct bila perlu.
Tengok kes terbaru, 2 orang tu tangguh sampai Jun, macam tak tahu kes tu antara kerajaan halal atau kerajaan haram.
Segerakanlah.

Nah sekarang ada hero lagi baru, KDN.
Che Din dari KDN kata "rampasan Harakah dan Suara Keadilan itu terpaksa dibuat kerana kedua-duanya didapati dijual secara terbuka ".
Tak kan nak jual sorok sorok, dah ada permit.
Siap tulis untuk ahli, tak de sapa suruh ahli Umno beli.
Rokok , arak tu boleh jual terbuka. Pos lah ke rumah peminum je.

"kadang-kadang tidak tepat" seperti "Tan Sri Musa Hassan didakwa nazak,” .
Kalau gitu rampaslah yang tak tepat tu, apasal terbitan ari ni baru nak rampas.

"jika akhbar terbitan Umno" sekalipun saya akan rampas.
Apa dia surat khabar Umno.
Utusan meloya dan Berita heran, keputusan nombor totto je barangkali tepat.

Ada satu cara je nak selesaikan Umno BN ni, buat macam nak berhenti hisap rokok.
Tanamkan semangat, tinggalkan terus.

Harakah diRampas dalam Edaran!!

Harakah, akhbar PKR kena rampas.petikan Malaysiakini.

Harakah yang memuatkan edisi terkini pergolakan politik di Perak dirampas di beberapa tempat, termasuk di negeri itu, Kedah dan Selangor. Difahamkan pengedar-pengedar juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi parti itu.Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, jumlah rampasan dan pihak yang merampasnya belum dapat ditentukan.

Apa ni?
Gentlemen lah brader.

Ingat.
Nature will find its ways.

Air yang disekat akan melimpah.

Hello Mr Radzi & Mr Jailu, U dah kena Tipu!!~ref Malaysiakini

Hai two, how are u?
Dua dua MrRadzi dan MrJailu tak muncul di mahkamah.
What happened to u?
Kes tangguh, warrant tangkap depa dah keluar.

Ini trick kau orang berdua ke apa.?
Meh aku bagi tekaan merapu.
Kau orang berdua dah kena tipu!!

Apa cek kau terima rm50 juta tak laku ke..
Silap silap kau dapat cek kosong tendang tak sah laku.
Tu lah kau orang bersekongkol dengan puak pengampu.
Buat janji dengan bapak penipu.

Kau orang tau, puak Sabah Sarawak dapat ribu ribu juta bila MP gertak nak keluar parti.
Mai aku nak bagi tau.
Kau orang berdua mesti bersatu, mintak duit tu betoi betoi,
timbang dengan dacing berapa kilo.
lepas tu bank in Swiss Bank, takdak sapa tau.

Cepat cepat cabut lari, jangan pergi Mogadishu.
Stay cool, pergi Nairobi, jumpa kawan aku Sejul.

Tapi jangan lupa fax kat aku.
Surat letak jawatan, biar aku bagi kat MB kau yang jugak tak sah laku!!

6 Exco Umno angkat sumpah, Umpan berRacun atau berMadu?~ref Malaysiakini

Hanya 6 Exco Umno dilaporkan mengangkat sumpah pagi.

Ada tiga terjemahan dan kemungkinan di sini.

Pertama, menyediakan ruang untuk 3 orang pelompat parti tersebut.

Kedua, terdapat perebutan dan ketidakpersamaan keputusan di dalam parti Umno.

Ketiga, menyediakan umpan untuk mencari dan menarik pelompat parti lagi!!

Awas!!!

Apa Osman Jailu Masuk ICU? Nak MC la TU!!~ref Malaysiakini

Ada berita berlegar menyatakan Osman Jailu masuk ICU Selayang semalam.
Kalau masuk pasar borong Selayang logik dan layak jugak.
Kalau ada duit kita beli lelong seorang.
Kalau ada duit lebih sikit beli borong 4 orang.

Elehh..tu semua alasan nak MC la tu.
Pergi beli MC kat Kampung Baru boleh apa..rm10 je..

