Saturday, March 28, 2009

Team Baru Umno Mari Lawan PR

Umno dah ada team baru.
Kj, Kak Ijat, Muhyidddin, Zahid Midi dll.
Che Det pun join sekaki.
Gempak nampak.
Marilah lawan PR.
__________________
Najib kata pilihanraya kecil bukan referendum.
Acu cuba try tengok kalau tak kalah.
Mau riuh berkokok macam ayam baru bertelor.
Tapi buat masa sekarang belum ada telor nak kata boleh menang.
Playsafe.
Muhyiddin cepat2 transfer and spread the risk pada 3 ekor ayam jantan kokok dia.
Lagipun belum sempat selesai masalah isu nasional terkini..katanya menambah.
Pandai pakcik ni.
_____________________
Meno silap silap syok sendiri.
Bt Selambau, 30% India, 20% Cina, hanya 50% Melayu.
13 orang calon, 1 PR 1Mic, 11 bebas.
Yang bebas tentu terbabas.
Tinggal lagi Mic lawan Manikumar Pkr.
50% pengundi Cina dan India, nak undi parti Samy Vellu ke??
Beri saya satu sebab je kenapa mereka perlu undi Mic???
Pengundi Melayu, Pas konpem undi Pr, Pkr konpem undi Pr.
Tinggallah hardcore Umno, itupun kalau tak protes pekena calon sendiri.
Saya jangka 65% keluar mengundi.
Manikumar dapat 14788 undi.
______________________
Bukit Gantang macam cerita saya ari tu, Nizar dapat 24,000 undi.
Albanjari kata 95% pengundi Cina dan India akan undi PR!!!!
Lagi gempak.
_______________________
Team baru Umno please be gentlemen OK.
________________________
Batang Ai adalah batu loncatan Nuar ke Sabah Sarawak.
Member bermatian kat situ.
I dont have the stastistic yet.
but firasat Jawah menang jugak majoriti 1200 undi lah.
Ok.
_______________________

Khutbah Jumaat Politik Umno

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengeluarkan khutbah Jumaat bertajuk "Pemimpin Bertelagah Rakyat Berpecah" yang diharap dapat membantu menangani isu politik wang.
Ketua pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata topik itu amat sesuai kerana negara sedang berdepan dengan krisis politik wang atau rasuah politik yang menjadi budaya segelintir pemimpin masyarakat, lapor Bernama.
"Diharapkan isu yang dibincangkan dalam khutbah Jumaat pada hari ini, dapat menyedarkan orang ramai agar dalam memilih kepimpinan dan menjadi pemimpin, ia hendaklah selari dengan tuntutan al-Quran dan as-sunnah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Isi kandungan khutbah tersebut menyentuh, antaranya, rakyat perlu insaf bahawa budaya politik wang akan mewariskan pemimpin yang tidak berkualiti, korup, tidak berakhlak dan tidak berintegriti.

___________________________perunding.

Sejak bila boleh cakap politik dalam masjid?
Khutbah Jumaat pulak tu??

Segelintir pemimpin??
Takde lah..hampir semua dalam PWTC tu kan..
Pemimpin parti lain takde pulak masalah menda ni..
Puak meno tu je.
Maknanya Khutbah ni ditujukan untuk pemimpin UMNO.
_________________________________
Sekarang JAKIM dah tau , perlu terangkan kepada masyarakat di mana sahaja,
terutama medium utama yang semua orang Islam lelaki wajib hadir iaitu di dalam KHUTBAH JUMAAT.
Kena terangkan ada halal, ada haram.
Ada politik haram, ada politik halal.
Islam tu menyeluruh.
Jakim dah faham.
Ada politik Islam, ada politik tak ikut undang undang Islam.
________________________________
Jadi jangan larang ustaz menerangkan polisi kerajaan negeri(pemerintah) kepada masyarakat di dalam Masjid.
Jadi jangan larang ustaz menerangkan mana satu parti parti politik yang mengikut lunas Islam dan yang mana satu parti politik yang menentang Islam.

Ok Jakim.

Friday, March 27, 2009

Umno MeNo Umno But..

