Saturday, March 21, 2009

Ni Gambar Rumah anak Raja Batang Ai




Calon calon Bukit Selambau

1. Ganesan.
Mic,Bn,tua (veteran),ada pangkat dalam Mic.
orang lama, recycle, Samy Vellu.
dijamin tak hilang wang pertaruhan.

2. Manikumar.
Pkr,Pr,muda.
dijamin tak hilang wang pertaruhan.

lain lain calon bebas.
saya tak tau berapa ramai.
jika dari berbangsa Cina-10 undi.
jika berbangsa India-10 undi setiap seorang jika ramai.
jika bangsa Melayu berkupiah-10 undi.
Jika bangsa Melayu bersongkok-300 undi.

yang mengundi calon bebas hanyalah keluarga terdekat calon sahaja.
pengundi Pas tak mungkin undi calon bebas.
pengundi Pkr tak mungkin juga.
pengundi Cina memang dikenali tidak membazirkan undi.
tinggal lagi puak bersongkok je selalu protes dan pekena calon sendiri.he he.

FAIRUS PP Deputy CM letak Jawatan!! off Bukit Gantang

Takziah dan Tahniah.
Takziah kerana sedih secara peribadi.
Tahniah secara the Big Picture.
Patah tumbuh hilang berganti.
Lantiklah orang baru.
It is not the end of the world.
Bravo kepada Fairus.
Anda masih muda.Teruskan cari pengalaman.

GEORGETOWN: Penang Deputy Chief Minister Mohammad Fairus Khairuddin has submitted his resignation and it has been accepted, said Chief Minister Lim Guan Eng.
The effective resignation date is April 8, Lim said at a press conference.
Lim declined to disclose reasons but said that Fairus will continue as Penanti assemblyman and will be on leave till April 8.

Gerak order Beef Bik MaCC satu

Burger lembu satu.
Tak mau Cis, cili sikit ok.
sapa makan rasuah dia merasa.

Gerak melaporkan satu kes lama rasuah bekas Menteri yang berlaku pada 1993 semalam.
Bukti diperolehi minggu lepas, menurut gerak.

Siapa dia??

GERAK Submits Documents To MACC On Ex-Minister's Alleged GraftBy: Ramjit-->
SHAH ALAM, March 20 (Bernama) -- Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (GERAK), a non-governmental organisation crusading against corruption, today submitted various documents alleging corruption on the part of an ex-minister to the Malaysian Anti-Corruption Agency's Selangor headquarters here.Its secretary Siti Faridah Abdul Samad told reporters present that the case involved the issuing of 1.5 million shares for Bumiputeras in 1993.She claimed that instead of the shares being issued to deserving bumiputeras, they were allocated to family members of the minister.She said the documents were posted to Gerak by an anonymous person last week.-- BERNAMA

Mb Khalid Selangor. tag Mb Nizar



Alhamdulillah.

Selamat setahun.

Terbukti boleh.Malah lebih boleh.

Baru 'makam' ketelusan dan good governance.

Satu hari nanti jika dapat sampai 'makam' berkah dan devine intervention.Lagi bagus.

Sudah tenggelam dan hilang kata kata dari yang bermentaliti memberi label kerajaan pembangkang.

Kepada masyarakat buanglah jauh jauh mentaliti kerajaan tu 'Umno' ,'Umno' tu kerajaan.

Kita terima mana2 parti yang mampu mentadbir sebagai pengurus kerajaan negeri.

Jika PR boleh memberi yang terbaik, kita pilih PR.

Pentadbiran baharu telah membukti kerajaan negeri dapat diuruskan dengan jauh lebih baik.

Pentadbiran baharu telah membuktikan bahawa banyak kebaikan boleh diperolehi dari syarikat kerajaan negeri jika diuruskan untuk memberi keuntungan kepada rakyat.

PKNS,PNSB mampu memberikan banyak kebaikan kepada rakyat Selangor, kerana Selangor mempunyai sumber tanah (landbank), ladang, kilang, manusia, kepakaran dan teknologi.

Syarikat air, sepatutnya membawa keungtungan kewangan kepada rakyat, servise yang baik dan bermutu, ultimatenya kos menjadi murah kepada pengguna yakni rakyat.

Malang apa yang berlaku ialah, kos meningkat, harga cas meningkat, servis tak bermutu, malah bos air dibayar gaji rm5.1 juta setahun. CELAK.!!!!!!

Kita doakan Khalid dapat mengambil balik air dan memulangkan hak itu kepada rakyat Selangor kembali.

Malah dengan berani Khalid membawa slogan kerajaan baharu.

Harapan baharu.Identiti baharu.Mentaliti baharu.

Buang lah jauh jauh nama kerajaan Umno seperti pudarnya sudah nama Islam Hadhari dari ingatan rakyat Malaysia.

Friday, March 20, 2009

Orang muda! Orang Muda! Orang muda! Calon Pkr Bukit Selambau

S Manikumar 35 tahun.

Itulah kata kunci calon PKR Bukit Selambau.
Ini zaman apa dia orang panggil, generasi X, generasi Y , generasi Z.
Blog pun dah nak tertinggal.
Facebook pulak lagi sesuai dek anak muda ni.

Jangan letak calon dari zaman lepas.
Letak calon zaman sekarang untuk akan datang.


Sesiapa boleh jadi PM selepas penamaan calon Bukit Gantang!

Sunday, February 15, 2009

DYMM Agong Tolak Perletakkan Jawatan PM PakLah~ref Malaysiakini
DYMM Agong tolak perletakkan jawatan PM PakLah.PakLah perlu hantar surat letak jawatan PM pada 1April2009 nanti.Apa kata sekiranya DYMM Agong tolak.Apa kata ini terjadi, baru padan muka Najib.Atau pun melalui PakLah,DYMM kata kita bubar parlimen.Adakan snap election.Apa rasa jam itu Umno Bn.Raya sakan lah kita.Tak dapat bubar Dun Perak.Dapat bubar satu Malaysia.Jam itu apa Umno nak derhaka.??Pru13 sudah menjelang tiba..Mari kita bersediaaaa….
Posted by perunding at 10:43:00 AM 19 comments.
__________________
Di atas adalah posting saya 35 hari yang lepas.
Tengoklah respon ketika itu.
Hari ini ia semakin hangat hot n spicy.

PAU selesai 28Mac.
Penamaan calon Bukit Gantang 29Mac.
Kini Zaid kata dan ramai ikut kata, mohon DYMM Agong tolak Najib.
Selain tolak PakLah berhenti, selain tolak Najib naik PM, selain bubar Parlimen, ada satu lagi.
Sesiapa boleh cari 29 MP Bn + 82 MP PR untuk sokong dalam undi percaya pilihan sebagai PM baru, bolehlah calonkan diri kepada DYMM.

Thursday, March 19, 2009

Nik Nur Madihah Solat Istikharah

..........Begitulah pendirian pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, ketika ditanya sama ada dia ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat A Level di Timur Tengah atau United Kingdom.

Saya cadangkan pergilah ke timur Tengah.
Saintis UK tu...

