Tuesday, February 3, 2009

BN Menyerlahkan Kepakarannya~ref Malaysiakini

Setelah dilihat tewas dalam perlawanan tarik tali,lompat pagar,lompat jauh dan loncat meloncat gimnastik, BN kembali kepada kepakaran asalnya.
Kepakarannya ialah menunjukkan seolah olah ke kerajaan PR Perak dalam kedudukan carca marba politik,kucar kacir,celaru,keliru dan tak stabil.

Mari kira rungkai, lerai dan jelaskan kekusutan yang didakwa Bn terutama oleh Umno.
Perletakan jawatan 2 Adun, itu diperlukan untuk menyelesikan keadaan dipercayai mereka ingin dan dipercayai didalangi Umno yang dipercayai di olah oleh perancang Najib untuk melompatkan mereka ke dalam Umno.
Perletakan jawatan mereka perlu bagi membolehkan pilihanrya kecil diadakan.
Pihanraya kecil membuka peluang kepada BN,Pr dan rakyat untuk menetukan semula adun piihan terbaik buat rakyat.
Dalam ertikata lain memulangkan kembali kuasa kepada rakyat untuk memililh kembali siapa yang terbaik untuk mewakili mereka.
Kenapa Umno dilihat begitu liat untuk menerima pilihanraya kecil kali ini?
Jika Bn teringin nakkan keseluruhan kerusi Dun Perak, syorkan untuk pilihanraya peringkat negeri Perak keseluruhannya.
Kalau tidak mahu, duduk diam, jangan kacau kerajaan negeri yang sekarang mempunyai kelebihan majoriti 3 kerusi.
BN terutama Umno, jadilah pembangkang yang berwibawa dan bermaruah di Dun Perak.
Semudah itu, payah ke?
MB Nizar dipanggil mengadap,diminta mengadap,pergi mengadap,mengadap sekejap,mengadap lama, anda boleh pilih mana mana tajuk mengikut selera anda.
Cuma BN cenderung untuk mengambil tajuk yang membayangkan Nizar dalam keadaan tertekan dengan pihak istana.
Realitinya tugas Nizar ialah mengadap Sultan untuk menyampaikan maklumat terkini dan menerangkan atau mencadangkan jalan penyelesaian terbaik yang diambil atau akan diambil.
2 Adun diletakkan jawatan, namun masih ahli Pkr.
Anda terkeliru seperti suratkhabar UMNO?
Adun adalah jawatan yang diperolehi apabila memenangi pilihanraya peringkat Dun.
Ia dipilih oleh rakyat.
Ahli parti ialah membership atau keahlian parti tertentu.
Sebagai contoh mereka itu ahli parti PKr.
Kita boleh letak jawatan Adun tetapi masih kekal sebagai ahli parti.
Untuk keluar parti kita boleh keluar parti buat seperti DrM atau dipecat parti seperti Dato Zaid.
Kita boleh letak jawatan tetapi masih ahli parti dan ketua bahagian parti Kepala Batas seperti Paklah nanti kalau jadi.

Kan terang lagi bersuluh.

No comments:

Post a Comment