Monday, October 12, 2009

Bagan Pinang

1.Sememangnya Isa menang besar.
2.Jika dibuang undi pos
Umno 4400.
Pas 1900.
majoriti masih besar iaitu 2500.
Isa menang semua jenis saluran,muda,tua,ladang,estate,kampung,pekan,bandar,cina,melayu,india,lelaki,wanita.

itu semua tidak dapat dinafikan.
saya cuba menyelami apa fikiran orang bagan pinang bnertindak begitu.

cuba kita perhatikan...
1.bila anwar menang diPPauh,
kita kata takde apa sebab memang itu kubu kuat anwar.
jadi kenapa tak kata..itu memang kubu kuat isa pun.

2.bila pakatan menang 7 prk seluruh malaysia, ada pantai timur kawasan bandar (KT)ada pantai timur kawasan kampung(manik Urai)ada pantai barat kawasan cina,kawasan melayu,kawasan india(bt gantang,btselambau)....
kita kata takde apa apa..

tapi bila umno menang satu je kat bagan pinang, kita kata seluruh rakyat malaysia dah terima umno Bn.pelik kan??

p/s kita tu....puak umno le.

jadi kenapa agaknya pengundi bagan pinang bertindak begitu luarbiasa mengundi ISA??
pada pendapat saya.
1.negeri sembilan hanya sebesar temerloh.
bagan pinang tentulah lebih kecil.
tidak dapat dinafikan 22 tahun menjadi menteri besar membuatkan setiap orang dikenali atau mengenali Isa Samad.
2.pengundi india dan cina berharap (atau mungkin telah dirundingkan) Isa kan menjadi menteri besar semula dan tentulah isa akan terhutang budi dan akan membalas budi dengan memberi pelbagai kebaikan kepada kumpulan peniaga ini.
tokey estate tentu bangsa cina,industri perlancongan tentulah banyak melibat peniaga cina.

kesimpulan.
1.tidak dapat dinafikan isa telah meraih kemenangan yg sungguh menakjubkan.
2.tidak adil jugak hanya 1bagan pinang menang,umno dah nak mendabik dada 1malaya sokong dia.

Sunday, October 11, 2009

WOW ISA lelaki paling hansem di Malaya

Isa baru menang besar.
Isu baru jadi Adun baru.
Isa menang di semua peti undi.
Isa buat rekod majoriti paling besar di Bagan Pinang.
Isa menang di kalangan semua pengundi pos,cina,melayu,india.
Isa juga menang besar sekalipun undi pos tidak dikira.
Isa bakal jadi MB NS.
Isa bakal jadi Timbalan Presiden UMNO.
Isa kembali maruah dan semangat UMno.

Isa juga seorang duda.
Isa juga seorang kaya.

ISA lelaki paling hansem di Malaysia.

Saturday, October 10, 2009

Apa kata Muhyiddin??? di Bagan Pinang

Semalam Najib kata menang yg penting..pasal majoriti aku tak sebok.

Muhyiddin pulak..ni saya dengar dalam awani.

Jentera BN jangan terlalu yakin menang.
anda faham lah ikut mana psychology dia.
(reverse psycho ke..apa ke)

Tapi aku rasa 2 orang ni dah bagi statement awal ni...
(managing kekalahan)

ari tu dulu..
2 hari sebelum keputusan batu putih jatuh ke singapore..
rais kata...rakyat mesti waras menerima sebarang keputusan batu putih terlepas dari kita.

MCA dapat telur ayam je

Yang tak leh netas pulak tu.

Ong Tee Keat kiok.

Chua Soi Lek kiok.

Che Det kata MCA menang kosong.

Bijok mu, Che Det.
_______________________
Najib pulak ter "overdose".

Parti Makhal Sakti dia buat.
Parti Rakyat Malaysia di Sarawak dia buat.

buat satu ok lah.

ada sebab umno suka tengok mca dan mic lemah.
1.dia boleh control semua.
2.komponen bn dah tak boleh kutuk umno punca pru12 kalah.

SPRM berehat sempena Bagan Pinang

1.Serangan ke atas pemimpin DAP dan PKR Selangor direhatkan sepanjang musim kempen Bagan Pinang.

2.Beberapa orang didakwa kerana pijak kepala lembu.

3.Seorang anggota polis berbangsa India ditahan/dakwa atas kejadian kematian Kugan.