DP Umno Muhyiddin Yassin ditugaskan menawan 2 bukit dan mengharungi 1 batang sungai.
Menugaskan pula Hishamudin di Bukit Awww.
Zahid Hamidi di Bukit Gantang.
Shafie Afdal di sungai Batang Oiii.
Jika di Permatang kalah kerana PakLah tak nak berhenti.
Jika di Kuala kerana hantu Altantuya mengganggu.
Apa lah agaknya alasan untuk 3 kawasan ini kelak.
Muhyiddin harus menunjukkan kematangannya (gentlemen) dengan tidak menggunakan polis dan Fru mengganggu kempen pihak PR.
Tidak menyekat media PR.

___________________________
Shahrir nekad letak jawatan.
Gua respek betul abang Khalid Samad ni.
Kalau tanya bila minyak USD40 setong, berapa harga patut di pam stesyen minyak?
RM1.30 jawab shahrir dengan jujur.
RM0.50 lagi ialah subsidi rakyat beri kepada kerajaan!!
Saya letak jawatan kerana PM yang lantik saya dah berhenti.
Saya letak jawatan kerana perwakilan tidak menerima saya.
Gua respek betul.
Tapi orang macam ni orang Umno tak pilih!!sebab dia jujur dan berprinsip.
Doa kan join PR.
_____________________________
Apa cerita Rais Yatim.
Saya belum berfikir begitu.
Batu Putih hilang.
MT tak terpilih.
No big deal to him.
_____________________________
Apa cerita Hamid Albab.
Orang Umno Johor tak berkenan dengan dia.
MT tak terpilih.
Rakyat Malaysia tak suka dia.
Patutnya masukkan dia ke dalam ISA.
No big deal to him.
_____________________________
Ali Rustam!
PR patut bersedih kerana Ali tak bertanding untuk menang.
Ali kata MB sepatutnya automatik jadi MT kerana kalau bertanding boleh kalah macam sekarang yang terjadi.
Cerdik ke bodoh ayat tu???

KDN haramkan Media Asing ini kaitkan Presiden Umno dan Altantuya

KDN patut bertindak segera.
Haramkan PERMIT media asing ini.
Kerajaan Malaysia juga patut SAMAN mereka.
Wartawan mereka juga patut kena ISA.

Scandals Cloud Succession in Newly Unsure Malaysia-New York Times.
http://www.nytimes.com/

Arms deal link to death of model-TimesOnline
http://www.timesonline.co.uk/tol/news/.

Arms deal scam: Death of model rocks Malaysia-Times of India.
http://timesofindia.indiatimes.com/.

Murder of 'Far Eastern Mata Hari' linked to Malaysia's PM-in-waiting.
http://www.theaustralian.news.com.au/.

The Altantuya Shaaribuu Case: How and why she was killed.
http://nationmultimedia.com/2009/.

Model's jungle death linked to arms deal.
http://ninemsn.com.au/.

