Ketepikan cerita Unity Government.
Buang jauh jauh cerita tu.
Nak sebut pun kalau Umno Bn merengek dan 'begging' bila dia dah hancur nanti.
Sekarang smash them.
Finish them once and for all.
Umno Bn langsung tak boleh bagi peluang.
Jangan tinggalkan mereka nyawa nyawa ikan.
Tamatkan riwayat terus.
Selagi ada nyawa, mereka akan menggigit.
Kita dah kata tunggu Pru13, tapi mereka degil.
Lihat apa yang mereka lakukan di Selangor.
Dan yang tak kesudahan apa yang mereka lakukan di Perak.
Mereka tak mau mengalah.
Apa Umno Bn mahukan di Perak??
Bubar Dun tak mau.Pilihanraya kecil tak mau.
Dun bersidang tak mau.
Setakat isytihar Zambry Mb tak sah, sudah.
Jangan cerita Unity Government lagi, sebaliknya siapkan plan dan kerangka Kabinet Bayangan.
Kabinet bayangan jauh lebih penting buat PR.
Baik untuk parti komponen PR untuk mengemaskinikan kedudukan masing masing.
Dapat bersedia dan menyesuaikan dengan portfolio masing masing.
Setiap ahli politik dapat bersedia dengan bidang dan portfolio masing masing.
Above all, Rakyat dapat membayangkan dan menyakini alternatif tersedia sebaik sahaja PR dapat mengambil alih dari BN, kerajaan Pusat sudah tersedia untuk diperintah oleh PR.
Parti Pas contohnya dapat mengkhususkan setiap pemimpin mereka untuk menumpukan siapa yang sesuai di peringkat Pusat dan siapa yang sesuai di peringkat negeri.
Parti Pas jugak harus bersedia mengembangkan Pas menjadi satu organisasi lebih besar dari sebuah parti Politik.
Jadikan parti politik hanya sebagai salah satu sayap Organisasi Pas.
Pemimpin besar mereka tidak semestinya bertanding dalam politik.
Petunjuk ke arah itu sudah ada.
Lihat Nasrallah dan Allahyarham Sheikh Yassin, mereka ketua tertinggi tetapi tidak bertanding.
Hanya pemimpin dari sayap politik sahaja yang bertanding.
PAS mesti kembangkan Unit Amal menjadi bertaraf antarabangsa.
Unit NGO, Unit Pendidikan, Unit Ekonomi.
Pas perlu mengamalkan politik kebajikan dan 'menguasai' market dan networking.
InshaAllah.
Ikhlas perunding.
No comments:
Post a Comment