Showing posts with label Penanti. Show all posts
Showing posts with label Penanti. Show all posts

Monday, June 1, 2009

Media UMNO bodoh,bangang,bongok,buta angka

Rata rata media Umno menghebahkan tentang kurangnya peratus keluar mengundi.
Kononnya tak mendapat sambutan.
Kononnya pemenang tidak bermakna apa2 kerana pengundi hanya 46.1% tidak mewakili majoriti .

Bodoh bangang bongok buta angka.
Plain stupid.

SPR jangka 70% keluar mengundi.
46.1% sudah keluar mengundi, maka hanya tinggal 23.9% yang tidak muncul mengundi.
Andaikata kesemua jangkaan 70% keluar mengundi, hanya tinggal maksimim sekalipun 23.9% sahaja undi UMNO.

Hanya 23.9% sahaja untuk UMNO.
Hanya 23.9% sahaja untuk UMNO.
Hanya 23.9% sahaja untuk UMNO.

________________________
Tahniah kepada DrMansor.
Tahniah kepada Nai Khan sebagai calon bebas.
Tahniah kepada Kamarul sebagai bertanding bebas.
Celaka kepada Aminah BODOH berjuang untuk KEJIJIKAN peribadi.

Saturday, May 30, 2009

Saya sokong benar cakap orang UMNO ni

"Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. "Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. "Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi. Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi."~~Sumber KLPOST/Malaysiakini.

______________________________________
Saya setuju benar kalau orang Umno tak nak mengundi.
Eloklah.
Senang sikit PR nak menang.
Senang cerita.

Tuesday, May 26, 2009

Drama Penanti boleh tahan jugak

Ingatkan tak meriah drama Penanti.

Rupanya Kak Min Dola ni siap buat rakam, CD dan edar.

Ada pulak media konference lancar drama CD.

Isk isk..

Tak de pelakon muda sket ka??

Amina Dola,Altantuya,Penanti,Suratkhabar hari ini

Sebelum ini suratkhabar hanya over mukasurat 3 je erita berkaitan pilihanraya kecil.
Hari ini Kak Min dapat coverage frontpage.

Apahal bahan bukti boleh jaja gitu sekali.
Nama Altantuya disebut pun tak boleh kononnya bahan mahkamah.

Sebenarnya media dengan membuat kecoh mengenai Kak Min hanya membentuk 'sparing partner' untuk calon Pkr.
Bayangkan calon Pkr kempen sorang sorang jika takde lawan langsung.
Dengan adanya watak Kak Min ini, sekurang-kurangnya bolehlah jadi 'punching bag' jentera Pkr.
Timakasihlah media Umno.

Monday, May 25, 2009

Undi untuk Kak Min 500 saje di Penanti

Saya meletakkan keyakinan pada tahap 500 undi je lah untuk Kak Min .
Orang Umno kalau pergi mengundi memang bodoh dan tak ikut cakap bos.
Najib dah kata stay away.

Orang Umno kalau keluar mengundi dan mengundi Kak Min, lagi bodoh.

Tuesday, May 19, 2009

PENANTI Helah Cerdik UMNO Najib

Umno Najib membuat keputusan drastik dan berbeza dari kebiasaan.
Satu keberanian.
PR mesti hati hati.
Pkr mesti pandai mengelit dari buah silat baru ini.

Sekarang diumpamakan perlawanan akhir bolasepak dibatalkan dan digantikan dengan perlawanan pertunjukkan sahaja untuk mengisi masa.
Tentu penonton tidak ramai datang.
Peminat juga tinggal separuh minat.

Sekarang kemenangan PKR PR seperti tiada makna.
Tetapi kekalahan tak sengaja boleh menempah 'bala' yang akan diambil kesempatan oleh Umno.

Sekarang terpulang kepada Pkr PR untuk bermain dalam diam tetapi dalam masa yang sama mempastikan pengundi (penyokong) tetap keluar mengundi.
Inilah cabaran paling penting bagi PR, mempastikan penyokong tetap keluar mengundi.

Sekarang team Umno Najib Bn akan bermain dengan diam diam menaja calon bebas barangkali.
Kita lihat bagaimana mereka akan berkempen dengan cara berselindung ini.

Sunday, May 3, 2009

Pyschology Umno di Penanti

Rasa pelik untuk difahami.
Fikir 2 kali, taktik nya hampir sama kat Kuala Terengganu tempoh hari.
Dulu perkecilkan kepentingan prk KT dengan alasan ia hanya isu lokal dan bukan nasional.
Maka berita mengenai hanya di muka surat 3 akhbar.

