Thursday, February 19, 2009

Umno Bn Tunjang Paksi Kebatilan Politik~ref Malaysiakini

Jebat Moden Derhaka, Umno Tuah Langsung Takleh Percaya.

Kepada sesiapa merasakan dirinya Jebat moden,
Berhati hatilah dan fokuslah menghentam musuh politik yang nyata.

Jika musuh politik anda ialah Umno, pastikan anda dapat mengetuk kepalanya,
Umno ni berbentengkan SB,FRU,Polis,SPR dan istana.
Jebat jangan bazirkan tenaga di‘lihat’ menentang benteng Umno.
Pastikan dapat ketuk kepala Umno tu sendiri.

Juga pesanan kepada Jebat moden.
Jangan sesekali percaya pada Tuah.
Buat baik berpada pada, Tuah langsung takleh percaya.
Biar manis macam mana mulut dia memujuk.
Jangan bagi keris Taming Sari kat dia.
Habis ditikamnya Jebat semula.

Para pengundi jangan sesekali bagi undi kat Umno.
Dapat kuasa habis dirobeknya rakyat semula.
Kita beri kuasa kepada Umno Bn melalui pilihanraya demokrasi,
Tetapi dirobeknya demokrasi di Perak,
Di rembat nya harta rakyat melalui kroni dan rasuah..
Di perkosa hak keadilan rakyat melaului Isa.
Ditutup mata dan fikiran rakyat melalui akta kawalan media.
Ditutup minda pelajar universiti dengan auku.

Kepada pejuang semua,
fokus kepada menentang tunjang paksi kebatilan politik Umno Bn.
Tumbang yang ni..InshaAllah yang lain boleh dielokkan.

Gambar Ex-Boyfriend tak Bogel di sini, Tapi dia Hilang!!!~ref Malaysiakini


Inilah gambar lelaki yang dikaitkan dengan gambar bogel Eli.
Tapi takde lah pulak gambar bogel dia ni ekk..
Maday maday....suspek hilang..roger.
"It was further reported that the police have started questioning the Malay Mail daily newspaper reporters on the photos but it was revealed that Hilmi is on the run and unable to be contacted."
On the RUN and UNABLE to be contacted.
Hilang lagi.Layan..
Siapa pulak sorok???
Mat Ghaib mana pulak expert sangat ni..
Jom pakat solat mayat ghaib je lah...
David Cooperfield ada kat Malaysia ke??

Pakatan Antara Confident atau Overconfident~ref Malaysiakini

Antara confident dan overconfident sudah melanda Pakatan Rakyat.
Bawean Termenung begitu serius membawa hujah teguran dan pesanan ini.
Pesanan yang baik dan berniat baik pada pandangan firasat saya.

"Awaslah pakatan jangan terlalu yakin sehingga sebahagian yang keterlaluan yakinnya itu melupakan gerak kerja yang kuat sehingga sunnah Tuhan dalam berusaha itu dilalaikan, karena dengan demikian kebenaran akan terbalik dan tumbang karena kurangnya perancangan."
" Umno yang pengecut itu terkadang masih boleh memukul ala secara curi curi yang boleh membuatkan pukulan itu adalah pukulan maut."
Tegasnya dipetik http://suwaritimur.blogspot.com/.

Begitulah kita perlu mengingati sirah Badar dan Bukit Uhud.
Badar boleh diibaratkan sebagai Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, manakala Bukit Uhud boleh diibaratkan sebagai Bt Gantang, Bt Selembau, Bt Lanjan dan mana mana Prk yang bakal kita hadapi.
Berhati hatilah dan ambiklah iktibar sebaik mungkin.

Namun kita PERLU memikir dan mengambil kira faktor keyakinan yang mustahak juga dalam perjuangan.

1. Antara takut dan harap.
Kita sentiasa diajar untuk sentiasa takut doa kita tidak dimakbulkan, tapi dalam masa yang sama kita perlu mengharap sepenuhnya Allah akan memakbulkan doa kita.
Allah memakbul seperti kita sangka...rujuk hadis untuk ketepatan.

2. Di dalam sukan, kemenangan dan kekalahan sentiasa mempengaruhi motivasi keyakinan.
Semua perlu sentiasa diingatkan.

3. Reverse psychology.
Ketika terlalu confident kita perlu kurangkan dengan peringatan kemungkinan expect the worst.

4.. Di dalam Matematik dan Statistik.
Kita sentiasa perlu mengkaji senario apabila x goes to zero dan juga apabila x goes to infiniti.
Maka kita dapat melihat 'kejadian' paling logikal.
Kita juga memerhatikan antara mode dan average dalam Statistik, antara yang paling kerap mungkin berlaku dengan yang paling tinggi kekerapan berlaku.

5. Antara realistik dan idealistic.
Idealistic tentang sokongan padu dan sentimen rakyat menyokong PR.
Realistic Umno Bn mampu dan sanggup melakukan apa saja by hook or by crook untuk men'cedera'kan perjuangan kita.

6. Sejarah.
Ketika Prk36 ramai diperingkat awal menyatakan 50-50, ketika itu saya cuba menghujah kemenangan majoriti 4000 undi diikuti tulisan analisa mendapat undi 38000, semata mata untuk menanamkan keyakinan padu dan jelas kepada penyokong PR.