1.Jumpa Big Bang tapi tak jumpa Crash Boom Bang.
yakni jumpa permulaan tapi tak jumpa kiamat.
Fizik permulaan Universe ialah topik paling tertinggi sekarang di dalam ilmu fizik, namun mereka langsung tidak memulakan lagi perbincangan penyudahan universe.
Kedua perkara ini telah dijelaskan sedetailnya di dalam Al-Quran.(Anbiya'30,Fussilat11,azZariyat47)

2.Jumpa budak pengakap conteng dinding gua dan tinggalkan pingganmangkuk bersepah,lalu saintis kata manusia hidup bermula zaman batu menggunakan batu.
Takde adik...kelentong semua.
Saintis tu semua berugama Yahudi atau Kristian.
dalam kitab dia dengan jelas satu persatu menerangkan Adam as turun ke bumi dengan ilmu penuh di dada.
Kemudian satu persatu keturunan dilahirkan tanpa terputus di dalam catatan sejarah.
Mana ada tamadun atau zaman atau bangsa yang duduk dalam gua??
Pakai cawat? tipu sungguh.

3.tahu kelajuan cahaya, tapi tak leh nak control kelajuan cahaya.
atau tahukah mereka ada berapa jenis kelajuan cahaya?
apa kesan perbezaan kelajuan cahaya?
4.tahu mengeluarkan tenaga elektrik, tetapi tak tahu nak simpan tenaga tu.
5.tahu batu boleh diperbuat dari tanah tapi kata Firaun potong bongkah batu untuk buat pyramid.
6.tahu besi buat pisau tajam, tapi tak tau pisau apa boleh potong batu dengan tangan.

7.tahu ukur masa, tapi tak leh jawab BERAPA PENDEK SEDETIK MASA?

8.tahu kaum Nabi Nuh as hidup 1000-2000 tahun umurnya, tapi tak mau beritahu kita berapa ramai penduduk dunia ketika itu sehingga Allah mengadakan banjir sedunia untuk menenggelamkan mereka.
Nak tahu berapa ramai penduduk dunia ketika itu??
tak pernah ada ustaz cerita??

9.Adik apakah hukum fizik zaman ini??
Tidak boleh melompat kerana graviti?
Tidak boleh melungsur kerana geseran?
Itu je, kerana itu kita ke UK.
itu je, kerana itu kita PPSMI.
Boleh diubahsuai kekuatan graviti?
Boleh 'ditipu' kekuatan graviti?
Berapa laju satu objek bergerak di atas objek bergerak di atas satu objek bergerak atas satu objek bergerak atas satu objek bergerak......
Ketahuilah adik ada banyak hukum fizik lagi, silih zaman berganti, silih hukum fizik ditemui dan diguna pakai.
pergi lah ke Timut Tengah.
Belajar bahasa Arab tu.
Lama2 nanti jumpalah jawapan pada 9 soalan tu.InshaAllah.

Penduduk Batang Ai dapat Rebate Minyak!!

Ho ho rezeki Prk Batang Ai.
Mee segera takde.
Minyak segera pulak ada.

LUBOK ANTU, March 19 -- Parti Rakyat Sarawak president Datuk Seri James Jemut Masing said that giving the fuel rebate to the owners of outboard engines here was not a Barisan Nasional tactic to gain people's support ahead of the April 7 Batang Ai by-election.
( lagi banyak hantu kat kawasan ni kot
He said the state government requested the rebate from the federal government last year following the escalating world oil prices.
(minyak dah turun lah )

At the function, Deputy Chief Minister Tan Sri Alfred Jabu Numpang gave the rebate totalling RM87,000 to 177 outboard engine owners.
A total of 692 engines owners had earlier received the rebate involving RM345,000 from Jabu.
jom lumba speed bot nak
345,000 campur 87,000 jumlah RM432,000.00.

Wednesday, March 18, 2009

Jauhi diri anda dari bahaya UmnoBn

KOTA BAHARU : "Saya tetap dengan keputusan Muktamar (Tahunan PAS ke-54 yang lalu), barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin," kata Mursyidul Am PAS, YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini.Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tetap berpegang kepada keputusan bersama dalam muktamar, iaitu PAS tidak mahu mengadakan kerjasama dengan BN, termasuk pembentukan kerajaan campuran.

_______________perunding.
Alangkah eloknya TGHH, UsNasha dan Sallehudin Ayub cepat2 keluarkan statement gini.
Selesai.Tutup file terus.

Tabung Bloggers Network Bukit Gantang

Tabung Bloggers Network @ Bukit Gantang

Semua sumbangan kepada Bloggers Network boleh dibuat melalui akaun dibawah.

Akaun Maybank: (atas nama Mohd Nazib bin Abdul Ghani)MayBank : 158417021317

(Status terkini sumbangan anda akan dipaparkan di blog al-Banjari Online ) Terima Kasih kepada kalian yang prihatin !!

Akaun CIMBClick akan diaktifkan selewatnya pada Khamis ini. sebagai alternatif dari akaun yang sedia ada. InsyaAllah ! Kepada yang mahu menyumbang menerusi akaun CIMB, sila tunggu sehingga hari Khamis.

____________________________perunding.

Kutipan sumbangan adalah simbol dan lambang kekuatan sokongan dari pihak semua penyokong.
Ia menunjukkan kesungguhan sokongan disamping iringan doa.
Apabila Rasulullah menyuruh kaum ibu mengeluarkan infaq untuk membantu tabung peperangan maka kaum ibu melurutkan semua emas yang ada dibadan mereka.

Di dalam kempen Obama baru baru ini, jumlah kutipan internet dijadikan ukuran sokongan rakyat kepada team Obama.!!

Selamat menginfaq.

Penyokong Pas sebelum ke Bukit Gantang, Bacalah Ini Lagi!!

Apabila saya menulis menentang angan angan kerajaan campuran, ada mix of reaction.
Yang utamanya siapalah penulis cabuk seperti saya.
Jadi saya bawakan Penulis Kaliber ini.
Ibnu Hasyim.
Anda dinasihatkan membaca satu persatu.
Saya dapati kita seringkali membaca sedikit kemudian terus mengomen.
Dalam entri saya yang lepas saya dapati ada yang tidak dapat menangkap mana satu tulisan saya dan mana satu petikan dari penulis lain.

Above All,
Yang paling penting, point di sini ialah.
JAUHI DIRI ANDA DARI KERAJAAN CAMPURAN UMNO BN.
____________________________________
Untuk bacaan yang mudah dan jelas,
anda boleh terus ke http://www.ibnuhasyim.com/.
____________________________________
Tapi saya copy juga semuanya untuk anda dapat 'lihat'.

Wednesday, March 18, 2009

Kerajaan Perpaduan: Berpaut Pada Sehelai Rambut?
Ibnu Hasyim Catatan Santai
KOMEN dari Anonymous atas tulisan saya semalam, Tuesday, March 17, 2009 Sejarah PAS 29: Jatuh Kerana Kerajaan Campuran?

