Saturday, April 4, 2009

Apa yang Panas di Bukit Selambau??

Polis kata ada 8 kawasan panas di Bukit Selambau.
Apa definasi panas pada pandangan polis?
SPR tak de keluar kawasan panas?

Kawasan orang tak sokong Bn ke?

PR adalah favourite di sini.
PR adalah defending seat kat sini.
PR dijangka menang di sini.
Mustahil lah PR nak buat kecoh!!!

Orang yang dijangka kalah lah suka buat kecoh.

p/s Apa pengumuman gempak Anwar kat Bukit Selambau.
Zaid masuk PR.
PakLah masuk PR...lawak lah.
Kj masuk PR..lagi lawak.
Shahrir masuk PR.
Apa apa lah.

Hadiah Najib UMNO atau Hadiah DYMM Agung

Pembebasan tahan ISA.
Pemberian semula permit Harakah dan Suara Keadilan.
PM umum bebas 13 tahanan ISA, batal larangan ke atas akhbar PAS, PKR.

Terima lah ia sebagai kemenangan bagi rakyat.
Jangan menyerah dan jangan berserah kepada kerajaan.
Kerajaan adalah hak rakyat.
PM dan semua kabinetnya adalah pekerja rakyat yang dipilih,dilantik dan digaji oleh rakyat.
Mereka adalah pengurus kepada kerajaan rakyat.
Kerja mereka ditentukan oleh scope of job yang ditetap dan ditentukan oleh rakyat.
Rakyat berhak menyuruh,memecat dan menentukan hala tuju pengurus kerajaan rakyat.
Kebebasan bersuara, hak kepada keadilan, kebebasan media, kebebasan mengundi juga adalah HAK RAKYAT.

Menteri Kabinet UMNO

Muhyiddin TPM portfolio kekal.
Hamid Kebab out ganti Zahid Komidi.
Rais Yatim Batu Putih out ganti entah.
Azalina out.
Mukhriz dapat menteri.
Kj timbalan menteri sukan kot.
Mustapa Mohamed menteri kewangan.
Shafie Afdal menteri pertahanan.
Hisham Aw menteri PPSMI.

Lain lain bantai je.

MCA pun nak.TPM2 leh tak??
MIC pun nak.
Gerakan pun nak.
PPP pun nak.
MP Sabah pun nak.
MP Sarawak pun nak.
Pening lak.

Friday, April 3, 2009

Batang Ai Perhatian dan Awas PKR!!

Berdasarkan tulisan dan pengamatan Aidie61 ini.
PKR,”Only A MIRACLE can save Jawah’s Campaign”.
Diharapkan Pkr ada kaedah to fix it.
Diharapkan jentera Pkr terus bersemangat.
Excitement sells.
Semangat boleh memenangkan.

Juga di sini.
PKR to make “big shock” announcement tomorrow night.
Kita tunggu bersama kenyataan dari pakar strategi dan perang saraf Pkr ni, Saifudin Nasution.

Kembali ke Bukit Gantang Siapakah PM ke 7??

Pm Pak Lah dah belah.
PM Najib dah sah.
Apalagi kita balik cerita prk lah.
Bye bye election untuk puak Umno.

Kita tunggu.Kita look forward. PRU13.
Siapakah bakal PM ke 7????

Ayuh teruskan kerja.
Berjuang.
Life goes on.
Let's us move on.

p/s Hero pejuang (menentang) apartheid dipenjara dari 1964 sampai 1994.

Teori Ekonomi Jumaat

Teori Ekonomi Jumaat

Cuba tuan tuan perhatikan peniaga hari Jumaat.
PakcikMakcik jual Beriani kat Masjid Pandan Indah.
Abang jual soya dan cendol kat Masjid Bukit Damansara.
Uncle mamak jual cendol dan rojak kat Masjid Bandar Tun Razak.
Semua penjual di Masjid Tabung Haji.

