Thursday, June 18, 2009

Anwar jugak calm down kan Nasha UMNO punye pasal

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan boleh diselesaikan dengan baik.

Beliau berkata, apa yang dikatakan oleh Nik Aziz adalah pandangan peribadi.

Namun Anwar percaya pimpinan PAS akan berusaha untuk menyelesaikan isu.

"Itu pandangan beliau (Nik Aziz). Selalunya dalam sistem berpolitik sama ada dalam PAS atau Pakatan Rakyat, kita mengambil kira pandangan.

"Teguran beliau tentulah akibat daripada perasaan beberapa rakan PAS akar umbi.

"Saya ingat, beliau ada konteks berbangkit sebelum ini tapi saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz dan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dapat meleraikan isu ini dengan bijak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
______________________________-
Aku dah 1000% sokong Nik Aziz.
Nasha cuba kau tengok,renung,fikir statement Anwar.
Lembut je...bagi chance lagi kat kau.
Ada Anwar tu ikut hentam kau..
Kalau aku dah tekan kau sampai.....tercekik mamp..
Taubat lah kau Nasha.

6 comments:

  1. salam perunding...
    lama gak tak mencoret ngko yer...
    aku nampak nasha sekarang dah jadi jurucakap umno...akhirnya dia terperangkap dgn perpaduan melayu...akhirnya dia yakin melayu lebih agung dari islam itu sendiri...
    aku juga sarankan dia letak jer jawatan sebagai ahli parlimen bachok(kampung aku tu)...aku yg nak kena pelangkung ni...
    balik laa bachok...gi jalan rumah awang adek je laaa

    ReplyDelete
  2. Salam, kena byk berfikir, jgn gunakan emosi, nasha tu pun timb. saja, apa yg dia boleh buat, TGNA kecewa sebab Husam tewas hari tu, dan bukan dia seorang saja, semua calon kelantan kalah. Apakah sebabnya? nanti kita akan lihat jawapannya kelak.

    ReplyDelete
  3. oit zorro,
    lu pehal nk tuduh TGNA mcm assabiyah jek...
    fuck u zorro...gua org kedah...

    ReplyDelete
  4. Itulah, ada yg ketagih sangat nak rasa kopi betina cap UG. Dia tak tau kopi cap UG tu bukan kopi jantan, tapi kopi betina. Kopi cap UG sekali pekena mulut ternganga, bisu dan kelu seperti ketika Pas dalam BN dulu.

    ReplyDelete
  5. pikir yg positif takdak...
    kalau nak unity, unite with islam...
    tak perlu nak dalih lagi...
    kalau orang umno masih tak mahu terima islam, orang pas yg nak islam ni pasti akan terikut bila bergelumang ngan orang macam ni..

    ReplyDelete
  6. setuju dgn tekong-macam anwar -asalnya perjuangan Islam n masuk UMNO nak cuba Islam kan
    Akhirnya Allah selamatkan dia , pelihara dia dari terusan bergelumang dgn UMNO

    ReplyDelete