Anonymous said... “Sejarah telah membuktikan "percampuran" antara PAS dengan UMNO tidak pernah berkesudahan dengan baik. Sejarah tidak pernah menipu.Amat hairan mengapa masih ada lagi kelompok dalam PAS yang masih mahu "bercampur" dengan UMNO. Dewasa ini UMNO berada dalam keadaan sakit tenat munkin juga telah nazak. Kenaapa PAS perlu menghulurkan "tali hayat" adalah suatu persoalan yang amat sukar diterima olih kebanyakan ahli-ahli PAS.
Menggunakan istillah "campuran" bukan "penyertaan" kata-kata "perpaduan" bukan "gabungan" - tidak menyakinkan ahli-ahli PAS keseluruhannya terutama Mursyidul Am PAS. Kumpulan "duri dalam daging PAS" ini bukan pula ramai tetapi amat berpengaruh. Sebelum mengumumkan idea "Kerajaan Perpaduan" ini Presiden dan Timbalannya telah mengelilingi seluruh negara (tidak termasuk Sabah dan Sarawak} menekankan dan membajikan ketelinga seluruh ahli PAS untuk "walaq" kepada pucuk pimpinan.
Rupa-rupanya ada udang sebalik batu satelah gaggalnya hasrat mereka untuk bermuqabalah dengan UMNO. Tidak hairan idea Kerajaan Perpaduan ini amat disokong oleh beberapa pemimpin UMNO.Kenaapa tidak? Orang yang sedang lemas hampir tenggelam akan berpaut walau pun kepada sehelai rambut. March 18, 2009 1:13 AM”

Ibnu Hasyim.
Saya telah menulis sejarah PAS dalam blog saya ini sejak Mei2, 2007 hingga sekarang sudah 29 siri.
Sila ikuti sejarah PAS dari awal dalam http://www.ibnuhasyim.com/
1.. Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 1: Muqaddimah Kesinambungan
2..Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 2: Siasah Ulama
3..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 3: Tikaman Tersirat.
4..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 4: Nama & Rahsia Siasah
5..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 5: PAS Bebas Lepas.
6..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 6: Bersama Kebangkitan Islam
7..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 7: Di Bawah Dr Abbas
8..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 8: Bermula Dengan Tangan Terbuka
9..Saturday, April 5, 2008 Sejarah PAS 9: P'raya Umum Pertama.
10..Saturday, April 5, 2008 Sejarah PAS 10: Prof Dr Burhanuddin
11..Saturday, April 5, 2008 Sejarah PAS 10: Prof Dr Burhanuddin
12..Sunday, April 6, 2008 Sejarah PAS 12: Pembunuhan Pertama Mencabar ...
13..Friday, May 2, 2008 Sejarah PAS 13: Bahaya Dari Gunung?
14..Friday, May 2, 2008 Sejarah PAS 14: Merdeka!
15..Saturday, July 19, 2008 Sejarah PAS 15: Persiapan Kepimpinan: Ahmad Badawi Ketua Pemuda PAS Pertama?
16.. Friday, August 15, 2008 Sejarah PAS 16: Menggempur!
17..Saturday, January 24, 2009 Sejarah PAS 17: Parti Islam Pertama Membentuk Kerajaan.
18..Friday, January 30, 2009 Sejarah PAS 18: Ke Mana PAS Pimpinan Dr Burhanuddin? 19..Saturday, January 31, 2009 Sejarah PAS 19: Ekonomi & Negara Kebajikan Menurut Dr Burhanuddin.
20..Monday, February 2, 2009 Sejarah PAS 20: PAS & Politik Global 1960-1964
21..Saturday, February 7, 2009 Sejarah PAS 21: Demokrasi Liar.
22..Monday, February 9, 2009 Sejarah PAS 22: Dr Burhanuddin, Nasionaliskah?
23..Friday, February 13, 2009 Sejarah PAS 23: Pilihan Raya 1964.
24..Wednesday, February 18, 2009 Sejarah PAS 24: Perginya Ustaz Zulkifli..
25..Saturday, February 21, 2009 Sejarah PAS 25: Masalah Singapura.
26..Friday, February 27, 2009 Sejarah PAS 26: 1969 Tahun Cabaran.
27..Thursday, March 12, 2009 Sejarah PAS 27: Kerajaan
28..Friday, March 13, 2009 Sejarah PAS 28: Kerajaan Campuran Suatu Pengalaman Penting.
29..Tuesday, March 17, 2009 Sejarah PAS 29: Jatuh Kerana Kerajaan Campuran?

Hal ini tidak termasuk pemgalaman penulis dalam kisah sejarah seperti Imbauan 1 hingga Imbauan 8, Sejarah Politik Balik Pulau 1 hingga 5 dan beberapa lagi. Namun untuk melihat sejarah Kerajaan Campuran yang dialami oleh PAS dan faktor-faktor penyebab kelahirannya, sila lihat siri ke 26, 27, 28 & 29. Dan saya akan terus menulis sejarah PAS hingga kini, insya Allah.

Dengan melihat pengalaman sejarah PAS Kerajaan Campuran lalu, mengingatkan PAS supaya berwaspada seperti pesan Rasulullah SAW jangan dipagut ular dua kali dalam lubang yang sama.

Salam dari catatan santai buat kali ini.
ibnuhasyim.come-mail: ibnuhasyim@ gmail.comMac 18, 2009. KL.
Sila lihat http://www.ibnuhasyim.com/
1..Monday, March 16, 2009 Kerajaan Perpaduan, Muktamar Tentukan.. Nik Aziz.
2..Sunday, March 15, 2009 Kerajaan Perpaduan: Muhyiddin Sokong Abdul Hadi.
3..Friday, March 13, 2009 DAP Tolak Kerajaan Campuran.. Lim Guan Eng
4.. Thursday, March 5, 2009 PAS Menuju Kerajaan Perpaduan?
5..Friday, March 13, 2009 Sejarah PAS 28: Kerajaan Campuran Suatu Pengalaman Penting.
6.. Thursday, March 12, 2009 Sejarah PAS 27: Kerajaan Perpaduan/Campuran.
Posted by Ibnu Hasyim at 8:44 AM 0 comments
Tuesday, March 17, 2009

Sejarah PAS 29: Jatuh Kerana Kerajaan Campuran?

IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 29
BABAK ‘Kerjasama Kongsi Kuasa’ menurut istilah Datuk Mohd Asri ini, adalah suatu perubahan dalam taktik perjuangan PAS di bawah kepimpinan beliau. Pergolakan-pergolakan dengan wujudnya ‘team’ atau puak mulai membesar sekitar pertengahan tahun 70an.
Golongan pertama ialah penyokong Datuk Mohd Asri sendiri dan golongan kedua ialah pengikut setia atau pro Datuk Muhammad Nasir yang menjadi Menteri Besar (MB) Kelantan waktu itu. Kumpulan Datuk Muhammad Nasir telah mengadakan demonrasi protes pada 24 September1977 di Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan. Mereka membantah kumpulan pro Asri yang dikenal dengan ‘Kumpulan 16’ dan akhirnya ‘Kumpulan 20’. Dikatakan lebih 80,000 rakyat Kelantan di seluruh pelusuk tanah air menyertainya.
Lambang Parti Berjasa (Barisan Jamaah Islamiah Se Malaysia) pecahan dari PAS pinpinan MB Kelantan waktu itu, Datuk Muhammad Nasir.
Datuk Muhammad Nasir pula digulingkan dari jawatan MB melalui usul undi tidak percaya. Usul tersebut dibuat oleh 20 orang ADUN Kelantan dari PAS yang diketuai oleh Datuk Haji Ishak Lutfi Omar. Ekoran dari peristiwa tersebut, pada 19 Oktober 1977 satu lagi demontrasi telah diceturkan. Kira-kira 20,000 rakyat Kelantan berarak dari Padang Merdeka ke Pejabat Setiausaha Negeri. Perintah berkurung pun diisytiharkan oleh pihak keselamatan pada jam 3.15 petang dan berterusan selam 24 jam berikutnya.
Pihak Kerajaan Pusat tidak mahu berkerja sama dan membelakangkan pendapat majoriti ADUN Kelantan kerana segala rundingan yang dibuat dengan MB tidak mendapat sokongan majoriti ADUN. Bermulalah ‘Politik Darurat’ untuk merampas Kelantan. Formula mewujudkan Akta Darurat dan kerajaan MAGERAN di Kelantan tanpa rundingan dan rujukan apa-apa dengan PAS
sebagai rakan ‘kongsi kuasa’nya. PAS hanya diberitahu untuk dipersetujui sahaja. Pemimpin PAS dalam kabinet Kerajaan Pusat pula terpaksa letak jawatan masing-masing kecuali Haji Hasan Adli yang membantahnya.
Mereka terpaksa berbuat demikian kerana dikatakan telah melanggar disiplin BN ekoran dari bantahan Datuk Asri terhadap Akta Darurat. Akta tersebut dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Hussein Onn di Dewan Rakyat Kuala Lumpur pada 19 Oktober 1977, yang pada masa itu masih lagi dalam bentuk rang undang-undang Kuasa Darurat Kelantan. Sistem pemerintahan demokrasi digantung dan ditadbir secara’de facto’ oleh Kerajaan Pusat apabila MAGERAN diisytiharkan pada 8 November 1977.
Pada 13 Disember 1977 PAS disingkir dari BN kerana enggan mematuhi whip BN mengenai undang-undang Darurat. Pada 12 Januari 1978, pemerintahan MAGERAN ditarik balik oleh Kerajaan Pusat dan pada 11 Mac 1978 Kerjaan Pusat terus mengisytiharakan PRU peringkat negari sahaja. Ternyata BN menangguk di air keruh dan PAS dikalahkan dengan teruknya oleh BN. Dari 43 kerusi DUN seluruh negara tahun 1974 jatuh tinggal 11 sahaja pada tahun tersebut. Kerusi PRU parlimen perolehan PAS lepas itu juga berkurang dari 14 tahun 1974 kepada 5 sahaja pada tahun 1978.
Oleh itu dikatakan kemasukan PAS dalam BN merupakan faktor kekalahan PAS dalam PRU 1978, menggambarkan kejatuhan kekuasaan dan pengaruh PAS di Malaysia. Ada yang berpendapat kejatuhan PAS adalah kerana pimpinan dan tenaga kerja PAS lebih banyak tertumpu kapada sumbangan dalam jentera kerajaan dari tumpuan untuk menggerakkan parti sendiri. Hal ini menyebabkan ahli-ahli PAS terabai dan kurang mendapat pengisian sewajarnya dari segi kerohanian dan kesedaran politik. Sehingga tiada beza antara ahli dan bukan ahli hingga boleh mengelirukan dalam menjadikan mereka sebagai regu perjuangan parti tersebut.
Bekas Setiausaha Agung PAS 1978 yang telah melompat kepada UMNO, Ustaz Nakhaie Ahmad mengatakan, kekalahan PAS adalah kerana kurang perhatian pemimpin PAS dalam menggunakan ruang dan peluang semasa berada dalam BN. Beliau mensifatkan penyertaan PAS tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu parti, bahkan masing-masing berebut jawatan dan kepentingan. Penyingkiran PAS dari BN juga mempunyai saham dalam menjatuhkan PAS.
Peristiwa yang memaksa beberapa tokoh PAS tidak aktif lagi kerana larangan ahli-ahli akademik terlibat dalam politik. Mereka adalah seperti Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok, Dr Harun Din, Uthman Khalid dan lain-lain. Oleh itu kekosongan yang wujud dalam post-post tertentu sedikit sebanyak mengganggu pentadbiran dan perjalanan parti. Lebih-lebih lagi apabila imej Yang Di Pertua Agung PAS Datuk Mohd Asri telah dianggap kurang baik dan gerhana hasil dari penentangan beliau terhadap perlantikan Datuk Haji Muhammad Nasir.
Walaupun sebenarnya perlantikan Datuk Haji Muhammad Nasir sebagai MB Kelantan tersebut didalangi oleh BN, namun MB itu tetap dianggap jujur dan ikhlas terhadap rakyat. Apabila Datuk Asri menentang Akta Darurat dan terpaksa meletak jawatan, tiba-tiba Hasan Adli enggan letak jawatan, sedangkan beliau juga adalah tokoh berpengaruh yang menjadi Menteri Kerajaan Pusat sesudah Datuk Asri. Keadaan ini juga mendorongkan perbedaan pendapat yang membawa kepada sikap berpuak-puak di kalangan ahli.
Ada juga yang berpendapat bahawa ‘perebutan jawatan & rezeki’ adalah punca perpecahan dan yang menyebabkan kejatuhan PAS. Datuk Asri merasa berautoriti mencadangkan Wan Ismail Wan Ibrahim sebagai MB Kelantan. Beliau enggan menerima Datuk Muhammad Nasir tajaan BN yang menyebabkan mereka tidak sehaluan dan berlaku perpecahan dalam PAS. Datuk Muhammad Nasir keluar menubuhkan Parti Berjasa. ‘Kelicikan politik BN’ ini menyebabkan Berjasa bertanding atas tiket BN menentang PAS dalam pilihan raya.
Seorang ahli akademik mengatakan, maslah percubaan ini bukan sahaja bermula kerana kemasukan PAS dalam komponen BN, bahkan kerana perpecahan dalaman PAS itu sendiri yang lebih tertumpu kepada perbedaan fikrah. Kemasukan ahli-ahli ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), atau ahli-ahli IRC (Islamic Representative Council) yang berpusat di luar negara telah cuba menerapkan pemikiran mereka terus menambah lagi perbedaan fikrah tersebut. Suasana demikian berlaku sekitar tahun 1977 dan 1978, yang mendorongkan lagi perbedaan tindakan dan taktik dalam perjuangan.
Kesannya menyebabkan ketidaksatuan hati dan tindakan yang mewujudkan puak-puak tertentu dalam PAS. Ini menambahkan lagi suatu punca perpecahan. Selain dari faktor Kerajaan Campuran, Tengku Razaleith Hamzah juga dikatakan berperanan menjatuhkan PAS. Pengaruhnya yang kuat dan bersungguh-sungguh dalam menjadikan UMNO Kelantan sebagai base atau tapak untuk karier politiknya di samping mempunyai beberapa kelebihan dan kemudahan di negeri tersebut.
Menurut Tengku Razaleith waktu itu, sepanjang tempuh menerajui Kelantan sejak 1959, PAS kurang memberi perhatian kepada rakyat, bahkan berselindung dengan Islam dan propaganda politiknya hingga mengkhayalkan ramai orang. Justeru, atas kesedaran bahawa rakyat Kelantan mempunyai mentaliti yang tinggi dan berpotensi untuk maju terutama sebagai anak Kelantan, beliau ingin melihat orang-orang Kelantan menguasai bidang-bidang pekerjaan mengikut merit dan bukan kerana lain-lain sebab. Beliau tidak mahi rakyat Kelantan diperalatkan oleh sesetengah golongan.
Beliau mengatakan PAS memperalatkan Islam kerana sepanjang 19 tahun, tidak ada satupun akta dari undang-undang yang dipinda untuk menghala kepada penghayatan Islam. Timbalan Setiausaha DAP, Encik P.Patto pula menegaskan, punca kejatuhan kerajaan PAS Kelantan ialah kerana permainan politik yang berat sebelah dari pemerintah. Semasa darurat dan MAGERAN rapat umum tidak dibenarkan, tetapi melalui usaha beberapa tokoh politik UMNO telah menghangatkan suasana keruh di Kelantan.
Rapat umum sudah tidak kira permit lagi. Jentera Kerajaan Pusat telah digunakan sebagai jentera parti, membantu demontrasi anti Asri dalam bulan September hingga Oktober 1977, di Kota Bharu. Dikatakan juga ada antara anggota polis memainkan peranan yang sama tanpa memikirkan tugas sebenar mereka sebagai pegawai keamanan rakyat. Pada P.Patto, rakyat tidak menolak kerajaan PAS tetapi kejatuhan PAS disebabkan penyalahunaan kuasa oleh pihak kerajaan.
Beberapa kalangan pimpinan PAS sependapat mengatakan sebab utama kejatuhan PAS Kelantan adalah kerana tindakan tidak demokratik dan sistem politik kuno pemerintah dalam pilihan raya tersebut, yang secara mengejut tanpa memberi ruang waktu serta kebebasan berkempen, iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum MAGERAN diisytiharkan. Sedangkan semua media masa dijadikan alat sebaran BN yang mempengarui kepercayaan dan sokongan pengundi.
PAS tidak mempunyai alat sebaran yang cukup untuk menerangkan kepada rakyat Kelantan tentang peristiwa MAGERAN, politik darurat, isu balak, rasuah, tanah dan krisis Asri-Nasir, sedangkan rakyat disumbat dengan kekeliruan tersebut melalui tv, radio, akhbar dan sebagainya. Ini bermakna PAS bukan sahaja berlawan dengan parti-parti yang menentang seperti UMNO, Berjasa, Bebas dan lain-lain, tetapi juga berhadapan dengan seluruh jentera parti kerajaan BN atau Kerajaan Malaysia.
MeMAGERANkan Kelantan sebenarnya merupakan satu senjata politik untuk membolehkan UMNO menang di Kelantan. Dalam suasan darurat PAS sudah pasti tidak dapat menangkis tuduhan-tuduhab liar. Dengan itu fitnah-fitnah yang dilempatkan kepada kerajaan PAS menambahkan kekeliruan rakyat, sedangkan PAS tersekat dari membela diri. Datuk Muhammad Nasir sendiri jelas menampakkan kecenderungan dan sikap ke arah BN sejak tahun 1975 lagi. Katanya, beliau ‘bukan MB PAS tetapi MB BN’ se waktu diinterbiau oleh wartawan Bernama pada masa itu.
Dalam ucapan di Pasir Mas pada 13 Mei 1977, Muhammad Nasir mendakwa beliaulah satu-satunya MB Kelantan yang menyelamatkan Kelantan dari kerosakan yang telah ditimbulkan oleh kerajaan lalu, maksudnya kerajaan yang diperintahkan oleh PAS sejak tahun 1959 lagi. Melalui akhbar-akhbar tempatan pula pada 14 September 1977, beliau menuduh usaha untuk menggulingkan beliau didalangi oleh tokoh-tokoh tertentu di Kuala Lumpur untuk menutup apa yang dikatakan sebagai kecurangan berkaitan 3 masalah, iaitu:
1..Masalah Syarikat Timber Mine.
2..Masalah membalak di kawasan sempadan Kelantan-Perak seluas 250,000 ekar tahun 1972, antara Kerajaan Negeri melalui SEDC dengan Syarikat Ong Kian Seng.
Datuk Mohd Asri pula dalam ucapan di Mesyuarat Agung PAS ke 24, beliau menjelaskan, “Perbelanjaan bulanan Pejabat Agung adalah $3,000, sementara perolehan pendapatan melalui pendermaan daripada legislator adalah hanya $1,950 sebulan.”
Ustaz Nakhaie menjelaskan, sepanjang penglibatannya dalam PAS sekitar tahun70an hingga 80an, beliau menyenaraikan empat bentuk kelemahan dalam PAS:
1..Kelemahan pengurusan dan pentadbiran parti, terutamanya dalam pengurusan kewangan dan keahlian yang licin.
2..Budaya ilmu dalam PAS yang belum mantab, di mana perjuagan Islam yang ditegakkan tidak begitu dinilai dari sudut keupayaan memahami Islam, tetapi lebih kepada semangat dan sentiment sahaja.
3..Kemantapan ideologi dan Islam belum mantap pada tahun 1978. Walaupun matlamatnya Islam, tetapi cara untuk mencapainya tidak jelas bagaimana ia boleh dilaksanakan dalam masyarakat.
4..Kurang pentarbiahan ahli-ahli di mana pengurusan pentarbiahan dan sumber kewangan menghadapi masalah.
Ada juga yang mengatakan punca kekalahan PAS adalah kerana pendekatan yang digunakan bercorak ala nasionalisme yang sudah tidak sesuai lagi dengan suasana perkembangan kebangkitan Islam di dunia. Sudah menjadi lumrah alam, apabila sesuatu itu sering ditekan dan ditindas, maka tandanya akan meledaklah suatu kebangkitan. Begitu juga dengan Islam dan PAS, ia pasti akan bangkit semula!!
Sila ikuti sejarah PAS dari awal dalam http://www.ibnuhasyim.com/
1.. Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 1: Muqaddimah Kesinambungan
2..Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 2: Siasah Ulama
3..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 3: Tikaman Tersirat.
4..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 4: Nama & Rahsia Siasah
5..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 5: PAS Bebas Lepas.
6..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 6: Bersama Kebangkitan Islam
7..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 7: Di Bawah Dr Abbas
8..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 8: Bermula Dengan Tangan Terbuka