Tanyalah mereka jika tuan puan tak berat mulut.
Hasil jualan Hari Jumaat adalah melebihi hasil jualan 4 hari lain!!
Berniaga dari pukul 12 sampai 2.30 petang melebihi jualan berniaga 4 hari IsninKhamis dari pagi sampai petang.!!!
Itulah kenyataan. Itulah fakta. Itulah rezeki Allah.

Itu baru berniaga satu waktu Solat.
Itu baru sekitar 80% umat Islam bersolat Jamaah Jumaat.
Bayangkan jika setiap hari waktu Zohor umat Islam berjamaah.
Bayangkan jika setiap hari setiap waktu umat Islam bersolat jamaah.
Satu orang peniaga boleh memilih 1 waktu sahaja untuk berniaga dalam seminggu!!
Contoh:
Peniaga nasi lemak A memilih menjual pada waktu Subuh Isnin sahaja.
Peniaga nasi lemak B memilih menjual pada waktu Subuh Selasa sahaja.
Peniaga nasi ayam C memilih menjual pada waktu Zohor Isnin sahaja.
Peniaga putu bamboo D memilih menjual pada waktu Asar Rabu sahaja.
Peniaga roti canai E memilih untuk menjual pada waktu Dhuha setiap hari sahaja.
Peniaga rojak memilih…
Peniaga mee rebus memilih…
Dan begirulah seterusnya.

CUKUP 1 WAKTU SAHAJA!!!MASHAALLAH!!!

Seperti peniaga di Mekah cukup berniaga 30 hari sahaja dalam setahun.
Seperti peniaga di Arfah cukup berniaga 4 hari sahaja dalam setahun.

Alhamdulillah,Subhanallah,AllahuAkbar.
MashaAllah.

Bilakah agaknya kita akan menggunapakai teori ekonomi Haiya 'ala Solah Haiya 'ala Falah.
Bilakah agaknya kita akan menggunapakai teori ekonomi Aqimussolah wa Atuzzakah.
Kita baru mencapai tahap 60% zakat sebagai satu system kutipan.
Kita baru mencapai tahap 10% zakat sebagai system pembahagian .(wealth distribution)
Kita baru mencapai tahap 0% zakat sebagai system ekonomi!!
Apakah makna 2.5%. zakat?????kenapa tak ditafsir???kenapa tak digunapakai menyeluruh??

Sampai bila kita menganggap Solat Jamaah Fardu Kifayah ?
Orang lain buat aku tak payah.!!
Renungkanlah Solat Jamaah itu fardu ain mengikut feqah mazhab lain.

p/s (sila rujuk alKahfi39 untuk makna MashaAllah)

PAU UMNO sudah, Amik Kuasa Sudah,Rombakan Kabinet Pula

Political Events berterusan.
Tidak putus putus.
Ada peristiwa besar, ada peristiwa kecil.

Laporan politik lebih banyak dari laporan bisnes.
Jika tahun 1993-1997 suratkhabar penuh dengan berita bisnes.
Sekarang ni penuh dengan berita politik.

Sehari dua ni penuh dengan pertabalan putera raja mongalia.
Majlis besaran, tersohor dalam semua media.
Penuh warna warni.
Lepas tu sibuk dengan rombakan kabinet.

Tapi syok syok tu jangan lupa bye bye election tu ekk.
Jadi lah raja untuk 2,3 tahun.
Pejam celik pejam celik, Pru13 menjelang tiba.
2012 pun ok, 2013 pasti.

Thursday, April 2, 2009

Awek Biru Bn di Kempen UMNO

Konsert gadis berseluar pendek hitam dan singlet biru muncul di kempen BN malam tadi di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampung nelayan di DUN Kuala Sepetang bawah kawasan parlimen itu.
Selain Ahmad Zahid, calon Umno Ismail Saffian turut menyampaikan ucapan.
-AdukaTaruna.
___________________
Biar betul Haji Z.
Biar betul Mail Kebo.

