Saturday, January 31, 2009

Leceh Tunggu Bungee Jumping,Layan Sini

Gambar ni saya cilok dari blog pengunjung saya http://rodelfaragnow.blogspot.com/.
Seorang pelajar di Mesir,seronok beliau melawat dan mngambil gambar pyramid.
Saje bawak cerita ni, boring tunggu ahli politik kata nak buat bungee jumping.
Dok tunggu tunggu, acah acah.
Lagi pun datang idea tengok blog mamat student ni.

Fokus saya hanyalah apakah pyramid tu.
Ia adalah kubur.!!!!
Apalah manusia zaman sekarang ni.Kubur jadi tempat melancong.
Mana pergi mayatnya.?
Dek kerana tamadun Mesir ketika itu sangat maju, mereka berjaya mengawet mayat sehingga masih elok sehingga ke hari ini.

Kenapa mayat boleh diawet tahan ribuan tahun?
Kerana mereka menemui kaedah saintifik untuk menahan reputan dengan cara menghalang atau membunuh bakteria dan apa yang sewaktu dengannya.
Saintis Mesir guna teknik awet kering.
2000 tahun sebelum itu, saintis tamadun Cina menggunakan teknik basah (liquid mummy).
Lagi fresh tau.Segar bugar mummy tu. eee!

Kalau mayat pun boleh diawet, orang hidup boleh jamin tak sakit tak?
Boleh.Sebab tu firaun tu kalau dengar cerita ustaz kan tak pernah sakit seumur hidup lalu dia mengaku tuhan.

Kalau gitu ada jutaan lah mummy!!!
Ya benar. Tapi semua dah dibuat kayu api dek penjajah Inggeris zaman dia perintah 200 tahun dulu.
Di campak semua kedalam enjin keretaapi menggantikan arang batu atau arang kayu.

Cuma pyramid tu kubur pembesar dan raja Mesir.
Di panggil firaun, dalam bahasa Gipti 5000 tahun dulu dipanggil Phera, yang bermaksud dalam bahasa Melayu (mari belajar sejarah dalam bahasa Melayu)bermakna Yang memiliki Mahligai.
Pyramid adalah tinggalan dari kerajaan besar Egypt yang memerintah selama 5000 tahun bermula kira kira 7000 tahun lalu.
Disembunyikan di dalam pyramid supaya tak kena kebas.
Tapi habis kena sapu barang emas,perhiasan dan segala yang ada oleh (di panggil penjarah kubur).Eleh sedap pulak nama.

Eh..kawan.kenapa Allah biarkan kubur tu ada lagi.
Ya lah Allah nak hina firaun yang dok ngaku tuhan tu.Akhirnya tinggal kubur je.
Hallo kawan..cuba fikir kalau kubur firaun-firaun sebesar itu di kawasan seluas itu,ya lah kubur 5000 tahun punya raja, rasa rasa nya mahligai dia besar mana??
KLCC dia tinggi mana??? Putrajaya dia besar mana???

Tinggi melangit.Tak caya.Surah Al-Ghafir ayat 36 dan 37.
Kat situ juga movie Yahudi dapat idea Star Gate.
Mana ada teknologi nak buat gitu.??
Hai bang...firaun kata kota aku sepanjang sungai Nile ni.
Sungai ni bawah perintah hujung kaki aku je(menguasai aliran dengan sistem empangan canggih).tak ingat pulak ayatnya.
hah ni dia,
Tengok surah Zukhruf ayat 51...bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaan ku dan sungai2 ini mengalir dibawahku.
Takpe lah yang ni satu lagi.
Tengok sini Al`Qasas ayat 38. ..bakarkan aku...tanah liat..
Bab ni tolong lah jangan percaya National Georaphic ke, History Chanel ke, semua tu yahudi punye weh..
Tengok batu blok binaan pyramid (kawan kita tu tunjuk banyak gambar).
Elok je bongkah2 dipotong dan dicantumkan membentuk bangunan pyramid.
Saintis Yahudi kata depa dulu potong dengan tangan, satu blok amik masa 4 bulan.
Ye lah Yahudi nak buat orang kesian sebab buruh binaan tu ialah orang Yahudi semuanya dijadikan hamba oleh kerajaan Mesir. huk..huk..
Tengok ayat ni...kamu dijadikan hamba(cari sendiri lah) (nanti saya carikan..dah nak maghrib ni)
Ni dia ayatnya Surah AsySyuara' ayat 22....engkau telah bertindak memperhambakan Bani Israel.
Tapi ingat juga..ahli korporat juga Yahudi..namanya Qarun.
Ada juga ayatnya... sini AlQasas ayat 76..Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa....

Sebenarnya batu itu diproses dengan teknologi tertentu seperti kita membuat bata sekarang.
Asal batu juga dari tanah.
Batu terjadi akibat pembakaran tanah pada suhu dan tekanan tertentu.
Tanah yang dibakar keras...ayat surah Al-Fil..jadi uranium dan plutonium.
Batu yang terbakar pada suhu dan tekanan tertentu pula boleh menjadi kaca atau permata.
Tengok kes gunung berapi dan tahi bintang jatuh ke bumi...alah cerita dinasour tu.
Apa jadi kat tulang dinasour?alah jadi minyak bawah negara Islam lah..le..

Balik cerita firaun..jangan percaya cerita saintis..ingat.
Bersambung......

Siapa kata Umno tak Sayang Puteri!~ref Malaysiakini

Nah bukti terjalin ikatan rasmi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Perlis, Abdul Jamil Saad, 47, melangsungkan perkahwinan dengan bekas Ketua Puteri UMNO Perlis, Marzita Mansor.

Sayangkan Wanita Umno pukul pukulkan, maksudnya tegurkan.
Sayangkan Puteri Umno pinangkan.

Barangkali orang yang mencadangkan pembubaran itu melihat puteri sebagai cucunya, wanita sebagai menantunya, jadi kena jugak lah nasihat macam tu.
Akan tetapi tentulah mereka tu yang tengah bercita cita tinggi politik, tak mau dibubarkan, potong stim lah orang sedang rancak berkempen.

