Thursday, April 9, 2009

43% PAS, UMNO??

Passing mark yang rendah.

3 teknik jualan.

1.Free gift
Beli sabun dapat pinggan.
Beli 2 free 1.
Beli Milo dapat botol air.
Mudah, ringkas, senang, berkesan.
Tetapi hanya untuk jangkamasa pendek dan tempoh pendek.
Seperti promosi hujung tahun.
Teknik ini cenderung digunakan oleh Umno dalam kempen pilihanraya kecil.

2.Excitement.
Menjual dengan semangat tanpa fakta.
Gimik penting.Pandai sembang penting.Imej penting.Spin penting.
Cenderung digunakan oleh media Umno sepanjang masa.
Cenderung digunakan oleh consultant Unit Trust.
Kami untung bla bla...return 10%, bonus 15% bla bla..

3.Technical knowledge and know how.
Yang ini jangkamasa pangjang.
Imej build up.
Penjual mengetahui setiap inci produk dan menerangkan atau mengajar customer sehingga faham.
Maggie, Milo, Nescaffe, Colgate,KFC,Mc D adalah dalam kategori ini.

Di mana PAS?
Produk Pas adalah Islam.
Siapa nak beli barang Islam??
Macamana nak laku?
Slogan PAS for All adalah sangat bagus.
Terbukti telah berkesan.
Tidak perlu ditukar kepada Islam for All.
Islam sudah sediakala for All.
Pas mempunyai produk jualan yang tersangat 'niche'.
Itulah kelebihan Pas.
Jangan ditukar!!
Tetapi Islam selain 'niche', Islam juga Universal.

So apa sudah jadi?
So apa sudah berlaku?

Pembeli bukan Islam sangat menyukai produk yang telah berkurun dipasaran ini.
Produk ini terbukti berdaya tahan, bermutu tinggi dan boleh dipercayai/diyakini.
Pembeli bukan Islam menyukai nilai Universal produk ini seperti ketelusan, merendah diri, tidak rasuah, tidak menindas dan berdisplin.

Akan tetapi di kalangan pembeli Islam, mereka melihat pada nilai 'niche' produk ini.
Yang membeli produk ini bergantung kepada 'maqam' IMAN mereka.
Maqam yang paling rendah membeli produk ini ialah yang takutkan Allah (takutkan perkara haram) dan mencari redha Allah (mengejar pahala).
Maka berapa ramai kah yang memiliki tahap Iman ini??
Tentulah sedikit.

Kumpulan kedua pembeli di kalangan pembeli Islam ialah mereka yang mempunyai vast knowledge, yang ada access to perfect information.
Golongan muda terpelajar, golongan terpelajar, golongan internet dan golongan yang sudah merantau ke serata dunia.
Juga tidak ramai.

Apakah tindakan yang patut dilakukan oleh para marketeers PAS?
Jentera pilihanraya Pas sudah tip top.
Usaha Ustaz Pas sudah tiptop.
Usaha media Pas sudah hampir tip top.
Kedudukan parti Pas sudah tip top.

Ada satu lagi kumpulan pembeli yang perlu diberi perhatian.
Kumpulan yang hanya melihat kepada kesan/hasil yang berlaku pada diri sendiri sahaja.
Kumpulan ini memerlukan perhatian kemasyarakatan atau sentuhan sosial.

Pas perlu melakukan satu kerja akar umbi kehidupan harian kemanusian.
Jika di bandar semua urusan kehidupan seperti persatuan blok penduduk flat,persatuan penduduk,JMV,Khairat kematian,Masjid,surau amat perlu diambil perhatian.
Bersunat, bertunang,berkahwin,tahlil,kenduri dan segala urusan lain.

Aktiviti ekonomi utama iaitu PASAR MALAM.
Inilah nadi dan titik pusat ekonomi masyarakat bandar.

Dan juga segala kegiatan kehidupan masyarakat di kampung.
Anak demam.
Anak masuk sekolah asrama.
Anak masuk universiti.
Pas mesti ada di situ.

Pas mesti menjadi NGO juga.
Pas mesti menjadi Arqam juga.
Segala majalah Islam untuk kanak-kanak mesti menyaingi dan menjadi complement kepada Harakah yang berat tu.
Segala majalah Islam untuk kaum ibu.
Untuk kaum bapa.Untuk remaja lelaki.Remaja perempuan.
Untuk masyarakat kampung.
Pas juga mesti menjadi Tabligh.
Guna cara marketing tabligh.
Join venture dengan tabligh.
Pemimpin mesti berkawan dengan tabligh.
Ahli mesti berkawan dengan tabligh.

....bersambung InshaAllah.

_______________________
Ini pun mesti baca.
Dari penarikbeca.
Kalau orang PAS rasuah, hampa terajang, pijak-pijak dia .

3 comments:

  1. Dear Perunding Pas,

    Sila sampaikan pesanan ini kpd Takiyudin ya.. Kami berapa di Jalan Raja Dewa, KB ingin menyatakan bahwa kami telah bosan dgn beliau yang tak pernah jengok dan hiraukan kami di kawasan ini walaupun kami minta tolong dgn beliau tentang kawasan kami yang serba kekurangan ini. Tak Usahkanlah hantar isteri mudanya ke rumah rumah kami dan bagi RM100 satu rumah atau kasi kpd ibu kami utk pancing undi. SUmpah demi Allah kami terima duit itu.. Jangan lah jadi macam Umno pulak.. 3 isteri 3 bangalow besar dan berkereta besar ke kawasan kami. Tiada beza dgn Umno... Kami sedang perhatikannya.. Nanti kami beralih selera ke Dacing nanti.. Rasuah memalukan! Jangan lah harap orang untuk membayar bil di restoran Sham tu dan terima wang untuk mintak tanah.. Kami tau Pas dah memerintah Kelantan lama dah tapi tahankan diri dari menjadi macam orang Umno.. Kalau Pas berkuasa selama 51 tahun.. kot kot jadi macam Umno.. Nasihati Takiyudin ya.. Kami dah naik muak.

    Ikhlas dari saya..penyokong bulan.

    ReplyDelete
  2. Dedahkan pada pemimpin atasan. jangan biar pekara nie jadi barah nanti kita malu pasal kita membawa wadah islam. Nanti bukan takat pendokong perjuangan yang terima fitnah.. isalm pun terpalit sama...

    ReplyDelete
  3. ya.
    semua mesti amik perhatian.
    pemimpin pas kelantan layak ditegur,patut ditegur.
    kemenangan besar pru12 disumbang oleh undi orang kelantan yg balik mengundi dari luar.
    (projek jom klik kelate Kj.)
    sebelum Pru12 kerajaan Pas banyak diganggu oleh kerajaan Pusat.
    kini kelantan tidak diganggu oleh Umno Bn lagi,harap gunakan kesempatan yg ada ini untuk berkhidmat dan mendekati rakyat sepenuhnya.
    Peluang Allah bagi,gunakan sebaiknya.
    ______________
    pengundi asas kelantan tergolong dalam kelompok mengundi kerana Iman.

    pengundi dari luar tergolong dalam kelompok ada cukup infomation.
    _______________
    yang paling penting PAS KELANTAN TIDAK BOLEH LALAI.

    perunding.

    ReplyDelete