Saturday, January 10, 2009

Pkr P36 Bukan Kayu Ukur?Huh!

Pru12 menyaksikan dengan nyata kemenangan PR di 5+1 negeri.
PR memperolehi 49% dan BN mendapat 51% undi popular.
Ketika itu undi dari Sabah Sarawak masih solid untuk BN.
Mari kita perhatikan apa makna keputusan tersebut dan apa kesan terhadap lanskap politik tanahair.

Kelantan mendapat kemenangan selesa.
Sekarang boleh berehat dari segala serangan BN yang berpusat kepada Kelantan.
Kemenangan ini membuktikan rakyat Kelantan yang tinggal di dalam dan yang tinggal di luar negeri mereka menunjukkan dengan jelas sokongan TEGAR mereka kepada Pas pimpinan Tuan Guru.
Terdapat sedikit seakan akan provokasi yang menyatakan rakyat Kelantan dah tak suka Pas.
Keputusan tersebut telah meranapkan sepenuhnya andaian tersebut.
Jangan lupa Terengganu adalah jangkaan tumpuan Pas untuk merebut kembali negeri tersebut selepas terlepas dala Pru2004.
Ini menyebabkan BN menumpukan seluruh kekuatan ke Terengganu dalam Pru12.
Faktor penyumbang 5 negeri terlepas dari tangan BN.

Pulau Pinang memang sepenuhnya keputusan pengundi Cina untuk berubah.
Kedah adalah kekuatan Pas yang telah di 'underestimate' oleh BN berserta gelombang perubahan kuat dibawa pengundi Cina.
Perak adalah arus perubahan pengundi Cina yang entah mengapa disedari Daim Zainuddin tapi tidak oleh radar BN.
Selangor dan Wilayah Perseketuan adalah gabungan semua faktor,pengundi muda,pengundi celik IT,pengundi intelektual,pengundi Cina,pengaruh PKR dan juga kekuatan Pas yang tak disedari.
Faktor pengundi muda dan pengundi celik IT sebenarnya adalah asas kepada semua faktor perubahan.
Dan lebih ketara kesannya di Kuala Lumpur dan Selangor kerana mereka berada di sana.

Perhatian perlu diberikan bahawa semua pengundi diseluruh negara sebelum Mac2008 tidak tahu akan wujudnya gelombang perubahan ini akan berlaku.
Mereka hanya menyedari selepas keputusan telah diketahui.
Tiada pakatan atau mensyuarat sesama rakyat untuk menumbangkan BN.
Dap tak sangka,Pkr tak sangka,Pas tak sangka,rakyat pun tak sangka.

Setelah mereka tahu,apakah reaksi mereka.?
Mereka sungguh gembira,dan dibuktikan dalam kayu ukur seterusnya P44.
P44 menyaksikan undi Anwar meningkat,majoriti meningkat dan yang lebih penting undi Umno menurun!
Jelaslah kalau dulu semua sangka telah 'overkilled'.
Eh ingat aku seorang undi PR ,rupanya semua orang.Itu fikiran mereka ketika Pru12.

Dalam P44 mereka telah 'pre-set' mind mereka untuk mengundi siapa.
Dan terbukti mereka tetap memilih PR!
Mereka ini termasuk pengundi Cina,India dan ini juga telah memberi semangat kepada pengundi Melayu yang selama ini terlalu gusar untuk berubah.
Kali ini pengundi Melayu juga mengikut trend mengundi PR.

Pengundi Perlis,Pahang,Terengganu dan Kelantan langsung tidak terkena gelombang ini dalam Pru12.
Ketepikan faktor kononnya rakyat bencikan PakLah.
Senario ini hanya berlaku selepas kekalahan mereka dan hanya berlaku dikalangan ahli BN dan Umno khususnya.
Rakyat tidak terlibat.!
Sekarang adakah trend ini akan melarat ke Terengganu?
Adakah Prk P36 akan menjadi jawapan kepada soalan itu?
Ya Pkr P36 akan memberi jawapan yang diperlukan.
Ya Prk P36 ialah kayu ukur !!.
Kayu ukur yang akan menunjukkan aliran pengundian di sebelah pantai Timur.

Kayu ukur seterus nya ialah Sabah Sarawak.
Sabah dan Sarawak sudah dalam jangkauan Anwar.
Pilihanraya negeri Sarawak tak lama lagi menjadi ' the last piece' yang diperlukan PR untuk membentuk Ruling Party baru.

Apakah yang akan berlaku di Pkr P36?
Pengundi Cina akan mengikut trend pantai barat.
Pengundi Melayu sudah mendapat keyakinan baru untuk mengikut Kedah,Perak,Selangor dan Wilayah Perseketuan.
Pkr P36 adalah medan rakyat untuk menyatakan pendirian mereka.
Sah PkrP36 menjadi kayu ukur .
Dan Pas pasti meraih sokongan penuh rakyat.Inshaallah.
Katakan YES kepada Pas.
Pas for All.

Sedaya Upaya Boikot


Provokasi Pewaris

Alert dengan maklumat ini dari Khalid Samad .
Persoalan Kuil di Sek 19 dan Tindakan Pewaris .

Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.