Masuk ICU betul betul sampai keras kaku baru tau.

p/s patutnya ari ni kes rasuah mereka dibawa ke mahkamah

MT Umno kena Tangguh Pemilihan lagi 6 bulan~ref Malaysiakini

MT Umno kena buat keputusan cepat, 2 pilihanraya kecil penting yang sibuk akan perlu diadakan sewaktu dengan pemilihan Umno yang dijadualkan Mac2009 ini.

Itu belum masuk kira kerusi 3 orang lompat mati katak tu akan dibawa ke mahkamah sesegera mungkin.
Kalau mahkamah tak kena correct, correct, correct, betul haribulan tambah 3 lagi pilihanraya kecil.
Ada rezeki rakyat, seluruh Dun Perak dibubarkan.
Kami tak putus asa.

Maka meno kenalah tangguh pemilihan sampai bulan 9/2009.
Tak usah bagi kat Najib tu, punah.

Monday, February 9, 2009

Pakej 2 Rangsangan Ekonomi Bt Gantang dan Bt Selambau~ref Malaysiakini

Najib akan mengumumkan tidak lama lagi pakej rangsangan ekonomi ke2 selepas pakej 1 bernilai rm7billion masih belum dilaksanakan.
Che Det ada membayangkan nilainya mungkin mencecah rm35billion.

Nah ini saya punya bayangan nilai dan butiran pakej rangsangan ekonomi tersebut.
rm1billion membersih parit di Bt Selambau.
rm1billion membersih parit di Bt Gantang.
rm1billion turap jalan di Bt Selambau.
rm1billion turap jalan di Bt Gantang.
rm1billion cat sekolah di Bt Selambau.
rm1billion cat sekolah di Bt Gantang.
rm1billion bantuan sekolah Tamil di Bt Gantang.
rm1billion bantuan sekolah Tamil di Bt Selambau.
rm1billion bantuan sekolah Cina di Bt Gantang.
rm1billion bantuan sekolah cina di Bt Selambau.

Ahh saya perlu bantuan untuk tambah..
ehhh sykt Gaban muda nak rm3billion nak buat jamban.

Selamat Menyambut Hariraya ehh pilihanRAYA Bt Selambau dan Bt Gantang.

Nah Nizar Calon Aku untuk Bt Gantang~ref Malaysiakini

Mohon maaf dari keluarga Allahyarham.
Begitulah sirah kewafatan Rasullah, sebahagian sahabat menguruskan jenazah baginda, manakala sebahagian sahabat besar lain terus mengadakan mesyuarat penlantikan khalifah.
Segalanya dalam ilmu Allah.

Dalam konteks Malaysia, SPR kalau tak nak makan penampar, ada 60 hari untuk mengadakan pilihanraya kecil.
Pemimpin PR mempunyai banyak masa untuk berbincang dan merancang untuk memilih dan meletakkan calon yang terbaik.
Saya bukan ingin mendahului pimpinan, dan saya kurang berminat terlibat directly dalam pengurusan politik, namun atas semangat dari sirah tersebut, saya mengambil kesempatan di sini untuk mencadangkan Ir Nizar menjadi calon Prk59 ini. InshaAllah.

Nama beliau tengah harum sebagai pemimpin dan pejuang kita.
Membuktikan kita menyayangi dan mempertahankan beliau.
Sebagai simbol dan simbolik perjuangan kita menentang kebatilan politik Umno di Perak terkini khususnya yang memainkan isu kesultanan dan perampasan kuasa demokrasi rakyat.
Moga menjadi rezeki beliau untuk melangkah ke peringkat pusat InshaAllah.
(Allah Maha Mengetahui bila PR akan ke Pusat)

Wallahuallam.

Nah Pilihanraya Kecil lagi~ref Malaysiakini

Pertamanya saya perlu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Us Roslan Shahrum YB MP Bukit Gantang Perak dengan kata banyakkan bersabar dan redha lah dengan qada dan qadar Allah.
Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.
Moga Allah bagi kesabaran dan pahala kepada keluarganya.
Moga Allah bagi kebaikan yang lagi baik atas kebaikan yang pergi.

Maha suci Allah.
Begitulah ajal maut, jodoh nikah, rezeki makan minum, pangkat dan jawatan, kuasa dan pemerintahan, segalanya milik Allah.
Sekarang kita akan mendapat satu pilihanraya kecil.
Biarpun ia bukan di peringkat Dun, namun ia boleh menjadi satu kayu ukur.
Benarkah rakyat boleh menerima BN.
Rakyat boleh membuktikan bahawa pilihan mereka ialah PR.
Peluang untuk meningkatkan undi.
Peluang untuk menterjemahkan segala peristiwa yang berlaku di Perak.

