Saturday, January 17, 2009
Rai kan kemenangan dengan Syukur,Sabar dan Tenang~ref Malaysiakini
Tahniah kepada pengundi Kuala Terengganu khususnya dan seluruh rakyat Malaysia umumnya.
Kita telah menggunakan sepenuhnya masa,tenaga dan usaha kita untuk sebulan ini.
Inilah pengorbanan kita beri kepada usaha menegakkan sistem demokrasi itu sendiri.
Hormati keputusan ini.
Jangan sakiti hati yang kalah.
Rai kan kemenangan ini dengan syukur,sabar,tenang dan matang.
Hari ini kita semua pergi mengundi yakni melaksanakan tanggungjawab besar kita sebagai rakyat demokrasi.
Hari esok marilah kita semua kembali kepada kehidupan harian kita.
Nelayan ke laut.
Petani ke tanamannya.
Guru,polis,penjawat awam dan penjawat swasta kembali ke pejabat masing masing.
Inilah kehidupan dalam satu proses demokrasi.
Air Mata Menang
Air mata ini mula membasahi pipi.
Semakin banyak bloggers mengesahkan kemenangan tidak rasmi Pas dengan majoriti 2700+.
AllahuAkbar.
Alhamdulillah.
Ya Allah segala kemenangan ini adalah milik Mu.
Friday, January 9, 2009
Calon Pas Mendapat undi 38000
Hj Mohd Abdul Wahid Endut 38000Wan Farid Wan Salleh 30000
Adam 300
Pada 12 December 2008 saya telah menulis bahawa keyakinan saya ialah pas akan menang dengan majoriti 4000 undi.
Hari ini saya menaikkan tahap keyakinan saya kepada kemenangan calon Pas dengan mendapat 38000 undi.
Mari saya terangkan secara statistik.
Kita sudah maklum terdapat 80,000 pengundi.
Saya menjangkakan peratus keluar mengundi meningkat kepada 85%.
Undi Melayu Pas 58% bersamaan 35,500 undi.
Undi India Pas 55% bersamaan 220 undi.
Undi Cina Pas 45% bersamaan 2800 undi.
Margin of error 500 undi.
Jumlah 38000 undi.
Undi calon bebas saya letakkan 300 sahaja dan saya menjangkakan beliau akan menarik diri 3 hari sebelum hari pengundian.
Baki undi 30,000 lagi diperolehi oleh calon Umno.
Untuk menyaingi Pas,pihak lawannya perlu mencari 8000 undi .
Sekiranya mereka menggunakan khidmat tekong zombie,
8000 zombie diperlukan dan ini akan menyebabkan peratus keluar mengundi meningkat kepada 95%.
Mustahil!
85% keluar mengundi sudah cukup tinggi dengan peningkatan hanya 3% dari Pru12.
Mereka perlu membuat pujukan supaya ramai orang keluar mengundi.
Pengundi Pas lebih tegar,sebarang gertakan tidak menggerunkan pengundi Pas keluar mengundi.
Sebaliknya pengundi Umno menjadi keberatan keluar mengundi.
Dan zombie menjadi susah untuk menyelinap.
Namun,menghidupkan 8000 zombie bukanlah kerja senang.
Mungkin setakat nak cover malu supaya tak nampak kalah terlalu teruk.
Peningkatan undi Pas kepada 58% itu hanyalah peningkatan 2.75%.
Jika dapat diusahakan ke tahap 5%,mendapat 40,000 undi adalah satu bonus.
Tidak hairan kenapa mereka,Umno sudah mula memberikan penyataan penyedap hati.
Saya amat optimistik itulah laporan Malaysiakini pada 9.45 malam 17 January 2009 nanti.
InshaAllah.