Saturday, May 30, 2009

Saya sokong benar cakap orang UMNO ni

"Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. "Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. "Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi. Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi."~~Sumber KLPOST/Malaysiakini.

______________________________________
Saya setuju benar kalau orang Umno tak nak mengundi.
Eloklah.
Senang sikit PR nak menang.
Senang cerita.

Pas mesti berhati-hati dengan Umno di Manek Urai

Statement Tok Pa dalam BeritaOnline.

Jangan pandang rendah kekuatan BN di Manek Urai: Mustapa

KUALA KRAI: Barisan Nasional (BN) akur akan berhadapan saingan sengit daripada parti pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Julai ini, namun kekuatan BN tidak boleh dipandang rendah. Pengarah pilihan raya BN bagi DUN itu, Datuk Mustapa Mohamed, berkata walaupun BN turun selaku ‘underdog’ (bukan pilihan) pada pilihan raya kecil kali ini, ia tidak langsung menjejaskan semangat BN dan Umno untuk merampas kerusi itu. "Kita tahu sebelum ini mereka (Pas) menang di sini, itu menjadikan kita underdog...BN mampu memberi saingan sengit pada pilihan raya kecil kali ini," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera BN DUN Manek Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai, di sini, semalam.
Beliau berkata, kemenangan pembangkang di DUN itu pada pilihan raya sebelum ini sering kali disebabkan masalah dalaman BN dan bukannya atas kekuatan pihak lawan. "Yang penting sekarang kita (BN) bersatu, yang penting kita akan ubah nasib rakyat di sini...kita yakin rakyat akan beri peluang untuk kita buktikan BN boleh ubah nasib mereka," katanya. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman dilantik sebagai timbalan pengarah pilihan raya BN bagi DUN Manek Urai.

_____________________
Pas kena extra hati-hati, kali suasana di sebelah Umno Kelantan ada perbezaan.
Tok Pa tu saya doakan satu hari nanti masuk PR. Amin.

Wednesday, May 27, 2009

Ekonomi merosot 6.2%

Utuk 3 bulan pertama 2009 ekonomi meleset/merosot/menguncup 6.2%.
Lebih teruk dari jangkaan penganalisa.

Perlu diingat.
Semalam saya ada RM100.
Pagi tadi saya ada RM107.
Petang tadi duit saya hilang RM6.

Berapa duit saya tinggal?
RM94!!!


Jadi bila ekonomi menguncup 6.2%, maknanya..

ia telah naik pada hujung tahun lepas sekitar 7%.
Kemudian ia turun menjunam lebih rendah dari tahap awal tahun lepas.
Kejatuhan total ialah lebih kurang 13%!!

2 Calon Umno untuk Pru13 dikenalpasti

Harussani.
Noah Gadut.

"Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak.

Apa macam?

Tuesday, May 26, 2009

Drama Penanti boleh tahan jugak

Ingatkan tak meriah drama Penanti.

Rupanya Kak Min Dola ni siap buat rakam, CD dan edar.

Ada pulak media konference lancar drama CD.

Isk isk..

Tak de pelakon muda sket ka??

Amina Dola,Altantuya,Penanti,Suratkhabar hari ini

Sebelum ini suratkhabar hanya over mukasurat 3 je erita berkaitan pilihanraya kecil.
Hari ini Kak Min dapat coverage frontpage.

Apahal bahan bukti boleh jaja gitu sekali.
Nama Altantuya disebut pun tak boleh kononnya bahan mahkamah.

Sebenarnya media dengan membuat kecoh mengenai Kak Min hanya membentuk 'sparing partner' untuk calon Pkr.
Bayangkan calon Pkr kempen sorang sorang jika takde lawan langsung.
Dengan adanya watak Kak Min ini, sekurang-kurangnya bolehlah jadi 'punching bag' jentera Pkr.
Timakasihlah media Umno.

Monday, May 25, 2009

Manek Urai,penting untuk Pas,nafsu untuk UMNO

Umno dari day 1 lagi bersemangat nak masuk bertanding.
Bernafsu,berselera dan ghairah.

Pas kena sangat berhati hati.
Pas kena berjuang mati mati.
Ingat 2004 Pas tewas disini dengan majoriti 53 undi.
Ingat 2008 Pas menang 1500 undi.
Ingat ini adalah berpunca dari undi luar yang dibawa dan ditaja oleh KJ.
Kali ini tentu orang luar tidak balik mengundi.!

Perkara paling utama Pas perlu amik perhatian ialah Umno Kelantan kini di bawah Mustapha Mohamed.
Manek Urai dalam kayu ukur terbaik buat Pas untuk menilai diri sebelum ke Pru13 berhadapan dengan Umno Mustapa Mohamed + Najib.
Mesti hati hati.

_______________
Silap2 gaya, pilihanraya segera diadakan semasa Pas masih sibuk dengan Muktamar awal minggu June ini.

Selepas Zambry Kadir kini Murugiah

Sah tak sah.
Kayveas
Murugiah
Zambry Kadir

Undi untuk Kak Min 500 saje di Penanti

Saya meletakkan keyakinan pada tahap 500 undi je lah untuk Kak Min .
Orang Umno kalau pergi mengundi memang bodoh dan tak ikut cakap bos.
Najib dah kata stay away.

Orang Umno kalau keluar mengundi dan mengundi Kak Min, lagi bodoh.

Wawasan 2020, Islam Hadhari, 1 Malaysia

Bila di 'spin' wawasan 2020 banyaklah restoran mamak bubuh nama Wawasan.
Tersalah spin 2002 dah hilang.

Bila di 'spin' Islam Hadhari cemerlang, gemilang, terbilang banyak lah ustaz hadhari dan restoran mamak bubuh nama gemilang.
Pening spin 2009 mengundur diri.

Kini penat media tengah spin 1 Malaysia.
Sampailah bila kot..

Gitu lah..yang akan kekal hanya perjuangan Islam.
Inshaallah hingga ke akhir zaman.
Pada saat berlaku kehancuran alam ini, (semua yang beriman telah mati terlebih dahulu), yang ada ketika itu hanya mereka yang tiada beriman langsung.

_______________________________
Kiamat.
Kita sering dengar orang sebut secara pukil rata sahaja..

Tanda2 hari kiamat...
Bila kiamat nanti keadaan sungguh huru hara....
Kita akan dibangkitkan semula pada hari kiamat nanti...
Pada hari kiamat nanti kita akan dikumpulkan untuk diadili...
Pada hari kiamat nanti manusia akan dimasukkan ke syurga atau neraka...

Yang lebih tepat ialah.

Tanda2 akhir zaman sebelum berlaku kehancuran alam.
Pada hari kehancuran nanti keadaan sungguh huruhara.
Kita akan dibangkitkan semula pada hari kebangkitan .
Kita akan dikumpulkan selepas kebangkitan di Mahsyar untuk diadili.
Pada akhirnya manusia akan ke syurga atau neraka.

bermakna prosesnya begini
1.ahkir zaman
2.kehancuran alam.
3.dibangunkan alam baru dan dibangkitkan kita semula.
3.Dikumpulkan di Mahsyar
4.Proses pengadilan.
5.never ending life syurga atau neraka.