Saturday, March 7, 2009

PPSMI 100,000 di Masjid Negara,Muat ke?Polis Ok?

Pukul 2pm sekejap lagi di Masjid Negara.
Kalau semua tu solat jemaah Zuhur, bagusnya lah.

Polis bagi permit.
Musykil.

100,000.
Muat ke?
Fru ada ke?
Boleh jual air mineral ni.
Kalau zaman reformasi dulu, ada satu brader jual aiskrim dengan motorsikal (walls tu).
Mesti dapat jual dekat spot best punya.
Musykil.

Ada udang goreng sebalik batu ke.
Masjid Negara je.
Sogo tak leh shopping.
CM tak leh lepak.
Istana Negara takleh berarak.

Rakyat Selangor diSaran Sokong Kerajaan Pakatan Rakyat supaya tidak Berpecah

Rakyat Selangor diseru supaya menyokong Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat Selangor secara majoriti dalam pilihanraya umum yang lepas.
Rakyat Selangor diminta jangan taksub dengan parti politik sehingga sanggup melakukan pecahbelah dengan menyokong parti pembangkang negeri Selangor yang selalu mengganggu pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah pempinan MB TS Khalid Ibrahim.

Rakyat Selangor juga harus hidup aman damai sesama pelbagai kaum yang ada di Negeri Selangor.
Rakyat Selangor harus bersama Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang diwakili oleh pemimpin dari semua kaum utama yang ada di Negeri Selangor.
Rakyat Selangor sama sekali tidak patut menimbulkan syak wasangka antara kaum sehingga boleh menimbul ketidakselesaan sesama sndiri.
Rakyat harus waspada dengan tindak tanduk parti pembangkang Selangor yang sentiasa cuba mengeruhkan keaadan untuk kepentingan parti politik sempit mereka.

Sultan bimbang orang Melayu S'gor berpecah.

Kenapa Syarikat Korparat gomen Karat dan Keparat??

Mari kita semua berfikir sejenak.
Syabas rm3billion.
TNB rm30biliion.
RM30,000,000,000.00, banyak tak??
HUTANG lah tuuuuuuuuu!!!!!!
Sebutlah segala jenis syarikat ada kaitan gomen, semuanya berjaya mengumpul hutang sebanyak-banyaknya.
Anda senaraikan segala syarikat ni semuanya berhutang yang banyak.
Syarikat tol tak kumpul hutang, tetapi tak pernah selesaikan pinjaman modal biarpun kutipan tol billion ringgit setahun.

Mari fikir ikut logik.
Asal usul perniagaan ni.
Contoh mudah.

1. Tabung Haji

Nama pun TABUNG. Macam tabung duit anak kita.
Asalnya bayangkan anda pergi sendiri ke London lah senang cerita.
Tambang rm2000, lepak masjid Tabligh kat East London Mosque 30 hari atau 40 hari.
Makan rm20 sehari, baru habis rm800.
Kalau pergi sendiri Mekah lepas tu makan ala kadar duduk asrama murah, berapa belanja??

Ok.Takpe.Saya ada idea CANGGIH.
Kita buat tabung untuk simpan dan kumpul duit ramai2 supaya dapat pergi ramai2!!!
Bila ramai ramai pergi kita boleh tempah sebijik kapalterbang terus dan lagi MURAH.
Bila ramai2 pergi kita boleh sewa sebijik bangunan asrama dapat lagi murah.
Bila ramai2 pergi kita boleh gaji tukang masak dapat lagi murah.
Betul betul.Cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

OPPPPPPPSSSSSSSSSSSS!!!!!
Komersial lah sikit bang.
Duit kumpul kita bisnes dulu.
Labur dulu.Lebur!!!!!!!!!!!!!!!!
Asrama kita buat bangunan (property) sendiri. Hancus!!!!!
Tukang masak kita buat bisnes catering. Hangus!!!!!!!!!!
Nasib baik tak buat syarikat kapal terbang sendiri. Melayang!!!!!!!!

Hasilnya.
Kos meningkat....kita kena naikkan tambang..............YES$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$!

Kalau gitu back tu basic lah..
Semua orang pergi sendiri...kuang kuang kuang.

Contoh 2.
Minyak.
Kita keluarkan minyak kualiti harga tinggi.
Katakan setong rm10, minyak biasa rm6 setong.
Kita keluarkan 100 tong tetapi rakyat perlu guna 60 tong sahaja.

