Wednesday, January 21, 2009

Korban Lembu MB Selangor,Law,Politik,Ibadah~ref Malaysiakini

Gerak membuat satu laporan bahawa MB Selangor terlibat menyalahgunakan kuasa dalam pemberian 46 ekor lembu korban tempoh hari di Bandar Tun Razak.

Dari sudut perundangan Gerak cuba membuktikan pembelian itu menggunakan duit kerajaan negeri dan lembu itu diberikan kepada penduduk Bandar Tun razak yakni di luar kawasan Negeri Selangor.
Untuk pengetahuan semua Bandar Tun Razak ialah kawasan Parlimen di dalam Wilayah Persekutuan yang mana MP di situ ialah Tan Sri Khalid Ibrahim merangkap MB Selangor.
Gerak juga cuba membuktikan barangkali MB Khalid telah menggunakan kuasanya untuk menyuruh syarikat tersebut berbuat demikian untuk favour kepada beliau secara peribadi.

Di pihak MB,mereka telah mengeluarkan jawapan bertulis menerangkan kedudukkan bahawa pembelian itu tidak melibatkan duit kerajaan negeri dan pembelanjaan syarikat tersebut adalah di atas tanggungjawab sosial sebuah syarikat korporat.

Sudah tentu ahli perundangan lebih arif mengenai hal tersebut.

Dari sudut politik pula,pemberian lembu korban adalah acara tahunan oleh kerajaan negeri.
Ia memang sudah menjadi adat dan disukai semua surau,masjid dan orang ramai.
Hadiah,pemberian ini memeriahkan lagi aktiviti korban yang dijalankan semua lapisan masyarakat Islam.
Penglibatan kerajaan negeri menunjukkan kemesraan dan dekat dengan rakyat.
Pemberian oleh anak syarikat negeri itu bolehlah dianggap sebagai sumbangan kepada masyarakat oleh sebuah syarikat korporat.

Perlu diperjelaskan penduduk kawasan Bandar Tun Razak,Cheras.Sungai Besi,Tasik Selatan dan sekitarnya amatlah sukar untuk membezakan samada mereka berada didalam kawasan negeri Selangor atau Wilayah Perseketuan.
Ialah adalah kawasan sempadan yang penduduknya bercampur campur tempat tinggal,surau,masjid dan kerja mereka antara Selangor dan Wilayah Perseketuan.
Syarikat itu juga boleh memberi alasan kilang atau pejabat mereka terdapat di kawasan itu atau pekerja mereka ramai tinggal di kawasan itu.

Seterusnya,dari sudut ibadah,korban adalah amalan mulia yang akan melibatkan banyak pihak dalam masyarakat untuk dilaksanakan.
Ia melibatkan usaha dan kerjasama orangramai(penduduk)miskin dan kaya,surau,masjid,persatuan penduduk,pemimpin masyarakat,korporat,ahli korporat,peniaga,penternak lembu dan lain lain lagi.
Jesteru itu ibadah korban membawa makna besar dan diberi pahala kepada semua yang terlibat hatta kepada yang datang sekadar hanya menonton majlis tersebut.!!

Saya menjangka seharusnya episod ini akan berakhir dengan menambahkan populariti kerajaan negeri Selangor amnya dan MB Selangor khususnya.

4 comments:

  1. Sepatutnya amal jariah spt ini diterima dengan baik oleh semua haiwan yang bergelar manusia. Lebih lagi yang beragama islam. Malang bagi MB Selangor, pemberiannya dipertikaikan kerana telah bercampur niat yang lain selain semta amal jariah. Mungkin lain tahun kawasan parlimen lain kot. "Sedekah" ini mungkin akan diberikan bergilir-gilir setiap kawasan parlimen kot?
    Harap-harap MB Selangor benar. Tidak tidak, pentokong Pakatan Rakyat terpaksalah menerima hakikat. Yang buruknya jika masih mencari berbagai alasan untuk membenarkan yang salah.

    ReplyDelete
  2. Apa beza sedekahkan lembu untuk korban kepada rakyat Islam di negeri Selangor ataupun rakyat Islam di WP (sempadan)???

    Tak paham dengan perangai setengah2 pihak yang memang anti Kerajaan PR skang ni....

    ReplyDelete
  3. akhirnya the winner is rakyat.
    no worry.

    _____

    tidak tidak,
    Gerak kena kerja lagi keras.
    bila dah jemu cari rasuah semut bolehlah cari rasuah gajah,dinosour

    ReplyDelete