Mari kita banyakkan istighfar, doa dan usaha dalam menghadapi semua ini.
InshaAllah.

Karpal X Anwar = OK ~ref Malaysiakini

Karpal X Anwar = OK

Semua penyokong PR harus faham dan tenang.
Adalah satu langkah sihat bagi Karpal mengeluarkan satu kenyataan keras merujuk kepada situasi di Perak.
Perak dipandang sebagai the 2nd Crown of Jewels kepada penyokong Dap selepas Penang.
Perlu difahami untuk menenangkan perasaan penyokong mereka yang merasa kehilangan Perak,
perlu ada pemimpin atasan mereka yang menunjukkan rasa amat bertanggungjawab dan akan mengambil langkah tegas sewajarnya yang berpatutan.
Bayangkan sebaliknya jika tiada pimpinan atasan membuat ulasan keras,
tentulah penyokong merasakan mereka terbiar di dalam perasaan kehilangan itu.

Bagi pihak penyokong PR yang memahami konsep qada dan qadar,
mereka lebih tenang, reda, yakin dengan semua pimpinan,
dan yakin pasti akan ada hikmah disebalik semua kehilangan ini.
Umpama satu gelombang tsunami yang juga mengenai orang mukmin,
ia tetap mengandungi hikmah kebaikan yang banyak selepas suasana itu berakhir.

Pertembungan antara dua pemimpin besar itu nanti akan dapat diselesaikan bila mereka duduk semeja berbincang.

Sila juga rujuk posting saya terdahulu untuk memahami Karpal’s political approach.

Tawaran untuk PakLah,Bubar Dun Perak,Stay PM~ref Malaysiakini

Kami rakyat merayu, memohon dan menawarkan,
kepada PakLah sebagai PM dengan jasabaik dan budibicara PM untuk,
mengusahakan jalan mendapatkan pembubaran Dun Perak dapat dilakukan agar suasana kembali adil dengan menyerahkan kembali kuasa dan hak rakyat.

Ada pelbagai cara DS boleh usahakan,
mengadap Sultan,
mempersoal Najib,
SPRM,
Mahkamah correct,correct,correct.

Sebagai balasan,
kami rakyat akan menyokong penuh PakLah untuk terus memegang jawatan sebagai PM Malaysia sehingga selewat lewatnya Pru13.

Pertimbangkanlah.

Sunday, February 8, 2009

Bubar DUN atau Mageran

Susulan momentum rakyat memohon pembubaran DUN.
_______________________

Ihya said,

Aku risau bila sejuta datang,BN akan ambil peluang ini untuk MAGERAN!!

_______________________

Perunding said,

dah fikir gitu,
jenguk sejarah,
1947 Indonesia merdeka,
1957 Malaysia merdeka.
_____________________

10 tahun kebelakangan ini,
Indonesia sudah melalui teknikal correction,
stabil dengan susilo bambang yudiyano(sby).
_____________________

Thailand lebih panas,
bermula dengan rampasan kuasa tentera bila kemuncak menentang Thaksin.
Selepas dikembalikan kepada rakyat,
berapa kali tukar PM.!!
Mungkin kini semakin hampir kepada equilibrium politik mereka.
______________________

Malaysia akan menyusul...enjoy the rough ride.
______________________

Orang Indonesia dan Thailand kata politik Malaysia ni,
kecil punya hal aje.
______________________

Ahli politik Msia kata, mereka semua tu huru hara.
_______________________

TIDAK.
Mereka melalui proses Teknikal Koreksi.

Konspirasi, Karpal Desak Anwar dan Politik Lurus Bendul~ref Malaysiakini

Nampaknya topik paling hangat hari ini ialah cerita atau teori konspirasi rentetan dari peristiwa di Perak.
Ada yang kata konspirasi Najib dengan hujah tertentu.
Ada yang kata konspirasi Anwar dengan maneurve yang lebih rumit.
Ada yang kata Nizar pun pandai konspirasi.