Bukit Gantang,Bukit Ganyang,Bukit Kubur,Batu Nesan UMNO

Senang cerita.
Jika banyak sangat statistik.
Jika banyak sangat perang saraf.
Jika ada yang rasa samar, jika ada rasa 50-50.

Tanamkan azam.
Bukit Gantang tempat untuk Ganyang Umno.
Bukit Selambau tempat untuk Kubur Umno.
Batang Ai tempat untuk Batu Nesan Umno.

Yang paling penting sumbangan Anda Keluar Mengundi.
Yang dekat, yang jauh mesti keluar mengundi.
Itulah sumbangan anda, itulah pengorbanan anda.

Wednesday, April 1, 2009

Bukit Gantang:Mahathir,Muhyiddin,Zahid Hamidi,Mukhriz aaaagh Mana Kj??

Semua nak berkempen kat Bukit Gantang.
PakLah peluk Muhyiddin.
Mahathir peluk PakLah.
PakLah peluk Najib.
Aaggh Sapa pulak peluk mendiang Altantuya.Opsss.


Eh mana kau orang Umno suruh Kj berkempen.
Kat Batang Ai ke??

Bukit Gantang:2 makna Mohon Restu Rakyat

Satu makna Rakyat belum restu Umno di Perak.
Kalau sudah tentu tak perlu mohon.

Kedua maknanya kekalahan Umno membuktikan Rakyat tidak Restu Umno berkuasa di Perak.
Jika tak restu tentu tak sokong.
Tak sokong tentu tak undi.
Tak undi tentu tak menang.
Tak menang tentu tak RESTU.

Adakah Umno ikhlas dengan slogan dan permohonan tersebut?
Sedangkan perkataan referendum tidak mau pula diterima?
Bukankah referendum bermaksud menerima atau menolak sesuatu kedudukan tersebut?
Suatu referendum bermakna satu hypothesis hendak dibuktikan iaitu samaada Umno diterima atau tidak diterima.
___________________
Poster Besar BN mula di pasang dimerata tempat dalam Parlimen Bukit Gantang dengan tema "Mohon Restu Rakyat". Slogan itu di letakkan di tiga keping gambar utama, Najib, Zambry dan Ismailnanya kekalahan Umno membuktikan Rakyat tidak Restu Umno.-CinaIslam.

Bukit Gantang:Yang paling penting ialah...

Referendum.
Altantuya.
PPSMI.
Kerajaan Sah Perak.

Sumbangan Tabung Bloggers.
Bloggers.Harakah.Suara Keadilan.Jentera Pas.Jentera PR.
Kempen.Ceramah.Doa.

Yang Paling Penting ialah ....
Sumbangan Anda KELUAR MENGUNDI.

Paling tinggi peratus 72% 2008.
Paling rendah 50% 2004.
Kita perlukan sekitar 80% keluar mengundi.
Tanamkan Azam.InshaAllah.

KELUAR MENGUNDI IALAH SUMBANGAN ANDA YANG PALING BESAR,UTAMA DAN PENTING.

Tuesday, March 31, 2009

Bukit Gantang: Lagi sekatan!No problem! OK je!

Suara Keadilan.
Harakah.
Ceramah terbuka.
Ceramah lebih 11 malam.
Bendera parti.
Tazkirah.
Jadi Imam.
Semua tu tak boleh sekarang kat Bukit Gantang.

Saya jangkakan Umno nak gunakan isu derhaka.
Tapi heran sehingga hari ni terus bersikap defensif.
Rupanya hari ini keluar larangan tak boleh sebut perkataan sultan,istana,derhaka.
Altantuya pun tak boleh.
Yalah dia pun puteri sultan mongalia.

Oklah.ikut suka hati hati kau lah Umno.
Buat lah syarat.
Syarat pilihanraya.
Syarat demokrasi.
Semua kau punya.

Sekarang yang berlawan ialah Umno lawan PR.
Rasanya Mic,Mca,Gerakan duduk diam diam je.
Umno punya calon pun dok diam jugak.
Tinggal lagi umno guna power polis fru KDN.
Itulah benteng terakhir umno.

