Saturday, August 1, 2009

Benarkah Demonstrasi ini Aman?

Berkumpul di Masjid Negara.
Berkumpul di Sogo atau sepanjang jalan Tunku abdul Rahman.

Bergerak beramai-ramai atau berarak ramai-ramai.

Polis boleh kawal jalan dan bersama iring peserta ke Istana Negara.

Unit Amal memalu kompang untuk memeriahkan suasana.

Setengah jam sampai Istana Negara dan siap dan selesai.

_______________________________________

Tapi realitinya apa yang berlaku....

Peserta dari Masjid Negara dihalang menuju ke arah Istana Negara, maka crowd bergerak mengarah bank Negara.
Di simpang ke kiri Jalan Tangsi Bank Rakyat, trak Fru menanti...
Di depan Fru menanti..
Ke kanan Dataran Merdeka Fru menanti...

Jadi crowd stay put...tidak bertemu hidung dengan FRU pun...
Tiba2....tear gas ditembak dari arah depan...
Crowd mengundur....water canon ditembak arah kanan.
Crowd mengundur jauh ke belakang...hingga ada yang sampai balik ke Masjid Negara..dengan mengangkat kain putih..
disahut polis..bersurai......diikuti dengan tembakan tear gas...

Maknanya...crowd telah terkepung.............!!!!!!

__________________________
Sememangnya ada orang suka ianya nampak hura hara.
Peserta perarakan tidak pernah bertentang mata,hidung,atau mulut dengan kumpulan Fru..
Fru menembak dari jarak jauh lagi..

Dan polis dan Fru telah dengan jayanya menjalankan arahan menampakkan berlaku HURU HARA.

Gua di Masjid Negara

Zohor tadi.
Ais krim ais krim ais krim...loceng fru...

Habis lah bermandi dek FRU.

Gua puas hati.

Allahu Akbar.

Tahukah anda? Salesman terbaik

Anda sewakan 1 kereta.
Kereta anda bayar bank.
Kos susutnilai anda tanggung.
Katakan anda sewakan 10 kereta, semua kos tadi anda tanggung.
Bayangkan anda ada 40,000 kereta sewa.
Bayangkan selepas 10 tahun, apa jadi pada pada kereta itu semua.
Dah susut nilai dan usang.

Apa perlu anda buat?
Ting! idea datang.
Kita 'offer' dengan senyum manis...saya jual kereta tu semua pada penyewa.

____________________
Anda sewakan sebuah rumah.
Kerosakan rumah anda tanggung.
Ada masa ada penyewa,ada masa takde.
Ada penyewa ok,ada penyewa buat anda sewel.
Bayangkan anda ada 40,000 rumah.
Selepas 10 atau 20 tahun,apa jadi pada rumah itu semua.
Usang tapi mungkin harga tinggi sikit.

Apa perlu anda buat?
Ting! datang satu idea....jual kat rakyat si penyewa.
______________________
Anda sebuah syarikat unit trust atau takaful atau insuran.
Anda lancarkan dana pelaburan.
Size dana 500juta unit pada harga 50 sen atau 1 ringgit seunit.
Anda buat 45 day offer period dengan buy 100 unit get 5 unit free.
Akhirnya anda dapat jugak jual rm100 juta sales.
Anda sungguh gembira.

....namun ada salesmen yang lagi 'power'.
bagi 100 unit free seorang untuk students.
wah..kemudian
anda nak jual 10,000,000,000 unit=rm10 billion

wow anda memang salesman hebat.

Friday, July 31, 2009

Tahukah anda? Padang Merbok

Di manakah Padang Merbok?

Di sebelah kiri bangunan Bank Negara.
Di seberang bangunan Bank Rakyat.

SEPELAUNG DARI BUKIT AMAN.

Jalan kaki sedikit mengarah ke Tasik Perdana, di trafik light jalan ke kiri.
Itulah Bukit Aman.

Tahukah anda? Permatang Pasir

Komposisi pengundi ikut kaum N11 Permatang Pasir
Melayu 72.31%, Cina 25.94%, India 1.61%

PRU12 dimenangi PAS majoriti 5,433.
Peratus keluar mengundi 82.57%
PRU11 dimenangi PAS majoriti 679.

Selamat mencuba Umno.
Jangan terlalu ghairah ekk...

Wednesday, July 29, 2009

Selingan


Dost Mohammed

Afghan Leader Dost Mohammed, circa 1830s

http://history1800s.about.com/od/colonialwars/a/kabul1842.htm


cerita panjang kat situ.


cerita ringkas gini.

1838 20,000 tentera Brittish masuk Kabul tanpa ditentang.

Pemimpin Kabul diganti dengan boneka Brittish.

1842 Rakyat Afghan menentang Brittish.

Brittish berundur...tetapi.

Rakyat Afghan menyerang dan membunuh kesemua tentera Brittish tersebut kecuali ..

seorang doktor tentera dilepaskan hidup untuk ceritakan sejarah tu.........