_________Perunding
Dah takde gigi nak buat provokasi juga.

Umno Calon Bebas Baru


Dalam Malaysiakini,
The BN candidate is not Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's man as alleged by certain quarters, says Najib.
____Perunding
Jadi,ini calon bebas lah ya.
Kuang,kuang,kuang.

Qunut Nazilah

QUNUT NAZILAH
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.
اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.
Erti :Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
6 Januari 2009
UK.

Pi Jahanam Yahudi

Petikan dari Ustaz Zaharuddin.
Anda boleh lawati di http://www.zaharuddin.net/.


Palestin Cuba Di Jajah : Bantuan Kita & Qunut.

Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

USAHA KITA : PILIHLAH
Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.
1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam
3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebentar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.
6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.
8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.
TINGKATKAN KEPEDULIAN
Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.
Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.
Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:
أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني
Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim)
Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-
أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله
Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)
______________Perunding.
Moga kita mampu melaksanakannya.Amin
Inshaallah kita usahakan yang termampu.

Duhai Umno

Resah gelisah dan meragui pilihan calon mereka selepas 20 hari dipilih dan 3 hari berkempen.
PakLah! terpaksa menerangkan semula kenapa calon ini dipilih.

DrM terang terang memberikan 2 sanggahan tepat kepada calon.
Faktor karektor calon dan kaitan dengan Paklah menurut Che Det.
Dua perkara ini amat berat.

Tiada semangat di kalangan ahli Umno.
Berkempen dalam tempat sendiri(bilik gerakan) dan mengharap TV3 dan RTM je.
Lebih berminat dengan hal masing2 terutama pemilihan Mac depan.

Tidak jelas siapa yang mengetuai kempen.
Mat Taib,Mat Said,Najib,PakLah,entah.
Kisah tepi kain masih segar lagi.
Mat Said tak senang dengan Idris dan lain lain lagi.

Lebih bersikap defensive dan peluang menyerang tercari cari.
Asyik keluar penyataan penyedap hati.
Alasan bukan kayu ukur diri seawal awal diberi.
Takut diserang kemudian hari.
Terasa terngiang ngiang undi lari.

Sayap wanita mulut kata takde apa,
body language meronta ronta.
Sayap pemuda pecah tiga.
Aku ke dia.

Cuba lari dari isu nasional tapi isu tempatan sangat lemah.
Motif calon kembali tidak jelas kerana semata mata untuk mendapatkan jawatan sedia ada.
Persepsi tidak mesra rakyat,elitis memburukkan keadaan.
Rakyat kata boleh belah.
Ok.Tau takpe.

Cuba bawa isu international,tapi Pas nampak lebih bersungguh.
Malah Che Det tampak lebih gagah.

Calon Pas tampak lebih steady.
Sudah lama,mesra dan sebati dengan rakyat dan negeri.
Tak kira Cina,India atau puak sendiri.
Kesana kemari senyum semua terima sampai nampak gusi.

Pas pulak tengah nampak berseri seri.
Isu hudud menaikkan rating populariti.
Kerajaan PR 5+1 memberi living example kepada pengundi.
Pengundi Cina bakal mengikuti trend di sebelah sini.
Pengundi muda berumur bawah 38 mewakili 60% pengundi.

Apa lagi.Ada lagi.
Pasti Malaysiakini ada berita lagi terkini.
Atau dari PRK P036 Kuala Terengganu.... Kami nak Monsoon Drain, Bukan Monsoon Cup.sini.
Dari http://al-brangi.blogspot.com/. al-brangi.

Juga calon bebas apa cerita lagu ni.
Yang diharap kacau daun cabut lari.
Isytihar diri terbuka sokong musuh sendiri.
Mak oi Umno aku dah tergigit jari.

Cepat cepat 2 minit lagi..
Pengganti dapat dicari.
Aiseh mang..orang aku sendiri.
Nape mung dok kabo dari tadi.
Ini boleh makan diri.
Pas juga untung kanan kiri.

Friday, January 9, 2009

Calon Pas Mendapat undi 38000

Hj Mohd Abdul Wahid Endut 38000
Wan Farid Wan Salleh 30000
Adam 300


Pada 12 December 2008 saya telah menulis bahawa keyakinan saya ialah pas akan menang dengan majoriti 4000 undi.

Hari ini saya menaikkan tahap keyakinan saya kepada kemenangan calon Pas dengan mendapat 38000 undi.

Mari saya terangkan secara statistik.

Kita sudah maklum terdapat 80,000 pengundi.

Saya menjangkakan peratus keluar mengundi meningkat kepada 85%.

Undi Melayu Pas 58% bersamaan 35,500 undi.

Undi India Pas 55% bersamaan 220 undi.

Undi Cina Pas 45% bersamaan 2800 undi.

Margin of error 500 undi.

Jumlah 38000 undi.

Undi calon bebas saya letakkan 300 sahaja dan saya menjangkakan beliau akan menarik diri 3 hari sebelum hari pengundian.

Baki undi 30,000 lagi diperolehi oleh calon Umno.

Untuk menyaingi Pas,pihak lawannya perlu mencari 8000 undi .

Sekiranya mereka menggunakan khidmat tekong zombie,

8000 zombie diperlukan dan ini akan menyebabkan peratus keluar mengundi meningkat kepada 95%.

Mustahil!

