Sunday, January 18, 2009

Undi Cina Turun Tapi...~ref Malaysiakini

Di Pulau Kambing,Kampung Cina,Paya Bunga dan Pejabat Bandaran terdapat 57.25% pengundi Cina mengundi BN .
Peratus kasar keluar mengundi di empat peti undi ini ialah 69.25% iaitu kurang dari peratus keseluruhan iaitu 79%.
Bermakna PR masih mendapat 42.75% undi Cina yang tidak jauh dari expectation saya iaitu 45%.
Peratus keluar mengundi di kalangan Cina ini berkurang adalah sebab utama menyumbang kepada pengurangan undi Cina kepada PR.
Ia boleh dinyatakan dengan lebih jelas apabila saya mempunyai data tahun lepas.
Iaitu menunjukkan the real percentage dengan mengambil kira peratus kehadiran berkurang.

Namun begitu,secara kasar penurunan keluar mengundi pengundi Cina boleh diterangkan oleh faktor semasa,iaitu pengundi yang bekerja di negeri luar tidak dapat mengambil cuti kerana terlalu hampir dengan cuti Tahun Baru Cina.
Barangkali sesetengah kempen BN juga memberi kesan,dan mereka memilih untuk tidak keluar mengundi.

Namun,apa yang lebih penting pada sudut pandangan PR ialah sokongan terbuka pengundi Cina seperti hadir beramai ramai ke ceramah PR dan menyumbangkan kewangan secara terbuka adalah jauh lebih bermakna dan dihargai.

Terima kasih dan Tahniah buat pengundi Cina.

7 comments:

  1. asalamualaikum,

    keputusan ini jelas menunjukkan semua rakyat
    tak kira kaum menolak BN.

    InsyaAllah kerjasama erat oleh Parti PR
    akan berkekalan sehingga ke tahap persekutuan.

    Ameen.

    ReplyDelete
  2. Pandangan saya:
    Pengundi Cina di KT masih kurang matang dalam fahaman situasi politik hari ini dan tambahan sikap mementing-diri standard kami orang kami.(Dengan berkata demikian, mungkin banyak akan marah pada saya)Mereka ini sebenarnya tidak ada pendirian dan apabila berdepan dengan pemimpin2 MCA, mereka akan ya ya semua sahaja. Banyak yang pandai cakap besar sedangkan isteri dan anak mereka lebih berani menggunakan hak mereka sebagai pengundi. Tetapi masa nya akan datang, generasi muda Cina seperti juga kaum yang lain, akan membuktikan perubahan dalam corak dan nafas politik harus terus dikerjakan. Tahniah PAS

    ReplyDelete
  3. Saya bangga dengan pengundi Cina yang berani menderma dan keluar mendengar ceramah PR secara terbuka.
    Dalam keadaan sekarang pemimpin PAKATAN harus terus merapati mereka dan memberi penjelasan berterusan demi kesedaran politik dan kebaikan negara untuk berubah.
    Syabas!!! we are all Malaysians ready for change. Apa yang mereka lakukan semasa menggu kempen amatlah dihargai, teruskan lagi dan lagi sehingga berjaya.

    ReplyDelete
  4. This is how democracy works....

    By not voting for PAS, doesn't really meant that those Chinese voters are not mature....
    ..... as there are loads of Malays which didn't vote for Pas or PR to.....

    What is more important... is how to corner the 40+% (Malays & Non-Malays) who didn't vote for PAS or PR .... to enable them to vote for PAS in next election.....

    Anyhow.... a job well done for those who had worked hard to ensure PAS win this election....

    Syabas!!! Hidup Rakyat Malaysia!!!

    ReplyDelete
  5. Semua ini bukti yang jelas, bukan mentua aku yang jadi beban kepada UMNO/BN. Tapi Najib yang menjadi BEBAN kepada UMNO/BN

    ReplyDelete
  6. Kalau Che Det komen lagi mentua aku dan pekenakan-nya dengan tekanan, aku akan join PR. Biar Najib dan kuncu-kuncunya tak merasa jadi PM. (khairy rembau).

    ReplyDelete
  7. tq for all the comments,you are all most welcome here.
    rakyat are getting to understand more and more what democracy is all about.
    Congratulation to the rakyat.

    perhaps the chinese voters prefer to be presumed low profile in the voting tendency but at the same time be very supportive to PR.

    ReplyDelete