Friday, January 30, 2009

Erdogan Bukan Setakat Hero Pas! Malah Hero Dunia!~Malaysiakini



Erdogan semasa forum bersama Peres di Davos menemplak pemimpin Yahudi sebagai Trigger Happy Killer.

Beliau bercakap betul betul di depan muka pemimpin Yahudi tesebut barangkali disaksikan secara live seluruh dunia.

Dan pasti laporan seterusnya menyusul kemudian ke seluruh dunia.

Seluruh dunia Islam menganggap beliau hero.

Selama ini di Malaysia ada pihak propaganda parti tertentu selalu mengaitkan pemimpin Pas dengan Erdogan.

Tentulah label ini memberi credit positif kepada Pas.!

Posting saya sebelum ini Recep Tayyip Erdogan .

Pekan Kecil Rohingya di Selayang~ref Malaysiakini

Mungkin tidak ramai menyedari bahawa terdapat lebih kurang 3000 orang pendatang Rohingya tinggal menetap di Selayang.
Majoriti mereka bertumpu di rumah kedai di pusat komersial Selayang berdekatan dengan Pasar Borong Baru.
Menariknya di Jalan 2/3A ini terdapat 10 buah Bank terkemuka Malaysia beroperasi di siang hari.
Di waktu malamnya bertukar menjadi kampung Rohingya yang sibuk sehingga ke pagi.

Kenapa mereka ini tidak pernah diganggu gugat oleh sebarang pihak berkuasa.?
Pertama mereka ini dipercayai mendapat perlindungan UNCHR, di klasifikasi sebagai perlarian perang.
Kedua mereka tidak mengganggu penduduk tempatan kerana mereka telah membentuk komuniti sendiri yang lengkap dengan perniagaan runcit, kedai jahit, dobi, baju bundle, restoren dan juga surau serta kelas mengaji dan menghafaz.
Surau mereka sungguh mengkagumkan, menggabungkan 2 unit rumah kedai, mempunyai imam tetap sebagai contoh seorang hafiz muda bernama Jamaluddin.
Pernah satu petang, mereka ada program jemputan seorang maulana, maghrib petang itu bergilir 3 shift dek kerana ramai yang hadir.

Faktor ketiga kenapa mereka tidak diganggu dan menjadi faktor terpenting ialah kerana mereka adalah nadi kepada ekonomi Pasar Borong Selayang.
Mereka adalah sumber buruh paling reliable dan murah untuk semua tokeh tokeh di situ.
Semua tokeh sayur, buahan, ikan, daging, makanan kering, kedai borong dan segala tokeh di situ memerlukan mereka.
Siang hari mereka bekerja di kedai borong,pasar borong baru dan pasar borong lama.
Malam mereka lebih sibuk,tak kira yang perempuan dan lelaki, mereka bekerja di semua tempat tersebut termasuk juga pasar larut malam hingga ke pagi.

Barangkali jika yang tersadai di Sabang itu, berjaya mendarat di Malaysia, menjadi sebahagian dari komuniti ekonomi Selayang.

Cuba orang Umno Renung Sebentar~ref Malaysiakini

Siapa lagi hero mereka.
Siapa lagi yang tinggal untuk harapan mereka di peringkat negeri.

Perlis,ada Isa Sabu, dah lah low profile, Hashim Suboh kata topeng je.
Ada Shahidan ada pulak seteru dengan Radzi.

Kedah,semenjak kalah, dan MB Kedah dari Pas,saya dah tak kenal dan tak tahu siapa bos Umno kat situ.
Penang,siapa ekk.
Perak,itu hari ingat sama kuat dengan PR,suspen jugak.
La ni dah terburai.Takde fight dah.PR boleh sengih dah.

Selangor,semenjak dua menjak ni teruk jugak MB Khalid yang kebal tu kena bantai.
Tapi nampak steady je dia.Pkr, Dap, Pas memang mantain.
Umno nak harapkan Khir Toyo je lah.
Tapi Khir Toyo tinggal blog dia je lah kalau kalah Ketua Pemuda.
Nak lawan Mukhriz,nak lawan KJ, huh berpeluh.
Kalah je, Mat Taib debushhh.finishhhhh.

Pahang,adalah Adnan.Tapi Pahang nampaknya tengah hutan pun bergelora.
Curi balaklah,curi tulang lah,petualang wang lah.
Negeri Sembilan,okay lah lagi.Cuma Dap kuat tu.
Melaka,boleh mintak tolong Shah Rukh Khan.Lain pada tu kojol.

Terengganu,memang Mad Said bekeng(garang),Mad Deris macho, tapi Wan Farid the only tempat ada pengundi Cina boleh kalah.
Mau kalau tempat 100% Melayu, habis Pas sapu.
Kelantan,serik dah.Siapa Anuar,Adib,Mustapa,Ku Li,tok leh buat apa.

Johor.Umno lagilah.
Sabah Sarawak bukan Umno directly.
Perlahan-lahan Umno kekurangan hero harapan mereka.

Perak Tug-of-war,Siapa Tumbang~ref Malaysiakini

Seperti dalam pertandingan sukan tarik tali,dua pasukan yang sama kuat akan memberikan saingan sengit.
Berganjak pun seinci dua je.
Yang paling gagah menjadi anchor.

itulah gambaran cerita tarik menarik ahli Pkr dan Umno di Perak.
Mulanya mengejut Adun Bota ditarik ke kem Pkr.
Pantas anchor Perak kata 2 Adun Pkr pula akan ditarik ke kem Umno.
Ditarik pula oleh MB PR bahawa 3 lagi Adun Umno akan tertarik dek Pkr.

Begitulah sengit perlawanan mereka,nampak macam stale mate.
Namun malam tadi barisan pasukan Umno rebah.
Anchor mereka diletakkan jawatan.
Dalam tug-of-war, jatuh anchor, berderai yang lain tersungkur.

Habis cerita tarik menarik.
Begitu sahaja.

3G


Wanita,Puteri,Pemuda/Putera.
Gebu,Gedik,Gendut.
Cuba baca poster tu.
Sprm jangan campur tangan kami menyuap.
Pe Ngap Matawang.
Jangan amik hak ahli umno amik apa apa.
Kami nak sapu RM boleh blah.