Duhai pengundi semua, pilihanraya dan demokrasi adalah hak rakyat.
Amiklah semula dari Umno dan kembalikan kepada rakyat.

Bawak isu PPSMI pun cukup.
Highlight kan calon Nizar pun dah ok.

Bukit Gantang:Nature finds Its Way



Tu lah Hamid Kebab.

Tak guna tekan,tindas dan haramkan Harakah dan Suara Keadilan.

Sekarang lahir HUJAH dan SUARA KEAMANAN.

Ia menjadi lebih famous dan most wanted.

People gets more curiuos.

Perjuangan keadilan ibarat air, jika ditekan ia akan melimpah.

Sokongan bertambah.

Itulah makna natures will find its ways.

Akan ada ikhtiar yang lebih baik dijumpai.

Itulah kisah dalam Jurassic Park tu.

Untuk mengelakkan dinosour membiak, saintis membiakkan satu jantina dinosour sahaja.

Namun dinosour itu meng'klon'kan DNA katak (amfibia) yang hidup dua alam dan boleh berubah jantina.

Saintis politik pula kata jika perjuangan demokrasi disekat dan ditekan,perjuangan sebesar dinasour akan lahir juga untuk menghapuskan kebatilan politik Umno Bn.

UMNO Tempoh Bertenang Menang Masih belum TAMAT

Orang Umno yang baru menang tak boleh duduk senang lagi.
Lembu SPRM masih lepas.
Kot nanti kena tanduk.

Seperti polisi beli barang ka, beli insuran ka, ada 30 hari tempoh bertenang.
Kalau tak puas hati sebagai pelanggan kita boleh pulangkan barang tanpa soal.
No question asked.

Orang Umno yang menang kena lalui tempoh bertenang pemeriksaan SPRM.
No question boleh asked.
Sabar je lah kau orang meno ya. hu hu.

Rasuah: Pemimpin kanan Umno disiasat.
Beberapa pemegang jawatan tinggi Umno sedang disiasat berhubung amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata seorang ahli Lembaga Disiplin Umno.

Isk isk ketaq ketaq..

Kempen UMNO di Bukit Gantang

Muhyiddin.
Calon bebas bla bla.
Jangan undi calon bebas bla bla bla.
Calon bebas hanya bertanding kerana nafsu sendiri, takde berparti bla bla.
Thank you lah PakDin.
Apasal, calon bebas kacau U ka?
Biarlah dia orang nak bertanding, meriah apa, demokrasi beb.

Chua Soi Lek kata BN akan teruskan freehold 999 kepada kampung baru Cina.
Haaaaaaaaaa...........apaaaaaaaaaaaaaaaa...
Tiru lah tuuuuuuuuuuu.
Sapa nak makan umpan kau orang PakCik Kuat.
PR dah buat pung........korang kacau.

BEKAS Ketua Wanita Umno turut turun berkempen.
Saya nak pantau dan pastikan amanah yang diturunkan dari saya diteruskan oleh orang yang mengambilalih.
Not need to mention lah Nek Pidah.
Kuang kuang kuang..
orang ajar awak suruh berenti awak tak reti.
Ni nak ajar orang lak..isk isk..

Zambry lagi kelakar of the year.
Marah Nizar jadi Imam.
Marah Nizar bagi tazkirah....
Pe lah Zambry buat malu komponi betul lah.
Orang yang layak dan dihormati tentulah orang suruh Nizar jadi Imam dan bagi Tazkirah.

Azalina pulak tak nak berenti jadi menteri.
Terpulang pada Najib..
Bukan gitu kak...
PULANGlah akak.gini baru betul.
Jangan akak Tae Kwan Do depa dah lah akak ya.

Monday, March 30, 2009

Calon Bebas Orang UMNO rupanya

Seorang calon bebas sanggup menarik diri sekiranya benar Che Det pulang ke pangkuan Umno.
sah lah ni calon dari puak Umno.
Tak tau lah ahli ka apa ka..
Tapi ada kaitan Umno lah..

