Tuesday, February 3, 2009

Lompatlah, Kenapa Tak Lompat?~ref Malaysiakini

Lompatlah, sekarang dah boleh lompat, kenapa tak lompat?
Sekarang ini 2 Adun tersebut belum melompat lagi ke Umno.
Strategi mereka singgah dulu jadi Adun Bebas sebagai batu loncatan sementara menunggu cukup korum.
Mereka memerlukan 3 Adun sekaligus melompat sebelum kerajaan negeri boleh berpindah tangan kepada Umno.
Lompatan mereka sebelum ini tertahan kerana jawatan mereka sebagai Adun dilucutkan.
Namun dengan hujah SPR bla..bla kerusi Adun mereka yang bernilai rm10 semalam kembali meningkat kepada rm5 juta, rm10 juta, rm20 juta, rm50 juta atau mereka je tau.

Tindakan SPR ini lebih memihak kepada Umno kerana mereka memerlukan kerusi itu by hook or by crook.
Tindakan ini meninggalkan ruang dan pilihan yang semakin kurang kepada PR melainkan melangkah ke mahkamah untuk 'mengsahihkan' perletakan jawatan Adun jesteru membolehkan pilihanraya kecil diadakan.

Atau nampaknya BN seolah menempah masalah dengan menghimpit PR untuk membuat keputusan yang lebih berani iaitu dengan membubarkan Dun Perak.
BN sudah tentu boleh berfikir dengan tiadanya pilihanraya kecil dan kehilangan 2 Adun sudah tentu PR akan memilih kepada pilihan pembubaran Dun.

Pembubaran diharapkan memberi kebaikan untuk semua pihak, biarpun ia mungkin memakan masa,tenaga,kos dan perasaan.
Namun untuk membaiki keaadan once and for all, ia perlu.
Semua parti dapat meletakkan calon yang terbaik dan paling dipercayai kali ini.
Rakyat dapat membuat endorsement muktamad, parti atau calon mana pilihan mereka.

Sekiranya keputusan hanya dengan lebihan satu kerusi, ia tetap akan menjadi stabil kerana semua parti akan memilih calon yang paling dipercayai oleh mereka.
Tiada lagi keraguan dan kecurigaan mana mana ahli akan melompat parti.
Parti yang menang atau yang kalah harus menghormati keputusan dengan menerima sebarang keputusan dari rakyat nanti.

BN ada berani?

Jawatankuasa Banyak KKK tapi Kurang...~ref Malaysiakini

Program Klinik Hafazan & Pemantapan Ibadah Masjid Ar-Ridhuan Ulu Kelang .
Progran ini telah dikelolakan dengan jayanya oleh Biro Pemuda Masjid Ar-Riduan.
Pengarah program ini ialah Ustaz Bisri Ibrahim.
Saya telah menghantar 2 anak dan 1 anak saudara mengikuti program ini pada 1 December 2008 hingga 23 December2008 yang lepas ketika cuti sekolah hujung tahun.
Kos yang dikenakan ialah RM200 setiap pesera termasuk makan minum disediakan.
Untuk menghantar lebih dari 2 peserta kita akan mendapat 20% diskaun.
Jadi saya hanya membayar RM480 untuk 3 orang.

Saya sendiri telah menghadiri pada hari pendaftaran, sememangnya menakjubkan dengan begitu ramai ibubapa yang datang.
Alhamdulillah.MasyaAllah.
Lebih kurang 200 lebih peserta telah menyertai menunjukkan betapa ibubapa sekarang yang datang dengan kereta besar besar begitu mementingkan pelajaran,pengajaran dan pendidikan berbentuk pengisian akhirat.
Anak anak yang dibekalkan dengan ilmu Al-Quran, ibadah Solat, Solat sunat termasuk qiamulai, akhlak mulia bercontohkan Rasulullah akan menjadi manusia yang berguna kelak.
Inilah satu satu jalan penyelesaian kepada kekusutan karenah remaja dan masyarakat kita sekarang.
Kembalikan anak anak kita ke masjid untuk ditarbiyahkan setiap waktu dan peluang terluang.
Program ini berakhir pada 23 Dec2008 dan majlis penutup dan penyampaian sijil telah dilakukan oleh YB Saari Sungip merangkap Adun Ulu Kelang.
Pada majlis itu saya lihat ketua J banyak KKKK juga telah datang dengan bersongkok hitam tinggi duduk ditepi pintu masjid, mungkin nak sejuk berangin, kebetulan hari tu no electricity.
Saya kurang pasti apa makna banyak KKK tersebut kerana saya lihat ia lebih bermakna kurang asam, kurang ajar dan kurang adab.
Beliau langsung tidak bangun,tidak menemui, tidak berkomunikasi, malah duduk di tempat berjauhan dari YB di dalam masjid tersebut(YB sebelah kiri masjid,dia sebelah kanan masjid) sehingga ke tamat majlis.
Ya lah.Lantak kau lah.Peduli apa aku.