_________________perunding.
Amiklah pesanan dari orang yang kita kenal arifnya iaitu Ibnu Hasyim.
Ingatkan lah bahawa orang yang menjatuhkan Arqam telah juga sampai ke tahap pemimpin no2.
Ingatkan lah bahawa orang kepercayaan ChinPeng sebenarnya orang dihantar dot dot dot.
Ingatlah bahawa orang yang berjaya membunuh pemimpin pejuang Checyen setelah berjaya dapat kepercayaan pejuang Checyen ialah seorang ejen khas Russia.
Modus operandi itu sudah biasa, diserap kedalam suatu organisasi sehingga mencapai tahap tertinggi pangkat atau kepercayaan sebelum bertindak menghancurkannya.
_________________
lagi tambahan di sini
http://greenboc.blogspot.com/.
Unity Government, Panggilan Yang Melecehkan Kemenangan Islam .

Tuesday, March 17, 2009

Siapa Suruh Rakyat undi PR dalam Pru12 dan Bukit Gantang?

Ini adalah renungan satu tahun PR memenangi PRU12.
Peringatan buat pengundi.
Peringatan buat rakyat.
Hakikatnya tiadalah dirisaukan sangat tentang pengundi dan rakyat kerana saya yakin mereka telah membulatkan tekad dan azam untuk membawa perubahan dan terus istiqamah dalam memilih perubahan itu.

