Friday, October 9, 2009

Abang Tentera, Satu Undi Satu Kebenaran

Usah tunduk dengan tekanan UMNO.
Anda gagah.
Anda bebas.
Anda merdeka.
Anda pejuang kebenaran.
Anda penegak keadilan.

_________________________________petikan PemudaBesut

Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyeru anggota tentera yang terlibat dalam pengundian pos dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, 11 Oktober ini bertindak sebagai perwira yang gagah perkasa di medan tempur, berani menentang rasuah, kezaliman dan parti yang menolak Islam dengan mengundi calon PAS.

Tok Guru dalam satu perutusan khas kepada pengundi Bagan Pinang, meminta pengundi pos di kalangan tentera membuktikan slogan "satu peluru satu musuh" diamalkan dengan tidak membazirkan walau satu undipun untuk menzahirkan kebenaran.

"Sebagaimana kita gunakan jari untuk memangkah, hanya satu picu ketika melepaskan satu das tembakan kepada seorang musuh, maka gunakan satu undi yang ada pada setiap orang dari tuan-tuan (tentera) untuk diberikan kepada parti bulan," tegas beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.


Katanya, dengan satu undi itu, para pengundi pos boleh berkata dengan tegas di akhirat nanti bahawa "Ya Allah aku sewaktu di Bagan Pinang dahulu telah mengundi sebuah gerakan Islam untuk mendaulatkan Islam." Oleh itu undilah PAS, undilah Islam dan Pakatan Rakyat demi kebahagiaan di akhirat, tegas beliau.

No comments:

Post a Comment