BN Menyerlahkan Kepakarannya~ref Malaysiakini

Setelah dilihat tewas dalam perlawanan tarik tali,lompat pagar,lompat jauh dan loncat meloncat gimnastik, BN kembali kepada kepakaran asalnya.
Kepakarannya ialah menunjukkan seolah olah ke kerajaan PR Perak dalam kedudukan carca marba politik,kucar kacir,celaru,keliru dan tak stabil.

Mari kira rungkai, lerai dan jelaskan kekusutan yang didakwa Bn terutama oleh Umno.
Perletakan jawatan 2 Adun, itu diperlukan untuk menyelesikan keadaan dipercayai mereka ingin dan dipercayai didalangi Umno yang dipercayai di olah oleh perancang Najib untuk melompatkan mereka ke dalam Umno.
Perletakan jawatan mereka perlu bagi membolehkan pilihanrya kecil diadakan.
Pihanraya kecil membuka peluang kepada BN,Pr dan rakyat untuk menetukan semula adun piihan terbaik buat rakyat.
Dalam ertikata lain memulangkan kembali kuasa kepada rakyat untuk memililh kembali siapa yang terbaik untuk mewakili mereka.
Kenapa Umno dilihat begitu liat untuk menerima pilihanraya kecil kali ini?
Jika Bn teringin nakkan keseluruhan kerusi Dun Perak, syorkan untuk pilihanraya peringkat negeri Perak keseluruhannya.
Kalau tidak mahu, duduk diam, jangan kacau kerajaan negeri yang sekarang mempunyai kelebihan majoriti 3 kerusi.
BN terutama Umno, jadilah pembangkang yang berwibawa dan bermaruah di Dun Perak.
Semudah itu, payah ke?
MB Nizar dipanggil mengadap,diminta mengadap,pergi mengadap,mengadap sekejap,mengadap lama, anda boleh pilih mana mana tajuk mengikut selera anda.
Cuma BN cenderung untuk mengambil tajuk yang membayangkan Nizar dalam keadaan tertekan dengan pihak istana.
Realitinya tugas Nizar ialah mengadap Sultan untuk menyampaikan maklumat terkini dan menerangkan atau mencadangkan jalan penyelesaian terbaik yang diambil atau akan diambil.
2 Adun diletakkan jawatan, namun masih ahli Pkr.
Anda terkeliru seperti suratkhabar UMNO?
Adun adalah jawatan yang diperolehi apabila memenangi pilihanraya peringkat Dun.
Ia dipilih oleh rakyat.
Ahli parti ialah membership atau keahlian parti tertentu.
Sebagai contoh mereka itu ahli parti PKr.
Kita boleh letak jawatan Adun tetapi masih kekal sebagai ahli parti.
Untuk keluar parti kita boleh keluar parti buat seperti DrM atau dipecat parti seperti Dato Zaid.
Kita boleh letak jawatan tetapi masih ahli parti dan ketua bahagian parti Kepala Batas seperti Paklah nanti kalau jadi.

Kan terang lagi bersuluh.

Monday, February 2, 2009

BN pertahankan Adun PKR~ref Malaysiakini

Pilihan yang ada buat BN dalam berdepan dengan drama politik di Perak.
Pertama memastikan sedaya upaya supaya tidak berlaku pilihanraya kecil.
Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua dua Adun tersebut untuk menafikan perletakan jawatan tersebut.
Hari ini Tv3 dikerahkan sepenuhnya untuk menayangkan berita yang memihak dan mempertahankan 2 Adun tersebut.
Seterusnya mungkin mencari jalan melalui SPR dan terakhir melalui makhamah.