Cuma yang dirisaukan akan hal pemimpin pemimpin parti yang takut sekali sudah alpa dan lupa istiqamah perjuangan asal mereka.
Sudah cuba mencari jalan mudah dan jalan pintas.
Pemimpin yang tiada siapa yang sanggup menegur.
Pemimpin yang kurang mahu muhasabah diri.
Pemimpin yang sudah tidak mahu menghayati sunnah Khalifah Umar seperti dalam sirahnya yang seringkali dicabar oleh rakyatnya hatta seorang nenek tua agar Umar r.a tidak lupa pada amanah Allah.
______________
I ,sometimes represent everybody.
Ada ketika kita buang puntung rokok kat longkang,alih-alih mesti ada puntung rokok sedia ada kat situ.
Bila kita campak sampah kat tepi jalan,alih2 ada sampah sedia ada kat situ.
Satu hari seorang kawan kita pergi Solat Jumaat walaupun jarang sekali pergi,alih2 ramai betul orang kat masjid hari tu.

Balik ke PRU12.
Nak kata DAP kempen habisan,tak juga.
Ada calon dia siap merajuk lagi.

Nak kata PKR bersiap sedia,tak juga.
5 hari lagi nak mengundi,tak siap pasang poster lagi.
Nak kata Pas bergerak diam-diam,tak juga.
Pemimpin dan rakyat bermunajat kepada Allah diKelantan untuk `Devine Intervention`orang putih kata.
kita kata doa lah supaya Allah bantu.
Nak kata Umno sobataj,tak juga.!
Orang Umno bengang kat PM depa lepas kalah je.
Dah tu,sapa?
Nak kata rakyat berpakat,tak juga.
Mana ada rakyat semua buat meeting.
Dah tu,apa?
Tu lah,macam cerita kat atas lah.
Setiap hati Rakyat berazam untuk buat perubahan.
Tak yah berpakat pun.
Kenapa hati tergerak gitu.?
Sendiri mahu postmortem lah.
Siapa ignorant dan terus in the state of denial,nasib lah.

p/s
aaa..siapa gerak kan hati gitu?
sendiri tengok Al-Anfal surah ke8 ayat 63.
__________________
Begitu jugalah di Bukit Gantang nanti.
Hati hati itulah yang akan keluar mengundi.

Modal kempen Bukit Gantang lagi!Ini ke Hukuman Rasuah??

Politik Wang=Rasuah.
Setuju?
Salahlaku kuasa politik=Rasuah
Setuju?

Hukuman nya ialah tak boleh bertanding.
Itu je.
Kuang kuang kuang.

Kalau undang undang Tarzan barangkali begini,
mana mana munkee yang didapati salah laku dalam urusan mencari pisang akan dibawa mengadap ke lembaga hitam.
Hukumannya.
Tidak boleh bergayut di dahan pokok ini lagi.
Nak digantung memang kerja munkee bergantung.
__________________
itupun entah entah ada pilihan hukuman.

a.gantung ahli 3 tahun.
b.tarik diri dari bertanding.
c.dilucutkan diri dari layak bertanding.

lagi entah entah.
Ini adalah adalah payment dalam sistem barter.
Paklah minta something.
Ok u bayar dengan 1 orang yang sokong u.

________________
hai orang meno.
tak teringat ke kat abe zaid berahim.
dia kan berani lawan lembaga hitam tu kan.
dia kata orang kena tuduh layak dapat khidmat peguam.
adus..rasakan..Isketambola.
tapi tak sepedih hati orang kena tahan ISA..bab kata kak laili.

Sebelum ke Bukit Gantang,Siapa Berani Baca ni,Bacalah!!

Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional.
Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London.
Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.
Tawaran tersebut adalah:
a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 13 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen.
Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLCh.
Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS:
a. Mereka yang sudah menghampiri zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
b. Mereka yang terlampau kepingin jawatan dalam PAS
Mereka yang sudah hamper jangkahayat politik mereka adalah:
1. Cikgu Mustafa Ali: Beliau adalah dalang no wahid dalam usaha ini.
Oleh kerena jangkahayat politiknya sudah menghampiri noktah akhir, maka beliau perlu untuk melakukan sesuatu yang drastika.
Beliau telah dijanjikan jawatan Senator seterusnya duduk semula dalam Kabinet sekiranya PAS bersetuju untuk masuk Barisan Nasional
b. Beliaulah yang menjadi “contact point” utama antara UMNO dan PAS dan beliau bertanggungjawab.
c. Malahan, Mustafa Ali adalah orang yang memulakan usaha berjumpa dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama UMNO-PAS dan kemasukan PAS ke BN.d. Segala temujanji dan perjumpaan termasuk perjumpaan di London adalah atas usaha Mustafa Alie.
Beliau sekarang ini mengasak Presiden parti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bagi membolehkan Presiden parti menggerakkan PAS menyertai BN
f. Lihatlah betapa sukanya UMNO kepada Mustafa Ali sehingga UMNO sedia memberikan hak penerbitan Harakah dua kali seminggu hanya kerana Mustafa Ali dilihat sebagai “kawan” kepada UMNO
g. Hanya Mustafa Ali sahaja yang telah membawa Perhubungan Negeri pimpinan beliau berjumpa dengan Menteri Besar UMNO.
Sedangkan Menteri Besar UMNO di Terengganu lebih zalim kepada PAS berbanding dengan DAP dan PKR.
Jelas betapa rendahnya taraf Mustafa Ali sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.
2. Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman: Beliau juga sudah menghampiri zaman gelap beliau dan memerlukan satu kejutan usaha yang begitu kuat bagi menyelamatkan karier politik beliau.
a. Beliau sudah tidak ada apa2 lagi dalam PAS Kelantan dan dalam kerajaan Kelantan
b. Jawatan Ahli Parlimen ini hanya sekadar jawatan terakhir sebelum beliau bersara secara terus dari politik
c. Ini adalah peluang beliau untuk membuat “comeback” dlm politik kerana ada jawatan tertentu yang dijanjikan kepada beliau
3. Ustaz Harun Taib: Semenjak kekalahan beliau di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau sudah semakin dilupakan.
Khabarnya, beliau dijanjikan jawatan exco sekiranya PAS masuk semula ke dalam BN. Oleh kerana itulah beliau adalah antara ang begitu kuat berusaha di dalam membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.
a. Beliau berjaya mempengaruhi Dewan Ulama PAS Pusat bagi menyokong usaha kerjasama ini.
b. Beliau juga berjaya mempengaruhi Dewan Muslimat PAS Pusat melalui isteri beliau yang menjadi Ketua Dewan Muslimat Terengganu.
Manakala antara mereka yang terlibat kerana kepingin jawatan adalah:
1. Dato Dr. Hasan Ali: Beliau sememangnya terlampau kepingin jawatan Menteri Besar Selangor.
a. Malahan semenjak malam pengisytiharan keputusan PRU ke 11 lagi, beliau sudahpun menghubungi Khir Toyo bagi tujuan untuk membina sebuah kerajaan campuran PAS-UMNO di peringkat Selangor.
b. Malangnya, usaha beliau gagal kerana Tuan Guru Presiden tidak bersetuju sama sekali
c. Selepas usaha pertama gagal, beliau secara berterusan meracuni pemikiran Presiden dengan membawa khabar-khabar yang tidak benar berkenaan kerajaan negeri Selangor.
d. Beliau cuba memberi gambaran kepada Tuan Guru Presiden kononnya kerajaan Negeri Selangor sedang dalam usaha untuk mengkhianati Melayu dan Islam. Sedangkan cerita2 beliau tidak lebih dari penipuan dan separuh benar.
e. Dato’ Hasan Ali masih menaruh harapan untuk menjadi Menteri Besar dan beliau tidak kesah kalau kerajaan Pakatan Rakyat jatuh.f. Sedangkan kebanyakan polisi kerajaan Selangor ini adalah mirip kepada polisi kerajaan Kelantan dan polisi PAS.
g. Tuan Guru Presiden baru sahaja memberi temuramah dengan majalah Siasah yang mana Tuan Guru telah mengkritik kerajaan Selangor dengan begitu hebat berdasarkan maklumat salah yang diberikan oleh Dato Hasan Ali kepada beliau.
2. Ustaz Nasaruddin Mat Isa: Beliau semenjak dahulu senang diperngaruhi oleh Mustafa Ali.
Kali ini, bukan sahaja Mustafa Ali mempengaruhi beliau, tetapi beliau juga telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dua.
a. Beliau adalah antara yang terlibat berjumpa dengan Najib Tun Razak di London padahal beliau telah dinasihatkan jangan berbuat demikian.
b. Ustaz Nasaruddin juga dilihat sentiasa bersama-sama dengan Ahli Parlimen UMNO semasa di Parlimen berbanding menghabiskan masa beliau bersama MP PAS atau PR.
c. Sewaktu Anwar dituduh meliwat dan ditangkap pun beliau masih diliat begitu mesra bersama-sama MP UMNO/BN berbanding dengan MP PR.
d. Ustaz Nasaruddin seharusnya faham bahawa beliau sedang dipergunakan oleh Mustafa Ali yang mana Mustafa Ali tidak pernah menghormati beliau sebagai pemimpin.