Malaysia is roiled by a crisis of democracy.
http://www.iht.com/pages/index.php

Kepemimpinan Najib Diragukan.
http://www.kompas.com/

Thursday, March 26, 2009

BalQis belanja duit rakyat Selangor macam budak Hisap Puting Susu

Anak syarikat kerajaan negeri, Pemodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), memperuntukkan sumbangan RM1 juta setiap tahun bermula tahun 2002 hingga 2007 kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).
Ketua Eksekutif PNSB, Datin Khairiah Abu Hasan yang menjadi saksi kelima dalam siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) memaklumkan jumlah sumbangan sepanjang tempoh itu sebanyak RM5,186,588.20.
Beliau yang menjadi Ketua Eksekutif sejak tahun 2007 mengakui semua program Balkis akan diberi sokongan daripada PNSB.
Khairiah turut mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Yang Dipertua Balkis, Datin Zaharah Kechik (isteri mantan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo).
Pada tahun 2003 PNSB telah menyumbangkan RM1.65 juta kepada Balkis dan sebanyak RM148,280 diperuntukkan dalam majlis perkahwinan saudara baru seramai 50 orang.
PNSB membayar jamuan makan untuk jemputan 1,400 orang hampir RM90,000 selain bayaran tempahan kek RM5,000, kombo MBSA RM9,000 dan hiasan dalaman RM19,000.
Pengerusi Selcat adalah Teng Chang Khim (DAP) manakala AJK adalah Haniza Talha (KeADILan-Taman Medan), Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).
Pada hari kedua siasatan dijalankan dua orang wakil BN, Sulaiman Abdul Razak dan Ismail Sani tidak hadir.
Setelah diajukan soalan daripada Jawatankuasa Selcat, Khairiah mengakui pada 14 Oktober 2003 PNSB telah memberi wang tunai sebanyak RM240,000 kepada Setiausaha Balkis ketika itu untuk membeli hamper di mana Balkis turun ke program 'Bersamamu' sempena bulan Ramadan.
Beliau turut mengakui PNSB memberi sumbangan kepada Balkis sebanyak RM5,000 untuk diagihkan kepada 48 kawasan DUN bagi meraikan warga emas dan orang miskin pada bulan Ramadan.
Pengakuan beliau menyebabkan Azmin mengajukan soalan; "Pada tahun 2003 ada 54 Dun, enam Dun diwakili pembangkang dan sudah jelas bahawa 48 Dun dikuasai BN. Apakah PNSB terlibat secara langsung dengan permainan politik BN ketika itu?"
Bagaimanapun, soalan itu tidak dapat dijawab oleh Khairiah.
Lebih menarik dan mengejutkan Jawatakuasa Selcat, pada tahun 2004 PNSB memberi sumbangan kepada Khir Toyo yang menjadi Menteri Besar ketika itu sepasang jaket jenama 'Summer Man' bernilai RM3,600 sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Dalam satu majlis berbuka puasa September 2006, PNSB sekali lagi membayar RM13,000 kepada saudara kandung Zaharah Kechik, Abdul Malik Kechik untuk pakej jamuan dan nyanyian.
Khairiah diingatkan berulang kali oleh Teng supaya memberi penjelasan dengan betul kerana ia dibuat setelah beliau melakukan perakuan bersumpah. Ini berikutan banyak persoalan yang diajukan oleh Jawatankuasa Selcat tidak dapat dijawab oleh Khairiah terutama dalam isu pengeluaran wang tunai yang melibatkan ratusan ribu kepada Balkis. --Dicatat Oleh ~♥ UmmiAnni ♥~ ke (`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´)


Gila punya kerja.
Dah berzaman depa makan duit rakyat.
Selcat kejar ini tikus betina semua.
Khairiah Abu Hassan.Macam familiar je nama bapak dia tu kan.

Calon Proxy Mahathir diTolak Mentah2!!tag Bukit Gantang

Gelap cerah masa depan anak bapak.
Setikawan, mana mertua, nyawa ikan, dijulang menang jugak.


Segan segan, malu malu kucing, takut takut nak, menang besar beb.
____________________
MK Toyo tidak diketemui.
Betul betul tak macho.
______________________
Anak bapak jatuh undi ketiga.
Betul betul orang Meno tolak Mahathir.
Tersentak pakcik tu.
So jangan masuk campur kat Bukit Gantang.
_____________________
Kalah lah jugak MTaib.
Tinggal Noh seorang lagi kat Selangor.
Aman PR.Amin.

Tuesday, March 24, 2009

Nizar Peroleh 24,000 undi di Bukit Gantang

Pengundi 55 ribu.
Peratus keluar terbaik 72% 2008.
Terburuk 50% 2004.

Terbaik undi diperolehi PR 16 ribu 1999.max undi dari orang Melayu.
Terburuk undi diperolehi PR 10 ribu 2004.min undi dari orang bukan Melayu.
Saya jangkakan 80% keluar mengundi kali ini.
44 ribu mengundi.
Melayu 28 ribu, Cina dan India 16 ribu.