Pilihan 1.
Rakyat pakai 60 tong minyak kualiti pada harga percuma!!! (atau harga kos sahaja).
40 tong kita eksport dapat rm10x40=rm400.00

Pilihan 2.
Jual semua minyak kualiti tinggi rm10x100=rmrm1000.00
Beli minyak murah dari luar pada harga rm6x60=rm360 untuk kegunaan rakyat.
Dapat lebih banyak pendapatan kepada negara!!!!!!!!!!!!
Kerajaan tetap dapat pendapatan lebih dengan pilihan 2 ini biarpun kerajaan belikan minyak dari luar untuk rakyat dan bagi FREE (harga kos) kepada rakyat.

OPPPPPPPPPPPPSSSSSSSSSSSSS!!
Mana mungkin.!!
Kita eksport semua minyak kualiti pada harga rm140 setong.
(harga dah naik melambung)
Apa nilai pendapatan eksport yg kau kaut dah melambung naik??
Kita import minyak murah pada harga rm40setong untuk rakyat.
Kita cakap kat rakyat minyak naik!!!!!!RAKYAT kena bayar LEBIH.
Memang ini sudah lebih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s 1998 harga minyak USD14 setong.
2008 harga minyak USD140 setong.
Pengeluaran minyak Malaysia 100,000 tong seHARI!!!!!!!!!!!!!!!!
Penggunaan minyak domestik Malaysia 60,000 tong sehari.

Contoh lagi.
Usah lah buat sakit hati je.

Klu (clue) untuk kes TNB,Air, Proton.
Sapa rajin pergi check melaun mana jadi VENDOR atau nama baru yang seangkatan dengannya seperti IPP(independent power (plant)producer),Pemegang konsesi tol(toll consesionaire),Water treatment conspirator bla..bla.
Dulu setiap item seperti pensil,dakwat,skru,korek jalan, kable elektrik semua depa pulun.

SEBAB ITULAH DI SELANGOR KITA MEMERLUKAN MB KORPORAT SEPERTI TS KHALID UNTUK BERDEPAN DAN MEMBENTERAS PENYANGAK KORPORAT yang berleluasa diternak oleh Umno BN.

Esok lusa kita cari Timbalan Menteri Besar untuk mengisi vakum untuk masuk kampung dan sembang sembang dngan kita hari hari pasal roti canai ke, pasal CT Nur.

______asal usul tol.
Jalan dah sesak.
Kita buat jalan baru. Kos rm3billion.
Kerajaan JKR nak jimat, tak nak keluar modal, sayang duit rakyat konon.
Kita offer syarikat nenek aku punya suruh buat jalan tu.
Modal nenek aku cari sendiri tapi kerajaan jadi guarantor dapat loan murah dari bank.(soft Loan)
Untuk pulang modal, nenek aku boleh kutip untuk setahun, piraahhh..30 puluh tahun.
Setahun rm1billion lebih beb...kaya nenek aku kutip duit, hulur tangan masukkkkkkkkkk.
Setiap tahun kenderaan baru bertambah sebanyak 500,000 bijik di jalanraya beb..

Ehh, kontrak pasang lampu jalan,tebas rumput,benteng jalan,pagar jalan, jalan berlubang,papan billboard iklan sepangjang highway,upgrade jalan semua nenek aku pulun.
Tahun demi tahun,tol kena naikkkkk!!!!!!!!!
Alasan??
Dah janji....