Kali ini, kononnya prk Penanti lansung tidak perlu.
Malah tidak mahu menyertai.
Namun diperhati masa yang ada, penamaan calon hanya pada 23 Mei dengan hari mengundi pada 31 Mei.
Jadi hakikatnya Umno boleh membuat keputusan untuk menyertai prk ini pada 22 Mei nanti.

Sementara itu, mereka boleh melengahkan hasrat dari diketahui umum.
Sambil itu mereka terus memadamkan semangat rakyat(pengundi) dari terus bercakap mengenai prk tersebut.
Mereka akan cuba memadamkan terus berita mengenainya.
PR mungkin akan jadi leka.
Rakyat (pengundi) mungkin jadi lupa, lalu tidak merancang dan tidak keluar mengundi nanti.

__________________________________________
Di Pihak PR, perkembangan prk mesti senantiasa dihidupkan.

Calon PKR kata Umno main perang psychology.

Perang psikologi Umno di Penanti.

Anwar pula menerangkan......
PAS tidak cabar PKR di Penanti

Anwar berkata adalah sesuatu yang baik apabila pemimpin-pemimpin akar umbi daripada Pakatan Rakyat untuk membuat cadangan bagi mewakili pimpinan parti masing-masing.
"DAP dan PAS mempunyai hak untuk bertanya kepimpinan Pakatan Rakyat agar mempertimbangkan cadangan-cadangan mereka bagi memilih calon.
“Dalam perkara ini, pucuk pimpinan PAS bersetuju bagi membenarkan PKR untuk membuat keputusan itu.
“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat bahawa mereka bukan sahaja bersetuju, tetapi menyokong sepenuhnya pilihan PKR, Mansor Othman untuk bertanding di Penanti," katanya selepas merasmikan bilik gerakan Wanita PKR Permatang Pauh di Sungai Semambu semalam.
Tambah Anwar, beliau telah menemui Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman petang semalam.

Friday, May 1, 2009

Gempar!Bapa Altantuya akan berada di Penanti!!

Monggolian News Forum melaporkan bahawa Setev Shariibuu, bapa kepada wanita Monggolia yang dibunuh dengan zalim dan kejam di Malaysia pada tahun 2006 akan berada di kawasan pilihan raya kecil Penanti tiga hari sebelum hari pengundian.

Setev Shariibuu tidak akan berkempen tetapi akan berjalan-jalan sekitar kawasan Penanti dan tempat awam. Mr. Shariibuu akan terus berada di Penanti sehingga ke hari pengundian.

Gambar dan quote dari http://kerajaanrakyat.com/.


Muktamad PKR vs UMNO di PENANTI

"Ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat (PR). Semua parti dalam PR telah bersetuju, jika berlaku pilihan raya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

sumber gambar dan quote dari http://greenboc.blogspot.com/.
__________________________

Kepada sahabat dalam Pas di PP tu bawak bersabar lah.
Usahlah menggatal tangan cari pasal.

MUKTAMAD.TITIK.

Wednesday, April 29, 2009

Apa Helah Umno pandang ENTENG Penanti

Mula mula Najib perlekehkan keperluan mengosongkan kerusi.
Kemudian SPR melengahkan pengumuman kekosongan kerusi.
Sekarang Umno melengahkan keputusan samada bertanding atau tidak.

Apa helahnya?
Barangkali.

1.Melemahkan semangat pasukan lawan.
2.Membuat rakyat memandang negatif terhadap pilihanraya.
3.Menjauhkan pengundi atas pagar.
4.Mengelirukan pengundi.
5.Mencari alasan awal untuk menghadapi kekalahan.
6.Mengurangkan tekanan psychology phobia kekalahan.
7.Berhasrat menyerang saat akhir.

Siapa lawan UMNO di Penanti

PAS tolak tanding di Penanti

PAS Pusat mengambil ketetapan untuk tidak meletakkan calonnya di Penanti dan akan menyokong penuh calon dari PKR dalam pilihan raya kecil itu.

Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.
_______________________________________
Kan senang gitu.

Kepada sahabat2 Pas di Penanti, amiklah nasihat ikhlas Angkasanuri.blogspot.