Andainya pilihanraya kecil tetap perlu diadakan, BN mempunyai beberapa pilihan untuk ditimbang fikirkan.

Pertama, masuk bertanding dengan meletakkan calon BUKAN dari parti Umno.
Ini untuk untuk mengelakkan tekanan pscychology yang akan dihadapi oleh semua pihak dalam Umno yang juga sudah tiba masa untuk pemilihan Mac2009 mereka.
Lagipun boleh buat fair and square, Umno kalah KT, Mic kalah Behrang, Mca kalah Changkat Jering.

Kedua, langsung tidak bertanding, bukan dengan memboikot, tetapi berunding dengan PR dan secara terhormat menyerahkan kepada pihak PR.
Berikan alasan yang baik seperti tidak mahu membebankan rakyat atau mahu menumpukan kepada pemulihan ekonomi.

Selamat merancang.

Percaturan Politik Perak dalam Istilah Catur~ref Malaysiakini

Touch Move, itulah internati0nally accepted standard rule dalam catur bermaksud jika anda sudah menyentuh 'buah' anda mesti menggerakkannya.
Dalam senario terbaru di Perak boleh kita bayangkan sebagai satu analogi permainanan catur.

Bayangkan perlawanan antara PR diwakili Pas dan Pkr dengan BN diwakili oleh Umno.
Pasukan pemerhati dari Dap mewakili PR dan MCA,MIC,Gerakan mewakili pemerhati BN.
Penyokongnya ialah panganalisa politik,peminat politik,ahli politik dan orang politik.
Penontonnya ialah rakyat Perak khususnya serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Move pertama telah dilakukan oleh Anwar dengan menawan(memakan) buah catur tir/rook/castle Umno iaitu Adun Bota.
Serta merta membuatkan pasukan PR mendapat lebihan 5 buah catur.
Gerakan ini mengejutkan Umno dengan melemahkan pertahanan mereka dan menguatkan pasukan PR terutama Pkr.
Kesannya perletakan jawatan Tajol dan perlantikan baru player Umno iaitu Najib dan Zahid Hamidi.
Pasukan Umno membalas dengan gerakan cubaan menawan 2 buah catur gajah/bishop pihak Pkr.
2 buah catur gajah/bishop iaitu ialah 2 orang Adun Pkr.
Sekiranya dapat tentulah melemahkan dan melumpuhkan buah serangan PR dan merapatkan jurang perbezaan buah kepada 1.
PR bingkas bangun untuk mematahkan serangan itu dengan mendakwa akan dapat 'memakan' 3 lagi buah catur Umno.
Umno melangkah ke depan lagi dengan mengatakan mereka boleh 'memakan' lebih dari 2 buah catur Pkr.
Perlawanan semakin menarik dengan kedudukan seolah olah stale mate.
Pr melalui Nizar cuba offer draw iaitu meminta pihak lawannya berundur dengan keputusan seri.
Seperti biasa typical Najib lambat membuat finishing touch.
Kedudukan tergantung dengan tiada move dari pihak Umno.

Tiba tiba,entah dari mana, nah timbul PakLah membuat langkah mengejut dengan berani ke atas pihak PR, check!
Kami akan 'makan' lebih dari satu buah catur PR.

PR tiada pilihan lain, mengelak akan merugikan position.
Anwar dengan pantas mematikan 'check' tersebut dengan 'sacrifice' kan 2 buah gajah/bishop catur Pkr.
Per'letak'kan jawatan di'isytihar'kan menandakan by-election perlu diadakan.
Sekarang perbezaan buah catur PR masih lagi 3 melebehi buah catur BN.
Sekarang tiba masa buah buah bidak/pawn untuk mara ke depan untuk membolehkan 'naik haji' dan layak menukarkan kembali kepada buah bishop/gajah semula sebagai contoh.

BN terkedu, tindakan 'check' tadi telah memerangkap mereka.
Nah, cuba tarik balik move tadi.
Touch move! pesan pemain PR.

