Saturday, April 11, 2009

Anda dah tonton filem Siapa Bunuh Altantuya?

Saya suka teori ni...
Asalnya saya seperti kebanyakkan orang ramai menyangkakan Sirul dan Azilah suatu hari nanti dengan suatu cara akan di'misteri'kan dengan suatu identiti baru.

Yang nak digantung tu pandai pandai lah buat wayang.

Tapi yang saya tak pernah fikirkan ialah teknik 'forward thinking'.

Sememangnya nama Azilah dan Sirul hanyalah nama watak dalam filem Siapa Bunuh Altantuya?

Watak ini diwujudkan bila jalan cerita wayang tersebut sampai ke peringkat Altantuya perlu di'lenyap'kan.
Pelakon sebenar pun tiadalah siapa tahu melainkan pengarah dan barangkali jurukamera wayang itu.
Begitu juga apabila jalan cerita wayang tersebut memerlukan watak Azilah dan Sirul pergi ke mahkamah, pelakon stunt juga boleh digunakan.
Kalau pelakon stunt tu cuti , pelakon stunt lain pun boleh ganti untuk menghadiri mahkamah.

Jika ada sesiapa mempunyai skrip penuh filem ini, boleh lah mengetahui kesudahannya.

__________
Idea asal dari AdukaTaruna.blogspot

UMNO Biar Betul UMNO!!!

ADUN BN kemuka usul UNDI TIDAK PERCAYA boleh dipecat - MB Terengganu
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini.

Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata - MB Terengganu

isk isk.
biar betul Umno.
Kita mintak Perak dia bagi Terengganu.
Rezeki Pas, siapa sangka.Amin.

Perlis pun ada bunyi guruh.
Petir kilat nya tak tau lah.
Nak turun ribut ke, taufan ke.

Melaka pun, UNDI RASUAH.
Harus ditukar tu.
Cuma kena cari alsebab dulu.

Isk isk Umno.
Baru 2,3 hari cong daun terup berbahagi jawatan menteri dan khazanah negara.

Friday, April 10, 2009

Misteri Tahanan Meminum Pelarut

Tahanan meminum pelarut.
Polis tak perasan.
Berlaku terlalu pantas.10 saat.

Tahanan maybe nak bunuh diri. bla bla..

Apasal ada 'thinner' atas meja siasatan ??????????????

Lebih kurang story Kugan jugak...........

UMNO mahu kita lupakan ini..

Umno mahu lupakan ini..
Umno mahu kita lupakan ini..

Kemenangan Pas PR di Bukit Gantang.
Kemenangan Pkr PR di Bukit Selambau.
Altantuya.
Sirul dan Azilah.
Kemenangan Kj.
Shahril Samad.

Itulah berita2 yang ditenggelamkan.

Thursday, April 9, 2009

43% PAS, UMNO??

Passing mark yang rendah.

3 teknik jualan.

1.Free gift
Beli sabun dapat pinggan.
Beli 2 free 1.
Beli Milo dapat botol air.
Mudah, ringkas, senang, berkesan.
Tetapi hanya untuk jangkamasa pendek dan tempoh pendek.
Seperti promosi hujung tahun.
Teknik ini cenderung digunakan oleh Umno dalam kempen pilihanraya kecil.

2.Excitement.
Menjual dengan semangat tanpa fakta.
Gimik penting.Pandai sembang penting.Imej penting.Spin penting.
Cenderung digunakan oleh media Umno sepanjang masa.
Cenderung digunakan oleh consultant Unit Trust.
Kami untung bla bla...return 10%, bonus 15% bla bla..

3.Technical knowledge and know how.
Yang ini jangkamasa pangjang.
Imej build up.
Penjual mengetahui setiap inci produk dan menerangkan atau mengajar customer sehingga faham.
Maggie, Milo, Nescaffe, Colgate,KFC,Mc D adalah dalam kategori ini.

Di mana PAS?
Produk Pas adalah Islam.
Siapa nak beli barang Islam??
Macamana nak laku?
Slogan PAS for All adalah sangat bagus.
Terbukti telah berkesan.
Tidak perlu ditukar kepada Islam for All.
Islam sudah sediakala for All.
Pas mempunyai produk jualan yang tersangat 'niche'.
Itulah kelebihan Pas.
Jangan ditukar!!
Tetapi Islam selain 'niche', Islam juga Universal.