DUN PENANTI: INGATAN BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN DI PULAU PINANG
Pas Kawasan Permatang Pauh dan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang berhasrat untuk meletakkan calon Pas di Penanti.Dalam Pas, segala pandangan dan cadangan adalah amat dialu-alukan dalam konsep musyawarah. Tetapi sebagai ahli dan pimpinan di peringkat kawasan dan negeri apa-apa keputusan dan cadangan wajar dirujuk kepada pimpinan tertinggi di peringkat pusat.

Tidak salah untuk menyuarakan pandangan dan pendapat tetapi setiap pandangan itu perlu disampaikan melalui saluran yang betul. Tidak disalurkan melalui media yang bukan menjadi lidah rasmi parti. Sekaligus memberi peluang kepada musuh untuk melaga-lagakan kerjasama erat yang wujud dalam Pakatan Rakyat selama ini.

dan seterusnya..............
_____________________________________________
Berlapang dada lah semua.InshaAllah.
bawak bertenang.
banyakkan beristighfar.

Apahal mamat Pas ni..teringin nak lawan UMNO ke?

PAS Permatang Pauh beku jentera p'raya.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi.

______________________
Buang tabiat ke.?
Takde kerja cari kerja.
Takde pasal cari pasal ke?

Menanti UMNO di PENANTI


Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, 58, tahun dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bulan depan.

Thursday, April 23, 2009

MT UMNO akan bincang terima Fairus??

Spekulasi semata mata.
Ada rasa nak betul.
Sendiri fikir la.

Rundingan peringkat tinggi mungkin sedang berlaku.
Contoh.
Apa offer kau?
gini gini...
Bagilah..
Bagi tapi kau masuk kami dulu.
Ok.Tapi kau clear aku dulu.
Ok.Aku dah clearkan kau.

lebih jelas disini_________________________adukataruna.

Fairuz lompat UMNO : PKR buat bangsat lagi?
1. Tiada kenyataan Fairuz pun yang mengatakan dia letak lawatan.
Kes serupa macam Perak.
Kenyataan dikeluarkan oleh PKR negeri.

2. SPR dalam proses mengesahkan kerusi kosong, bukan mengesahkan tarikh PRK. Kes sama macam Perak.

3. Fairuz ghaib. Kenyataan terakhirnya ialah dia disabotaj.

4. Anwar puji2 Fairuz. Apa kejadah?
Takut Fairuz lebih nekad melompat?

5. ura2 mengatakan SPRM mengesahkan Fairuz bersih.

6. Lim Guan Eng 'lawan' SPRM dengan hasil siasatan kerajaan negeri terhadap kuari.

________________________
Maksud kata pujian Anwar kepada Fairus itu, "Fairus awak janganlah masuk Umno walau ditawar lumayan."

Perhatikan juga,
MT Umno Jumaat ni.
SPR tangguh dari Jumaat kepada Isnin untuk tentukan kekosongan kerusi.
LGE akan umum cross investigation kuari Sabtu ini.
Semua kronologi peristiwa begitu tersusun, terutama helah2 SPR membeli masa!!

Monday, April 20, 2009

UMNO Bn taknak bertanding takpe tapi..

tapi ...
Janganlah dok racun rakyat pandang negatif pada pilihanraya.
Silap gaya Pru13 pun kau orang meno suruh tangguh ke batal ke..

takpe tapi..
tapi jangan kau orang meno taja calon bebas, lepas tu pulun semua agensi kerajaan milik rakyat dok kempen calon bebas..
jangan ada satu pun bendera Umno Bn dan jentera kerajaan digunakan termasuk rtm,tv3.

takpe tapi..
tapi jangan guna Spr buat alasan bodoh tak isytihar prk ke,
jangan suruh Spr buat syarat bodoh ke..spt mak bapak dan nenek calon je bleh hadir hari penamaan calon.

takpe tapi..
tapi jangan guna alasan pakai duit rakyat,
tu saman rm63 juta Mb Pahang tu sapa nak bayar,
MB??tak punye.duit rakyat kerajaan negeri Pahang nanti kena bayar.
tu minyak petrol rm1.80 seliter sedangkan nilai harga pasaran dipam sepatutnya hanya rm1.30 seliter di ketika minyak dunia berlegar pada harga usd45 setong.
tu maknanya makan duit rakyat rm500 juta setahun!!

so kalau taknak bertanding,
duduk diam dan umumkan kami tak letak calon sudah.Diam.