Berani mengisytiharkan harta secara online.
BN ada berani.?
Umno ada jantan.?
Kerajaan Negeri Selangor mengotakan janji untuk menyatakan aset peribadi yang dipunyai oleh Menteri Besar dan Exco-exconya bermula esok di laman web kerajaan negeri www.selangor.gov.my.
Ternyata kerajaan negeri mengotakan janjinya untuk berbuat demikian seperti yang dinyatakan dalam manifesto Barisan Alternatif PRU 2008.
Senarai aset yang akan dipamerkan di dalam laman web itu ialah harta yang diperolehi mereka selepas mengangkat sumpah memegang amanah masing-masing.
Syabas saya ucapkan kepada kerajaan Selangor yang terbukti berani berdepan dengan rakyat tidak sebagaimana kerajaan BN di peringkat pusat atau negeri.
Saya mencabar seluruh kepimpinan kerajaan BN baik di pusat dan negeri melakukan perkara yang sama untuk membolehkan rakyat menilai setiap mereka samada berjuang untuk rakyat atau berjuang untuk mengenyangkan tembolok mereka dan kroni-kroni mereka..
petikan http://mutaligat.blogspot.com/.
Ini lagi kempen bangang.
ReplyDeleteYang memiliki harta berlebih-lebihan tu tidak ramai. Dalam PKR tak perlu istiharpun tahu. Tapi segera dinyahkan dari PKR jika keterlibatannya dalam mengumpul harta kedapatan oleh ramai.
syabas ker selangor.usaha yg baik sudah semestinya ada yg dengki dan bengang bg org yg bangang.contohilah nabi yg segala dakwah dan usaha baiknya sentiasa mendapt tentangan tp baginda org yg sabar
ReplyDeleteBiasalah tu bila kita membuat sesuatu yang baik akan di padang serong. Biarkanlah mereka tu. Kita teruskan dengan niat baik kita.
ReplyDeleteApakah tindakan membuat tugu peringatan dibawah pokok di Perak itu sesuatu usaha yang bermula dengan niat yang baik. Allahu alam. Usaha BN memdapatkan semula Perak adalah bermula dengan niat yang baik. Ianya usaha mengembalikan pembangunan bangsa dari karenah petisan politik yang haru bisru sebelum drp itu. Adapula "pokok Demokrasi". Masuk akalkah?.
ReplyDeleteada pula "Malaysia Boleh"..boleh sokmo...masuk akal ker?
ReplyDeleteKomen bungaraya memang selalunya tidak berinti.
ReplyDeleteProses Demokrasi ala Umno dengan merampas kuasa dikatakan niat baik. Bungaraya, Umno memng langsung tidak gentlemen, Kalau berani bubarkan DUN, itu barulah niat yang baik. Pokok Demokrasi melambangkan ketiadaan Tammadun yang diamalkan oleh UMNO. Nak tanya satu soalan kepada bungaraya, adakah Islam mengamalkan dasar rampasan kuasa?
Bungaraya, sedarlah sedikit....melayu (alif, mim, nun,wau=sarkas, bak kata P Ramlee) yang menjadikan bangsa melayu ketinggalan kebelakang.
ReplyDeletelu lalok la bungaraya,..niat baik tapi caranya tak baik..rampas hak orang, apa hukumnye???.. eee orang ameno ni memang otak beku,, tak kuasa nak layan
ReplyDelete