85% keluar mengundi sudah cukup tinggi dengan peningkatan hanya 3% dari Pru12.

Mereka perlu membuat pujukan supaya ramai orang keluar mengundi.

Pengundi Pas lebih tegar,sebarang gertakan tidak menggerunkan pengundi Pas keluar mengundi.

Sebaliknya pengundi Umno menjadi keberatan keluar mengundi.

Dan zombie menjadi susah untuk menyelinap.

Namun,menghidupkan 8000 zombie bukanlah kerja senang.

Mungkin setakat nak cover malu supaya tak nampak kalah terlalu teruk.

Peningkatan undi Pas kepada 58% itu hanyalah peningkatan 2.75%.

Jika dapat diusahakan ke tahap 5%,mendapat 40,000 undi adalah satu bonus.

Tidak hairan kenapa mereka,Umno sudah mula memberikan penyataan penyedap hati.

Saya amat optimistik itulah laporan Malaysiakini pada 9.45 malam 17 January 2009 nanti.

InshaAllah.

Najib Mula Menyerang

Anwar kata sesuatu pasal hudud.
Karpal tangkas menyambut.

Nah,Najib masuk gelanggang.
Pakatan tak sekata,katanya.

Sabar.
Itulah resipi yang paling menjadi dalam politik Malaysiakini.
Minyak boleh bercampur dengan air dalam politik.
Kita boleh katakan 'hijau' pada satu pihak dan katakan benda yang sama 'kuning' pada satu pihak yang lagi satu.
Apa Anwar kata sudah memadai bagi saudara ku.
Yang pentingkan ialah kita mahukan hudud.
Apa yang Karpal katakan adalah perlu bagi mereka.
Mereka mahu tahu mereka tak mahu dilaksanakan.

Sebagai analogi,
Mak saya nak kahwin Minah S.
Mak jom pinang Minah S.
Menjadi,kahwin.
Jodoh di tangan(hak) Allah.

Zombie Semua Sudah Lari



Atau memang benar mereka semua telah lari dikejar.

Zombie~Pendikargunung




Ini petikan dari Pendikar Gunung.
Beberapa hari lalu saya ada menulis mengenai pengundi zombie di Kuala Terengganu.
Artikel itu telah juga saya hantar ke Tranungkite dan KedahLanie di mana istilah pengundi zombie yang saya gunakan bagi menggantikan pengundi hantu seperti menggeletek sesetengah orang.
Sesuatu yang serius bagi saya rupanya lucu bagi sesetengah orang. Zombie sesuatu yang menyeramkan di Haiti tetapi apabila ia dikaitkan dengan Zombie Kg Pisang Malaysia ia telah jadi satu cerita lawak.
Jadi mulai sekarang saya pun perlu gunakan istilah yang telah lama terpakai - pengundi hantu bagi merujuk seseorang yang tidak layak mengundi tetapi mengundi.
Ada orang yang sukar hendak percaya bagaimana pengundi hantu atau pengundi zombie boleh wujud.
Ini kerana sebahagian kita percaya sistem pilihanraya kita sudah cukup sempurna........

Okay.Ini saya cuba bantu.

Pengundi Muda

Teringat saya 10 tahun lepas ketika saya berumur 25 tahun menjadi tutor di UPM.
Di dalam 2 kelas yang di gabungkan kira-kira 50 pelajar telah ditanya saya pendapat mereka tentang isu semasa itu.

Saya menunjukkan tajuk akhbar muka depan PM tuduh Anwar begitu begini begini.
Saya tanyakan siapa percaya tuduhan ini.

Riuh rendah kelas tersebut mereka menjawab bahawa mereka tidak percaya sama sekali!
Saya tegaskan tidak mungkin PM berani membuat tuduhan palsu.
Saya ibaratkan beranikah seorang perompak mengacukan pistol betul berisi peluru palsu untuk merompak pegawai polis?
Mereka tetap beramai ramai menegaskan pendirian dan keyakinan mereka.

Akhirnya mungkin kesian kat saya,seorang dari mereka mengatakan saya rasa mungkin PM benar kalau tidak tak kan dia berani.
Hanya seorang.!

Ketika itu pelajar subjek perakaunan saya itu berumur sekitar 20 tahun.
Kini mereka mewakili kumpulan pengundi muda berusia sekitar 30 tahun.

Maka terjawablah persoalan yang bermain difikiran saya kenapa lanskap politik Malaysiakini begitu diluar jangkaan ahli politik lama.
Ehmm.Baru saya faham.

Pelik

PM pelik orang Umno cakap tak elok tentang Wan Farid.
Petikan Malaysiakini.
Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding dengan pihak pembangkang.

Sikap Wan Farid yang didakwa sombong dan tidak pandai bergaul dengan orang ramai, menjadi buah mulut di kalangan orang ramai.Bukan sahaja orang ramai, malah ada juga sebilangan penyokong Umno yang dikatakan merungut kerana sukar untuk bertemu dengan Wan Ahmad Farid.
Juga petikan dari.
(`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´).
Pak Lah pelik dgn Farid...aku lagi pelik tengok Pak Lah..!!

PaKLah juga kata Wan Farid telah mengorbankan senator dan jawatan demi untuk bertanding untuk berkhidmat kepada rakyat.

