Showing posts with label media. Show all posts
Showing posts with label media. Show all posts

Sunday, January 18, 2009

BN menang Besar Peti Undi Pos PrkP36~ref Malaysiakini

Buletin Tv3 tidak melaporkan langsung pengiraan tidak rasmi keputusan malam semalam.
Pagi ini saya ke kedai mamak untuk menjeling surat khabar hari ini.

Saya membeli Berita Minggu untuk tengok komik Zoy.
Eh ada kat muka surat depan di sebelah ruang bawah ,'Pas menang di KT' tanpa menunjukkan jumlah undi undi diperolehi calon calon bertanding.
Begitu comel tajuknya.

Saya meneliti Mingguan Malaysia,okay sikit kat mukasurat depan dengan senarai undi diperolehi calon.

Saya pandang surat khabar berbahasa Cina,
Wah terpampang besar wajah calon Pas diiringi Hj Hadi dan pemimpin kanan lain.
Tajuk dan tulisan nya saya tak reti baca.

Menyemak lanjut Berita Minggu di muka 4 terdapat kenyataan dan gambar Najib bersama calon dan Mat Said,BN akur keputusan rakyat.

Menyelak lagi analisis di muka9,isu lama punca BN gagal kekal mandat.
Insaflah,sedarlah isu lama pun awak belum boleh selesaikan.
Kalau tambah isu terkini,tak ke pening awak BN.

Yang paling menarik,
daripada 36 tempat mengundi BN hanya menang besar di undi pos dengan memperolehi 1039 berbanding Pas cuma 86 undi,lapor analisis tersebut.

Kepada BN,terimalah ini sebagai kayu ukur.