_________________________________
ada kartun kutuk konon parti Cina kat Malaysia ni ada kaitan komunis.
Cuba lah tuan tuan renungkan.
bersihkan otak tuan tuan dari dakyah penjajah orang outih dan Umno.
Sejak bila komunis tu jahat???
Haram dari segi agama Islam ye .
Tapi negara Russia,Poland,Yugoslavia,Jerman timur, China, Korea utara semua tu negara komunis.
Takde sapa kata jahat pun????
Jepun jajah Tanah Melayu dengan kejam!!!!Tapi tak kata Jepun jahat pun!!!!!!!!!!!

Bersihkan OTAK ANDA DARI DAKYAH PENJAJAH ORANG PUTIH DAN UMNO.

IDEOLOGI KOMUNIS DITOLAK.
TAPI RAKYAT CHINA, RUSSIA,JERMAN TIMUR(DULU) BUKAN JAHAT.
ADA FAHAM KA...ADA BACA POLITIK KA UMNO???

___________________
AMERIKA PUN BUKAN ISLAM.
UNITED KINGDOM PUN BUKAN ISLAM.
KAPITALIS PUN BUKAN ISLAM.
SEKULAR PUN BUKAN ISLAM.
UMNO PUN BUKAN PARTI..........
ORANG UMNO ISLAM OK.
_____________________
JANGAT PUTAR BELIT DAN TERBELIT OK.


p/s Umno pun bukan parti....
jawapan:bukan parti komunis.

Sunday, March 29, 2009

UMNO tenang Seminggu je,Taufan Rombakan Kabinet menunggu

Marilah team baru Umno berdepan dengan PR.
Tapi harus dengan cara gentlemen.
Lepaskan permit Suara Keadilan dan Harakah.
Ceramah harus dibenarkan untuk menyampaikan mesej kepada pengundi.

Akan tetapi tiadalah dirisaukan sangat team baru Umno.
sekejap je, hangat hangat taik ayam je.
Minggu depan rombakan kabinet.
Apa jadi kat kabilah PakLah.
Koloni Najib dah menanti.

Mana nak letak Azalina, Rais, Hamid Kebab.
Shahrir jugak bagus, letak jawatan.
Tu muka baru menang MT tu.
Semua nak tempat.
_______________________________

Perubahan Umno 'tiada kesan' di Bkt Gantang.
Perubahan kepemimpinan dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada pengundi parlimen Bukit Gantang, kata dua pengamat politik. Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata peralihan kuasa itu - dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - semalam hanya meredakan pergolakan dalaman parti itu. Beliau, yang turut meninjau perkembangan di kawasan parlimen itu hari ini, berkata masyarakat dan pengundi belum tentu mengubah tanggapan mereka sebelum ini terhadap kerajaan. "Sengketa Dr Mahathir-Abdullah itu adalah pergolakan dalaman parti, sedangkan pilihan raya kecil membabitkan parti-parti politik yang berbeza pendirian. "Jadi, saya tidak fikir perdamaian itu akan mempengaruhi keputusan pengundi," katanya kepada Malaysiakini. Seorang lagi pensyarah sains politik UKM, Dr Mohammad Agus Yusoff juga mempunyai pendapat yang sama - perubahan Umno itu tidak akan memberikan kesan kepada pengundi Melayu di kerusi tersebut. "Ia tidak memberi kesan segera kepada para pengundi Melayu dan pengundi muda. Jadi, saya tidak dapat memberikan komen berhubung hal itu.Malaysiakini.

Bukit Selambau meriah dengan 15 Calon:RM50 juta menanti!!Siri 2

Tentulah masing masing harap menang (calon bebaslah).
Lepas menang boleh relax kejap.
Lepas tu mana tau,
Mana tau ada Offer rm50 juta untuk melompat ka. Hah kaya.