So apa sudah jadi?
So apa sudah berlaku?

Pembeli bukan Islam sangat menyukai produk yang telah berkurun dipasaran ini.
Produk ini terbukti berdaya tahan, bermutu tinggi dan boleh dipercayai/diyakini.
Pembeli bukan Islam menyukai nilai Universal produk ini seperti ketelusan, merendah diri, tidak rasuah, tidak menindas dan berdisplin.

Akan tetapi di kalangan pembeli Islam, mereka melihat pada nilai 'niche' produk ini.
Yang membeli produk ini bergantung kepada 'maqam' IMAN mereka.
Maqam yang paling rendah membeli produk ini ialah yang takutkan Allah (takutkan perkara haram) dan mencari redha Allah (mengejar pahala).
Maka berapa ramai kah yang memiliki tahap Iman ini??
Tentulah sedikit.

Kumpulan kedua pembeli di kalangan pembeli Islam ialah mereka yang mempunyai vast knowledge, yang ada access to perfect information.
Golongan muda terpelajar, golongan terpelajar, golongan internet dan golongan yang sudah merantau ke serata dunia.
Juga tidak ramai.

Apakah tindakan yang patut dilakukan oleh para marketeers PAS?
Jentera pilihanraya Pas sudah tip top.
Usaha Ustaz Pas sudah tiptop.
Usaha media Pas sudah hampir tip top.
Kedudukan parti Pas sudah tip top.

Ada satu lagi kumpulan pembeli yang perlu diberi perhatian.
Kumpulan yang hanya melihat kepada kesan/hasil yang berlaku pada diri sendiri sahaja.
Kumpulan ini memerlukan perhatian kemasyarakatan atau sentuhan sosial.

Pas perlu melakukan satu kerja akar umbi kehidupan harian kemanusian.
Jika di bandar semua urusan kehidupan seperti persatuan blok penduduk flat,persatuan penduduk,JMV,Khairat kematian,Masjid,surau amat perlu diambil perhatian.
Bersunat, bertunang,berkahwin,tahlil,kenduri dan segala urusan lain.

Aktiviti ekonomi utama iaitu PASAR MALAM.
Inilah nadi dan titik pusat ekonomi masyarakat bandar.

Dan juga segala kegiatan kehidupan masyarakat di kampung.
Anak demam.
Anak masuk sekolah asrama.
Anak masuk universiti.
Pas mesti ada di situ.

Pas mesti menjadi NGO juga.
Pas mesti menjadi Arqam juga.
Segala majalah Islam untuk kanak-kanak mesti menyaingi dan menjadi complement kepada Harakah yang berat tu.
Segala majalah Islam untuk kaum ibu.
Untuk kaum bapa.Untuk remaja lelaki.Remaja perempuan.
Untuk masyarakat kampung.
Pas juga mesti menjadi Tabligh.
Guna cara marketing tabligh.
Join venture dengan tabligh.
Pemimpin mesti berkawan dengan tabligh.
Ahli mesti berkawan dengan tabligh.

....bersambung InshaAllah.

_______________________
Ini pun mesti baca.
Dari penarikbeca.
Kalau orang PAS rasuah, hampa terajang, pijak-pijak dia .

Menteri Kabinet UMNO Bn

La apa yang barunya.
Kau orang tulis lah.
Kau orang komen lah.
Takat aku nampak serupa tu lah.

________________
Menteri kalah pilihanraya ada.
Menteri kalah PAU Umno ada.
Menteri tak bertanding pilihanraya ada.

Macam cong kad daun terup je.
Muka sama, tempat tukar.

Rais hilang batu putih ada.
Nazri ada gambar ada.

______________________

Kabinet Baru Najib; Mukhriz dilantik Timbalan Menteri, Khairy dikecualikan.

