Saturday, March 28, 2009

Khutbah Jumaat Politik Umno

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengeluarkan khutbah Jumaat bertajuk "Pemimpin Bertelagah Rakyat Berpecah" yang diharap dapat membantu menangani isu politik wang.
Ketua pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata topik itu amat sesuai kerana negara sedang berdepan dengan krisis politik wang atau rasuah politik yang menjadi budaya segelintir pemimpin masyarakat, lapor Bernama.
"Diharapkan isu yang dibincangkan dalam khutbah Jumaat pada hari ini, dapat menyedarkan orang ramai agar dalam memilih kepimpinan dan menjadi pemimpin, ia hendaklah selari dengan tuntutan al-Quran dan as-sunnah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Isi kandungan khutbah tersebut menyentuh, antaranya, rakyat perlu insaf bahawa budaya politik wang akan mewariskan pemimpin yang tidak berkualiti, korup, tidak berakhlak dan tidak berintegriti.

___________________________perunding.

Sejak bila boleh cakap politik dalam masjid?
Khutbah Jumaat pulak tu??

Segelintir pemimpin??
Takde lah..hampir semua dalam PWTC tu kan..
Pemimpin parti lain takde pulak masalah menda ni..
Puak meno tu je.
Maknanya Khutbah ni ditujukan untuk pemimpin UMNO.
_________________________________
Sekarang JAKIM dah tau , perlu terangkan kepada masyarakat di mana sahaja,
terutama medium utama yang semua orang Islam lelaki wajib hadir iaitu di dalam KHUTBAH JUMAAT.
Kena terangkan ada halal, ada haram.
Ada politik haram, ada politik halal.
Islam tu menyeluruh.
Jakim dah faham.
Ada politik Islam, ada politik tak ikut undang undang Islam.
________________________________
Jadi jangan larang ustaz menerangkan polisi kerajaan negeri(pemerintah) kepada masyarakat di dalam Masjid.
Jadi jangan larang ustaz menerangkan mana satu parti parti politik yang mengikut lunas Islam dan yang mana satu parti politik yang menentang Islam.

Ok Jakim.

No comments:

Post a Comment