Sah Najib diLantik PPBUM,bukan Jadi PM~ref Malaysiakini

Sah selepas mesyuarat MT Umno semalam Najib dilantik menggantikan Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.
Untuk perhatian jangan terkeliru bukan dilantik jadi PM!.

Fakta yang ada di sini ialah Tajol Rosli dah lepaskan jawatan kesayangannya yang terakhir dapat dipetahankan selepas kejatuhan Perak ke PR umumnya dan kehilangan jawatan MB turun temurun dari bapanya.
Tajol lepaskan dengan rela,reda,terpaksa,dipaksa tiadalah saya nak ambik tahu.
Sayang Yop jawatan ni,tengok sedara awak tu Shahidan dengan Md Deris mau nak dilepaskan.
Tak rela aku melainkan...

Fakta yang kedua ialah tentulah peranan Najib hanya sebagai simbol memegang kuasa Umno di Perak.
Manalah cukup masa abang tu.
Tentulah operasi harian dan kuasa eksekutif harian terletak pada tangan Zahid Hamidi yang tuah bergolek menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.
Tapi takpelah Zahid, sekarang nampak baik dengan Paklah, dulu Anwar, dulu dulu Najib.
Macam rotate je, lepas ni turn Anwar semula.

Boleh lah Umno Perak duduk diam sekarang.
Bagi chance kat Umno Perlis pulak.

Thursday, January 29, 2009

Umno Berubah masuk Gear Reverse~ref Malaysiakini

Ramai yang cuba menyahut seruan agar Umno berubah.
Seorang dari Terengganu kata elok kita kompromi.
Maknanya kita tak perlu bertanding dalam pemilihan parti nanti.

Kompromi memang elok, terutama dalam situasi selepas menang di Terengganu,
siapa nak jadi MB.
Kalau ada lebih dari satu pilihan, satu pilihan Raja, satu pilihan PM.
Ketika itu eloklah 2 calon tu berkompromi.

Dalam pemilihan pemimpin, pertandingan amat penting.
Bayangkan kita tak perlu buat Liga Bolasepak Malaysia.
Kalau bertanding, nanti bergaduh, nanti penyokong bergaduh.
Kalau nak berlawan jugak, kita buat perlawanan persahabatan.
Habis sukan Malaysia, ahli sukannya nanti jadi boyak.

Begitulah dalam parti politik, pertandingan akan memeriahkan suasana.
Yang terbaik dapat dicari.Jentera kempen akan aktif sebagai satu latihan menghadapi pertandingan sebenar dalam pilihanraya umum.

Seorang lagi kata bubarkan sayap sayap parti supaya kurang rasuah.
Ini masuk gear reverse,tekan minyak laju-laju.
Kurang sayap, kurang ahli, kurang aktiviti, kurang orang yang terlibat dalam kempen pemilihan, hanya mengurangkan KOS rasuah.
Ialah dah kurang orang yang perlu diberi rasuah.
Barangkali kos rasuah dah semakin meningkat semenjak kos kehidupan meningkat ni.

Eloklah kau orang Umno fikir 2,3 kali lagi.

Umno Perlis pun nak Curi Perhatian~ref Malaysiakini

Oleh kerana Umno Perak sudah mendapat perhatian media,pemerhati politik,ahli politik dan pemimpin politik,kini Umno Perlis mula melangkah dengan kisah menarik.

Jika di Perak mungkin ada yang dah habis 'modal' bila banyak menggunakan wang masa berkempen namun kalah,menang tak, modal habis, menimbulkan banyak kesan sampingan ketidakpuasan hati di kalangan pimimpin Umno.
"Ketua Bahagian lebih dihargai" kata Adun mereka.
Ya lah sebab ketua bahagian ada nilai masa pemilihan nanti.

Umno Perlis pula membawa isu cantas mencantas sama kat atas.
Datuk Hashim Suboh menyebut-nyebut nama Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.
MB hanya topeng katanya.
Segala yang boleh menguntungkan Shahidan Kassim dihalang dan dicantas menurutnya.

Apalagi.Ikut jejak langkah sahabat kat Perak.
Pakat seorang join Pkr.
Sure Heboh.

Syed Hamid,Anda yang buat Kugan Hero!~ref Malaysiakini

Kami tidak pernah menganggap penjenayah sebagai hero.
Kami juga tidak pernah menganggap polis sebagai penjahat.
Tetapi sekarang tahanan telah mati dalam keadaan mencurigakan ketika di bawah jagaan polis yang di bawah kementerian Datuk Sri.

Kementerian Dato Sri juga lambat mengambil tindakan yang menyakinkan.
Malah Dato Sri juga seolah mengalih isu dengan cadangan mendakwa 2 timbalan menteri.
Dato Sri buat tahanan jadi hero,2 timbalan menteri ini jadi hero.
Dato Sri juga buat pempinan parti berbangsa India senada dan sekata.
Dato Sri buat Samy jadi hero juga.

Dato Sri juga tidak dapat pasti laporan doktor pertama menyakinkan.
Sekali lagi kami nak laporan yang lebih ada integriti dan akauntabiliti.
Sekali lagi Dato Sri yang buat tahanan jadi hero.
Laporan kedua menunjukkan kesan kecederaan luar simati.

Dato Sri telah membuatkan simati seolah olah menjadi hero membongkar pelbagai misteri.
Itulah sebabnya Dato Sri .

Romlang Porigi Mana nak Pergi?~ref Malaysiakini

Romlang Porigi seorang yang bertubuh kecil tetapi memiliki hati berani berjiwa besi.
Beliau seorang Imam Masjid WP yang mencuri perhatian media tempoh apabila menjadi saksi sumpah Saiful.
Kemudian beliau menyertai kempen Pkr di P44 menceritakan dan membongkar cerita disebalik drama sumpah tersebut.
Akibatnya kini beliau dipecat dikaitkan dengan sebab isu tersebut.

Namun nampak beliau langsung tidak gentar dan saya yakin mendapat perhatian dan sokongan parti Pkr.
Benarlah seperti dinyatakan dalam Islam,orang 'haji' tak takut diberhenti.
AtTaubah ayat 18 ...orang yang memakmurkan Masjid...tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah...