Yang ini saya lagi pelik!!!

Kenapa menjadi calon yang memerlukan meletak senator dan jawatan hanya untuk bertanding supaya boleh dilantik jawatan semula,itu pun kalau menang,untuk berkhidmat kepada rakyat?

Kenapa sekarang tak berkhidmat?
Saya ulang.
Sekarang tak boleh berkhidmat kepada rakyat?
Senatorship hanya untuk 3 tahun,menang MP untuk 5 tahun?
Semata-mata untuk itu?
Atau untuk kepentingan atau keperluan siapa lagi?

Lagi pelik.
Dinamakan calon terawal pada 20 December 2008.
Masuk hari ke 3 berkempen selepas penamaan calon,PakLah terpaksa buat round semula ke Kuala Terengganu hanya untuk terangkan kenapa Wan Farid yang telah dipilih menjadi calon 20 hari lepas.

Pelik.Pelik.

Kenapa?
Hari tu tak bincang?
Hari tu tak terang?

Tak istisyarah dan tak istikharah kot??

Najib pulak janjikan jawatan yang sama je.
Bagilah naik pangkat ke,naik gaji ke.

Thursday, January 8, 2009

Najib Tukar Rentak Tari~Malaysiakini

Kenapa tiba-tiba di hari pertama bermulanya kempen 11 hari Najib menukar gendang tarian kepada rentak perlahan.
Najib menyatakan pilihanraya kecil ini bukan kayu ukur kepada kepimpinan PM,Beliau,MB,atau sesiapa yang lain.
Umno ialah penyandang kerusi dan juga yang pertama mengistiharkan nama calon.
Dalam istilah catur anda adalah pemain `white pieces`.
White pieces akan memulakan `move` dan sentiasa advantage untuk memilih attacking move.

Berada dalam keadaan defensive mode adalah menhairankan saya.
Kenapa?
Tempoh hari Najib juga mengendurkan isu hudud yang panas menyerang Pas dengan berkata itu hanya Slogan Pas!

Siapakah perunding taktikal Najib yang membawa rentak yang berbeza ini?
Adakah untuk mengendurkan pressure atas expectation keatas kemenangan yang terlalu tinggi?
Adakah ini satu langkah playsafe berdasarkan maklumat tertentu?

Atau adakah ini seperti signal yang diberi PakLah 3 hari sebelum P44?
Keputusan di P44 tidak akan mengubah kerajaan...dilaporkan beliau berkata.
Atau seperti Rais Yatim 3 hari sebelum keputusan Batu `berputih` Mata jatuh ke Singapura?
Rakyat perlu bertenang dan menerima sebarang keputusan dengan fikiran terbuka...beliau dilaporkan berkata.

Namun saya yakin strategist PR lebih hebat untuk menyaingi dan membaca strategi Umno.
Mereka sudah memulakan kempen menyeluruh semua parti dan pemimpin besar mereka.
PAS mengingatkan para petugasnya agar tidak mudah terperangkap dengan sebarang usaha provokasi 'musuh' yang boleh merugikan parti...
Harus berhati -hati.
Offensive mode mesti dikekalkan.
Bertahan segala tenaga dan resources untuk 11 hari untuk teruskan attacking move.

Calon Bebas Hidden Agenda

Azharudin Mamat @ Adam.
Saya rapat dengan Umno.
Bukan kecewa kerana bapa dipinggir.
Cuma ada orang yang takut saya memecahkan undi calon Umno.
Ada orang fikir sesiapa tak suka calon Umno,boleh undi saudara ni.
Itu boleh pakai untuk ahli Umno je.
Teori nya undi Pas tak bertambah dek undi ahli Umno yang lari.
Fikir semula wahai perunding strategi Najib.
Orang Pas dah Pas.
Tak tambah undi Pas dari puak 'Umno lari'tak mengapa.
Sebalik lebih ramai orang Umno boleh buat undi protes.
Orang atas pagar tak akan membuang masa undi calon bebas.
Orang atas pagar ialah pengundi yang belum menetapkan pilihan bukan TIADA pilihan.
Kesimpulan,
Atas pagar lompat ke PAS.
Lari Umno,cabut ke Bebas dan Pas.
Umno tinggal apa?

Jauhi diri Anda dari ISA


Jauhi diri anda ISA.
Jauhi diri anda dari undi ISA.
Say No to ISA.

Shuhada



Saudara Islam ku Palestine.

Terbunuh itu syurga.

Tercedera itu pahala.

Teruskan perjuangan.

Saudara Islam ku Dunia.

Simpati itu pahala.

Doa itu pahala.

Teruskan sokongan.

Tiada ku dapat menahan air mata ini Ya Allah.

sumber gambar http://utusan.com.my/.

Wednesday, January 7, 2009

Doa

Divine Aspirations.Allah's Redha.




sumber gambar http://nuraflah.blogspot.com/

Menang Kalah






Menang payah,

Kalah aku susah.

Umno Sudah Kendur

This is reported today in The star Online http://www.thestar.com.my/.
Don’t use polls to gauge popularity of leaders’.
“This is not a referendum on me, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi or Mentri Besar Datuk Ahmad Said,” he told a press ..