Tinggal satu lagi option barangkali.
Ajak Anwar ke meja rundingan.
Tolong tarik balik perletakan jawatan 2 Adun.
Boleh, kata Anwar.
Dengan syarat jangan diganggu lagi kerajaan negeri Perak PR sehingga Pru13.
Setuju! sergah Anwar.

Sunday, February 1, 2009

Terjemahan 2 Adun Pkr diCerai Taklik~ref Malaysiakini

Tajuk dan makna luaran berita malan ini ialah 2 Adun PKR, Jamaludin Mohd Radzi Behrang dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu Changkat Jering meletak jawatan.
Kesan segera ialah pilihanraya kecil akan diadakan di 2 kerusi yang dikosongkan itu.
Ini mudah difahami.

Bagaimana pilihan ini (perletakan jawatan) telah dapat dilaksanakan menjadi kenyataan.?
Asalnya tujuan 2 Adun melompat ialah untuk menambahkan 2 kerusi BN dan sekaligus mengurangkan 2 kerusi PR.
Namun apa yang telah terjadi ialah PR telah menggunakan 'option' terancang menyerahkan surat perletakan jawatan yang telah ditandatangan oleh semua Adun PR (termasuk 2 Adun tersebut) lebih awal.
Dengan perletakan jawatan ini dengan automatik 2 kerusi PR berkurang, akan tetapi kerusi BN tidak bertambah!!
2 Adun itu sudah tiada makna kepada BN melainkan sebagai barang kempen.
2 Adun itu tidak boleh bertanding semula.
Ini patut jadi pengajaran kepada Adun PR lain yang meyimpan hasrat untuk melompat.
Cuma 2 kerusi kosong itu membuat menaruh harapan bagi BN.

Kedudukan sekarang ialah masih 27 BN, 30 PR sehingga selesai pilihanraya kecil.
Taktik ini dapat mengurangkan risiko sebarang 'lompatan' lagi dari PR ke BN.
Atau sekurang kurangnya dapat membeli masa sehingga sebanyak 3 lagi Adun PR perlu melompat ke BN sebelum PR menggunakan 'option' terakhir iaitu membubarkan Dun Perak keseluruhannya.
Setiap kali ada lompatan PR ke BN, Adun itu akan diletakkan jawatan.
3 Adun PR lagi diperlukan oleh BN untuk membuatkan kedudukan seri 27,27.
Dan ketika itu pasti PR membubarkan Dun Perak.

Sekarang pilihanraya kecil di 2 DUN ini sahaja tidak dapat mengubah posisi kerajaan negeri Perak.
Andaikata 2 dimenangi Umno, kedudukan masih 30 PR, 29 BN.
Sekiranya PR mempertahankan kerusi tersebut, ia hanya mengukuhkan endorsement keyakinan rakyat terhadap PR tetapi kedudukan kekal 32 PR, 27 BN.

Dalam ertikata lain taktik atau option ini, alang alang nak lari ke BN, lebih baik letakkan jawatan mereka.
PR terlepas, BN tak merasa.

Part 2 Kesan Pembubaran DUN Perak~ref Malaysiakini

Back to square 1.
Ia akan menjadi satu political consolidation.
Meratakan kembali padang perlawanan.
Satu peluang bagi semua pihak parti politik membuktikan kedudukan sebenar mereka.

BN boleh membuktikan mereka dahulu tewas kerana 'overkilled' oleh rakyat yang mengundi PR kerana memprotes.
Umno boleh buktikan 'fresh look' mereka diperkenan oleh rakyat.
'Fresh look' mereka ialah menukar teraju Umno Perak kepada Najib dan Zahid Hamidi.
Umno boleh juga membuktikan isu bahasa papantanda dan isu tanah adalah berkesan memihak kepada mereka.
Inilah peluang kepada Umno untuk membuktikan mereka masih juara di mata pengundi Melayu.
MIC juga boleh tumpang sekaki untuk menunjukkan mereka telah selesaikan pertelingkahan sesama mereka dan boleh mewakili pengundi India dan isu Kugan boleh menjadi penanda aras kepada MIC.
Gerakan setelah menukar rentak vokal, dapatkah mengambil tempat lagi di dalam BN terutama di Perak.
Begitu juga MCA selepas era pemilihan parti mereka dan juga dengan rentak baru, bolehkah menari bersama pengundi Cina dengan tarian Cina di dalam komponen BN terutama Umno.