Tingkat Teoh Beng Hock plus 2

Pelajar UM maut jatuh tingkat 16



ANAK panah menunjukkan Tan maut jatuh dari tingkat 16 Apartmen Vista Angkasa, di Kerinchi, semalam.

Tan ditemui berlumuran darah, kepala pecah

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), maut selepas jatuh daripada Tingkat 16, Blok 5 Apartmen Vista Angkasa di Kerinchi di sini, pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Tan, 22, ditemui tertiarap jam 11.30 pagi dalam keadaan mengerikan dengan badan berlumuran darah dan kepala pecah di tempat letak motosikal.

_________________


Utusan Melayu dan PPIM

Pagi tadi kat kedai mamak gua jeling itu tajuk paper melayu.
Gua tarak beli dan tarak baca.
Tapi itu hah...

pakai tanda soalan.
standard apa la surat khabar melayu ni.
gua boleh buat tajuk gitu.

suruhanjaya siasatan diraja dijalankan oleh Raja?

atau macam tentera Yahudi.
berita.
Kanak2 mati ditembak tentera Yahudi.

Jurucakap tentera Yahudi berkata:
Pejuang Palestin gunakan kanak2 sebagai perisai.
Jadi, zahirnya kami termbak kanak2 tapi hakikatnya pejuang palestin yang bunuh kanak2.

kepala hotak hang.
pejuang palestin tu sanggup letup diri dengan bom lagi.
takde sayang nyawa punya kepala.
apa nak perisaikan kanak2 pulak.

sama lah dengan orang yang menyebabkan kematian TBH.
senang2 pulak kata orang lain nak bunuh dia.
kongsi gelap lah..apa ke jadah lah.

tu lah masa saya kecik dulu ada orang ajar saya.
kalau tak boleh buktikan kita betul, ragu ragu kan yang kita salah.

____________
PPIM=Persatuan Penyokong ISA Malaysia.

halal...bla bla...haram...bla bla .bangsa sendiri....bla..bangsa lain bla...
last last ...
Kami sokong ISA,kami sokong ISA.

SHIT betul aki tu.

p/s perkataan 'paper melayu' di atas hanya bertujuan merujuk kepada siratkhabar Utusan Melayu.

Tuesday, July 28, 2009

Pewaris Cabar Rakyat Malaysia

Saya tidak pernah menghadiri sebarang perhimpunan demontrasi sebelum INI.

Tetapi hari INI saya BERAZAM

MENGHADIRI PERHIMPUNAN DAN DEMONSTRASI MENENTANG ISA 1 OGOS INI KERANA PEWARIS TELAH MENCABAR PERASAAN RAKYAT MALAYSIA.

Ini hanya spekulasi pra-matang

Majoriti Pas di Galas adalah 'relatively' sangat kecil.
2 dari 3 Dun dimenangi Umno dengan majoriti selesa.

Tapi ...

Ku Li isytihar sertai PKR.

segalanya akan berubah.

p/s Ini hanyalah spekulasi pra-matang.

Tahukah anda?

Kerajaan Selangor audit kan perbelanjaan peruntukan adun dia orang.

Tahukah kita
Adun Umno Bn dapat 500k setahun
Ahli Parlimen Umno BN dapat 1juta setahun
Ketua bahagian Umno dapat 3 juta setahun.

Ada audit ka?


_____________
Jika anda ke London, anda akan dapati hampir 100% orang di sana mempunyai buku peta A-Z London di dalam kereta mereka.
Orang Malaysia di sana berkata sesama orang Malaysia di sana
'eh kau 5 tahun duduk kat London masih pakai buku peta'??

sama lah cerita audit tu..
"kami dah 50 tahun terima peruntukan, buat apa perlu audit"
lain lah adun PR..depa tak pandai....pakai duit.
_______________
Umno kalah tipis di Manek Urai bukan kerana kekuatan Umno tapi kerana kelemahan lawan,yakni Pas.
biasa dengar tak ayat tu..

Sunday, July 26, 2009

Aiman tak kisah, UMNO BN lagi tak kisah

Chua Jui Meng masuk PKR-tak kesah.
PPP masa bt selambau masuk Pkr -tak kesah.
Zaid Ibrahim masuk Pkr-tak kisah.
Datuk kat PJ tu masuk Pas-tak kesah.
Yong Teck Lee Sabah -tak kesah.
SS Subramaniam MIC masuk Pkr-tak kesah.

Kalah PP-tak kesah
KT-tak kesah.
Bt Gantang-tak kesah.
Bt Selambau tak kesah.
Penanti-tak kesah.
Manek Urai-gembira.

rasa nya banyak lagi kes..tak teringat dek saya.

Kerana Nizar lilin, Najib..

Perasaan tak birthday Najib baru ni takde lilin.

Tapi hari ini ada pulak gambar Najib pelita pulak.

Tengok Ikut Suka Aku blogspot.