Similarly reported in the Sun http://www.sun2surf.com/.
Perhaps there is an inclination to make this by-election a yardstick for the leadership of PM,of mine,the MB and others..

Kenapa tiba-tiba di hari pertama bermulanya kempen 11 hari Najib menukar gendang tarian kepada rentak perlahan.
Umno ialah penyandang kerusi dan juga yang pertama mengistiharkan nama calon.
Dalam istilah catur anda adalah pemain `white pieces`.
White pieces akan memulakan `move` dan sentiasa advantage untuk memilih attacking move.
Berada dalam keadaan defensive mode adalah menhairankan saya.
Kenapa?
Tempoh hari Najib juga mengendurkan isu hudud yang panas menyerang Pas dengan berkata itu hanya Slogan Pas!
Siapakah perunding taktikal Najib yang membawa rentak yang berbeza ini?
Adakah untuk mengendurkan pressure atas expectation kepada kemenangan yang terlalu tinggi?
Adakah ini satu langkah playsafe berdasarkan maklumat tertentu?

Atau adakah ini seperti signal yang diberi PakLah 3 hari sebelum P44?
Keputusan di P44 tidak akan mengubah kerajaan...dilaporkan beliau berkata.

Atau seperti Rais Yatim 3 hari sebelum keputusan Batu `berputih` Mata jatuh ke Singapura?
Rakyat perlu bertenang dan menerima sebarang keputusan dengan fikiran terbuka...beliau dilaporkan berkata.

Juga perhatikan di sini KALAH DI P36 KUALA TERENGGANU PUN OK! .
Barangkali Tuan Nobisha lebih arif.

Namun saya yakin strategist PR lebih hebat untuk menyaingi dan membaca strategi Umno.
Lihat sini Awasi provokasi 'musuh' - Presiden PAS .

KT, 7 Jan (Hrkh) - PAS mengingatkan para petugasnya agar tidak mudah terperangkap dengan sebarang usaha provokasi 'musuh' yang boleh merugikan parti...

Harus berhati -hati,
Offensive mode mesti dikekalkan.
Bertahan segala tenaga dan resources untuk 11 hari untuk teruskan attacking move.

Bukti sini Tokoh Pakatan lancar kempen PAS.
Kan dah mula.

Big Money projek,Sure Untung

Petikan dari the Sun.
People pay for sweet toll deals .

This in a nutshell describes one of the many toll concessions that have been entered into by the government. For long, these concessions had been kept under wraps, for reasons better known to the powers that be. But with the declassification of the documents, it is now public knowledge that some of them were lopsided deals. How and why did the government enter into such deals? No one can answer these questions except the people who were tasked with the responsibility.
How could the government take the financial risks to pay for all costs? Besides, why did it undertake to guarantee concessionaires profits and indemnify them from losses and even ensured the profits?

Semua ditanggung beres.

Tol dijamin naik kadar.
Tak naik ganti pampasan.
Biarpun kenderaan baru meningkat 500,000 setiap tahun.
Tak pernah rugi,hulur tangan orang bagi duit.

Lagi kalau tak menjadi,kerajaan bailout macam LRT.
Ini belum Independent Power Plant Producer.
RM3.5 billion mesti bayar oleh TNB.
Biarpun 40% tenaga tidak digunakan kerana oversupply.

Ayuh rakyat,apakah masih belum mengerti?
Lawan konsesi maut ini.

Tambahan baru, MCA kata tau.
Tengok ni K'jaan digesa kaji semula penswastaan semua lebuhraya.

MCA hari ini menggesa kerajaan supaya mengkaji semula penswastaan semua lebuhraya di negara ini bagi memastikan ia benar-benar menguntungkan rakyat..

Tolak ISA,Tolak Wan Farid



Ketahui lah para pengundi Kuala Terengganu,inilah Timbalan Menteri ISA.

Sekiranya calon ini menang beliau akan dilantik semula menjadi Timbalan Menteri ISA sepertimana janji Najib.

Wahai anak-anak tahanan ISA.

Wahai anak-anak bekas tahanan ISA.

Wahai saudara mara tahanan ISA.

Wahai saudara mara bekas tahanan ISA.

Tergamak kah saudara saudara semua rakyat Malaysia melihat nasib keluarga tahanan Isa.

Jenguklah di sini DERITA SEORANG IBU MENANTI PEMBEBASAN ANAK DARI ISA.Malaysiakini.

dari Merah Hitam.

Marilah sama sama kita berdoa agar pengundi Kuala Terengganu menolak bakal Timbalan Menteri ISA ini.

TOLAK ISA TOLAK WAN FARID.

Majoriti Undi Pas


Kepada pengundi Melayu Kuala Terengganu undilah calon anda.
Undilah calon majoriti diterima pengundi Melayu.
Lihat statistik P36 Pru12.
26000 pengundi Melayu mengundi Umno.
32000 pengundi Melayu mengundi Pas.
55% pengundi Melayu mengundi Calon Pas.
45% sahaja pengundi Melayu mengundi Umno.!!
Mari kita semua undi calon pilihan rakyat Kuala Terengganu terutama pengundi Melayu.
Jangan ikut kumpulan melawan arus.
Undi lah Pas.
Mari bersama majoriti pilihan orang Melayu.
Ayuh undi Calon Pas.