PR harus dapatkan 15 ribu pengundi Melayu 53.6%.
PR harus dapat 9 ribu bukan Melayu 56.3%.
Bermakna peningkatan 4000 undi keseluruhan berbanding Pru12.
PR harus usahakan.Pas harus kerja kuat.
Ini adalah masa terbaik.
___________________________
Nizar adalah lambang calon Malaysia, sesuai untuk Pas, sesuai untuk Pkr, sesuai untuk Dap, sesuai untuk Melayu, sesuai untuk Cina, sesuai untuk India, sesuai untuk makcik, pakcik, tua muda, kampung, korporat.
Simbol kepada penentangan terhadap kerakusan Umno BN.
Calon referendum menentang pengambilalihan kerajaan PR Perak oleh Umno.
Banyak perkara terjadi kepada masyarakat India kebelakangan ini seperti kes Kugan dan di Kedah baru baru ini.
Mic juga tidak berubah dengan pengekalan Samy Vellu.
Perlu diperhatikan Gerakan,Mic dan MCA hanya mengambil kedudukan berkecuali di dalam kes Perak.
Ia ditafsirkan sebagai mengjauhkan diri dari sentimen tersebut kerana masyarakat Cina lebih merasakan kerajaan pilihan mereka melalui DAP yang ditumbangkan oleh UMNO!!.di Perak.

Saya mengjangkakan undi maximum dari pengundi India dan Cina.
Pilihan Nizar amat tepat kerana dua kelompok pengundi ini amat menyenangi Nizar.
Ini Cina India boleh meningkat ke tahap maximum 65%.
Dan cuba usaha dapatkan 55% undi Melayu.
InshaAllah.
___________________________________
Umno pula nampak tidak ghairah dan tidak berselera dengan Prk ini.
Mungkin
1.Lebih sibuk dan Ghairah dengan PAU.
Hanya meletakkan Ismail Safian yang bukan dari arus perdana politik Umno, kalah Ketua Bahagian, seolah olah hanya calon bebas Umno je.
2. Lebih sibuk dengan percaturan pengambilalihan kuasa Najib dari PakLah.
3. Rombakan kabinet sekaligus pembersihan etnik PakLah dan pembentukan koloni Najib akan berlaku dengan hangat.

Perhatikan tiada siapa dari Umno yang sibuk pasal Perak.
Hanya mengharapkan Zambry yang kadangkala muncul.
________________________________________
Cuma PR perlu berhati hati dengan jentera khas Umno Bn.
Polis Fru termasuk Spr akan digunakan sepenuhnya oleh Umno Bn.
Utusan dan Berita akan jadi hamba Umno Bn.
Saya mengjangkakan mereka akan menekankan supaya tidak ramai yang keluar mengundi.
Berlawanan dengan taktik di KT.
______________________________________
Inilah peluang terbaik bagi Pas dan PR.
Pendapat awal Nik Aziz menghala kepada taktik jangkamasa pangjang.
Iaitu kuatkan ahli Parlimen seperti MatSabu.
Penggantian satu kerusi parlimen tidak merubah kekuatan PR di Parlimen.
Untuk tujuan itu, guna Pru13 sebaik mungkin.
Tapi dalam kes Prk, taktik jangkamasa pendek adalah lebih tepat.
Nizar lebih sesuai.Menangkan semua prk dulu.
Ketepikan Unity G dulu.Itu hanya sesuai untuk hantar tesis nak buat Phd kat Universiti.
Untuk waktu ni, ikut nasihat taktik NikAziz, lawan Umno Bn habisan.
Ini adalah peluang terbaik untuk semua tujuan.

Bukit Gantang InshaAllah diusahakan untuk kemenangan kepada PR.
Ya Allah bagi kemenangan kepada PR.Amin ya Rabbul'alamin.

Cubaan Menahan Anwar di Bukit Selambau Gagal!!

Comel lak anak munkee ni.

Kalau ceramah ni abis kul 12 malam, aku boleh claim overtime tak ekk.?

