Thursday, October 8, 2009

Risaukan undi India?? di Bagan Pinang

Secara umum membaca komen di Malaysiakini, saya mendapati ada pemerhati risaukan undi India berkecuali atau memboikot di Bagan Pinang.

Walaupun seruan ini datang dari Uthayakumar,
namun...
sebenarnya..

1.dalam pru12 dulu takde sapa pun suruh rakyat jom undi PR.
(rakyat bertindak sendiri)

2.secara umumnya pengundi PR adalah pengundi tegar,bukan pengundi ikut ikutan.
elasticity tinggi.
macam perokok,naik harga camna pun,demand tak turun.
begitu pengundi PR,gertak ke,susah ke, lagi naik semangat nak gi ngundi.

3. sebaliknya pengundi Umno BN.
kurang semangat dan ikut keadaan.


awalnya dijangka up to 85% pengundi India menyebelahi PR.
kesan boikot mungkin menyebabkan 80% undi PR, and only 5% undi Umno!!

Wednesday, October 7, 2009

Pas berjaya menangani Undi Pos di Bagan Pinang

Sallehuddin Ayub nampaknya begitu teknikal orangnya.
Bagus jugak.
Dalam masa yg sama, orang spt Chegu Bard jugak penting.
____________________________
Pas perlu gabungkan semua teknik dan taktik.
Taktik Sallehuddin yg teknikal.
Teknik Mustapa Ali yg pantas menangkis.
Teknik Mahfudz yg attacking.
Teknik ceramah berapi dan super kreatif Chegu Bard.
Teknik Anwar...
Teknik Nik Aziz..
Teknik perang saraf.
dll
__________________________
ini contoh kejayaan teknikal.

Misi PAS bertemu Suruhan Pilihan Raya (SPR) hari ini berjaya mencapai beberapa langkah dalam usahanya mengurangkan keraguan berhubung penjalanan dan kaedah undi pos di kalangan tentera.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, yang hadir dalam pertemuan tersebut di pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya petang ini, berkata SPR bersetuju melaksanakan langkah-langkah, antaranya:

Masa pengundian dilanjutkan satu hari lagi, 10 Oktober. Pada asalnya pengundian ditetapkan dua hari sahaja, esok dan Khamis untuk membolehkan lebih ramai anggota dari luar kawasan ke tempat membuang undi.

Semasa mengambil kertas undi pos, seseorang pemilih tentera hendaklah menunjukkan identiti mereka terlebih dahulu. Tidak seperti dahulu, kertas undi boleh diambil oleh wakil pemilih – tindakan yang diragui oleh parti-parti pembangkang.

Ejen calon boleh membuat kawalan keselamatan selama 24 jam diiringi anggota-anggota polis di pusat pengumpulan kertas undi pos di Tingkat 7 Kompleks Pentadbiran Daerah dan Tanah, Port Dickson.

Wakil calon juga boleh mengiringi kenderaan yang membawa kertas undi pos dari kem ke pusat pengumpulan undi berkenaan.

SPR juga bersetuju menambah setiap ejen memantau lapan saluran di di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda). Sebelum ini seorang ejen sahaja dibenarkan berbuat demikian bagi mengawasi lebih 4,500 pemilih tentera.

Berhubung ejen calon ini, Suhaizan memberitahu Malaysiakini awal malam ini, SPR akan mendapatkan kebenaran pihak pentadbiran kem terbabit.

"Kalau SPR tidak dapat kuatkuasakan, (ini) bermakna SPR gagal untuk menekan kem. Sepatutnya SPR ada kuasa," katanya, yang juga ketua jawatankuasa undi pos Pemuda PAS.

PAS bagaimanapun gagal menyelesaikan masalah beratus-ratus nama pemilih yang didaftarkan sebanyak dua kali pada daftar pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang mulai esok dan Ahad ini.

Suhaizan berkata, SPR berhujah ia berhak menggunakan daftar pemilih sedia ada tetapi PAS menganggap pendaftaran berulang itu bercanggah dengan peraturan pilihan raya.

Perbincangan PAS-SPR yang memakan masa lebih dua jam, diwakili Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusoff bersama sembilan pegawai kanannya mewakili suruhanjaya tersebut.

Suhaizan juga berkata, isu-isu lain yang tidak dapat diselesaikan, antaranya, proses mengirim kertas undi pos kepada pemilih-pemilih yang tidak berada di luar kawasan mengundi.

Pengundi UMNO jangan amik RISIKO undi ISA SAMAD di Bagan Pinang

Jangan ambil risiko.
Fikir 3,4 kali.
Jangan setakat fikir untuk kepentingan Isa Samad sendiri.
Jangan fikir setakat untung pengikut Isa Samad semata mata.

Fikirkan dan timbangkan.

1.Untuk kebaikan Umno sepenuhnya.
Orang Umno mesti bersatu hati menunjukkan imej dan perception menolak unsur perasuah atau mata duitan.
Isa samad telah dipalitkan dengan unsur tersebut.

2. Untuk kebaikan Umno Negeri sembilan sepenuhnya.
Isa samad tak kata terima jawatan Exco.
Tunggu menang dulu jawab mereka.
Atau makna disebaliknya...bagilah Isa MB.
Nak jadi macam Terengganu nanti???