Berikut senarai barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak
Timbalan perdana menteriMuhyiddin Yassin -
Menteri di Jabatan Perdana MenteriKoh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi
Nazri Abdul Aziz - Parliamen
Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agama
nor mohamed yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di JPM
Kewangan Najib Abdul Razak
Ahmad Husni H (Menteri kewangan kedua)
Pelajaran Muhyiddin Yassin
Pengangkutan Ong Tee Keat
Dalam negeri Hishammuddin Hussein
Penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim
Tenaga, teknologi hijau dan air Peter Chin
Pembangunan luar bandar, wilayah Shafie Apdal
Pengajian tinggi Khaled Nordin
Perdagangan antarabangsa dan industri Mustapa Mohamed
Deputy: Mukhriz
Pelancongan Ng Yen Yen
Pertanian dan perniagaan asas tani Noh Omar
Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi
Kerja raya Shaziman Mansur
Kesihatan Liow Tiong Lai
Belia dan sukan Ahmad Shabery Cheek
Pembangunan sumber manusia S Subramaniam
Perumahan dan kerajaan tempatan Kong Cho Ha
Wanita, keluarga dan masyarakat Shahrizat Abdul Jalil
Luar Anifah Aman
Wilayah persekutuan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Posted by NikHassanAzmi at 3.33pm

Wednesday, April 8, 2009

Apa lu olang ingat senang ke nak susun kabinet UMNO??

Mic nak juga.
Gerakan nak jugak.
PPP nak jugak.
Sabah nak juga.
Sarawak nak jugak.
Pahang nak jugak.
Mahathir pun ada list.
Rosmah pun ada .

Mca??
Gua mahu Tpm2.
Lu sekarang dapat 25% sahaja undi orang U.
Mana boleh.
Ok.Kalu gitu gua mahu kuota macam biasa.
Lu cari dulu undi 75%, kita bagi kuota macam biasa.
Ooo sekarang itu macam, gua masuk PR baru tau.
U jangan merepek.

Marilah masuk PR.
Umno tu dah nak jadi parti minoriti.
Parti serpihan.

So apa makna kepada UMNO???

Mohon restu rakyat.
Kalah.Rakyat tak restu lah.

Sembah derhaka.
Takde daulat.

Boneka.Takmain.

60billion stimulus=60 Bakul Sampah

PakLah.Pencen.
Kj.Sisih.
Najib baru.Toya.
Mahathir.Haprak.Mudah lupa.dah lupa.

13 isteri ISA terimakasih.
2 Hindraf bebas.

Najib Umno berubah.Makan lagi besar.
Tukar pemimpin munkee,Utan,Musang.

Haramkan Harakah dan Suara Keadilan.
Halalkan semula.

Calon tempatan.tapi gi keluar danok gak.

Segala yang UMNO Bn buat tak beri kesan kepada rakyat.
Umpan,senjata,gertak,tipudaya Umno semua tak jalan.

Undi Bukit Gantang lagi Unik

Nizar majoriti naik 1223 undi.
Nizar undi MENINGKAT 1845 undi.
Umno dapat meningkat undi 622 undi.
Kali ini tiada calon bebas yang dapat 800 undi dalam Pru12.

Undi bukan Melayu melonjak kepada 75% kepada Nizar Pas PR.
Pas mendapat 52% undi Melayu.

Terdapat 3% kenaikan keluar mengundi.
bermakna lebih kurang 1500 tambahan orang menguatkan azam keluar mengundi untuk menyatakan pendirian mereka dengan megundi Nizar PAS PR.

Rakyat bersikap stand up and speak up .!!!

SPR 3B di Bukit Selambau

Spr kata peratus keluar mengundi di Bukit Selambau menurun.
Hakikatnya menurun 2% je.

Spr kata turun kerana buat hari selasa.
1B =Bodoh
Kau yang letak hari selasa tu dol.

Spr kata kerana petang hujan.
1B=bangang

Spr kata peraih undi riuh.
1B=Super bengong n bongok.
Raya mesti meriah.

Yang puak Umno Bn import peraih undi berlori lori dan berbas bas dari serata Malaysia tu apa cerita.

Spr cuba membayangkan Mic kalah kerana keluar mengundi kurang.
Eh spr ni makan gaji dengan Umno ekk.

____________________________
Dalam Pru12 sekiranya kita tolak undi rosak 1600 .
Barangkali sengaja dirosakkan kerana tak puas hati ketika itu .
Maka peratus keluar dan mengundi dengan betul adalah sama.
sekitar 68.5%.

Bacalah Suratkhabar Orang UMNO

Utusan Meloya.
BN1,PKR1,PAS1.
Status quo tak berubah.
Macam seri je ya...
Takde perubahan ya.

