Friday, January 23, 2009

Mari Buat Diagnostic Test untuk Umno~ref Malaysiakini

Selepas membuat post mortem kekalahan di KT,mereka di dalam Umno membuat kesimpulan asas bahawa Umno sudah tidak ada faktor penarik,tidak mesra rakyat dan beberapa faktor lagi.

Kemudian pakar mereka memberi prescription untuk merawat symptom tersebut iaitu Umno mesti berubah.
Hampir semua bersetuju,lalu masing masing menyatakan kita mesti berubah untuk sembuh.

Namun selepas beberapa ketika mereka mula bertanya apakah yang perlu diubah.!
Berubah kepimpinan,berubah pendekatan atau berubah parti?

Mari kita tolong mereka membuat dianostic test.
Sekiranya kita ada symptom gatal gatal di kulit katakan.

Bila kita bawa jumpa doktor yang bertanya kita sakit apa,dia akan memberikan satu losyen untuk menghilangkan gatal tersebut.
Jika serious gatalnya ditambah pula dengan antibiotik.
Kesannya pasti cepat hilang gatal tersebut.

Kita pergi pula jumpa ahli perubatan haemopathy,beliau mungkin mengatakan pejalanan darah kita tidak elok dan tidak bersih,dan perlu di rawat puncanya.
Maka mungkin mencadangkan beberapa ubat herba asli yang tidak bercampur drug.
Serta memberi supplement herba untuk diamalkan secara berpanjangan.
Kesannya mungkin sedikit lambat.

Atau lita berjumpa seorang dietician,beliau pula akan mencadangkan supaya menjaga pemakanan dan membuat amalan sihat seperti sentiasa bersenam.

Akhirnya kita pergi berjumpa seorang pakar motivasi atau pakar ilmuan agama,beliau barangkali mencadangkan masalah dan penyakit mungkin ada dikaitkan dosa kita yang lampau.
Bertaubat,berfikiran positif dan meneruskan perbuatan yang baik sebagai ubat kepada rasa gatal kita tadi.
Yang ini lebih susah nak dilakukan dan lebih lama masa diambil untuk sembuh.

Maka akhirnya saya cadangkan mereka pergilah jumpa kesemua pakar tersebut.
Kalau teruk juga pergilah cari Psychiatrist.

2 comments:

  1. kalau orang umno kata mereka kena berubah, saya setuju benar dengan pembenci umno yang mengatakan umno sedang nyanyok sekarang.

    sebenarnya umno bukan kena berubah, tetapi perlu dikonservasikan atau dipulih dan dipelihara atas alasan umno banyak berjasa kepada semua orang termasuk ahli umno sendiri, sepertimana ahli konservasi memulih dan memelihara bangunan lama central market di pusat bandar kuala lumpur dulu untuk dijadikan pasar seni yang seadanya itu.

    ReplyDelete