3.Untuk kebaikan Umno pusat dan pimpinan tertinggi.
Najib seronoklah.
Tetapi apa jadi tanpa quota Isa lawan Muhyiddin atau lawan Zahid hamidi.
Nak tengok perang besar ke.

4. Ingat zaman Isa Samad jadi MB, Negeri sembilan dilanda wabak dahsyat yang tak pernah berlaku dalam dunia ini, iaitu JE Nipah.
tau kan wabak babi tu kan.
salah sapa tu.??
kenapa tak kawal selia kandang atau industri tu???
bala ke?? kifarah ke?? bencana alam ke??

5Akhir sekali.
Undilah calon Pas.
Kalau anda tak untung apa2, anda pasti tak rugi apa2 jugak.

Fikir dan renungkanlah wahai pengundi UMNO.

Tuesday, October 6, 2009

Isa Samad langgar pantang

Dah tuan nobisha pesan.
calon mesti berlagak seperti pengantin.
duduk diam2,senyum perasan macho gitu.

ni Isa tak,
itu dijawab,ini dijawabnya.

sapa pengarah pilihanraya umno ni??

sendiri calon,sendiri kempen ke Isa.

Calon UMNO Bagan Pinang hanya kesalahan moral/etika/teknikal

Ialah bagi Umno main rasuah,makan rasuah,makan duit,seleweng duit,salah guna duit hanyalah sekadar kesalahan moral,kesalahan etika atau kesalahan teknikal.

itu bagi Umno.

kalau kita tengok orang putih,
berzina suka sama suka takde masalah..
ada awek simpanan pun cuma kesalahan moral..itupun kalau dah ada isteri.
1 night stand pun tak kisah.

duit...Umno tak kisah.

tolong lah orang umno...
ubahlah imej tuan puan.

Tentera adalah KingMaker di bagan pinang

Bangunlah.
Sedarlah.

Sebenarnya anggota tentera adalah bebas.
Anggota tentera lebih berkuasa.
Anggota tentera tidak boleh diekploitasi oleh ruling party.
Anggota tentera boleh menjadi penunjuk hala tuju.

Anggota tentera adalah tunggak keselamatan,keamanan dan keadilan.
Anggota tenetera boleh menentukan hala tuju politik.
Bukan politik memkotak katik kan anggota tentera.

Ayuh anggota tentera.
Buktikan dan tunjukkan pilihan tuan puan.
Pangkahlah pilihan tuan sendiri.
Undi adalah hak tuan puan untuk memperjuangkan pilihan tuan puan.

Bagan Pinang di tangan tuan puan.

Monday, October 5, 2009

Orang Umno Bagan Pinang mesti tengok the Big Picture

Mahukah tengok ketidakstabilan politik Negeri sembilan.?
Mahukah jadi macam terengganu?

Mahukah tengok pertandingan sengit peringkat pusat lagi?
Mahukah tengok Muhyiddin pula dicabar?

kepada penyokong Isa di Bagan Pinang.
Mahukah anda tengok Isa jadi ayam laga Najib?

Sunday, October 4, 2009

ISA hanya orang bodoh kata NS lebih maju dari Kelantan

Isa kata hanya orang tak sihat kata Kelantan lebih maju dari NS.

Tahukah anda Isa jadi MB NS selama 22 tahun?
Tahukan anda Pas perintah Kelantan 1990-2009?
Tahukah anda ketika itu Ali Rustam larang pegawai kerajaan lawat Kelantan?
Barangkali Isa ikut arahan Rustam, lalu tidah pernah buka mata ke Kelantan?

Tahukah anada NS hanya seluas Temerloh?
Tahukah anda 10 kali Temerloh pun tak semaju Kota Baru.?
Tahukah anda 3 kali Kuantan pun tak semaju Kota Baru?
Tahukah anda Pas belum perintah sehari pun Pahang?
Tahukah anda Umno Bn dah 52 tahun perintah Pahang?

Apakah majunya Seremban?
Apakah kemajuan yang ada di pantai Port Dickson??

Pergilah ke Kelantan tuan puan....
Saya jamin tuan-puan yang cintakan DUNIA akan terPEGUN dengan kemajuan Kelantan.

Saya sebagai perunding kewangan memberikan nasihat percuma...
SESIAPA YANG ADA KEMAMPUAN DAN PELUANG, LABURLAH ATAU BELILAH APA SAHAJA PROPERTY YANG TERDAPAT DI KELANTAN SEKARANG.
PELABURAN ANDA PASTI UNTUNG BERLIPAT KALI GANDA DALAM 5-10 TAHUN LAGI.
BELILAH TAK KIRA TANAH RUMAH,RUMAH KAMPUNG,RUMAH TERES,TANAH KEBUN,SHOPLOT ATAU APA SAJA PELUANG YANG ADA.

Umno mesti Pancung ISA di Bagan Pinang

Semalam saya di Bagan Pinang.

2004 Isa menang no 1 Naib Presiden Umno.
2005 PakLah lucutkan Isa Rasuah.
6/2009 PakLah menyerah.
9/2009 Isa dipilih jadi calon,pasrah.

Begitu mudah orang Umno selesai masalah.
Md Hasan pastikan Isa kalah sebelum jadi parah.
Muhyiddin tak yah bagi Isa menang kalau taknak susah.

Hari ini rakyat mesti menangkan Pas.
InshaAllah esok semua jadi mudah.