Calon For All


Kepada semua pengundi Cina dan India di Kuala Terengganu undilah calon yang diterima semua kaum.
Calon Pas adalah calon pilihan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat telah diterima semua kaum.
Ramai masuk Pkr dari MCA dan Sabah Sarawak.
Ramai masuk DAP secara diam dan terang terang.
Ramai masuk Pas dari semua kaum,peringkat dan orang dari Umno juga.
Tinggalkan BN.
Semua parti MCA,MIC,PPP,Gerakan dan lain lain telah kerapkali menyuarakan tidak senang dengan gabungan parti BN.
Ayuh undi calon Pas.
Calon For All.
p/s gambar sumber Siasah.

Takut Sunat.


Tak sakit,rasa macam gigit semut je.
p/s gambar sumber Malaysiakini.

Tuesday, January 6, 2009

Emm Sedapnya Duit Rakyat

Aku kalau bab melantak duit rakyat ni memang extra geram.
Tak semesti nya rasuah,tak semesti nya rompak,
Memperdayakan atau mengambil kesempatan ke atas rakyat pun sama je kategorinya.
Sebarang perjanjian patutnya favourable kepada rakyat.
OSA,OSA,OSA lama lama DOSA.
baca ni dari Malaysian Insider.
belum lagi konsesi IPP.

DAP: PLUS stands to make RM25 billion .

By Neville Spykerman
KUALA LUMPUR, Jan 6- Petaling Jaya Utara Member of Parliament Tony Pua said today that PLUS, the concession holder for the North-South Expressway stands to make a staggering RM25 billion in profits, in the next 20-years.
Pua, who spoke to reporters after scrutinising declassified toll concession agreements at the Works Ministry here, said PLUS made a profit of RM1.2 billion last year and the amount will increase annually till the concession ends, in 2038.
"Under the agreement the concessionaire has all to gain and nearly nothing to lose."

Calon Bebas kacau daun Umno,Senjata makan Tuan.

Prk036 Calon Bebas anak SUP Menteri Besar Terengganu.
Calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu Azharuddin Adam, adalah seorang ahli perniagaan dan merupakan anak kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.
Petikan dari Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu P036.

Manakala satu lagi calon bebas dari AKIM,menarik diri mengejut tanpa disangka.
Calon Akim Tarik Diri .

Tujuan utama wujud nya calon bebas yang mirip Pas adalah untuk mengelirukan pengundi Pas.
Perkembangan terbaru di mana calon bebas Akim menarik diri secara mengejut tanpa disangka dan mengistiharkan sokongan terbuka kepada Pas ,bakal memberikan kesan baik kepada Pas.

Manakala calon bebas kedua yang menghantar borang penamaan 2 minit sebelum waktu ditutup jam 10.58 tadi dikatakan adalah dari parti Umno atau sekurangnya ada kaitan dengan orang kuat Umno.
Ini memungkinkan pengundi Umno akan terkeliru dan akan ada undi Umno yang akan terbabas ke calon bebas ini.

Benarlah, calon bebas berkemungkinan kacau daun Umno.
Barangkali senjata telah makan tuan.!

Aku kesian kat Umno

Aku kesian kat Umno.
Aku memang kesian kat Umno.

Mana tidaknya.
Mereka pilih calon Prk P36 tapi orang power dia,
Che Det kata,

I am disappointed,this is a bad choice.
Tengok sini Dr M: Wan Farid a proxy for Pak Lah .
Tengok sini CALON BN TAK BOLEH PAKAI?
Atau sini Wan Farid, ambik sebijik!! "Pilihan buruk"!
Seorang lagi kata, ini calon underdog.
Tengok sini A Mum Of Three Mohd di bawah tajuk YeeHaah...Wan Farid jadi Kuda Tunggangan.
Buat apa reverse psychology lagu ni.Tak kena tempat.

Aku kesian kat Umno.
Mana tidaknya,
Mana pergi Umno punya juru kempen,
Tengok sini WAN FARID KENA JADI PENGANTIN .

Yang ada penolong juru kempen .
Tengok sini POLIS MULA MENGGANAS? ~ Ref Malaysiakini .
Lagi sini Ketibaan Najib di Kuala Terengganu Disambut Oleh Poster Altantuya.
Tengok juga sini PKR youth members arrested in Kuala Trengganu~malaysiakini.

Buat apa hantar 6000 polis..
Buat apa tangkap orang pasang poster Altantuya

Ini semua stail sedara kau orang Zanu-Pf.
Buat apa hidupkan balik cerita ‘hantu’ Altantuya ni.
Nanti orang ingat semula siapa yang ‘terlibat’.

Ini lagi satu SIAPA LAGI YANG SOKONG PAK HAMID?.
Buat apa buat statement yang sesuai hidup dalam zaman kolonial ni.
Dah tau majoriti rakyat tak suka.

Gini lah,cuba kau orang buat,

Minggu kesihatan KT,
Panggil IJN buat check jantung percuma ke,
Panggil nurse comel comel,buat pemeriksaan darah ke,barah payu dara ke,derma darah ke.

Tak pun,cuba kau orang buat,
Minggu keilmuan KT,panggil penceremah Ustazah menteri yang comel comel ke.
Pasang 10 kanopi,buat pameran buku,panggil perpustakaan bergerak untuk bagi pinjam buku ke.