Dan tidak lupa inilah masa terbaik buat PR yang dikatakan menang terkejut atau lebih sedap dilabel sebagai Accidental Winner membuktikan pilihan sebenar rakyat.
Dan akan menjadi endorsement rakyat selepas hampir setahun memerintah.
Kali ini bolehlah mengemaskinikan kerjasama sesama Pas Pkr Dap.
Boleh memilih calon terbaik dipersetujui dan dirancang bersama komponen PR untuk dipersembahkan kepada pengundi.
Momentum P36 adalah menyebelahi PR dan kerjasama kemas mereka menunjukkan hasil yang mengkagumkan.
Inilah akan menjadi peluang kepada Pas untuk membuktikan mereka sememangnya utuh dan alternatif pilihan pengundi Melayu terbaik menggantikan Umno.
Inilah peluang terbaik untuk Pkr menyusun parti dan memilih calon untuk bertanding dengan memberikan yang terbaik .
Begitu juga Dap, peluang untuk membuktikan mereka masih pilihan pengundi Cina menggantikan MCA dan Gerakan.

Kesimpulannya kemelut ini boleh bertukar menjadi peluang kepada semua untuk menyatakan Let Us Finish Them Once and for All.
Kepada rakyat untuk menyatakan "inilah keputusan muktamad kami".

Apa Kesan Politik jika DUN Perak di Bubarkan?~ref Malaysiakini

Memandangkan kedudukan kerusi PR dan BN yang terikat begitu hampir.
32 PR 27 BN sekarang, sekiranya 2 Adun Pkr bertukar kem ke Umno menjadikan kedudukan kerusi 30 PR 29BN.
Perbezaan 1 kerusi amat mengentarkan kerana 1 lagi kerusi PR lari ke BN, maka kededukan akan bertukar menjadi BN30 PR29.
(Perlu diingat cara kiranya tolak 1 campur 1,jika tolak 2 kena campur 2.)
Lebih merisaukan parti politik dan ahli politik di Perak ialah kedudukan berisiko 2,3 ahli politik kedua dua pihak PR dan BN berkemungkinan bertukar kem.

Untuk meleraikan dan meredakan unsur ketegangan dan suspen dikalangan orang politik, bagaimana cadangan sekiranya DUN Perak dibubarkan?
Adakan semula satu pilihanraya peringkat negeri Perak.
Ini bermakna masalah di kalangan ahli(pemimpin) dan parti politik itu diserahkan kembali kepada rakyat.
Ini melibatkan masa dan wang. Ia juga melibatkan perasaan rakyat.
Sanggupkah rakyat berdepan suhu panas politik lagi sekali pada skala yang lebih besar dari pilihanraya kecil satu kerusi seperti PrkP36.?
Ini akan melibatkan semua kerusi DUN Perak.

Beranikah ahli dan parti politik yang terlibat mengambil risiko untuk kemenangan dengan menghadapi rakyat dalam pilihanraya semula.?
Ada kemungkinan menang,ada kemungkinan kalah!

Barangkali keputusan pilihanraya nanti akan menjadi keputusan muktamad, diterima semua orang politik dan rakyat.
Namun berapakah harga kesusahan yang perlu ditempuhi semua?

Lagi Orang Hilang~ref Malaysiakini

Kita pernah dengar cerita Nurin hilang, akhirnya ditemui sudah meninggalkan dunia.
Kita dengar cerita Sharlinie hilang, sehingga ke hari ini tidak diketemui.
Kita pernah dengar cerita Altantuya hilang, akhirnya ditemui cebisan jasadnya di Puncak Alam.

Kita juga pernah dengar Zulkifli Nordin hilang, akhirnya ditemui sihat di Dewan Rakyat.
Kemudian kita dikejutkan kehilangan Bala, baru baru ini dikatakan ada di luar negeri.

2,3 hari ini kita mendengar desas desus kehilangan 2 Adun Pkr yang tak dapat dihubungi.
Malam kita mendapat hint mereka membuat duo Bungee Jumping di Pekan.

Betulkah?
Politik hari ni penuh unsur misteri.