Tuesday, July 21, 2009

Dalam banyak ulasan, Yang ini paling berkesan di hati

Kes Beng Hock: Tubuh Suruhanjaya Bebas diRaja - Nik Aziz

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan bagaimana pembantu kepada anggota Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati ketika menjadi tetamu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya cukup tergamam menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang pada awal petang 16 Julai lalu."Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang memberikan kerjasama berhubung satu siasatan," kata Menteri Besar Kelantan dalam satu surat yang kepada dihantar kepada Ibu bapa Beng Hock.

Surat ucapan takziah itu bertarikh 20 Julai di alamat kepada Pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam.Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, dalam Islam tetamu wajib dihormati dan dilindungi.

Menurutnya tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak terhadap status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan, di mana Islam secara automatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi tuan rumah.

"Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya," katanya.

Bagaimanapun, katanya apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis lalu membuatnya terkejut.

Oleh itu beliau berharap ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang supaya bersabar dan tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian gentir sekarang.

Beliau juga berharap sebuah Suruhanjaya Bebas di Raja perlu ditubuh dalam tempoh terdekat bagi menyiasat kes tersebut secara lebih telus.

"Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan, maka inilah ketika untuk membuktikannya," ujarnya.Teoh Beng Hock ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada 16 Julai lalu selepas disoal siasat pegawai agensi terbabit. Harakah

_______________________
Keluarga mangsa ada menyebut, hukuman penjara semata tidak memadai.

Benar sekali, itulah fitrah manusia.

Hukum bunuh adalah balas bunuh.

Terminology nya ialah hudud.

11 comments:

  1. aduh...meluat betul baca mat wayar putus kata 'Islam secara automatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi tuan rumah'

    prk yang bertuan rumah pas beri perlindungan berupa 'Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa' ke pada petugas umno,petugas spr,polis dan lain-lain tetamu?

    tetamu di cerca,di hina,di kutuk,di boikot apa hal pulak?

    apapun harap mat wayar putus dapat la buat sembahyang istiharah untuk rakyat malaysia...tanya kat tuhan macammana boleh apeh teoh jatuh bangunan tuu.

    jangan sibuk keluar fakta wayar putus je.

    ReplyDelete
  2. kuang ajar btul si zali nih..
    byk makan haram nih..~adab~

    ReplyDelete
  3. hehe zali..yg petugas pas brjahit bibir, berjahit kepala msuk wad hang tak kira noo...

    lagi satu kalu tetamu mai rmh hang, tau2 mati dlm kdaan mcm TBH tu..org yg pertama sekali kena reman..hang ler tuan rmmh...hang suspek utama!
    hehee..

    ReplyDelete
  4. abgbro...
    masalahnya tetamu dah balik...mana tau pulak dia nak jatuh bangunan terkangkang begitu.

    pasal berjahit bibir berjahit kepala tu...dah tuan rumah celupar sangat maki hamun cerca herdik tetamu...tetamu hanya mempertahankan diri saja.

    ReplyDelete
  5. buat zali yg bengap,

    kalau tetamu dah balik awat sprm masih simpan hp dan barang dia yg lain? jawapannya siasatan masih blm selesai.

    takpe la kalau kau nak jadi bengap itu hak kau. jangan nanti anak cucu kau kena mcm tu baru nak tepekik telolong 1malaya.

    teman harap anak cucu kau pun satu hari nanti takdir depa mcm teoh tu. masa tu baru padan muka kau. jangan kau lupa doa mintak bala mcm tu kena kat anak cucu kau ye.

    ReplyDelete
  6. hp dan barang yang lain tu tinggal untuk diteliti isi perutnya...

    apek dah di benar/dilepaskan balik apa...

    dah di lepaskan balik tu...balik la rumah...ni merayau-rayau lagi nak tunggu apa?

    ReplyDelete
  7. saksi penting kerajaan atau sprm mesti dijaga...takkan mereka nak bunuh...ini mesti sekutu atau yang mengenali si mati (takut rahsia bocor)...modus operandi ada kat situ...supaya rahsia tak terbongkar (mungkin kerajaan PR kot....pendapat jer)

    ReplyDelete
  8. kesian
    ini ada lah kali pertama di dunia jatuh bangunan tinggi tak berdarah ....

    ReplyDelete
  9. hehe zali...hang ni wat lawok plak...hp dn barang masih dlm simpanan sprm tu makna nye blom
    selesai dera TBH lg ler, sprmEno mncari bukti yg tiada...ker hang pun trbabit sama dgn pembunuhan tu?...jeng jeng jengggg
    ,,
    kat penanti ameno tak bertanding...aman dunia, polis pun buleh tdoq...hahaaa

    ReplyDelete
  10. abgbrok...

    yang pastinya...pro pr sengaja mencari isu untuk menyalahkan kerajaan sedangkan duduk perkara sebenar masih dalam siasatan.

    ditakuti pr nih cari isu untuk menutup isu je...

    ReplyDelete
  11. Wah nampak betul Zali Barua UMNO ni bangga dengan kematian orang PR. UMNO tak Pernah jujur dalam melaksanakan Siasatan, umpamanya kes Vidoe Linggam- apa tindakan UMNO? tai Palatlah kau ni,

    ReplyDelete