7. Think positve.
Bila kau kata kau boleh, kau pasti boleh melakukannya..
Malaysia boleh!!

8. Always says InshaAllah dan tiada dayaku melainkan dengan keizinan kuasa Allah.

9. Sentiasa merancang, mesyuarah, berdoa, bertawakkal, dan berusaha dalam jemaah.

Wallahuallam.

Zambry kau bodoh ke apa?~ref Malaysiakini

Zambry Perak berkata Sivakumar juga telah melakukan satu penipuan yang besar apabila mendakwa di dalam kenyataan akhbarnya hari ini bahawa Zambry dan enam Exco berkenaan telah GAGAL dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan petang tadi.

Bila kau amik periksa UPSR,
1. biar kertas jawapan kosong, gagal lah namanya.
2. jawap penuh tapi semua salah, gagal lah namanya.
3. jawap tapi markah bawah dari markah lulus, gagal la namanya tu..

See u in court lah..

Wednesday, February 18, 2009

Murphy's Law says Dun Perak Bubar, Najib Tak Jadi PM~ref Malaysiakini

Domino effects membawa maksud apabila satu jatuh yang lain dalam susunan akan turut jatuh.
Kita telah lihat fenomena ini terjadi kepada Umno Bn dengan kekalahan demi kekalahan.

Manakala Murphy's Law pula kata sesuatu akan menjadi serba tak kena atau serba tak menjadi akan terdorong kepada tidak menjadi.
Murphy's law is an adage in Western culture that broadly states, "Anything that can go wrong, will go wrong." It is also cited as: "Anything that can go wrong, will", "Whatever can go wrong, will go wrong"."Whatever can go wrong, will go wrong at the worst possible time, in the worst possible way".

Melainkan kita sentiasa menahan ia dari terjadi kepada tak menjadi atau jadi serba tak kena.
Namun apa yang terjadi ke atas Umno Bn sentiasa tak menjadi sehingga tak dapat nak ditahan tahan lagi.
Senang cerita dan bahasa, nampak gayanya ada orang kempunan jadi PM.
Dan pembubaran Dun Perak looks inevitable.

Umno Bn Desparado for Peguam Handalan!!~ref Malaysiakini

Perkembangan terkini sudah sampai ke peringkat perundangan tertinggi.
Isu isu semasa sudah menjadi kes mahkamah berprofile tinggi.
Asalnya boleh diselesaikan tanpa dibawa ke mahkamah,
namun tindakan Umno Bn telah memaksa PR mencari penyelesaian mahkamah.

1. Nizar tiba di Mahkamah Tinggi kira-kira jam 10.45 pagi bersama dengan beberapa ahli exco Pakatan Rakyat Perak, termasuk setiausha DAP negeri itu, Nga Kor Ming serta sepasukan 10 orang peguam, yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah.
Pasukan ini menghantar saman mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.

2. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mengumumkan penggantungan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, selama 18 bulan dan enam enam Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri selama 12 bulan daripada menghadiri sesi Dewan berkuatkuasa serta merta pada jam 7.00 tadi di sini.
Ini juga memerlukan penyelesaian melalui mahkamah.

3. Kes pengesahan perletakkan jawatan 2 Adun Behrang dan Changkat Jering juga dibawa ke mahkamah.

4. Satu laporan Rasuah terhadap ADUN Jelapang, Hee Yit Fong, ADUN Changkat Jering, Osman Jailu dan ADUN Behrang, Jamaluddin Md. Radzi akan dibuat di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Ipoh.

5. Kes perbicaraan pembunuhan Altantuya dibawa ke Mahkamah Antarabangsa.

Umno memang perlukan pasukan peguam handalan.
Bersiaplah.

Tiga Bukit Mana Jelapangnya??~ref Malaysiakini

2 Bukit sudah pasti adakan pilihanraya kecil iaitu Bukit Selambau dan Bukit Gantang.
1 Bukit menyusul pasti iaitu Bukit Lanjan.

Dah ada 3 bukit mestilah dipadankan dengan lembah atau jelapang.
Nah ura-ura sudah tersebar, Adun Jelapang berkemungkinan meletak jawatan.
Membuka satu lagi lembaran pilihanraya kecil.

Tunggu lah.

April Fulls!!!~ref Malaysiakini

Menjelang April Najib dah jadi Presiden Umno.
1 April PakLah dah 'patut' letak jawatan.
1 April Najib dah 'patut' jadi PM Malaysia.
Awal April Cabinet Reshuffle sudah pasti menjadi agenda.

7 April pilihanraya kecil Bt Selambau dan Bt Gantang, serta kemungkinan Bt Lanjan, juga Pensiangan dalam penantian.
9 April keputusan perbicaraan Sirul dan Azilah dalam kes Altantuya.
April juga Proton Exora dilancar.

Mana satu nak jadi April Fool??

BerSejarah buat Abdul Wahid, Dah jadi Sejarah Wan Farid~ref Malaysiakini

Sudah termeterai dengan rasmi dalam sejarah,
Mohd Abdul Wahid Endut telah mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen,
mewakili rakyat yakni pengundi Kuala Terengganu.

Manakala lawannya Wan Farid sudah menjadi sejarah dan tiada saya tahu alkisahnya lagi.
Wallahuallam.