Berita tak Heran pun.
Rakyat Sarawak tolak PKR.
Hadiah buat Najib.

Rakyat Malaysia tolak sapa???

kuang kuang....
keh keh..
wekkkkk....wekkkk...

p/s InshaAllah analisis menyusul.

Kita semua(pejuang PR) nikmati dulu kemenangan.
Allah mencintai hambanya yang menikmati nikmat yang Allah Anugerah kan kepada kita.

Tuesday, April 7, 2009

Bukit Selambau Keunikannya

S Manikumar tambah 41 undi majoriti.
Pkr dapat 593 undi kurang dari Pru12.
Mic dapat kurang 634 undi berbanding Pru12.
Calon bebas dapat 1200 undi berkongsi.
Peratus keluar mengundi 68.5% sama Pru12.

Memang menarik.
Pakatan Bebas telah berjaya mencuri undi sama rata dari Bn dan Pr.
Kedudukan lain sedikit pun tidak berubah.
Kedah tidak dipengaruhi Perak.
Politik Rakyat Malaysia semakin matang.
Yang PR kekal PR.
Yang BN kekal BN.
Rakyat sudah memahami dan nampak 'the big picture'.
Rakyat tidak lagi mudah diumpan oleh Bn dengan gula gula getah meletup dan melekat.
Make over Najib tidak memberi kesan.

SManikumar memang cool.
Jentera PKR memang dah tip top.

Cuma media pro Bn masih lagi ditahap lama.
Rtm kata yang kalah tak bererti kalah, yang menang tak bererti menang.
Apa ke jadah.
Yang satu lagi pulak kata, PR hanya mempertahankan kedudukan sedia ada, tiada perubahan politik langsung.
Kepala hotak hang.

Bukit Gantang,Bukit Selambau,Alhamdulillah

Rai kan kemenangan dengan kesyukuran.

Analisis menyusul.

Esok Najib sibuk umum barisan menteri kabinet baru.

Batang Ai Bn Menang 1600 undi

Isk isk.
Gitulah ceritanya alkisahnya.
Kita tunggu 2 bukit pulak.

Tak cukup keras gak Batang Ai untuk menembusi kubu Bn.

Doa ku Mengiringi ke Bukit Gantang

Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah.
Bismillahi tawakkaltu 'alaillah.

Dengan nama Allah tiada suatu yang boleh memudaratkan datang dari bumi dan datang dari langit.
Sesungguhnya Allah maha Mendengar lagi maha Mengetahui.
Bismillahi lazhi la yadur ma asmiihi sai un fi ardi wa la fi samai wa huwa sami ul 'alim.

Ingatlah.
They plot,and Allah is the best Plotter...
Ya Allah gagalkanlah segala tipudaya mereka.

Ya Allah berilah kemenangan kepada kami, PR.
Amin.

Monday, April 6, 2009

Berapa Undi Bukit Gantang,Bukit Selambau,Batang Ai

InshaAllah saya masih meletakkan tahap keyakinan saya pada
kemenangan PR dengan undi:
Bukit Selambau SManikumar memperolehi 14788 undi.
Bukit Gantang Nizar memperolehi 24000 undi.
Manakala Batang Ai Jawah mendapat majoriti 400 undi.

Banyakkan berdoa.
Banyakkan beristighfar.
InshaAllah.

Nizar Memang Mampu dan Layak jadi PM ke-8

Menyaksikan ketokohan Nizar.
Menyaksikan semangat juang Nizar.
Menyaksikan penerimaan semua rakyat terhadap Nizar.
Menyaksikan kesesuaian Nizar di mata semua rakyat pelbagai kaum Malaysia.

Nizar sememang calon sesuai untuk semua di Malaysia.
Nizar memang layak dan mampu menjadi PM Malaysia ke -8.
Bukit Gantang adalah langkah pertama ke arah itu.
Krisis Perak adalah ujian awal untuk persediaan ke arah itu.
He is the chosen one.InshaAllah.

p/s PM ke-7 ialah DS Anwar Ibrahim pada Pru13.

UMNO tambah Jembalang dan Hulubalang kempen di Bukit Gantang!!

Umno tambah kekuatan kempen terakhir di dua Bukit.
Dibawanya hulubalang lama Umno, Mahathir Mohamad.