Tak pun buat minggu kempen kebersihan,tanam pokok bunga ke.

Hai,macam macam kau orang boleh buat.

Kesian dia.

Monday, January 5, 2009

Orang Umno yang Aku Sokong

Aku sokong Ezam kerana,
bila dia kempen kat dalam bilik gerakan je.
bila dia kata Anwar beri direct tender kat bumiputera rm10b,maknanya Anwar dah tolong bumiputera.
bila dia kata ada 6 kotak bukti rasuah,bermakna memang ada pemimpin Umno rasuah dan memang terbukti ada bukti.
Bukti tu pulak dia kata memang ada dalam tangan Anwar.
kan bagus gitu.

Aku sokong Shabery Cheek sebab,
dia ajak Anwar berdebat dalam Rtm waktu prime dan publisiti meluas.
Ini menaikan rating populariti Anwar.

Aku sokong Zahid Hamidi kerana,
dia naikkan gaji pengajar SAR bila kerajaan negeri Selangor naikkan gaji Ustaz dan Ustazah SAR dari Rm500 kepada Rm1000 sebulan.

Klik sini TOHMAHAN ZAHID: Kini Senjata makan tuan .

Aku sokong Shahrir Samad sebab,
setiap kali nilai minyak dunia turun dia beritahu harga sebenar sepatutnya di jual di pam stesen minyak.

Mereka ini berani kerana mempertahankan prinsip yang benar.
Kepada pemimpin Umno buatlah kebaikan kerana rakyat nampak dan tahu menilainya.
Kepada pemimpin Umno jauhkan perbuatan jahat kerana rakyat nampak dan tahu menilai dan menghukumnya.

Wan Farid kalah,Bukti bukan PakLah Salah!~Malaysiakini

Wan Farid kalah hilang semua.
Klik sini BN candidate resigns as deputy minister, senator dari Malaysiakini.

Beliau perlu meletakan jawatan sebagai senator dan sekaligus melepaskan jawatan Timbalan Menteri dalam Negeri klik sini Calon PRK K.Terengganu,WAN AHMAD FARID IALAH TIMBALAN MENTERI Internal Security Act(ISA).Malaysiakini.
Inilah timbalan menteri ISA untuk pengundi Kuala Terengganu kenali.

Sekiranya tewas,beliau tidak boleh dilantik senator semula,maka akan kehilangan jawatan nya.
Wan Farid menang hanya dapat semula.
Itu pun sebagai ahli parlimen terpulang kepada PakLah untuk melantik semula.

Bagi Najib pula ini adalah For Najib, KT is a do-or-die battle.
Apa tidaknya ,kekalahan akan dipersalahkan kepada beliau sebagai komander pilihanraya kecil .
Ia juga boleh diterjemahan sebagai penolakan rakyat umumnya dan ahli Umno khusus ke atas pakej peralihan kuasa kepada beliau.

Apa untung Pak Lah bagi kekalahan Wan Farid.
Ini membuktikan penolakan undi rakyat dalam Pru12 lepas bukan kerana rakyat bencikan Pak Lah.
PakLah hanya tidak disukai ahli Umno selepas Pru12.

Biarpun beliau selepas itu bersetuju untuk berundur akibat tekanan dari dalam BN.
Namun kemenangan Anwar di Permatang Pauh dikaitkan ahli Umno masih lagi tidak puas hati dengan jadual peralihan kuasa 2010.
Kini PakLah telah mengumumkan Mac 2009 sebagai tarikh peralihan kuasa kerana beliau tidak bertanding jawatan Presiden Umno.

Sekiranya Wan Farid masih kalah,jelaslah membukti kekalahan yang lepas bukan kerana salah PakLah.
Malah kekalahan Wan Farid kali ini lebih menunjukkan Najib tidak berupaya dan kurang diterima.

Kalah Wan Farid,peluang bagi PakLah.

Tambahan lagi,sumber Malaysiakini.

Klik Dr M: Wan Farid a proxy for Pak Lah .

Former premier Dr Mahathir Mohamad expressed disappointment with the selection of Wan Ahmad Farid as the Barisan Nasional candidate in the Kuala Terengganu by-election.

DrM kata,
Menang Wan Farid,insuran masa depan PakLah.
Suruh tolak Wan Farid maksud tersiratnya.

Amanat Hj Hadi di Prk P36 terbaru!

Amanat sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Jan 04, 09

"Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT.
PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas.
PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"

Petikan dari Harakah Dialy klik sini Amanat sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu .

Tambahan dari perunding ,Balasan Hanya dari Allah .

Pesanan buat pejuang tulen.
Hayati Asy-Syu`araa` (surah 26)ayat 109, ayat 127, ayat 145, ayat 164 dan ayat 180.
"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku);balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam."

Lima Rasul iaitu Nabi Nuh as,Nabi Hud as,Nabi Shaleh as,Nabi Luth as dan Nabi Syuib as menegaskan perkara tersebut.

Sunday, January 4, 2009

Usaha,Doa,Tawakkal,Prk P36

Betul lah.Itu lah kita dibiasakan.
Lakukan usaha,berdoa kemudian bertawakkal kepada Allah akan hasilnya.

