Wednesday, July 8, 2009
Tuah Manek Urai PPSMI 2012
Tukang Kempen Umno Buat Silap lagi di Manek Urai
Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.
Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.
Keunikan calon Pas Manek Urai
Najib Scores 65%
Najib dapat 65% undi menyukai pentadbirannya sebagai PM melalui poll dijalankan oleh Merdeka Centre.Tuesday, July 7, 2009
Bijak Nasha tidak muncul di Manek Urai
Saturday, July 4, 2009
Hikmah
| Sofi jawab dakwaan Pemuda Umno |
| Jul 4, 09 6:09pm |
| Sebaliknya, Sofi berkata beliau yakin.......sambutan hangat rakyat yang datang mendaftar untuk menjadi pemilih berdaftar. Menurutnya, dalam tempoh sebulan ini kira-kira 1,000 pengundi baru berjaya didaftarkan.!!! |
Friday, July 3, 2009
Sejuk hati pengundi Manek Urai

Bendahari Pas Kawasan Kuala Krai yang lebih mesra dengan panggilan ‘Abe Je’ dalam kalangan masyarakat setempat berkata, kerana itu beliau berasa ‘gerun dan takut’ apabila dipilih untuk memikul amanah tersebut yang kelak pasti akan ditanya sama ada ia dilaksanakan dengan baik di akhirat nanti.
Berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) katanya, mereka yang dipilih sebagai calon parti itu sebaliknya berasa gembira kerana memikirkan ‘projek’ dan peruntukan yang bakal diterima terutama jika menang pada pilihan raya.
“Sebagai orang Pas, saya dan kita semua tahu, bila diminta bertanding, ia merupakan satu amanah yang amat berat.
“Sebut sahaja amanah, kita orang Islam takut dan gerun kerana di akhirat nanti, kita akan ditanya adakah tanggungjawab dan amanah ini telah dilaksanakan dengan sempurna,” katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Belia Kampung Peria, dekat sini, kelmarin.
2 bom atom untuk Manek Urai
“Keduanya, kenapa UMNO lawan Pas sedangkan Pas terang-terang dalam perlembagaannya (parti) Islam dan kita (Pas) buat cara Islam,”
Manek Urai atau Manik-manik Perpaduan
Oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Seluruh pimpinan di semua peringkat parti diingatkan agar mematuhi keputusan yang telahdibuat oleh Mursyidul Am dan Presiden parti, iaitu menghentikan serta merta sebarang polemik mengenai isu Kerajaan Perpaduan. Penegasan ini hendaklah dipatuhi oleh semua peringkat kepimpinan parti.
Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba memprovokasi isu ini akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah. Sekiranya fenomena ini berlaku, Jawatankuasa Disiplin Parti akan bertindak bagi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli ini.
Ingatan ini hendaklah dilihat secara serius oleh pimpinan parti disemua peringkat. Kita sebenarnya telah terlepas dari satu ribut yang boleh menggoncang keutuhan dan setiakawan kita. Atas sifat Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, ingatan ini perlu dikeluarkan bagi menjamin isu ini tidak dibangkitkan lagi.
Sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran dalaman parti, bagi mengelak ia disalah ertikan oleh media arus perdana. Saya peringatkan semua apa yang diingatkan oleh Rasulullah ‘Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya’.
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti
Parti Islam SeMalaysia (PAS)