Memang orang hebat macam Nizar perlu ada lawan yang hebat.
Maknanya Nizar hebatlah.

Eh Umno..pasal bawak hulubalang lama..
dia nak jadi menteri balik ke..
isk isk..dia tu kat selalu jadi liabiliti kat kau orang.
tak serik ke.
Cuba bawak hero muda skit..Kj mana?
Kj patut gerakkan orang muda Umno...baru masuk akal.
Apa kau orang kata Mukriz dengan toyo takut kena sisih.
Yang jelas kau orang dah sisih Kj dari Prk ni..huh.

Jembalang mana?
Mana nampak dek mata kasar, mata mata gelap.

Bukit Gantang,Bukit Selambau,Batang Ai Menggamit kedatangan anda

Esok hari mengundi.
Kepada tuan puan yang layak mengundi.

SUMBANGAN TUAN PUAN YANG PALING BESAR KEPADA AGAMA,RAKYAT MALAYSIA,BANGSA,NEGARA,DEMOKRASI,KEADILAN,PERJUANGAN,BAHASA,USAHA,DOA,HARAPAN IALAH KELUAR MENGUNDI.
LAKSANAKAN HAK TUAN PUAN.
SELAMAT MENGUNDI.
KEBENARAN BERSAMA TUAN PUAN.

Yang jauh usahakanlah dan korbanlah sedikit kesusahan untuk datang mengundi.
Yang dekat pastikan keluarlah awal mengundi.

InshaAllah kemenangan milik Rakyat.
Undilah calon PR.

Sunday, April 5, 2009

Siapa Kata MCA sokong UMNO ???!!!




Aku sokong Pas.
Aku undi Nizar.
Gambar menceritakan 1000 makna.
Gambar ini boleh memenangi anugerah terbaik prk Bukit Gantang.

UMNO Usah Buat Malu Pasal AlQuran

Hang Umno punya makhraj huruf baca fatihah dah okay ke belum??
hah..
Hang Umno punya azan sebut haiya ala solah dengan haiya ala fala'H' tu betul ke.
dalam rumi mana ada hurf nak eja 'har' dalam haiya ala falahhh tu.
(nak ganti huruf macam jim takde titik tu)

eleh sibuk pasal sebutan makhraj huruf.
Hang Umno punya tajwid fatihah dah lulus ka??

Kalau orang perempuan tak pakai tudung ditegur oleh orang bukan Islam.
Orang bukan Islam kata ni haram dalam agama kau.
Orang Islam tu jawab mana kau tau...sibuk je..
Orang bukan Islam tu bacakan ayat Quran yang menghukum tentang Aurat tu.
So no hal...apa kecoh Umno.

Tak reti agama ...buat cara tak reti.
Kita sanjung agama dengan melaksanakan semua hukum Agama Islam.
Kita mesti arif dengan semua dalil agama kita.
Kita mesti bersedia berhujah dengan ayat AlQuran terhadap orang Islam dan juga bukan Islam.
Level UMNO 50 tahun merdeka masih ditahap TADIKA.
Nak berhujah dengan bangsa Cina pun tak lulus.
Takdelah nak berhujah peringkat antarabangsa.
Tahkdelah orang Umno mampu nak berhujah antara pengdakwah pelbagai Agama.

Kesian dia..kesian dia..kesian UMNO.

Kor Ming dituduh persenda Islam.Malaysiakini.

UMNO kata tak ada apa atau Tak Terkata Apa Apa

Naib Presiden dan 6000 pengikut PPP menyertai PKR serta 8 bahagian PPP dibubarkan.
Ketua Masyarakat Siam bersama pengikutnya menyertai PKR.
Ketua Cawangan Umno sendiri bersama pengikut menyertai PKR.

Umno tak turun padang berkempen.
Ye lah, puak tu kan nak bertanding kerusi tu.
Mic dapat, Mic lah kempen.
S Ganesan pulak ada kes dilaporkan menipu rupanya...kuang kuang.

Tapi Umno kata tak de apa kesan kat depa.
Betul2 tak prihatin.
Memang Umno dah tak terkata Apa lagi.

Man Pusss lah ko.

