Showing posts with label Permatang Pasir. Show all posts
Showing posts with label Permatang Pasir. Show all posts

Tuesday, August 25, 2009

Ulasan Tambahan Permatang Pasir

Yang undi Umno tetap undi Umno.
Yang undi Pakatan tetap undi Pakatan.

Isu
Jeef Ooi.
Dap keluar Pakatan Kedah.
Hassan Ali lawan Ronnie liu.
Kg Buah Pala.

Semuanya menunjukkan penyokong pakatan menerima kertebukaan pemimpin mereka.
Mereka tak mau pemimpin yang asyik cover line je.
Mereka lebih sanggup pemimpin mereka bersuara lantang mewakili stand masing2.

Yang paling penting terbukti
pengundi Cina tiada niat mengusir Pas dari Penang.
pengundi India tiada masalah dengan Pas.

Terbukti juga hal exco Kedah tidak memberi kesan buruk kepada Pas di Permatang Pasir.

Akan tetapi hairan jugak, isu calon Umno tidak memberi kesan terlalu buruk buat Umno!!
pengundi Umno tak kisahhhh!!!

Keputusan Permatang Pasir

Tak Rasmi.
Pas menang.Alhamdulillah.

Dari sudut analisa saya,

semua ok.

Yang undi Pas Pakatan masih undi Pakatan.

Yang undi Umno masih undi Umno Bn.

Kemorosotan angka tidak menunjukkan apa2 significant ulasan.

1Undi Permatang Pasir

Reverse psychology yang baik dari Mahfudz.

1 vote win(majority) is enough.

Umno cuba melihat kemenangan dari sudut mengurangkan majoriti semata-mata.

Dari sudut analisa saya ,
saya hanya ingin lihat adakah Umno mampu menambahkan undi diri mereka sendiri.

Dari sudut kemenangan sudah terserlah InshaAllah menyebelahi Pas.

Size majoriti (hanyalah total Pas-Total Umno),
mungkin ramai yang tak dapat hadir mengundi.
atau tak ramai yang ghairah keluar mengundi berbanding pilihanraya besar.
atau faktor hari kerja.

Prematured Bomb di Permatang Pasir

Adun Lunas keluar Pkr.
Hajat perancang ini tentu utk turn the table kepada pasukan Pas di Permatang Pasir.
Inilah bom satu2 yang dia orang ada.
Keadaan pasukan Umno di Permatang Pasir barangkali telah tersangat tersepit.

Namun, bom ini sebenarnya telah terlalu awal dilepaskan.
Ia sebenarnya lebih sesuai digunakan andaikata sesuatu terjadi pada Anwar apabila perbicaraan mahkamah menjatuhkan hukuman.

Apapun Pakatan harus bersedia menghadapi bom jenis ini ketika berlaku sebarang bentuk jenis keputusan ke atas Anwar nanti.


Saturday, August 22, 2009

Bukan 1 tapi 3, Ijat Umno Permatang Pasir

Not one but three charges against Rohaizat

The Umno candidate and disbarred lawyer had two other charges of wrongdoing but these were not pursued as he had already been found guilty and struck off the rolls on the first case.

Tak tau nak kata lah..

Friday, August 21, 2009

Hero Rakyat Muncul lagi di Permatang Pasir

Dulu kita pernah lihat dan kenal Romlang Porigi muncul sebagai hero rakyat bangun menegakkan kebenaran dan 'membunuh' kezaliman yang diwujudkan oleh Umno.

Kali ini sekali lagi kita mendapat Yusri Ishak seorang lagi hero dari kalangan rakyat biasa bangun menyatakan kebenaran dan 'membunuh' kezaliman diciptakan Umno sekali lagi.


Begitulah seperti dalam surah Yassin diceritakan seorang pemuda 'biasa' bangun mempertahankan Rasul mereka.
Begitulah dalam sebuah surah lagi(saya tak ingat) seorang pemuda dari bangsa Firaun bangun mempertahankan kebenaran Nabi Allah Musa.

___________
Bayangkan doktor di'lucut'kan kelayakan dilantik jadi doktor klinik.
Bayangkan cashier yang baru kebas duit dilantik jadi audit .
Bayangkan loyer Umno baru songlap duit orang ramai lebih tepat lagi pekebun kecil KAMPUNG (yang miskin barangkali) dicalonkan jadi YB Umno.

Tuesday, August 18, 2009

Alaaa tak best lah camni, calon Umno Permatang Pasir

Ketua cawangan tak puas hati pemilihan Rohaizat?

Selepas pengumuman Rohaizat Othman sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir Jumaat lalu, kira-kira 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan berkumpul di sebuah kedai makan, kerana tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat.

_________

Tak best la cam ni.
Apa tak cakap awal2 sebelum penamaan calon,
boleh Muhyiddin tukar calon.

Sekarang ni..
Tarik diri je lah..sempat lagi.
Buat lah alasan H1N1 ke.
Penanti dulu tarik diri jugak kan.

Calon BUKAN Peguam UMNO di Permatang Pasir

Gambar diambil dari blog PPK1 berlabel Loyer Buruk.

__________________


Pesan utk Muhyiddin.
Kempen perkara yang benar sahaja.

So,
perkara SALAH sorokkan lah.he he

___________________
Ari tu sedapnya je tajuk front page Berita Hairan....
Peguam lawan peniaga.

Ambik kau.
Peguam apa!!
Peniaga kau panggil lulusan UM tu.

Friday, August 7, 2009

Permatang Pasir Peluang PAS UMNO DAP

1.Ketepikan faktor Manek Urai.
Ketika itu semua advantages ada kat Umno..mula awal..Pau dah sudah..
Manakala semua disadvantages melanda PAS.
Dan faktor terbesar ialah tawaran 1jambatan.
Pengundi Kelantan tak kisah korbankan 1kerusi untuk ijambatan.

2.Tengok rekod PRU12
Hanya 33% undi UMNO dapat.
Andaikan semua pengundi Umno adalah Melayu..
maka Umno dapat hanya 46% undi Melayu.

3.Sekarang perhatikan isu semasa.

Teoh Beng Hock.
Dap keluar Pakatan Kedah.
Kisah Arak di Selangor.
Kisah Jeff Ooi dan JIM di Penang.

Tiada sentimen mengubah pengundi Melayu.
Tetapi..
Andai pengundi Cina tidak mahu Pas 'ada' di Penang.

55% Pengundi Melayu pergi ke Pas.
62% Pengundi Cina pergi ke Umno.

Pas masih menang.(kecil)

Kepada pengundi Cina kenang2 lah Teoh Beng Hock kalau terlintas nak undi Umno.

Friday, July 31, 2009

Tahukah anda? Permatang Pasir

Komposisi pengundi ikut kaum N11 Permatang Pasir
Melayu 72.31%, Cina 25.94%, India 1.61%

PRU12 dimenangi PAS majoriti 5,433.
Peratus keluar mengundi 82.57%
PRU11 dimenangi PAS majoriti 679.

Selamat mencuba Umno.
Jangan terlalu ghairah ekk...