Udahlah.
Tengok movie banyak sangat kot.
Saya lebih mengamalkan atau memahami politik lurus bendul.
Seperti Idris Jalla MAS kata, saya percaya perkara yang saya boleh pegang dan nampak, ketika mengulas kenaikan minyak menggila tahun lalu.
Saya sebenarnya yakin harga atau nilai sebenar minyak hanya sekitar US$40 per barrel menggulung hujah beliau.
Memang benar dan Tepat!

Dalam kes politik terbaru di Perak, memang ia ada perancangan rapi pihak Umno.
Tapi berhasilnya bolehlah dikatakan secara tak sengaja.
Mudah fahamnya begini, Nasarudin kecewa dan habis modal bila tewas sebagai Ketua Bahagian lalu lari ke PKR.
Jamal dan Osman akan berhadapan kes mahkamah dan mungkin perlukan duit.
Puak Umno ambil peluang offer macam macam kat depa.
Tawar menawar, jalan.
Entah apa pula masalah peribadi Hee, mungkin suami, mungkin anak, mungkin wang.
Tawar menawar, jalan.
Nah. Nasarudin dapat jalan peluang baru.
Tawar menawar, jalan.
Ok Najib jumpa istana.
I,U I,U tawar menawar, jalan.

Nizar pulak nasib macam Hamas.
Hamas tak lawan, harus kena bogel dek Yahudi.
Nizar tak lawan harus di telanjang dek puak Umno.

Usah fikir belit belit.

Karpal pulak desak Anwar.
Sihat jika niat untuk meminta seseorang mengambil tanggungjawab dan langkah penyelesaian terbaik.
Baik untuk penyokong PR melihat kesungguhan pimpinan menangani kehilangan Perak.
Cuma kesempatan ini akan dipergunakan oleh pihak musuh.

Bersiaplah.

All Heroes Go to Heaven..eh tak..Kamunting~ref Malaysiakini

Hati saya sudah risau.
Ada beberapa suratkhabar burok sudah menyebut perkataan berbISA itu.
Minta dijauhkan perkara ini berlaku.
Puak meno tu bila rasa kalah dia akan perkudakan akta.

Setakat ini puak polis kata takde, sekadar 9 orang peng'demo' ditahan reman.
Cuma 4 orang lagi dicari tentu naik meremang.
Bila 10,000 datang sokong Ir Nizar mereka kata kacau.
Jika 10 orang je datang sokong Ir Nizar tentu mereka kacau.
Bila 10,000 datang sokong Ir Nizar mereka kata kucar kacir.
Jika 10 orang je datang sokong Ir Nizar mereka kata Nizar dah dipinggir.

Bila satu kaum je ber'demo' mereka kata diperkuda atau jadi suruhan kaum lain.
Jika 3 kaum datang ber'demo' mereka kata ini rusuhan kaum.

Lawan Yeop, jangan tak lawan.

Sekadar Teka Teki Seketika

PERAK dibuang PR dibubuh BN jadi apa?

____________________________.
Jawapan.

BeNak.

_____________________________.
Info sejenak.

Undi popular Pru12 Perak.

PR 442,660.
BN 399,665.

Beza telur kecut 10%.

Gempar Demo dan Peraduan mengira orang dalam Gambar~ref Malaysiakini


Smell, Smell, Smelly.
Say Ciss! Cak.
Demo haram tanpa permit (eh ada kot) di depan IPD Bandar Baru Ampang, kira kira 300km dari Kuala Kangsar.
(untuk perhatian, IPD=IbuPejabatPolisDaerah)
Kelihatan mereka sedang senyum simpul menjerit dan membawa sepanduk bertulis tertentu.
Mereka terdiri dikatakan dari Umno g Ampang dan NGO k tertentu.
Cuba perhatian gambar yang 'bersesak' dan 'padat' itu.
Saya menawarkan hadiah TIADA nilai kepada sesiapa yang dapat meneka (ops bukan), siapa yang dapat mengira dengan tepat jumlah 'orang' di dalam gambar tersebut.
Klu, gambar yang lebih besar (sangat besar) boleh didapati di akhbar tempatan, itu pun jika tuan puan tiada syndrom allergy muntah dan meloya.
Hadiah apa ekk.
Sekadar ucapan selamat mencuba.