Itu satu sebab melawak.
Mungkin disebabkan dulu Pru12 calon bebas yang menang.
So ingat kali ini calon bebas pun ada peluang yang sama.
Lain sebab ada jugak.
Ada yang protes tak suka Ismail Safian ka.
Ada yang memprotes calon Cina Mca takde ka.
Ada protes calon Cina Gerakan takde ka.
Ada yang protes calon wanita takde ka.
Tapi yang utama,ada yang protes Samy Vellu jadi presedin MIC lagi!!

Jadi kesimpulannya ramai calon bebas tidak perlu merisaukan PR.
PR harus fokus.Semua jentera PR harus fokus.Pengundi PR juga harus fokus.
Malahan ramai calon bebas boleh menggugat BN jugak.

Ingat PRU12 dimenangi calon BEBAS V Arumugam.!!
Ketika itu pengundi menekadkan azam dan tekad untuk mengundi sesiapa saja asalkan bukan calon BN.
Itupun BUKAN semua pengundi dapat diterangkan bahawa Arumugam bakal join Pkr ketika itu.
Jadi pengundi betul betul mengundi Arumugam kerana MENOLAK BN.!!

So kali ini pengundi dapat fokus dan yakin mengundi S Manikumar adalah bermakna mengundi PR.
Mengundi PR bermakna menolak BN.
So di sini S Manikumar mendapat undi dari semua PENGUNDI PR dan undi dari semua PENGUNDI MENOLAK BN.!!!!!!!!!!

Menang PR.

Bukit Selambau Meriah dengan 15 Calon:Mari kita Kaji


Yang baju seragam merah tu Fru beriman lagi baik.
Gambar sumber Asrol-Web Panas.
15 calon!!Meriah.Apa kesannya??
Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.
Pertama kita welcome dia orang sebagai pe'meriah' demokrasi.
Ada kesan kat calon Pkr Manikumar tak?
Ada orang kata sebab MB Azizan kata sapa menang dapat EXCO.
Apa ingat ini undi SMS ka?
Tawaran itu hanya untuk calon India dari PKR iaitu S Manikumar.
Tapi ramai nama Wahab, Hamid, Yaacob, Abu, Lazim, Awang apa cerita?
Jadi terbukti bukan kerana tawaran MB Azizan.
Ada orang kata sebab ada pihak India tak suka Manikumar??
Kalau ada 500 orang pun tak suka Manikumar, apa cerita letak 10 calon bebas???
Letak 1 orang saje cukuplah!!!
Jadi terbukti bukan kerana tak suka kan Manikumar.!!
So apa cerita??
Masing masing ada sebab tersendiri .
Nak berseronok kot.
bersambung...

Belon Altantuya lawan Sepanduk Amanat HjHadi

Mana satu relevan.
Kes terbaru,isu terbaru , berita terbaru tersiar seantaro dunia dan media.
Iaitu isu kapal selam, RazakB dan Najib Altantuya.
Berbanding dengan isu amanat HjHadi tahun 1981.

Gitulah yang termampu dek puak perangsaraf Umno.
Ni zaman rakyat dah faham politik.
Ni zaman rakyat boleh berkerjasama dengan harmoni antara semua kaum.
Di Perak masih ada 27 kerusi kawasan Melayu yang masih boleh beralih ke Adun Melayu PKR dan PAS.
Tunggulah PRU13.
Sedangkan kerusi maximum dimiliki oleh DAP hanya 19.
Ada baca politik ka UMNO.
_____________________
Kejutan terkini ...
belon berbentuk kapal selam baru saja dinaikkan di kawasan penyokong PR.

Orang ramai kelihatan tersenyum dengan
belon simbolik 'Scorpene' Najib-Razak Baginda-Altantunya.


http://perisik-rakyat.com/.

______________________lawannya pula.

sepanduk amanat HjHadi.

dari albanjari.

7 Golongan diNaungi di Bukit Gantang

Penyokong BN masuk ke padang.
Jumlah yang hadir kira-kira 7000 orang.
Cuaca cerah menyebabkan kawasan penyokong BN agak kurang selesa kerana terdedah terus kepada pancaran matahari.