Di Bukit Gantang anggota FRU bersama orangramai berdoa.
Di Bukit Selambau anggota Fru membantu orangramai ambil wuduk dengan semburan water cannon.
Fru juga membantu menambahkan shahdu dengan gas pemedih mata.
______________________
MalaysianInsider pula melaporkan cubaan menahan Anwar di Bukit Selambau gagal.
Tear gas fired at Anwar ceramah
UPDATED 11.58PM
By Shannon Teoh
SUNGAI PETANI, March 23 — Federal Reserve Unit (FRU) forces fired tear gas and used water cannons tonight on thousands gathered at a ceramah in Bukit Selambau just as Datuk Seri Anwar Ibrahim was beginning his speech.
At about 10pm, the FRU engaged the crowd gathered in an open field in front of a shophouse that is being used by PKR as its operation centre for the April 7 by-election.
The opposition leader and other Pakatan Rakyat leaders were holed up in the operation centre until nearly 11pm as police continued breaking up the crowd outside.
According to PKR’s Selangor executive councillor Dr Xavier Jeyakumar, those arrested include fellow party member Zamri Yusuf who is a Senator from Kedah and Anwar’s chief of staff Ibrahim Yaacob.
He added that the crowd of thousands dispersed into nearby housing areas with the FRU giving chase as they continued to fire tear gas.
Others arrested include aides to Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak and S Manikumar, the candidate for the Bukit Selambau by-elections.
According to PKR party workers, about 50 people were detained and taken to the police headquarters in Kuala Muda.
“I am so angry that the FRU used water cannons and tear gas on 5,000 people gathered to hear DSAI speak,” Dr Jeyakumar stated.
He also told The Malaysian Insider that there were rumours that the authorities wanted to detain the PKR de facto leader.
Other PKR sources have also told The Malaysian Insider of such rumours since last week when Anwar first hit the campaign trail for the three simultaneous by-elections in Bukit Selambau, Bukit Gantang and Batang Ai.
Anwar did however manage to leave the scene after 11pm after being escorted by his security personnel to his car.
Jeyakumar also said that many were injured in the attack as the crowd were ambushed from the back.
The police and FRU also dismantled the tents, confiscated the rostrum and all the PA equipment from the site.
__________________juga sini.
Polis gempur ceramah Anwar oleh http://alhusseyn51.blogspot.com/.

________________________
Meno meno...Jib Jib.
Harakah dan Suara Keadilan digantung haram penerbitan.
Ceramah seluruh Perak diharamkan oleh Mb kerajaan Haram.
Ceramah kat Kedah pun diharam.
Mana sumber rujukan ni..
Mumbai? Zanu-Pf Mugabe? nasib FIS Algeria?
haramkan je pilihanraya..syok sendiri.

Mb Sah Nizar Calon PR Bukit Gantang

Pas memilih Mb Sah Nizar sebagai calon mereka di Bukit Gantang.
Yang dari awal dipilih secara favourite oleh semua pihak.
Poll dalam blog memang jelas kecenderungan memilih Nizar.
InshaAllah kemenangan di tangan.
Pilihan awal menjadi kenyataan.
Simbol Calon Rakyat menentang Umno Bn.

Senang kacang, tak payah nak perkenalkan calon.
Satu Perak sudah menyokong Nizar.
Umno pulak bukan ada selera nak bertanding, dah tak de selera tengok pilihanraya kecil.
Umno lebih ghairah dengan Pau, peralihan kuasa, rombakan kabinet.
Cuma bimbang Umno tengah kemaruk rampas,tawan,kepung, gantung,haram.
Silap gaya pilihanraya pun digantung haram dek Umno.

Monday, March 23, 2009

Innalillahi wa InnailahiRojiun


Prk lagi 2 minggu.
Pau dalam minggu ini.
Nak jadi PM lagi 2 minggu.
Pru13 lagi 3,4 tahun.
What can we expect??????
Pembunuhan demokrasi yang ke berapa ni?

Calon Pas Bukit Gantang


Ustaz Idris Ahmad.
Saya doakan beliau diumumkan sebagai calon Pas malam ini.

Sunday, March 22, 2009

Mic selesaikan masalah di Bukit Selambau

Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berjaya mengekalkan jawatan presiden MIC selepas kertas pencalonan pencabarnya, Datuk Muthupalaniappan ditolak.
8 pencalonan dari 53 dibatalkan.
Syarat minimum ialah 50.

Apa lagi bawak je ke Bukit Selambau.
Kita settle dengan Samy kat situ.
Ajar sikit.
Pemilihan Mic bermula 12 April.

Blog Tok Guru dilancar sempena Bukit Gantang


Tahniah.
Selamat datang.
Semoga menghijaukan alam blog.
Seorang yang mampu 'draw' the public biarpun dengan sepatah kata.
Karisma.
Semoga menyaingi Che Det sebagai perbandingan.
Blog satu madah dakwah.
Sampaikan dariku biar seayat.
Every little Helps.