Sunday, January 18, 2009

Ingatan kepada TKO~ref Malaysiakini

Dalam suasana gembira menyambut kemenangan PR ini teringat saya pada laman TKO.
Sehingga ke saat ini saya belum pasti untung nasib TKO.
Mungkin belum pulih lagi.
Namun hati tetap yakin pasti ada hikmah disebalik kehilangan ini.

TKO seharusnya menjadi hero dan sumber utama maklumat menjelang hari hari akhir sebelum pengundian.

Serangan yang dialami TKO telah melumpuhkan fungsinya.
Secara telahan kasar,ramai forumer pro BN menjadi pengunjung tetap disitu samada melawan hujah pro PR atau menyampaikan buah fikiran mahupun propoganda mereka.
Mereka sentiasa dihormati dan tetap dilayan sebagai tetamu di TKO.

Foumer yang sempat saya perhatikan seperti Melayunet,dulu_pas,nongkon,habaqmai,atas pagar dan ramai lagi adalah hero hero pro BN.
Hancurnya TKO buat waktu itu secara tidak langsung merugikan pihak BN juga.
(Saya tidak menuduh,sabotaj itu dilakukan oleh sesiapa berkaitan BN,harap maklum)

Hikmah kedua barangkali,seperti orang terdampar ditengah lautan,pasti kepada Allah saja tempat dia mengharap dan berserah.
Begitulah agaknya perasaan mereka di pihak pro PR yang sentiasa mengunjungi TKO apabila berdepan dengan situasi tersebut.

Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkn takziah atas musibah tersebut.
Semoga Allah memberi sabar dan pahala atas kehilangan ini.
Semoga Allah memberi ganti yang lebih baik lagi selepas ini.
Maksud AlQuran,dan mohonlah pertolongan (Allah) dengan sabar dan solat.
Maksud Alquran,dan sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

Ya Allah Ya Muhaimin peliharalah kami dari kejahatan manusia.
Amin Ya Rabbal al'amin.

No comments:

Post a Comment