Friday, March 6, 2009

6 Jahanam dicari polis, ya ke??(tambahan dari thread TKO)


Polis cari.
Muka memang ganas.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata,
"Pihak polis juga telah mengenal pasti kebanyakan peserta perhimpunan haram itu.
Sebagai permulaan pihak polis mengemukakan enam foto suspek yang disyaki terlibat."
Zulkifli meminta individu terbabit memberi keterangan di balai polis berhampiran dalam masa terdekat bagi membantu sisatan.
Ya ke??
Tu 11 orang balun Kugan takde apa cerita pun.
Nak belanja ayam goreng KFC kot.
_____________________tambahan.
dipetik dari thread TKO.
Suspek 3. Yang ni salah sorang dari petugas Unit Kawalan Keselamatan Pakatan Rakyat kalau tak salah aku. (kemungkinan juga salah satu dari mereka untuk provokasi).
mamat ni antara salah sorang mangsa yang ditarik masuk kedalam kedai kopi "Kamisuka Kopitiam" dan dibelasah beramai-ramai oleh geng-geng yang dipercayai PEKIDA.
Mengikut kata saksi yang tengok kejadian (masa kejadian, aku dok minum dekat kedai mamak dekat bawah Wisma DAP), mangsa ditarik masuk dalam kedai, kemudian geng-geng PEKIDA tutup pintu kedai dan belasah dia beramai-ramai.
Lepas tu depa lepas balik budak ni. elok sangat... PEKIDA ramai-ramai belasah budak ni sorang. apa kata tukar nama dari PEKIDA kepada pekida.
Suspek ke 5.
Dia ni aku tak pasti melayu mamak atau India. yang aku tau, mamat ni mula buat kecoh masa Songkok Tinggi & the gang mula nak serang Dato' Seri MB.
Bila petugas Pakatan Rakyat halang Songkok Tinggi dari tembus benteng keselamatan, mamat ni yang paling kedepan sekali dok defend Songkok Tinggi.
"Jangan berani sentuh dia", "jangan berani sentuh dia" mamat ni dok ulang-ulang ayat tu sambil dok tunjuk-tunjuk penumbuk dekat sape-sape yang tolak Songkok Tinggi.
Dia ni aku tak tau SB ke PEKIDA, cuma yang aku dok perati, polis sendiri buat tak tau je atas apa-apa tindakan mamat ni.
Masa para ADUN & EXCO lepas kawalan pertama polis, mamat ni selambe je bawak masuk geng-geng dia lepas kawalan & polis buat bodoh je sedangkan kami yang ada pas media dan jugak para ADUN & EXCO disekat bersungguh-sungguh.
Aku panggil mamat ni ZZTop.
Suspek 6
Baju merah ni pun salah sorang dari geng Songkok Tinggi.
yang ni pun boleh tahan samseng. masa tempat open, mamat ni diam je, tapi masa dok berasak-asak rombongan ADUN & EXCO Pakatan Rakyat dengan geng-geng Songkok Tinggi, aku tengok dia ni agak agresif jugak.
Tanya geng-geng media yang dok keliling dia & petugas Pakatan Rakyat berapa ramai makan penyiku dia ni.
Aku tak pasti masa kejadian dekat "kamisuka kopitiam" tu mamat ni ada ke tak de.
Suspek 4
Dia ni pulak masa awal-awal tak berapa menonjol. masa mula-mula Songkok Tinggi buat kecoh dok maki hamun Pakatan Rakyat, dia ni nyuruk belakang Songkok Tinggi (mentang-mentang badan Songkok Tinggi besar, dia ni pendek).
Tapi bila masuk dalam ramai-ramai, dia ni la antara yang agresif dok asak nak lepas benteng keselamatan Pakatan Rakyat.
Masa tu aku tak perati sangat dia ni sebab tumpuan lebih pada Songkok Tinggi dengan Mamat Gelap tu.
Walau macam manapun, dia ni tetap geng Songkok Tinggi dan ni antara tukang provokasi.
Suspek 2
Mamu ni cuma pandai buat muka garang je, tapi kalau Songkok Tinggi ada la. masa tengah kecoh-kecoh berasak-asak tu aku tengok mamu ni dok celah ketiak Songkok Tinggi.
Muka nampal garang, tapi time kritikal, masuk ikut celah ketiak Songkok Tinggi. ada gak dia ni macam nak masuk, tak nak masuk. Tak de la agresif sangat dia ni. aku kategorikan dia ni dalam geng-geng "bagi cukup corum je"... aku dok tengok mamat ni berani-berani takut. kalau Songkok Tinggi ngan mamat gelap ZZTop tak de, haram la dia ni nak datang.
Dia ni ada pun tak de masalah, dia ni tak de pun tak de masalah. ala...nak bagi cukup corum...
Suspek 1
Dia ni???? malas nak cerita banyak... Dia ni memang jahat, memalukan orang melayu Islam dan jugak membusukkan pertubuhan PEKIDA.
Ayahanda Taik Kucing..!

Tangan Pukida Emno dan Tangan Unit Amal berSama Mb Nizar










Mampukah Umno men'tazkirah'kan kumpulan yang dikatakan menyokong nya.??
Atau mereka bakal mengkuburkan Umno??
Tak bermaruah kah lelaki yang dari kumpulan dikatakan ditaja menyokong Umno ini??
Professional kah kumpulan pengikut Umno itu??
Nampak samseng, brutal dan uncivilised(tak bertamadun) lelaki dari kumpulan penyokong Umno tu kan.!!
Nampak memalukan bangsa (melayu kot) dan Agama Islam kan!!
Di manakah pemimpin lelaki nampak kurang ajar dan tak beradab ini??
Zambry kah??
Umnokah?