Apa jadi Janji Royalty Minyak UMNO di Terengganu

Royalty Minyak Terengganu,Kesian

Najib dah bayar ke RM3billion royalty minyak yang tertunggak kepada Terengganu.
Najib dah masukkan RM10billion gantian wang ehsan ke dalam Tabung Investment Terengganu.
Semua tu janji pilihanraya ke.
Atau tu semua kelentong pilihanraya??

Sekadar renungan petang ni.
Semua dah lupa ke??

Fokus!Fokus!Fokus!Lawan UMNO Bn

i. Membebaskan 13 tahanan ISA.
ii. Menarik balik pergantungan Harakah dan Suara Keadilan.
iii. Melawat Sin Chew Daily
iv.Mengumumkan akan melawat negara Cina
v. Lawatan ke Petaling Street, kawasan perumahan kos rendah dan sederhana Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar serta deretan kedai di Jalan Tun Sambathan, Brickfield.

GMI perjuangkan kebebasan bersuara dan keadilan sejagat.
13 isteri berterimakasih.
Apa 13 isteri jadi sayangkan Umno?
Isk Isk..tak akan ending gitu je..

Hindraf pejuang hak orang India.
Pemimpin Hindraf ditahan ISA.
2 Pemimpin Hindraf dibebaskan.
Isteri Hindraf berterimakasih.
Hindraf dah sayang kat Umno Bn??
Isk isk tak akan ending gitu je.

Semua rakyat sudah memahami erti demokrasi.
Semua rakyat sudah memahami apa erti Ruling Parti.
Najib pergi Petaling Street.
Orang semua sayang kat Najib Umno.?
Isk isk...

Fokus fokus fokus.
Perjuangan belum selesai.
Hidupkan demokrasi.

Sentuhan Anwar,PPP Sudah, UMNO bila Lagi!!

Naib Presiden PPP dan 6000 ahli menyertai PKR PR.
WOW!!
Ari tu Kayveas nak JV dengan Gerakan tapi tak jadi.
Ini lah sentuhan Anwar.
Aura Anwar.
Mass Marketing.
Superb.!!
Tahniah.
__________________
Orang Umno sabar je lah ya.
Usah bising bangat ya.
Kau orang dapat Che Det ok lah.
Lagi pun 2,3 tahun lagi bila Rakyat memilih PR dalam Pru13, InshaAllah berbondong-bondong orang UMNO masuk PKR .

Orang PR pun terima lah semua dengan hati terbuka ya.
Ini semua adjustment dalam satu evolusi politik Malaysia.

Kisah Balqis di dalam AlQuran

Kisah Balqis di dalam AlQuran

Ratu Balqis mewarisi dari bapanya satu kerajaan besar yang kaya ekonomi terutamanya galian emas dan juga gagah dari segi ketenteraannya berkuasa di benua Afrika.
AlNaml 15-44.
Dalam satu kisah ketika rombongan Balqis menuju ke Palestin menemui Nabi Allah Sulaiman, Nabi Allah Sulaiman meminta sesiapa dari rakyatnya yang boleh membawa singgahsana kerajaan Balqis ke Palestin sebelum rombongan Balqis sampai.
Maka dikisahkan Jin Afrit yang kuat dan amanah mengatakan boleh membawa singgahsana tersebut dalam masa singkat iaitu belum sempat Nabi Allah bangun dari tempat duduk.
Manakala seorang hambaAllah lain menawarkan lebih singkat lagi iaitu Nabi Allah Sulaiman tidak sempat mengerdipkan mata, singgahsana itu sudah sampai di depan mereka.
Begitulah tingginya teknologi ketika itu yang dicapai oleh tamadun tersebut.
Andainya blogger AlBanjari diminta upload gambar dari Bukit Gantang pun selalu sangkut!!
Yang ni objek beb.!!(singgahsana)
Begitu juga teknologi pengangkutan ketika itu.
Teknologi penerbangan sudah digunakan.
Cuma mereka lebih efficient menggunakan tenaga iaitu tidak perlukan petroleum sebagai punca tenaga.
AsSaba 12,13,14.
Juga ada riwayat menceritakan Nabi Allah Sulaiman menjelajah laut dalam lalu menemui seorang pemuda hidup di dalam sejenis ‘oyster’.

Bagaimana pula kisah Balqis di dalam Malaysiakini.
Tentu tuan puan sudah arif.
Ratu ratu Umno Bn pergi sana sini enjoy duit rakyat.