Saturday, January 24, 2009

Timbalan KPN yang aku Sanjungi~ref Malaysiakini

Semasa saya mengenali beliau saya tidak mengetahui bahawa beliau adalah pegawai atasan polis.
Saya yang menghantar anak dan ada masa tinggal di rumah mertua di Bt Antarabangsa seringkali melihat beliau berjemaah Maghrib,Isyak dan Subuh di Masjid Addiniah Bt A.
Saya juga berada di dalam kumpulan Tadarrus Quran Ramaddan untuk 2 tahun berturut yang sama dengan beliau.
Beliau juga menyertai takbir raya dari rumah ke rumah yang dianjurkan pihak masjid.

Beliau juga setiap tahun saya lihat menyertai ibadah korban di masjid tersebut.
2 tahun kebelakangan ini saya lihat beberapa balai polis juga turut terlibat menyertai program korban di situ.
Walaupun balai polis tersebut datang dari kawasan berdekatan seperti balai Ukay Perdana,namun tiada timbul persoalan rasuah lembu korban.
Ibadah korban adalah amalan yang sangat mulia sehinggakan penternak dan penjual lembu itu turut serta mendapat pahala korban,inikan pula orang yang menyumbangkan pembeliannya.

Saya mula mengetahui beliau adalah seorang ketua atasan polis ketika beliau ingin menjemput untuk kenduri kahwin anak beliau.
Beliau mangadakan satu majlis doa selamat di masjid tersebut dihadiri oleh ramai anggota polis termasuk saya rasa dari jawatan narkotik yang pernah beliau ketuai.
Sebab saya nampak ramai yang rambut panjang dan garang.
Saya yang lambat sampai dan kurang 'bersiap',baru balik kerja duduk di saf belakang berdekatan dengan kumpulan anggota polis berpakaian biasa itu.

Tiba tiba beliau menghampiri saya dan bersila di depan saya dan bersalam untuk menjemput/mengajak saya ke majlis perkahwinan anaknya nanti.
Saya terkejut kerana beliau begitu merendah diri,tidak sombong dan langsung tidak berlagak.
Kumpulan anggota polis disekeliling juga nampak mengjeling hairan.
Sapalah mamat selekeh yang bos aku jemput ni.

Disamping kisah sebelum ini semasa peristiwa tanah runtuh ,setiap kali beliau ke masjid,beliau akan mengambil peluang tersebut menjenguk anggotanya yang sedang bertugas di situ .

Ini adalah kisah benar yang saya betul betul kagumi.

2 comments:

  1. Jangan puji melambung takut nanti lain jadi nya, macam KPN sekarang tetapi rupa nya bapa dia yang orang baik bukan dia.
    Just wonder, they saw with their eyes and they chose to remain blind and deaf, why? and he is a Muslim, sanggup melakukan apa sahaja dan membiarkan kezaliman berlaku, this is Malaysia.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas ingatan.
    Cuma cuba mengharapkan yg terbaik.

    ReplyDelete