"This is an exposition by one of my internal PAS sources. I feel readers will need to know the real picture of the going-ons in PAS. I feel the readers should know that such story of PAS joining with UMNO has it's merits but it is the effort of a small portion of PAS leaders who are already on their way out. And they need to cut this deal to resurrect their dying career.This is a letter from my source name Ahli PAS Dalaman and i feel it should be shared with everyone. However, the accuracy of this report is solely the responsibility of the writer, and not this blog. TQ.

______________perunding.
Ada possibility ke Pas ganti Umno sebagai ketua BN?
Takde kan sebab parti Umno lagi besar,biarpun bukan paling kuat.
Pas biarpun tak besar tapi kukuh dan solid foundation dan fundalmental nya.
Sememangnya Pas boleh survive dalam apa situasi pun.
Tapi sanggupkah ke BN?
Logik akal memanglah Bn menjadi kuat dengan kemasukan striker handalan PAS,namun apakah itu aspirasi RAKYAT?
RAKYAT yang mengubah corak dan warna politik air semenjak PRU12, dalam PRU12 tiada sedikit pun sumbangan samada PAS,PKR,DAP dalam kemengan PR,semuanya adalah kehendak rakyat tanpa disuruh atau dipujuk sesiapa.
Rakyat mahukan perubahan dengan meninggalkan BN yg telah 50 tahun mengecewakan rakyat.
Rakyat perlukan alternatif,rakyat perlukan satu pasukan baru yang kuat,sama senario di US dan UK.
UK mempunyai Labour dan Konservatif yang sama kuat,silih berganti memerintah UK.
US mempunyai Republikan dan Demokratik yang sama kuat,silih berganti memerintah US.
___________________
Maklumat di atas tiada bertarikh diambil dari http://politikanjing.blogspot.com/.

Monday, March 16, 2009

C4 untuk kuncu PakLah~Bukit Gantang

Ada SPanaRM.
Yalah Mr Fixer.
Ketatkan mana yang longgar, longgarkan mana yang ketat.
Ada jugak Lembaga Displin Umno, yang ni lagi berhantu.

Ok mari kita tengok the Big Picture.
Ada 25 tempat untuk MT Umno.
Cuma ada 51 calon bertanding.
Bermakna chances ialah 50%.
Kalau cabutan bertuah tu separuh yang hadir akan dapat hadiah.
Setakat Azalina dan Norza, kedua setakat mempertahankan kerusi MT.
Bukan cabar orang atasan parti pun.
Lagipun 2 KO tak memberi impak sangat pada chances masih 50%.
Jadi apa maksud terselindung.
Nak membasmi rasuah? ye lah tu.

Ali Rustam, Khairy Jamaluddin, Khir Toyo.
Muka ni juga dijangka kena.
Khir Toyo tu padan muka dialah.
Kj pun kena.Maknanya Mukhriz menang free lah.
Hadiah untuk Che Det kot kan dia sibuk la ni.
Ali Rustam pun kena.Ala setakat lawan 3 penjuru untuk satu kerusi TP Umno.
Ya lah logik jugak bakal TPM beb.

Tapi 2 kali pandang nampak gayanya nak mempastikan PakLah memang tak leh buat apa lagi.
Sekiranya beliau berhasrat untuk membuat kejutan perbahasan di Parlimen sekalipun semua kuncu MP belah Paklah sudah digertak.
Nampaknya semua orang Umno sibuk berkempen untuk PAU mereka, manakala Najib sibuk mempastikan segala kemungkinan diambil kira untuk jaminan Najib ialah The PM of Malaysia 1April ini by Hook or by Crook..

Isu Gobind vs Najib Altantuya,Kenapa MP PR keluar dewan???