Saya pernah menemuiRomlang Porigi secara peribadi 2 tahun lepas saya singgah di Masjid WP bertarawih.
Selepas tarawih saya join tadarus yang diketuai oleh beliau.
Menyedari saya bukan anak kariah beliau menegur saya dengan ramah, mengajak saya datang lagi, dan mempelawa saya minum jamuan bersama mereka selepas tadarus itu.

Hari itu tadarus membaca surah Yusuf, menceritakan kisah Nabi Yusuf yang dipenjara kemudiannya berakhir menjadi pemerintah kerajaan Mesir yang besar.
Saya membayangkan ke mana Romlang Porigi selepas ini.
Pru 13 menjadi calon Pkr.
Ada rezeki jadilah.InshaAllah

Permintaan khas sahabat

Atas permintaan peribadi sahabat saya yang saya ceritakan dalam posting yang lepas saya tarik balik posting tersebut.
Harap maklum.

Tuesday, January 27, 2009

Tuah Badan Zahid Hamidi~ref Malaysiakini

Untung sabut timbul,untung batu tenggelam.
Tuah ayam nampak di taji,tuah manusia siapa yang tahu.

Tuah Zahid Hamidi dah terbayang di hati.
Ekoran krisis gempar penghijrahan Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim ke Pkr.
Tajol Rosli disaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak sebagai rasa tanggungjawab dan memberi ruang untuk tindakan perubahan oleh orang lain.
Tajol orang dah lama sangat,jemu,nak muka fresh pulak.

Zahid Hamidi pula disebut sebagai calon paling sesuai untuk memenuhi aspirasi membaikpulihkan semangat Umno Perak.
Zahid Hamidi juga glamer sekejap dengan isu Kemas tempoh hari.
Kali ini boleh tersenyum kemas dengan 2 cita cita yang bakal menjadi realiti.
Dilantik menjadi Menteri,dicalon untuk jawatan Naib Presiden Umno dan terkini bakal memegang tampuk kuasa Umno Perak.

Zahid Hamidi dah senyum berseri seri.
Emm orang kuat Anwar dulu ni.

Saranan Berani,Tajol Rosli mesti Letak Jawatan!~ref Malaysiakini

Ini yang terbaru saya baca dari blog Ahmad Saabun.
Ini saranan yang sangat berani.
Saya teruja dengan saranan ini.

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam dunia politik Ahmad Saabun memberikan hujah dan penjelasan yang baik dan bermakna.

Inilah perubahan yang mesti Umno sanggup lakukan.
Jangan setakat kata nak berubah tetapi tak berani nak berubah.

"Berubah dalam tempoh terdekat adalah dengan Tojol Rosli melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan serahlah kepada sesiapa sahaja yang lain demi untuk menyelamatkan Perak dari terus hilang dari peta umno."
"Kalau inipun Tajol Rosli tidak berani untuk berkorban dan masih mahu berkata dia masih releven untuk rakyat Perak, Tajol hanya membebankan Umno dan Dato Najib. Inilah contoh dari banyak contoh yang ada betapa Umno terlalu takut untuk berubah."
rujukan petikan http://ahmadsaabun.blogspot.com/.

Akan ada perubahan sekiranya Umno sanggup membuat tindakan berani berubah.
Fikir fikir lah Umno dan beranilah buat keputusan berani.

Lagi terkini,Zahid Hamidi disebut sebut dipilih menggantikan tempat Tajol Rosli.

Samy Vellu Betul Betul Marah~ref Malaysiakini

Hari tu Samy Vellu marah orang nak lawan jawatan Presiden MIC miliknya.
Dia pecat M Muthupalaniappan,senang cerita,habis cerita.
Mana ada pemimpin parti BN boleh buat 'power' macam Samy Vellu.

Hari ini saya tengok dalam BernamaTv,Samy Vellu betul betul marah.
Marah betul Samy Vellu pasal kes Kugan.
Dia ada sebut sebut nama Syed Hamid.

Samy kata kalau 2 orang Timbalan menteri Datuk K Devamany dan Senator T Murugiah,satu dari MIC,satu dari PPP, kena tindakan,saya akan pertahankan habisan.
2 orang tu tolong berjuang untuk orang India kata Samy Vellu.
Maknanya Samy Vellu berjuang untuk semua parti India termasuk yang dia tak suka PPP.

Bukan itu saja,Samy Vellu kata mana boleh kata Kugan itu curi,makhamah saja boleh tentukan.
Satu lagi mana polis boleh buat itu 'kegiatan'.
Maksud Samy Vellu,mana boleh soalsiasat dan dera sehingga menyebabkan kematian.
Samy Vellu you boleh juga tanya polis,
you all soalsiasat Kugan untuk tahu apa yang Kugan tahu atau you polis mau tutup apa Kugan tau?

Ini sangat memalukan BN!.
Seriuos kata Samy Vellu.
Muka Samy Vellu juga seriuos.

Mana tak merapunya.

Mana tak aku kata meroyan,gila talak dan merapu.
tengok sinihttp://mutaligat.blogspot.com/.petikan.
Ternyata tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggembar-gemburkan berita 41 orang ahli PAS dan seorang Ketua Cawangan PAS memperlihatkan ketidakcerdikan beliau. Di samping itu beliau cuba memperbodohkan rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Melaka.
Ali Rustam lupa bahawa rakyat Malaysia kecuali orang Umno sudah cukup faham dengan permainan media pengampu seperti Utusan Meloya (Utusan Malaysia).
Seperti yang saya postingkan di dalam Blog ini semalam, Ismail Tompang (Senin Tompang) adalah ahli PAS yang sudah lama keluar PAS dan berminat untuk menyertai Umno. Sudah bertahun-tahun beliau tidak membayar yuran, malah tindak-tinduknya juga sudah lama diketahui oleh PAS Kawasan Bukit Katil.Beliau adalah bekas ahli Umno yang mempunyai kepentingan diri. Sentiasa bertukar parti yang disokongnya semata-mata kerana mencari habuan. Beliau pernah cenderung kepada DAP dan PKR kemudian berpatah balik menyertai Umno.
Jadi tidak perlulah dirisaukan orang seperti ini tempat yang paling sesuai untuknya ialah bersama Ali Rustam. Jumlah 40 orang lagi ahli PAS yang ikut jejak langkah Ismail adalah tidak benar kerana ahli di cawangan yang sudah lama mati inipun tidak sampai seramai itu. Mungkin Ai Rustam mengirakan jumlah tersebut dengan bayang-bayang sekali. Kalau adapun 40 orang mungkin ianya bukan ahli PAS tetapi penyokong Umno atau orang yang tidak berparti.

