Showing posts with label Calon bebas. Show all posts
Showing posts with label Calon bebas. Show all posts

Thursday, January 8, 2009

Calon Bebas Hidden Agenda

Azharudin Mamat @ Adam.
Saya rapat dengan Umno.
Bukan kecewa kerana bapa dipinggir.
Cuma ada orang yang takut saya memecahkan undi calon Umno.
Ada orang fikir sesiapa tak suka calon Umno,boleh undi saudara ni.
Itu boleh pakai untuk ahli Umno je.
Teori nya undi Pas tak bertambah dek undi ahli Umno yang lari.
Fikir semula wahai perunding strategi Najib.
Orang Pas dah Pas.
Tak tambah undi Pas dari puak 'Umno lari'tak mengapa.
Sebalik lebih ramai orang Umno boleh buat undi protes.
Orang atas pagar tak akan membuang masa undi calon bebas.
Orang atas pagar ialah pengundi yang belum menetapkan pilihan bukan TIADA pilihan.
Kesimpulan,
Atas pagar lompat ke PAS.
Lari Umno,cabut ke Bebas dan Pas.
Umno tinggal apa?

Tuesday, January 6, 2009

Calon Bebas kacau daun Umno,Senjata makan Tuan.

Prk036 Calon Bebas anak SUP Menteri Besar Terengganu.
Calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu Azharuddin Adam, adalah seorang ahli perniagaan dan merupakan anak kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.
Petikan dari Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu P036.

Manakala satu lagi calon bebas dari AKIM,menarik diri mengejut tanpa disangka.
Calon Akim Tarik Diri .

Tujuan utama wujud nya calon bebas yang mirip Pas adalah untuk mengelirukan pengundi Pas.
Perkembangan terbaru di mana calon bebas Akim menarik diri secara mengejut tanpa disangka dan mengistiharkan sokongan terbuka kepada Pas ,bakal memberikan kesan baik kepada Pas.

Manakala calon bebas kedua yang menghantar borang penamaan 2 minit sebelum waktu ditutup jam 10.58 tadi dikatakan adalah dari parti Umno atau sekurangnya ada kaitan dengan orang kuat Umno.
Ini memungkinkan pengundi Umno akan terkeliru dan akan ada undi Umno yang akan terbabas ke calon bebas ini.

Benarlah, calon bebas berkemungkinan kacau daun Umno.
Barangkali senjata telah makan tuan.!