mas said...
Salam Perunding,
Kenapa MP PR keluar dewan?
bukankah kalau undi tak cukup 2/3 maknanya usul tersebut tidak diterima..
atau MP PR keluar dewan kerana tak ramai MP PR yang hadir dan menyebabkan jika diundi pun usul tersebut akan berjaya?
jika begitu, sepatutnya MP PR mesti diwajibkan hadir bagi setiap sidang parlimen supaya puak MP BN ni tidak bertindak sewenang2nya...
Saya cukup hairan dgn MP PR, selalu sangat nak bantah dgn cara keluar dewan, akhirnya PR jugak yg menjadi mangsa akibat usul yg dibahas pasti akan menguntungkan BN..
wahai MP PR tolong jgn bertindak bodoh, cara pengecut ini yg anda buat utk m'bantah usul tersebut mengakibatkan Gobind tak dpt menghadiri sidang parlimen selama setahun..geram sungguh saya baca berita ni...
*komen yg sama saya ajukan di blog cinaislam
Monday, March 16, 2009 2:25:00 PM MYT
perunding said...
2/3 untuk ubah policy,undi usul macam ni tak perlu 2/3,
Monday, March 16, 2009 2:32:00 PM MYT
mas said...
Perunding,Terima kasih atas info tersebut, apapun saya tetap salahkan MP PR yang bodoh keluar dewan, sepatutnya buat undian dulu baru tahu berapa banyak yg menyokong dan membantah.
Selalu sangat MP PR bertindak bodoh keluar dewan ni, akhirnya BN yg dapat kebaikan.Saya tak nampak kebaikan pun setakat nak membantah keluar dewan ni..mungkin bagi MP PR hanya itu cara mereka bertindak membantah, tapi mereka perlu juga berfikir dengan rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan jangan hingga menjejaskan peranan mereka di parlimen.
Monday, March 16, 2009 2:44:00 PM MYT
Ayiem said...
ye benar sebagaimana yang dinyatakan oleh sdr perunding,sebenarnya usul yang dibentangkan tidak membenarkan undi angkat tangan dijalankan,
tetapi ianya dilaksanakan secara undi mulut iaitu diberikan masa kepada pihak kerajaan dan pembangkang untuk membentangkan hujah kemudian dibuat keputusan yang pastinya memihak kepada pihak pembentang....
Itulah yang yang menyebabkan Pakatan Rakyat tidak membentangkan usul undi tidak percaya kepada PM pada 16/9 dahulu.
Kalu dilihat pada artikel 18 dan artikel 27 perlembangaan negara secara jelas bahawa usul tersebut tidak akan berjaya dibentangkan.
lebih kurang Artikel 18 menyatakan bahawa usul undi tidak percaya boleh dikemukakan dengan notis 24 jam tetapi pihak YDP Dewan berhak menerima atau menolak usul tersebut.
Sekiranya dibahaskan usul tersebut tidak akan dijalankan undian ankat tangan tetapi diadakan undian mulut yang mana masa diberikan sebanyak 30 minit setiap pihak.
Manakala artikel 27 pula menyatakan bahawa usul boleh dikemukakan dengan notis 1 minggu dan pihak YDP Dewan tidak berhak menolak tetapi sekiranya ada usul yang melibatkan kepentingan negara,maka usul yang melibatkan kepentingan negara akan didahulu,sudah pasti akan banyak usul pihak kerajaan yang akan masuk untuk menghalang usul tersebut dari dibacaandan akibatnya sampai bila pun usul tersebut tidak dapat dibaca atau dibentangkan...mengikut apa yang saya tau serba sedikit......kalu silap tolong betulkan......wallahuaklam
_________________
Yang baik dijadikan teladan.
Yang buruk dijadikan sempadan.
Pada pandangan peribadi saya, tindakan keluar dewan adalah budaya yang paling keras untuk menunjukkan protes kepada sesuatu yang 'hopelessly' tak boleh buat apa lagi.
Ia juga diamalkan oleh Adun BN di negeri yang diperintah oleh PR.

Gobind Singh digantung Isu Najib Altantuya

Usul yang dibentangkan oleh Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menggantung ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh selama setahun, diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.
Usul tersebut diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Sewaktu pengundian dijalankan, kesemua ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai membantah.
Usul tersebut dibentangkan pada kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan Speaker Pandikar Amin Mulia.
Pembentangan usul tersebut dibantah keras oleh pembangkang, sehingga menimbulkan kebuntuan hampir satu jam.
Pandikar hanya dapat mengawal keadaan pada kira-kira 12.30 tengahari dan membenarkan ahli Parlimen membahaskan usul tersebut.
Usul dibentangkan terhadap Gobind kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap timbalan perdana ment
Minggu lalu, wakil rakyat Puchong itu digantung sehari daripada menghadiri Dewan Rakyat selepas mendakwa Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
_________________
tak tau nak kata apa lah.
dibicara tak mau.
disiasat polis tak .
dibahas di parlimen pun tak leh.
entahlah labu.

Haji Hadi nak saya Undi Umno ke Pas kat Bukit Gantang?

Sudahlah Haji Hadi jangan disebut lagi kerajaan campuran tu.
Atau sesiapa yang di sekeliling beliau seperti Ustaz Nasharuddin.
Nan campur macam mana?
Macam air batu campur?
Macam Lai Ce Kang? hah.
Bila ditanya lebih, kata kerjasama ekonomi sahaja.
Untuk kerjasama ekonomi, join MTEN je lah.CUKUP lah.

Prk Bukit Gantang dah dekat.
Fokus lah.
Isu kan dah banyak, PPSMI, rampasan kerajaan Perak.
2 isu ni dah cukup kuat.
Jangan buat pengundi konpius (confused).
Bila bawak isu kerajaan campuran, orang Pas sendiri terbahagi dua.
Barangkali orang Pas tetap akan undi calon Pas.
Namun tetap menurunkan semangat pekerja parti, sekarang mereka berada dalam keadaan 'peak performance'. Jangan matikan fokus mereka.
Bagaimana pula rakan lain seperti PKR.
Barangkali Pkr masih mudah untuk kita berbicara.
Begitu juga dengan DAP.
Mungkin ahli parti politik mudah untuk kita beri penerangan,
TETAPI YANG LEBIH PENTING IALAH BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN PENGUNDI SALAH FAHAM.
Jangan biarkan pengundi dalam keadaan tertanya tanya.
Pengundi tak mau menang Pas, pergi masuk Umno.

Apasal gatal sangat 2,3 kerat pemimpin Pas ni dok sibuk meracun Hj Hadi.
Sapalah agaknya talibarut Yahudi ni.
Join Pas sampai jadi pemimpin tinggi, kemudian cuba hancurkan Pas dari dalam.
Nyahkan orang dalam muktamar Jun ini.
Orang Pas jangan reluctant (teragak-agak) untuk menyingkirkan puak ni.
Biar mereka sahaja yang pergi berambus masuk Umno tu.
(kalau dia talibarut Umno dia akan lari ke Umno selepas disingkirkan)
(kalau dia talibarut Yahudi dia akan stay dalam Pas sebagai parasit)
Pas takde sebarang masalah.Tak usah ditempah masalah.
Tumpukan kepada urusan harian biarpun perlahan memberi khidmat kepada masyarakat.
Tumpukan kepada 'mission' untuk memenangi kawasan yang dimenangi Umno sekarang.

Tidak perlu terburu nakkan jawatan dalam kerajaan sekarang .
Kuatkan dan kuasai seluruh aktiviti masyarakat di negeri yang sudah dimenangi sekarang.
Pru13 sudah tinggal lagi 3,4 tahun sahaja.
InshaAllah PR akan memenangi lebih banyak negeri dan kerajaan Pusat.
Kerusi kemenangan akan lebih seimbang.
Kita susun betul betul kerusi yang bakal dimenangi Dap, kerusi dimenangi Pkr dan kerusi dimenangi Pas.
Kita berbahagi negeri yang diketuai Dap,Pkr dan Pas.
Begitu juga di peringkat kerajaan Pusat, PM,DPM, menteri menteri boleh dibahagikan dengan adil dan disepakati oleh semua komponen PR dan rakyat Malaysia.

__________________

Sekarang apa yang Pas perlu buat ialah keluarkan satu kenyatan rasmi dengan TEGAS bahawa tiada sebarang usaha untuk membentuk kerajaan campuran dengan Umno Bn.
Semua pemimpin Pas mesti mengeluarkan kenyatan peribadi denagn tegas seperti dilakukan Nik Aziz.
Akhir kata kepada pemimpin Pas rezeki kuasa sudah ada di dalam mulut, janganlah dimuntahkan keluar.
Kemenangan sudah tinggal sejengkal lagi untuk dinikmati.
Banyakkan istighfar.

Sunday, March 15, 2009

Amanat kepada Pengundi Bukit Gantang,Bt Selambau,Batang Ai


Bila Polis yang berDemonstrasi


The long arm of the law in Spain has been flexing its muscles, with police officers demanding more money and better working conditions.
Several thousand national police gathered in the centre of Madrid, carrying banners and shouting slogans deriding the prime minister and the interior minister.
_________________
Bila lah benda ni nak mungkin berlaku kat Malaysia ni.
Asyik polis je balun orang berdemonstrasi.