Showing posts with label TKO. Show all posts
Showing posts with label TKO. Show all posts

Sunday, January 18, 2009

Ingatan kepada TKO~ref Malaysiakini

Dalam suasana gembira menyambut kemenangan PR ini teringat saya pada laman TKO.
Sehingga ke saat ini saya belum pasti untung nasib TKO.
Mungkin belum pulih lagi.
Namun hati tetap yakin pasti ada hikmah disebalik kehilangan ini.

TKO seharusnya menjadi hero dan sumber utama maklumat menjelang hari hari akhir sebelum pengundian.

Serangan yang dialami TKO telah melumpuhkan fungsinya.
Secara telahan kasar,ramai forumer pro BN menjadi pengunjung tetap disitu samada melawan hujah pro PR atau menyampaikan buah fikiran mahupun propoganda mereka.
Mereka sentiasa dihormati dan tetap dilayan sebagai tetamu di TKO.

Foumer yang sempat saya perhatikan seperti Melayunet,dulu_pas,nongkon,habaqmai,atas pagar dan ramai lagi adalah hero hero pro BN.
Hancurnya TKO buat waktu itu secara tidak langsung merugikan pihak BN juga.
(Saya tidak menuduh,sabotaj itu dilakukan oleh sesiapa berkaitan BN,harap maklum)

Hikmah kedua barangkali,seperti orang terdampar ditengah lautan,pasti kepada Allah saja tempat dia mengharap dan berserah.
Begitulah agaknya perasaan mereka di pihak pro PR yang sentiasa mengunjungi TKO apabila berdepan dengan situasi tersebut.

Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkn takziah atas musibah tersebut.
Semoga Allah memberi sabar dan pahala atas kehilangan ini.
Semoga Allah memberi ganti yang lebih baik lagi selepas ini.
Maksud AlQuran,dan mohonlah pertolongan (Allah) dengan sabar dan solat.
Maksud Alquran,dan sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

Ya Allah Ya Muhaimin peliharalah kami dari kejahatan manusia.
Amin Ya Rabbal al'amin.

Wednesday, January 14, 2009

Tko,Alhamdulillah,OK!




Selepas di serang ... kini Tranungkite sudah boleh di layari.
AllahuAkbar.

Tuesday, January 13, 2009

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun

TKO diserang.

MAKLUMAN TERKINI: Laman Web TKO telah ddos attack pada jam 12 tgh tadi (13 Januari 2009) dengan nilaian yang amat tinggi menyebabkan laman tersebut terhenti operasi. Serangan datang daripada pelbagai server termasuk Brazil, China dll. Anda boleh mendapatkan berita buat semnetara waktu daripada laman UO atau Detikdaily.Awas - TKO hanya mempunyai e-mel tranung2006@yahoo.com sahaja. Sebarang laman baru atau e-mel baru adalah perancangan penceroboh untuk mengesan forumer TKO.- Cybershot.

_____Perunding

Apabila ditimpa sebarang musibah kita ucapkan,
Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun.
Ya Allah berikan sabar dan pahala kepadaku atas kehilangan ini.
Ya Allah gantikan ku dengan yang lebih baik lagi dari yang hilang ini.
Amin.