Sebaliknya sebahagian besar daripada 20000 penyokong PR masih terlindung daripada pancaran terus cahaya matahari kerana berada berdekatan dengan kawasan berbukit di sebelah Taman Tasik.
Selain daripada memenuhi semua ruang padang, penyokong PR juga turut memenuhi bukit redup berdekatan.

http://perisik-rakyat.com/.

_____________________perunding.
Bayangkan di Mahsyar kelak manusia semenjak zaman Adam as berkumpul dan terhimpun.
7 golongan akan mendapat naugan Arash Allah.
MashaAllah.

AlAqsa bebas bila Jemaah Subuh di Bukit Gantang Seramai Jemaah Jumaat

Petanda besar sudah datang.
InshaAllah.
Apabila jemaah Subuh sudah menyamai jemaah Jumaat.
Positif lah.
Optimistik lah.

________________________CinaIslam.

Solat Hajat yang di imamkan oleh Presiden PAS, DS. Hj. Abdul Hadi Awang baru berakhir tadi dan sekarang ini Rombongan Pimpinan bersama Calon mula bergerak menuju ke Majlis Perbandaran Taiping tempat penamaan calon pada pagi ini.Sementara itu keadaan jalan penuh sesak dengan kenderaan sejak awal pagi. Kenderaan masih boleh bergerak perlahan, namun yang menjadi tandatanya kemanakah ribuan polis yang sepatut nya membantu kelicinan perjalan kenderaan pada pagi ini.Calon PAS, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin di temani oleh Isteri dengan persalinan baju Melayu lengkap berwarna kehijauan.

__________________________CinaIslam

Terkini 7.00 pagi : Mesjid dan bandar Taiping dipenuhi manusia.

Tiga Masjid yang ada di sekitar bandar Taiping, iaitu mesjid Daerah, mesjid Lama dan mesjid India dipenuhi oleh jamaah semasa solat Subuh pagi ini. Demikian berita yang diterima dari Ajijoi yang berada disana pagi ini.Menurutnya juga keadaan di Bandar Taiping juga sudah sesak dengan kenderaan sejak awal pagi.Katanya lagi di Masjid Daerah oleh kerana ramainya jamaah menyebabkan ada sedikit gangguan bekalan air.Inilah suasana awal pagi di bandar bersejarah ini dalam keadaan semua pihak bersiap untuk perarakan dan penamaan calon yang akan diadakan di Majlis Perbandaran Taiping pada jam 9.00 pagi ini.Menurut Setiausaha Operasi Jentera PAS PRK Bukit Gantang, Sdr. Salman Salleh semasa di hubungi, satu solat hajat untuk pimpinan akan diadakan di Markaz Ayer Kuning pada jam 7.30. Konvoi pimpinan bersama calon ke tempat penamaan akan bermula pada jam 8.00pagi ini.Malam tadi suasana di Markaz Ayer Kuning yang merupakan Bilik Operasi Induk terus menerus hingga lewat malam menerima kunjungan dari penyokong luar daerah bagi mendapatkan maklumat perarakan calon dan penempatan masing-masing.Semasa saya dihubungi beberapa warta akhbar utama bertanyakan berapa jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang kana hadir, saya katakan melebihi 30,000 orang.
_________________________CinaIslam.

(2) LIVE @ Bukit Gantang - 3 ribu bersolat Subuh di Masjid Taiping
6.08am
Hampir lebih 3 ribu jemaah mengerjakan solat Subuh berjemaah di Masjid Jamek Taiping, pagi ini. Ini satu pandangan luar biasa. Kehadiran jemaah daripada penyokong Barisan Rakyat begitu mengujakan kepada sesiapa sahaja. Keadaan bandar Taiping semakin sesak.Kesemua 3 masjid besar di sini, keseluruhannya dipenuhi oleh jemaah. Kenderaan telah mula memenuhi bandar kecil ini.
______________________________AlBanjari.

AllahuAkbar.AllahuAkbar.AllahuAkbar