_______________perunding.
Satu orang YB masuk Pkr gempar se Malaysia.
Ali pulak dapat 40 penyamun tarbus.
Nak tumpang sekaki kot ali.
mana tau untung aku,jadi glamer.

baca sini jugak http://angkasanuri.blogspot.com/ .

ALI RUSTAM DAH KERING MODAL .
.....ketua dan 40 ahli cawangan Pas Kampung Musai di Melaka telah menyertai Umno dan borang permohonan keahlian telah diserahkan pada Ali Rustam.Ali Rustam mungkin boleh temberang orang yang tinggal di luar Melaka, tetapi tidak orang Melaka seperti saya. Malah Kampung Musai adalah 'port' saya minum setiap pagi kalau tak out station.

Mana ada cawangan Pas kat Kampung Musai????

Kalau ada cawangan dan ahli Pas kat situ, itu adalah ahli hantu! Saya cabar Ali Rustam atau mana-mana pihak untuk mengesahkan di Pejabat Agong Pas di Jalan Raja Laut wujud atau tidak cawangan Pas Kampung Musai.

Umno Gila Meroyan,Gila Talak,Gila Merapu~ref Malaysiakini

Syndrome gila meroyan selalu terjadi kepada orang kematian atau kehilangan sesuatu yang sangat diharapkan atau disayangi.
Selalu dikaitkan ibu baru bersalin kehilangan atau kematian anak tersebut.
Lebih parah apabila orang sekeliling menyalahkan ibu tersebut akibat kecuaian atau sebab lain.
Sympton orang gila meroyan ialah murung,termenung,tergaru garu kepala tak terurus.

Umno gila meroyan kerana kehilangan satu kerusi di KT dek kekalahan calonnya yang juga meroyan kerana hilang jawatan dan lebih parah dipersalahkan atas kekalahan.
Umno murung,termenung,tergaru garu mencari punca kekalahan.
Salah menyalah sesama kawan.

Belum reda murungnya,tiba tiba digemparkan cerita isteri mintak cerai fasakh lepas tu terus kahwin orang lain.
Mana tak Umno gila talaknya,merayu minta YB fikir semula.
Mintak isteri lain lafaz ikrar taat setia.
Tak semena mena digempakkan pulak 2,3 orang YB lagi berbaris beratur nak ikut masuk PKR lagi.
Mana tak menggila talak.
Kesan sampingan dari symptom gila meroyan dan gila talak menimbulkan pulak gila merapu.

Kata laki orang (Pkr) rancang nak buat 'reverse takeover' jawatan MB katanya.
Nak hasut Pkr jadikan isteri baru sebagai isteri no 1 katanya.
Nak buat isteri no 1 (Pas) tak senang duduk kononnya.

Isk isk...Umno nak reverse,gear reverse hang pun dah karat.
Kata nak berubah,kata nak rebranding.
Pegi masuk jumpa pomen bengkel,periksa gear reverse tu.
Lepas tu periksa jugak gear 3,fungsi ke tak.Kata nak berubah ke depan,tak bergerak pun.
Overhaul semua je lah.

Kan kita dah kata dulu,kalau dah ada symptom meroyan,gila talak,gila merapu,pergi bawak jumpa doktor,tabib,motivator dan ustaz.
Kalau tak berkesan atau memang dah sampai masa,sesiapa ada bisnes kad psychiatrist hulur hulurlah kat Umno.

Monday, January 26, 2009

Bukan Melompat,Bukan Meloncat,Mereka Berbaris~ref Malaysiakini

Saya sedaya upaya memikirkan alternatif kepada perkataan lompat dan loncat.
Apa yang lompat,apa yang loncat?
Mereka masuk Pkr atau PR elok elok.

Mereka beratur dan berbaris masuk PR.
Tak caya.
Nah keluar 3 nama menurut hambali1.blogspot,
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, Datuk Fakir Adam dan Datuk Hamdi akan keluar UMNO untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mana ada loncat loncat,lompat lompat.
Berbaris,cakap you.

Aik ada pulak yang kata depa nak pakat cari MB Perak baru pulak.
Takpelah gi interview sekali lagi.
Aik kau orang ni,tak usah nak konar cerita lah.

Ni lagi sensasi..Ezam is the masterminds behind the drama.
Ezam broker dan jambatan pemimpin Umno menyeberang senyap senyap ke PR.
Takde lompat nya.
Ada jambatan baik punya.

Hari ini 1 Shvat 5769 Tahun Yahudi~ref Malaysiakini

Hari ini ialah 1 Shvat 5769 Tahun Yahudi.
Hari ini ialah 26 January 2009 Tahun Masihi.
Hari ini ialah 29 Muharram 1430 Hijrah.
Hari ini ialah Tahun Ox ,1 hb 4707 Chinese Calendar.

Gong Xi Fa Chai.

Fokus saya hari ini ialah terdapat lebih ramai Muslim Chinese daripada Malaysian Muslim di dunia ini.
Muslim Chinese sudah lebih lama menjadi muslim daripada kita sendiri.
Islam telah sampai ke tanah besar China sekitar tahun 650 masihi atau dalam masa 50 tahun pertama selepas Hijrah Nabi.
Islam dibawa oleh sahabat diketuai Saad Abi Wakaz dan diterima dengan meluas oleh masyarakat China ketika itu.
Dynasty Tang,Song,Ming dll telah memerintah kerajaan mereka dengan Islam.
Berbanding dengan Malaysia,Islam hanya sampai di tempat kita sekitar tahun 1400 masihi dibawa oleh pendakwah Arab Yaman,iaitu selepas 800 tahun orang Cina telah memeluk Islam.

