Wednesday, January 21, 2009

From Osama to Obama,ada harapan?~ref Malaysiakini

8 tahun lepas kita dimahsyurkan dengan nama Osama,Saddam,Abu Musa alZarqawi,dan macam macam nama Arab lagi sehinggakan Bush lebih pandai menyebut perkataan nama Arab daripada kita.
Kita mengharapkan Osama dan gengnya AlQaeda melawan keangkuhan Bush dan sekutunya.
Osama dikatakan memalukan Amerika dengan kes WTC,dengan penentangan di Afghanistan,penentangan di Iraq dan seruan terbuka yang begitu anti Amerika.
Di waktu yang sama Osama dan gengnya juga dikatakan sebagai modal alasan bagi Bush dan sekutunya memperlekehkan Islam dan memburukkan Islam dengan istilah terrorism.
Juga menjadikan alasan untuk menyerang Afghanistan dan Iraq.
Namun apa pun saya cuma ingin mengingatkan nama Osama telah dipopularkan sehingga ke taraf menjadi 'hero'.

Hari ini Amerika dan sekutunya sekali lagi mencipta satu nama baru yang juga mudah disebut semua bahasa dan lidah dunia,OBAMA.
Digambarkan sebagai icon pembaharuan,penerimaan dunia dan harapan kepada dunia Islam.
Polisinya di Iraq dikendurkan,lebih difahami hanya kerana mereka telah siap meletakkan boneka demokrasi mereka di Iraq.
Namun berhajat untuk 'shift'kan semua resources ke Afghanistan,semata mata kerana boneka demokrasi di sana tidak berkesan.
Dan peningkatan penentangan yang bersandarkan Islam yang diterajui penduduk tempatan yang dilabel sebagai Taliban.
Perhatikan juga tindakan di Palestin.
Nampaknya Palestin disuruh bersatu dengan cara Hamas menyerahkan Gaza kepada Fatah.
Bijak,bijak.
Sejauh mana ada harapan pada Obama?
Mungkin kita dapat lihat dalam khayalan.

4 comments:

  1. Kita mengharapkan Osama dan gengnya AlQaeda melawan keangkuhan Bush dan sekutunya.

    Is this Islam? To kill, demolish and to do everything rotten?

    All new prevention and inconvinience in this world is caused by moslems, because of their bombing and murdering innocents tendencies.

    Will u guys ever change and be human beings?

    ReplyDelete
  2. ben...

    ini bukan soal islam atau agama lain tapi ini soal kita.

    TokBatinSenoi berkata...

    Dari kisah habil dan Qabil Kita umat Islam , sepatutnya mengambil ‘itibar, dari cara Qabil membunuh Habil, yaitu dengan ‘batu’ menghentak kepala Habil dan kejadian ini mengingatkan kita kepada pertelingkahan umat manusia dimasa kini., dimana para pemuda atau mahasiswa atau keparat atau siapa saja yang sedang bertelagah, DENGAN SANGAT MUDAH mengambil batu dan melemparkan kepada pihak (yang dianggap) “lawan”, tidak mempedulikan lagi walaupun pihak itu adalah saudara sesasama muslim dan sesama manusia. Sangat jelas bahwa apa yang terjadi dengan anak bangsa sekarang, tidah berbeza dengan apa yang dilakukan Qabil? yaitu memukulkan batu kekepala saudaranya sendiri..? Itulah titisan darah manusia pertama di muka bumi, yang tebawa2 hingga kehari ini, akibat dari kerakusan2 duniawiyah saudaranya sendiri.. Na’udzu billah.

    Kita harus bertanya kemanakah lenyapnya siQabil yang berjaya membunuh Habil, hanya kerana untuk memenuhi sifat ghairah siQabil kepada saudari kembar siHabil. Dimana?… dimana?..

    Inilah tradisi2 nenek moyang kita siQabil, yang kita agung2kan. Kita umat manusia Cuma cucu-cicit seorang pembunuh kejam digelar siQabil, dan kita diwarisi dengan sifat2 kejam turun menurun, Cuma kita tidak mahu mengaku ‘akulah haiwan yang bertopengkan manusia’

    ReplyDelete
  3. mr zali,
    ketika Allah hendak menyiapkan Adam,
    Allah menunjukkan satu tayangan video kepada Malaikat dari A sampai Z.
    maka terkejutlah Malaikat melihat segala pembunuhan.
    sila rujuk AlBaqarah diawal surah.saya tak ingat.saya posting dari luar.

    ReplyDelete