Monday, February 2, 2009

BN pertahankan Adun PKR~ref Malaysiakini

Pilihan yang ada buat BN dalam berdepan dengan drama politik di Perak.
Pertama memastikan sedaya upaya supaya tidak berlaku pilihanraya kecil.
Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua dua Adun tersebut untuk menafikan perletakan jawatan tersebut.
Hari ini Tv3 dikerahkan sepenuhnya untuk menayangkan berita yang memihak dan mempertahankan 2 Adun tersebut.
Seterusnya mungkin mencari jalan melalui SPR dan terakhir melalui makhamah.

Andainya pilihanraya kecil tetap perlu diadakan, BN mempunyai beberapa pilihan untuk ditimbang fikirkan.

Pertama, masuk bertanding dengan meletakkan calon BUKAN dari parti Umno.
Ini untuk untuk mengelakkan tekanan pscychology yang akan dihadapi oleh semua pihak dalam Umno yang juga sudah tiba masa untuk pemilihan Mac2009 mereka.
Lagipun boleh buat fair and square, Umno kalah KT, Mic kalah Behrang, Mca kalah Changkat Jering.

Kedua, langsung tidak bertanding, bukan dengan memboikot, tetapi berunding dengan PR dan secara terhormat menyerahkan kepada pihak PR.
Berikan alasan yang baik seperti tidak mahu membebankan rakyat atau mahu menumpukan kepada pemulihan ekonomi.

Selamat merancang.

3 comments:

  1. betul ke MB bagi tanah 1000 hektars kepada bangsa asing. Orng2 melayu mula dah ck MB baru ni ikut telunjuk roket.. apa cerita ni

    ReplyDelete
  2. cuba tanya berapa ribu ekar mb bagi kat orang melayu dan badan melayu dalam pakej tu.
    cuba tanya tanah apa yg mb bagi kat cina tu,tanah baru atau tanah tempat tinggal sedia ada semnjak zaman Jepun.
    cuba tanya berapa ribu ekar tanah (kosong baru)yg diberi oleh kerajaan negeri lama kepada orang,parti,persatuan dan kompeni bukan melayu sebelum ini.

    ReplyDelete
  3. peringatan.
    bukan tanah baru diberi,cuma tanah yang telah diduduki selama 60 tahun diberi pilihan menukar taraf tanah kepada leasehold atau freehold.

    ReplyDelete