Kini terdapat lebih ramai orang Cina beragama Islam berbanding dengan orang Malaysia beragama Islam.
Agama Islam tidaklah asing kepada orang berketurunan Cina.
Majoriti penduduk Xinjiang berbangsa Uirgur adalah beragama Islam.
Anggaran yang paling optimistik disini sahaja terdapat 20 juta penduduk Islam.

Adalah tidak mustahil Malaysia boleh hidup aman,makmur dan harmoni biarpun pelbagai kaum tinggal di Malaysia.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Ox 4707.

Jasa Kugan~ref Malaysiakini

Jasa Kugan kepada kita semua dalam...
Menyerlahkan dan membongkar tahap professionalism pasukan polis kita.
Bagaimana tahap polis menghormati undang undang dalam menahan dan menyoal siasat suspek.
Adakah mengikut standard dan procedure tertentu.
Mungkin kita perlu belajar dari tahap professional polis United Kingdom yang tidak membawa senjata semasa bertugas dalam berhadapan dengan orang awam.

Menyatukan masyarakat dalam menghadapi karenah dan kegemparan ini.
Ahli politik India dari berlainan parti bekerjasama mencari penyelesaian dan mengambil berat.
Ahli politik dari Pkr,Dap,MIC mengambil inisiatif tertentu.
Hindraf juga mengeluarkan kenyataan.Majlis peguam juga mengeluarkan kenyataan.

Menyedarkan kita juga bahawa siapa yang cuba menjadi hero rakyat juga yang akan di 'aim' oleh pihak polis dan sekutunya.
2 Timbalan Menteri berbangsa India yang berusaha menyelesaikan perkara ini didakwa mengganggu bukti polis.
Dan cuba ditekan dan ditakutkan.

Juga menyedarkan kita,di samping polis pakar dalam letupan C4,polis juga pakar soal siasat.
Juga polis pakar dalam mengalih isu,dari isu mayat disyaki didera kepada isu menceroboh bilik mayat untuk mengganggu bukti.
Menyedarkan kita bahawa laporan kematian oleh doktor juga boleh diperbodohkan.
Keluarga Kugan telah mengambil langkah bijak mendapatkan laporan post mortem kedua yang dipercayai.

Menyedarkan masyarakat bahawa pemimpin polis dan menteri berkaitan tidak pantas untuk mengaku bertanggungjawab dalam hal ini.
Di mana Menteri Dalam Negeri.Nak harap Timbalan awak dah kalah dan hilang jawatan.
Syed Hamid tunjukkan inisiatif tuan mencari penyelesaian memuaskan.

Jasa Kugan juga mungkin kita akan dapat membongkar sindiket atau konspirasi rangkaian jenayah curi kereta mewah.
Adalah mustahil Kugan beroperasi sendirian di dalam kes yang sebegitu besar.
Lebih logik akal,sindiket ini bertaraf Mafia Itali sekurangnya,atau Mafia HongKong atau Rusia

atau Mafia atau kroni Malaysia.huh.

Nasihat Khas Buat Umno~ref Malaysiakini

Meniliti kepada rentetan peristiwa yang berlaku dalam politik tanahair dan drama yang dialami Umno membuatkan saya terpanggil untuk menulis secebis nasihat.
Umno sudah berhasrat dan menyeru kepada perubahan.
Saya mohon Umno telitilah beberapa perkara ini.

Pertama,tindakan terbaru Datuk Zahid Hamidi yang keluarkan arahan semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan negeri Perak PR.
Kerajaan Pusat juga tidak mengiktiraf tandatangan dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Penghulu untuk sebarang urusan dengan agensi Kerajaan Pusat.
Ini adalah tindakan politik yang sangat tidak matang yang merugikan rakyat dan juga Umno sendiri.
Ini adalah 10 kali lebih buruk dari tindakan Ali Rustam lepas yang telah bertaubat menarik balik arahan larangan melawat Kelantan.

Kedua,isu tanah yang diberi pilihan taraf oleh MB Nizar kepada penduduk Perak.
Hanya 1% atau 2% peratus sahaja rakyat yang akan terpedaya dengan dongeng yang direka Umno.
Ada tokoh MCA menyatakan beliau malu kepada diri sendiri kerana 60 tahun MCA gagal melakukan kebaikan ini kepada masyarakat mereka.
Perlu diingat lebih banyak tanah orang Melayu mendapat pilihan taraf ini berbanding tanah milik kaum Cina.
Isu ini juga amat merugikan Umno dan tersangat menguntungkan PR keseluruhannya.

Ketiga,isu penternakan babi.
Sekira Malaysia mempunyai pilihan dan mampu untuk mengimport 100% permintaan babi oleh pengguna Cina,dan kerajaan Malaysia mampu mengharamkan penternakan babi,maka bolehlah Umno menggunakan isu penternakan moden itu.
Ladang yang bersepah dan tidak terurus amat mengganggu kehidupan penduduk.
Pilihan yang ada hanyalah membina ladang moden yang terkawal dan terurus.
Umno harus berfikir secara realistik dan mencari penyelesaian bukan membangkang membabi buta.
Keempat,jangan diganggu dan dijolok kesabaran MB Selangor dengan perkara remeh temeh seperti sedekah korban oleh anak syarikat negeri.
Pusing ikut mana pun rakyat akan bersimpati dan menyokong MB Khalid Ibrahim.

Sedarlah Umno,mari bawa berbincang dan berfikir.
Cari lah kekuatan sendiri.

Dan jangan lupa, peka lah kepada isu rakyat yang menyeluruh,melangkaui batas perbezaan agama,bangsa dan parti seperti isu ISA dan PPSMI.
Dua isu ini diperjuangkan oleh semua tak kira parti komponen BN atau PR,tak kira Melayu,Cina atau India.
Peka,buka mata,pasang telinga.
Listen to the rakyat.
Please.