Mari kita tengok contoh benar di Prk P36.

Kedua pihak telah mengumumkan calon untuk bertanding.
Lakukan usaha dalam aktiviti kempen sehingga 16 hb nanti.
Dikuti dengan doa dan dipagi 17hb nanti bertawakkal kepada Allah akan keputusan rakyat.
Menang disyukuri,kalah perlu bersabar.

Apa kata saya tunjukkan satu lagi option.

Dimulakan Istisyarah dan Istikharah memilih calon dikuti terus dengan tawakkal seperti maksud
"..Kemudian apabila kamu berazam,maka bertawakkal lah kepada Allah.."
ayat 159 surah Ali `Imran.
Seterusnya dengan azam itu kita berusaha bersungguh menjalankan aktiviti kempen,berserta dengan doa setiap masa,dan dibuktikan kesungguhan itu dengan puasa .
Saranan di sini SAYA AJAK ANDA SAMA SAMA PUASA SUNAT .

Setiap perbuatan dan langkah dimulakan dengan Bismillahi tawakkaltu `alallah.
Ini berterusan hinggalah ke malam 16hb diilakukan kemuncak doa dan solat hajat.
Saranan solat hajat di sini Solat hajat mohon kemenangan calon PAS.

Di pagi hari 17hb sekali lagi bertawakkal kepada Allah akan keputusannya.
Menang disyukuri disertai amanah yang dipikul yang bakal dipertanggungjawab di depan Ilahi..
Kalah disabari dengan ujian yang diterima.

Maka susunan nya adalah istisyarah,istikharah,azam,tawakkal,usaha,tawakkal,doa,tawakkal,redha dan akhirnya kembali semula kepada Allah.

Begitu indah kehidupan itu apabila semuanya meliputi perjalanan Islam dan akhirnya menuju kepada Penciptanya.

Subhanallah.

IJN,dup dup Jantung berdebar lagi?~Malaysiakini

November 2007
Synergy Drive ditubuhkan untuk mengambilalih Guthrie,Golden Hope dan Sime Darby .
Synergy Drive diberikan pinjaman ajaib oleh CIMB bank sebanyak RM40 billion untuk tujuan tersebut.
Kemudian selesai pengambilalihan,Synergy Drive dinamakan semula Sime Darby.
Jadi kita dapat melihat pengstrukturan semula 'kuasa' disebalik proses ini.

December2008
Sime Darby mengejutkan negara dengan hasrat untuk mengambilalih IJN.
Lebih mengejutkan rakyat ialah 'kesungguhan' kerajaan dalam merealisasikan 'niat' tersebut.

Bukankah Sime Darby sudah memiliki SJMC ?
Membeli Pantai Medical ,satu syarikat pesaing lebih `make sense`sekira Sime Darby ingin mengembangkan sayap.
SJMC sendiri sudah memiliki kepakaran khidmat rawatan jantung.

Sime Darby mempunyai pelbagai option lain untuk membantu seperti menjadikan IJN sebagai anak angkat korporat.
Membantu dari segi sosial aktiviti yang juga boleh dijadikan tax exemption kepada Sime Darby.

Di pihak kerajaan juga mempunyai lebih banyak option untuk kebaikan IJN yang dipandang sebagai milik kebanggaan rakyat Malaysia.
Kerajaan boleh menambahkan grant pendidikan atau penyelidikan.
Membuat link dengan Hospital terkemuka dunia atau Universiti terkemuka dunia.
Tambahkan doktor pakar bertaraf dunia atau dapatkan juga tambahan doktor pakar dari luar negara untuk menjadikannya pusat berkumpul kepakaran jantung dunia.
IJN dengan galakan kerajaan boleh juga mengadakan seminar atau perbincangan mengenai penemuan teknik,teknologi baru atau prosedur terbaru dalam dunia perubatan jantung.

Kalau nak cari glamer sekali sekala,
buat operation orang VVIP ,macam Che Det ke,
check jantung Bruce Willis ke,Shah Rukh Khan ke,

In this recent turnaround,
Sime Darby really gains no business advantages,
And the ruling party really gains no political milages.

It doesn't make sense,except maybe some make $$$$$$$$$$$$$$$$.


Click here rocky's bru to know the recent attempts by the ruling party .

Ya Allah Hancurkan Tentera Yahudi

GAZA CITY, Gaza Strip – Israeli tanks and troops launched a ground offensive in the Gaza Strip Saturday night with officials saying they expected a lengthy fight with Hamas militants in the densely populated territory after eight days of punishing airstrikes failed to halt rocket attacks on Israel.
Hamas vowed that Gaza would be a "graveyard" for Israelis forces.Associated Press.

AllahuAkbar.AllahuAkbar.AllahuAkbar

Ya Allah Ya Jabbar.

Kau hancur dan musnahkanlah tentera Yahudi laknat itu,Ya Allah.

Ya Allah Ya Muhaimin kau peliharalah hamba hamba mu ,saudara saudara kami di Palestin.

Yang berjuang dan semua yang menghadapi serangan Yahudi ini kau berikan pahala.

Yang terbunuh kau berikan shuhada untuk ke syurga mu Ya Allah.

Amin Ya Allah Ya Rabbul alamin.