Friday, September 18, 2009

Ku Li , Che Det, Kj,Paklah, Muhyiddin TakNak Isa Samad di Bagan Pinang

Macamana Isa.?

PakLah takde lah bunyi lagi.
Tapi Kj tu bunyinya tak berkenan kat hang je.

Muhyiddin terang2 berkias.
Najib membisu lagi.

dia orang memang tak suka kau Isa agaknya.

________________
Nampak gayanya otai Umno bersatu lak ya.
bersatu bantai Samy Vellu.
bersatu sental Pkfz.
bersatu taknak Isa samad.

Najib suruh siasat Internet pasal PKFZ

PM: Polis siasat kertas kabinet PKFZ di Internet
Sep 18, 09 6:29pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata polis akan menyiasat mengenai Kertas Kabinet berkaitan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang didedahkan di internet kerana kertas itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

_____________
Bukan nak siasat skandal yang didedahkan.
Cuma cuma nak siasat macamana dan siapa yg dedahkan!!

Saya Optimistic Pas Menang di Bagan Pinang

sumber Pemuda Cheh.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar, PAS memperolehi 4,097 undi dalam PRU ke-12. PAS mendapat sokongan 43% Melayu, 56% Cina dan 54% India.
___
berdasarkan maklumat di atas sudah cukup menyakinkan saya.
memperolehi 43% sudah mencukupi.
pengundi Cina dan India bakal (InshaAllah) menuruti kecenderungan rakan2 mereka seperti ditunjukkan dalam prk bt gantang,bt selambau dan permatang pasir.(juga penanti)
utk rekod:85% pengundi cina di kuala sepetang bt gantang mengundi nizar Pas.
sebelum (ketika)pru12, rakyat tidak berpakat untuk undi PR,(hanya di perak,penang,selangor shj pengundi cina nekad undi PR) tetapi selepas hasil pru12 dilihat,semakin ramai yakin utk mengikut gelombang dan arus mengundi PR.
itulah yg dibuktikan oleh prk di atas tersebut.

_____
Malah, pada PRU ke-12, BN memperolehi 3,080 undi daripada 4,800 undi pos, sementara PAS hanya mendapat 1,189 undi. Tetapi kira-kira 500 undi pos tidak dikirim balik. Chai Tong Chai menjangka bahawa undi yang tidak dikirim balik itu mungkin disebabkan ketidakpuasan pengundi. Seandainya PR mengekalkan 1200 undi yang diperolehi sebelum ini, dan cuba mendapatkan 500 undi yang tidak dikirim balik sebelum ini, maka PR berpeluang untuk merapatkan jurang bilangan undi.
(jangan2 undi 500 tu dihantar utk cover tempat kot hu hu-perunding)

Thursday, September 17, 2009

Joke Antarabangsa sempena Raya

Khir Toyo terima ugutan bunuhJimadie Shah Othman | Sep 17, 09 2:34pm

"Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor."

"Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik.

__________________
Sumpit?
kah kah kah

Apa cerita SPRM ari tu??

KJ memang berani ~ Bagan Pinang

"Bagi saya spekulasi ini tidak sihat.
Jadi, saya harap soal calon BN daripada Umno ini dapat kita putuskan dalam masa yang terdekat," katanya.

_________
masuk gelanggang KJ.
push depa.

__________
"Apa saja latar belakang calon itu, kalau dia boleh diterima oleh pengundi di DUN Bagan Pinang, maka itulah calon yang kita perlu pilih," katanya.

__________
janji boleh menang KJ ekk.

__________
"Tapisan itu perlu kerana kita tidak hendak keadaan berlaku seperti di Permatang Pasir," katanya.

__________
Ooo Permatang Pasir memang betul2 silap lah KJ ya.

Hati2 aa..jangan silap lagi.
Suh Zahid,Afdal,H1 main jauh2.

Kali ni bagi Najib ngan Muhyiddin (tag team) je berentap dengan Pas di N31.

Wednesday, September 16, 2009

Lagi hal calon Umno Bagan Pinang

Hishamuddin kata calon mesti penuhi citarasa RAKYAT.
Apa beza rakyat dengan pengundi Bagan Pinang dan kumpulan Umno (geng ISA) Bagan Pinang.

Muhyiddin kata media jangan spekulate,spin dll pasal calon Bagan Pinang.

Apahal ni?
Tak suka Isa cakap terus terang.

Tergeliat otak kepala pusat Umno cari alasan nak tolak Isa.

Punya H1 pening fikir nama Isa,Isa,Isa sampai terngigau dan tersasul 'lepaskan Isa'.
Maka terlepaslah 5 orang tahanan ISA.


Tuesday, September 15, 2009

Istimewa Bagan Pinang

Untuk 20% pengundi India-geng kepala lembu Umno didakwa.
Untuk 62% pengundi Melayu-5 tahanan ISA dibebaskan.
Untuk 34% pengundi pos-tunggu lepas raya Zahid umum masa jamuan raya tentera.
Untuk 10% pengundi Cina-tunggu sesuatu berkaitan kes TBH.

Mic O Mic

Elok elok mulanya berita team Samy menang besar.

alih alih lepas tu ..riuh gaduh dengan Umno.

tak pasal gaduh ngan Mahathir.

isk isk tak habis habis kau orang ni berantakkan.

2 minggu lagi Subramaniam masuk Pkr.

Pkr jugak kenyang.

Suami Merah Hitam dibebas ISA

Alhamdulillah.
Tahniah diucapkan kpd blogger Merah Hitam sekeluarga.

__________________________
  • Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

  • he he.
  • kita memang perlukan prk untuk banyak perkara.

  • pembebasan adun di kelang tu (hindraf).
  • dakwa geng kepala lembu.
  • jambatan manek urai.







Sunday, September 13, 2009

Samy O Samy

Samy kata rakyat menyampah dgn BN bukan dirinya.
Betul juga.

Samy kata semua orang MIC sokong kuat dia.
Betul jugak.
Sebab yang lain semua dah belah.
Yang tinggal tentulah sokong kau.

Samy kata Najib salah.
Lagi betul.

Itulah politik terkini.
Pas kena gaduh sama Dap.
Dap kena gaduh sama Pkr.
Pkr kena gaduh sama Pas.

Sama jugak.
Gerakan mesti gaduh sama Umno.
Mca mesti gaduh sama Umno.
Mic mesti gaduh dengan Umno.

Rakyat dah muak politik yes bos dan politik cover parti kawan.
Setiap orang kena stand up dan pertahankan fight base parti masing2.

Tapi rasanya collectively semua orang muak ngan Umno ekk.

Pas menang dengan majoriti 300 undi di Bagan Pinang

Ini adalah tahap keyakinan saya 100% bahawa Pas boleh mendapatkan kellebihan undi tersebut.InshaAllah.

1.Calon Umno ialah Isa Samad.
2.Petugas dan jentera Pas Pr mesti menemui secara peribadi setiap seorang dari 4000 pengundi Melayu bukan Pos.
Jika mereka mempunyai anak yg merantau di Lembah Kelang, pergi juga menemui mereka.
Pas perlukan sekurangnya 1000 undi dari mereka ini.
3.Pkr dan Dap mesti memastikan 90% pengundi bukan Melayu datang mengundi.
4.Undi tentera mesti didekati untuk mendapatkan 40% sokongan mereka.

1000+1600+3600=5200 Pas
2000+2400+600=5000 Umno
+-100.