Sunday, January 25, 2009

Mencari Titik Equilibrium Politik Tanahair~ref Malaysiakini

Berita dan perkembangan gempar dan sensasi terus mengisi warna politik terkini.
Tsunami berlaku hasil dari gegaran atau gelinciran plate tanah bumi di bawah lautan dalam.
Gelinciran mendadak ini menghasilkan tenaga besar yang membentuk ombak memusnah atau merubah segala yang ditempuhnya.
Selepas berlaku gelinciran besar ini,beberapa gegaran dan gempa akan menuruti sehinggalah kedudukan plate bumi kembali stabil iaitu mencapai titik equilibrium kembali.

Begitu juga politik dunia selepas berlaku perang WW1 dan WW2,ia akan mengambil masa untuk stabil.
Begitu juga kesimbangan kuasa dunia selepas kejatuhan kuasa Soviet.
Begitu juga di dalam ekonomi,selepas kejutan seperti peristiwa 1998.Saham jatuh,matawang jatuh,namun selepas beberapa tahun kedudukan equilibrium kembali stabil.

Itulah yang kita lihat dalam senario politik tanahair.
Ombak besar 1987 hanya dirasai di kalangan pemimpin Umno.
Ombak besar 1997 hanya dirasai Umno dan kaum Melayu sahaja.
Ombak besar tsunami 2008 merangkumi semua parti politik dan rakyat semua kaum sekaligus.
Itulah sebab ia dapat memberi impak sepenuhnya kepada warna dan pola kemenangan semua parti.Tidak lagi dimonopoli oleh BN.

Sebaik saja selesai Pru12,beberapa siri gegaran masih dirasai seperti P44 yang hangat,P36 yang juga menarik minat ramai.
Terbaru kemasukan Adun Bota dari Umno ke Pr.
Menyusul nanti pemilihan Umno Mac2009.
Menyusul setahun dua nanti Sarawak State Election.

Di mana dan bilakah equilibrium akan dicapai?
Saya menjangkakan Pru 13.
Kelantan dan Terengganu menjadi kubu kuat Pas.
Sabah Sarawak kemenangan 30% oleh PKR PR sudah memadai dalam pilihanraya negeri ini.
Dapat memenangi 50% kerusi adalah bonus.
Penang kubu kuat Dap.
Perak kubu kuat Dap dibantu oleh Pkr dan Pas.
Sokongan Melayu akan lebih kuat meningkat cenderung kepada Pkr dan Pas.
Kedah kubu kuat Pas dibantu Pkr Dan Dap.
Selangor kubu kuat Pkr dibantu Dap dan Pas.
Negeri Sembilan dan Melaka ditembusi Dap dengan sokongan Pkr dan Pas.
Pahang ditembusi Pkr dengan sokongan Dap dan Pas.
Perlis boleh jatuh ke Pas.
Hanya Johor barangkali kekal bersama BN.

Kerajaan Pusat akan diterajui PR.
Itulah equilibrium point yang dicari dan ditujui oleh politik tanahair.
Sehingga ke tarikh itu beberapa siri gegaran politik akan terus berlaku.

YB Ariff Shah Apa Lagi!Bila Lagi!~ref Malaysiakini

Suatu ketika dulu YB Datuk Ariff Shah telah hampir benar untuk menyeberang ke PKR.
diberitakan dapat dipujuk pimpinan tertinggi Umno di saat akhir..
Baru ini YB Ariff Shah sekali lagi dipelawa menyertai pentadbiran kerajaan negeri PR.
Dan pada waktu yang sama YB Ariff Shah juga ada meluahkan bahawa beliau tidak mendapat tempat di kalangan orang Umno biarpun hanya beliau seorang menang kawasan Adun dalam Permatang Pauh.

Apa lagi YB.
Inilah masa,keadaan dan peluang yang ada di depan anda.
PKR kata kecil tapak tangan,nyiru kami tadahkan.
You are very much welcome.
Untuk berkhidmat kepada rakyat lebih effektif bukan dibeli beli.

YB fikirlah sekali lagi.

Umno Pahang Moh Masuk PKR!!~ref Malaysiakini

Umno Pahang juga sedang panas punggung.
Macam cacing kepanasan.
Semalam Hishamuddin turun untuk menteramkan mereka yang dihambat SPRM.
Bukan pasal SPRM sangat tapi lebih kepada siapa makan siapa ni.

Suhaimi Said orang kuat PKR Temerloh melaporkan on the way balik dari KT beliau menerima beratus ratus kemasukan ahli Umno ke PKR.
........................ bersama-sama Datuk Fauzi dan YB Fuziah Salleh ke Felda Panching Utara - 250 orang peneroka menyertai PKR disana.

.........................Disamping bertemu dengan wakil ahli-ahli UMNO Kuala Tembeling seramai hampir 200 orang untuk keluar UMNO dan menubuhkan cawangan PKR.

......................... semua rancangan Felda didalam DUN Pulau Tawar sudah bersiap sedia untuk menubuhkan cawangan-cawangan PKR, dan penubuhan PKR Cawangan Kota Gelanggi 2 sebulan lalu menjadi perintis kearah gelombang besar apabila ahli-ahli UMNO cawangan-cawangan berkenaan secara beramai-ramai akan meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR.

..........................wakil UMNO dari DUN Tahan, Jerantut ingin bertemu dengan saya untuk membincangkan tentang kemasukan mereka kedalam Parti Keadilan Rakyat.
Jam 4.00 petang tadi saya dipanggil untuk bertemu dengan wakil mereka untuk perbincangan ringkas dan beliau mengambil 200 keping borang ahli dari saya.

wehhh..koi tak reti nok kata apa lah..
go ne awok kawan..
moh semua masuk PKR.
moh semua kita.

Domino Effects bermula!!.YB Umno masuk PKR~ref Malaysiakini

Sebaik sahaja KT jatuh ke tangan PR,pada malam itu juga saya telah menulis P44,PrkP36 Falls the Rest is Domino Effects.
Hari ini terbukti satu lagi pukulan maut tepat ke muka Umno,terutamanya Umno Perak.
YB Bota Datuk Nasarudin Hashim mengumumkan secara rasmi keluar Umno dan join PKR.
Tajol Rosli tentu diam tak terkata apa,memandangkan semenjak dua menjak ini banyak drama dibawa oleh Zahid Hamidi yang mempunyai dua cita cita.
Dapatkan jawatan Naib Presiden Umno atau lebih jauh menjadi MB sekira dapat menawan Perak.

