Saturday, July 18, 2009

Kerja tak berbaloi

Stadium 500 juta runtuh.
PKFZ 12 billion abandoned.
32 dari 33 tiang MRR2 retak.
Bini2 juta2 joli duit rakyat.
X-MB jadi taiko besar.

Speed SPRM tahap sloth atau kura2.

Korban lembu .
Duit peruntukkan peribadi YB 500k.
Speed SPRM macam babi tunggal hutan menyondol.

tujuan asal hanya nak memburukkan Dap.
dipercayai Dap sekarang mendapat sokongan yang teramat menggalakkan secara diam2 dari pengundi Cina.
Mengganggu dan memburukkan dap adalah serampang 2 mata.
1.nak spin untuk kata hey Pas kau kawan dengan bogeyman hantu jahat dap.
2.nak slowkan sikit pengaruh dap dikalangan pengundi Cina.

sekarang semua jadi tak berbaloi..
macam nak mampus pakcik 1 tu liberalise kan ekonomi untuk dapat restu 'kaum ekonomi malaysia',
kau orang ,mungkin secara tak sengaja,maklumlah malang tak berbau,buat
seseorang mati terjatuh kat bangunan sprm.
jalan keluar?
carilah 2 ekor kambing..
terpaksa...apa nak buat..


kalau kat jepun,
keretapi berlanggar, menteri pengangkutan letak jawatan.
kat sini pulak,
menteri kena langgar dek keretapi pun tak nak letak jawatan.

Thursday, July 16, 2009

Kematian di SPRM

dulu mathir kata.....dot dot dot

hari ni nazri kata...supa jugak..


anda semua faham sendirilah ya.

Peristiwa paling sensitif 2009

Kematian di SPRM.

Saya tak berani komen.

Bakal menenggelamkan cerita Manek Urai.

Bakal jadi B N.

Tuesday, July 14, 2009

Syukur Manek Urai

Alhamdulillah kemenangan buat Pas.
Kehilangan 398 undi boleh difahami dengan situasi hari Selasa dan tengah bulan.

Namun keupayaan UMNO meningkatkan undi sebanyak 889 amat mengkagum dan menakjubkan.

Purely penambahan pengundi yang datang, mengundi UMNO!!

Tahniahlah kepada Tok Pa.
Tahniah lah kepada Muhyiddin.
Tahniah kepada UMNO yang telah memberikan saingan sengit buat PAS.

Manek Urai Analisa Awal (Agakan)

Lebih ramai datang mengundi biarpun hari Selasa 14 hari bulan!!
Menunjukkan rakyat 'determine','bangun',speak up' untuk menyuarakan 'pilihan mereka'.
Rakyat telah jadikan pilihanraya sebagai 'fardu ain' bukan lagi
fardu kifayah,orang lain dah buat,aku tak payah.
Semua orang bangun menyatakan 'stand' mereka.

Pengundi Umno 4300 kekal pengundi Umno.
Pengundi Pas kekal.
Cuma tambah pengundi baru yang sebelum ni malas nak mengundi.
_____________________
Peribadi calon sangat penting.
Menyerang peribadi calon lain yang baik jugak tidak baik untuk perlawanan.
Strategi Menawar dan Mengugut langsung tidak boleh dipakai.
_____________________
Tajuk suratkhabar esok hari.
Status quo kekal di Manek Urai.
Kerusi kekal tidak berubah.
(tiada perkataan Pas,tiada perkataan menang,tiada perkataan tewas)
________________________
Sebagai penutup.
Tahniah kepada Muhyiddin yang memberikan saingan sengit.
Tak macam 1orang tu, dah tengok gelek Arab la ni..kot la...Sharm elSheikh.

________________________
AllahuAkbar.AllahuAkbar.AllahuAkbar.
Allhamdulillah atas kemenangan calon Pas dan perjuangan semua...
________________________
InshaAllah.
Saya nak Maghrib.
Tulis awal sikit.he he.
______________________


Manek Urai Keyakinan Pas 2000 Majoriti InshaAllah

Jangan tinggal sebut InshaAllah.
Jangan tinggal Istighfar sepanjang masa.
Jangan lekang berdoa sehingga saat akhir keputusan keluar.
___________________________________

PAS: Kita menang 2,000 undi
Jul 14, 09 3:48pm
Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

fauzi abdullah manek urai by election 260609Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini.

"Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN.

“Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya.

Pada jam 3 petang tadi peratus pengundian mencecah 83.89 peratus atau 10,312 orang walaupun ada dua jam lagi untuk mengundi, sebelum pengundian tamat pada jam 5 petang.

Manek Urai 84% sudah undi

Wow!
Jangan terlanjak sampai 105% dah lah..kah kah.
Iaitu seramai 10,312, bermakna 200 orang lebih ramai dari pengundi keluar dalam Pru12 dulu.

Ini baru setakat kul 3 pm.
Ada 2 jam lagi.

Tambah suspen.
Tambah sengit.
Tambah semangat.
Keputusan tambah menarik nanti.

Namun saya tetap berada di tahap keyakinan saya,
Majoriti Pas akan mencecah 2400 undi.InshaAllah.

Duit UmNO di Manek Urai tak CUKUP!!!

INi memang gempak.
Mengundang 1Ribu makna.

1orang kata ini duit untuk umpan pengundi.
Standardlah tu.

Tapi ,
Diminta mengulas dakwaan tersebut, Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid bagaimanapun berkata, duit berkenaan bukannya untuk pengundi DUN Manek Urai.

Sebaliknya, kata beliau, dana itu untuk petugas parti yang berkempen untuk calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Katanya, petugas dijanjikan dibayar upah RM30 sehari untuk kerja-kerja seperti merayu undi dan menampal poster.


Upah sampai TAK CUKUP.!!!

Wang besar, wang besar, wang besar.
Haru haru Umno Umno.

Manek Urai Keyakinan Pas tinggi

Semua pihak di sebelah pihak Pas berkeyakinan tinggi untuk menang.
Berbeza sekali dengan mood di KT dan Bt Gantang, ketika itu ramai yang rasa 50-50%.

Kali ini semua pihak berkeyakinan tinggi.

Yakin boleh.
Yakin Menang.
Yakin Positif.

Semuanya baik.
Namun jangan lupa berdoa,berserah,bertawakkal,bergantung harap pada Allah memberi kemenangan kepada Pas.
Amin Ya Rabbul allamin.