___________nota.
semua gambar bersumber http://politikbanjar.blogspot.com/.


Thursday, March 5, 2009

Isu Altantuya, Masihkah orang Umno sudi Terima Najib?

Perfect timing.
Altantuya muncul lagi.
Kali ini dari negara asal kapal selam.

Bala pun mungkin tak lama lagi.
Kalau tak dari Haatyai,
mungkin dari Chennai.

Tak mau ke orang Umno fikir 2 kali?
Nak ke lagi orang Umno terima Najib penuh liabiliti ini untuk jadi PM?

Rakyat lain dah confirm Tak Nak!

Jangan bayar Gaji Zambry

Zambry tidak menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh PAC untuk menentukan kelayakan gaji MB.

Zambry Abdul Kadir tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kirakira Wang (PAC) Negeri Perak yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kewangan Negeri, Bangunan Darul Ridzuan di sini pada pukul 4 petang tadi.
Sebaliknya, hanya bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang hadir pada mesyuarat khas itu yang bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Maka jangan bayar gaji Zambry.
Buat perabis beras rakyat Perak je.

Keluarkan waran, tangkap je, Mb tangkap muat tak sah tu.

Tidak Mustahil PakLah,Ku Li,Anwar,Hadi atau Nizar sekali pun jadi PM

Mengulas Apabila Agong berkuasa penuh lantik PM .

"Agong mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Perdana Menteri," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam Dewan Rakyat baru-baru ini".

________________________perunding.
Rakyat Malaysia harus bersedia untuk memiliki mentaliti bahawa jawatan PM bukan lah untuk seseorang dipegang sampai mati atau dipegang selama yang boleh.
Usia kerajaan Malaysia pasca kemerdekaan 52 tahun boleh dikira sekejap dibanding usia tamadun demi tamadun wujud di dunia ini.

Dalam konteks Malaysia,
tidak mustahil, PakLah kekal atau PakLah berhenti.
Tidak mustahil, PakLah berhenti dan di ganti oleh Ku Li.
Atau Najib sekejap seminggu dua kemudian diganti oleh Anwar.
Atau Anwar sepenggal kemudian diganti lagi.

Perhatikan negara jiran, silih berganti tidak menjadi hal.
Thailand, Indonesia.
Kita suka kata yang silih berganti tu tak stabil.
Tapi tak menjadi hal jika stabil tapi masih silih berganti.
Cuma kita dah terbiasa dengan PM berpuluh tahun seperti Che Det, Mugabe dan ramai pemimpin dunia selepas kemerdekaan mereka.

Politik Malaysia masih lagi evolving.

Rampasan kuasa Thailand dan Kepungan bangunan Dun Perak Nizar





The evening of September 19, 2006 the democratically elected Thailand government of PM Thaksin was over thrown by a military coup.
The Thai military is now in control of Communications Authority of Thailand.
___________
Di dalam sesuatu rampasan kuasa, perkara utama yang di rampas atau ditawan atau dikepung atau dipastikan tidak dapat dimasuki oleh pihak pemerintah asal ialah bangunan Parlimen dan juga pusat media.
Iaitu pusat pemerintahan kerajaan dan pusat maklumat disampaikan kepada rakyat.
In the morning of March 3, 2009 the democratically elected Perak government of MB Nizar was almost over thrown by the attempts of a coup by police and Fru controlled by the Umno Bn.
Apabila bangunan di mana terletaknya Dewan Dun tempat Adun bersidang untuk melaksanakan urusan pemerintahan kerajaan negeri telah ditutup,dikepung,dihalang dari di masuki oleh ahli DUN.
Maka samalah makna dengan peristiwa di Thailand tu.
____________
Namun seperti biasa cerita yang difokus oleh media Umno Bn ialah kisah pokok.
Kisah depa tutup dan halang Bangunan Kerajaan Negeri Perak sorok bawak ketiak.
Pokoknya.
Kahwin bawah pokok- sah.
Solat bawah pokok-sah.
Solat raya bawah pokok-sah.
Solat Jumaat bawah pokok-sah.
Sidang DUN bawah pokok-SAH.