Tahniah Datuk,Tahniah Anwar,Tahniah PKR,Tahniah PR,Tahniah Rakyat.
The rests will follow.InshaAllah.

Londehkan Hamas!~ref Malaysiakini

Tidak mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya 2006.
Melabelkan Hamas sebagai pengganas apabila Fatah tidak berjaya merampas Gaza dengan senjata dari Hamas.
Menghadkan perjalanan rakyat Gaza.
Menahan duit kutipan cukai,menghadkan bekalan tenaga,perkhidmatan utiliti,gaji kakitangan Gaza.
Membina tembok sekeliling Gaza.
Membunuh pemimpin tinggi Hamas seperti Sheikh Yassin,Rantisi dll.
Menutup sempadan ke Mesir melalui Rafah.
Menyerang 2009 Gaza dengan kententeraan yang besar.
Membunuh civilian Gaza,membunuh pasukan uniform Hamas.
Menhangcurkan infrastruktur awam,bangunan milik Hamas,pasar,jalanraya,ladang sayuran dan buahan.
Menutup terowong keluar ke Mesir dengan gas beracun dan pengeboman udara.
Menyeru dunia menyelar Hamas sebagai pengganas.
Menghasut penduduk Gaza supaya membenci Hamas.
Memutar belitkan rundingan dan seruan supaya Gaza bersatu dengan Tebing Barat dengan syarat Hamas menyerahkan kuasa kepada Fatah.
Mengugut dan mengumpan bantuan pembangunan sekiranya Hamas menyerah kepada Fatah.
Menghalang kerajaan sah Hamas dari memiliki senjata supaya senang mereka membantai Hamas.

Namun,tidak sedikit pun menggentarkan jiwa rakyat Gaza.
Rakyat Gaza keluar beramai ramai solat hajat di padang terbuka untuk menunjukkan sokongan kepada Hamas.
Penduduk Tebing Barat berdemo menunukkan sokongan kepada saudara mereka di Gaza.
Membina semula pasukan keselamatan beruniform Hamas dan mengawal kembali urusan pentadbiran Gaza.
Pasukan bersenjata Hamas masih utuh.
Rakyat Gaza membina semula lebih banyak terowong untuk melepasi sekatan dan tutupan untuk memastikan bekalan kehidupan dan persenjataan dapat masuk ke Gaza.
Pasangan muda berkahwin dengan berikrar untuk melahirkan lebih ramai pejuang untuk mempertahankan Gaza.!

Gaza akan terus hidup.

Probability dan Possibility PakLah kekal PM~ref Malaysiakini

Probability PakLah kekal PM saya letakkan pada kadar 70%.
7/10 kebarangkalian PakLah kekal sebagai PM selepas Mac2009.
Bahasa mudahnya 10 biji kasut dibaling ke muka Bush,7 biji mengena batang hidung Bush,3 biji sipi tak mengena.
7:3 odd orang berjudi letakkan.
Maknanya bayar $7 untuk dapat $100 jika kata PakLah kekal,dan bayar $3 untuk dapat $100 jika kata PakLah berhenti.

Kenapa saya kata 70%.
Mari kita tengok possibility events yang mengukuhkan kemungkinan kejadian ini.
Arus menentang PakLah sudah perlahan.
Tiada lagi parti komponen BN yang mengungkapkan korus PakLah mesti berhenti lagi.
MIC tak mungkin sebab Samy nak stay sampai mati.
MCA pun selesai pemilihan parti.Lebih baik diam dan menguatkan diri sendiri.
MP Sabah dah diam.Takde lagi kata kami nak loncat parti bak mai sini rm1billion.
CM Sarawak dah mengalahkan rekod Che Det 22 tahun. Mahmud Taib dah masuk 28 tahun.

Tinggal DrM seorang anti PakLah.Tengoklah rezeki Najib dulu atau Che Det dulu pergi.
Ajal dan rezeki di tangan(kuasa) Tuhan.
Kalah di KT bukti bukan salah PakLah selama ni.
Semua pilihanraya kecil diterajui Najib.
SPRM dah sampai Temerloh,kira 150km dari Pekan.
Pakej rangsangan ekonomi 1 rm7b belum berfungsi,pakej 2 sempat ke Mac ni.
Umno pun kena berubah dan berubah dan boleh berubah pusing sekali lagi.
Bukan setakat tu,PR pun buat gencatan senjata la ni.

Apa pun kita tengok nanti,dah tak lama pun lagi.

Hujan Emas di Guantanamo,Hujan Batu di Kamunting~ref Malaysiakini

PakLah PM-retired-to-be atau PM tak-jadi-berenti menyatakan hasrat untuk mengusahakan membawa balik 2 rakyat Malaysia yang ditahan semenjak 2003 di Guantanamo.
Ini adalah respon awal berikutan pengumuman Obama bahawa pusat tahanan itu akan ditutup.

Boleh lah di anggap berita separuh baik kepada tahanan tersebut dan keluarga mereka di sini.
Mereka tentulah dijangkakan akan ditahan di Kem Tahanan Kamunting pula.
Sekurang kurangnya dapatlah ahli keluarga mereka melawat.
Dan dapat mereka merasa sambal belacan atau sambal tempoyak,takdelah scramble eggs je.

Akan tetapi tetapi dari sudut falsafah kemanusiaan,
bolehlah kita ibaratkan nasib mereka sebagai,
keluar mulut naga jahat,masuk pulak mulut dinasour jahat.
Naga dan dinasour pun ada yang baik tau.

Tak terfikir ke PM kita nak tutup Kamunting sepertimana Obama mulakan menutup Guantanamo sebagai pembuka tirai.
PM-retired-to-be kalau sungguh,bolehlah jadikan itu sebagai penutup tirai pentadbirannya.
Ada juga benda orang nak kenang.

Tak pun kalau saya tulis dari sudut ekonomi.
Kamunting bakal berkembang 4% dari segi penempatan,pentadbiran dan pembangunan.
Ya lah mana tak nya,tambah 2 orang tahanan lagi,bertambah lah segala yang bersangkutan.

Fikir fikir lah PM.
Mansuh ISA,tutup Kamunting.