____________________

Zahid Hamidi dan MB NS offer tentera kolam renang dan upgrade surau.

Ini petanda yang sangat baik.

1.Anggota tentera bijak untuk memohon upgrade surau diwaktu ini.
Juga menunjukkan anggota tentera adalah kumpulan yg memakmurkan rumah Allah.
Saya yakin telah ramai ustaz dijemput memberi kuliah agama selama ini kat situ.

2.kenapa menteri umno baru nak offer?
ari tu menang pru12 kenapa tak upgrade surau dan buat swimming pool???

sepatutnya tawarannya berbunyi begini....

"kami telah membina sebuah surau dan sebuah swimming pool setelah menang pru12 Bagan Pinang,...
oleh itu sempena pilihanraya ulangan ini (pilihanraya kecil) ekoran kematian YB kami yg lepas, maka kami menteri umno dan menteri besar umno menawarkan

SEBUAH LAGI SURAU DAN SEBUAH LAGI SWIMMING POOL BAGI KEMUDAHAN PIHAK TUAN PUAN...untuk itu SUDILAH KIRANYA TUAN PUAN MENGUNDI CALON KAMI" .


____
Umno umno...
rasa nya kelentong hangpa semua dah terlewat.

____
Saya yakin sepenuhnya.,InshaAllah kali ini undi pos akan memihak kepada PAS.

Friday, October 9, 2009

Amaran! Ini adalah andaian semata-mata

Berdasarkan blog http://hasbullah.pit.my/.

1.Terdapat perbezaan daftar antara SPR dan pihak tentera.
Ianya bagus sekiranya pihak tentera hanya membenarkan orang dalam senarai tentera sahaja dibenarkan memankah undi.

2.Terdapat 1792 sahaja .
"Apa yang terjadi semalam, hanya 1792 surat keutamaan yang mengandungi kertas undi dikeluarkan, akan tetapi ianya jauh benar dengan angka 4611 pengundi. Perbezaan 2819."
Ini juga sangat bagus.
bermakana hanya 1792 sahaja pengundi pos diiktiraf tentera.
yang 2819 akan dikira sebagai tidak keluar mengundi!!!
bermakna seramai 1792 sahaja keluar mengundi.
iaitu hanya 1792/4611=38.86%

(dlm pru12- 500 undi pos tidak kembali.)

Tapi awas adakah 2819 undi itu akan menjelma dihari pengiraan nanti???
adakah mereka mengundi ditempat lain lagi yg tak dikawal??
atau mereka betul2 undi pos....hantar pakai setem pos malaysia,atau pos laju,atau citylink,atau dhl???

atau senarionya begini.
selama ini jumlah tentera yg betul2 keluar mengundi tak pernah dikira atau dicatit.
mungkin 10% je pergi mengundi.
kertas undi selebihnya yg tak dipakai, digunakan oleh 'super agent' utk memangkah calon ehem ehem!!

jadi,ini menerangkan kenapa 500 undi dibiarkan dlm pru12 itu.
(calon PKR menang lebih 2000)
bermakna,selepas berhempas pulas memangkah kertas undi,sampai kremm jari tangan, super agent tu sedar..tak guna aku habiskan kerja aku...baki 500 ni tak cukup nak cover.!!

kesimpulannya.....????
yang datang mengundi sebanyak 1792 ini pure undi PAS!!
yg sokong Umno tentu tak buat apa2 sebab tau kertas undi mereka akan di'selesaikan' oleh super agent.
jadi sekiranya super agent seludupkan baki kertas undi tu..dapatlah UMNO 2819 undi POS!!!!!!

HAKIKATNYA...
1792 SUDAH CUKUP MEMADAI BUAT PAS UNTUK MENANG!!!INSHAALLAH.

Abang Tentera, Satu Undi Satu Kebenaran

Usah tunduk dengan tekanan UMNO.
Anda gagah.
Anda bebas.
Anda merdeka.
Anda pejuang kebenaran.
Anda penegak keadilan.

_________________________________petikan PemudaBesut

Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyeru anggota tentera yang terlibat dalam pengundian pos dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, 11 Oktober ini bertindak sebagai perwira yang gagah perkasa di medan tempur, berani menentang rasuah, kezaliman dan parti yang menolak Islam dengan mengundi calon PAS.

Tok Guru dalam satu perutusan khas kepada pengundi Bagan Pinang, meminta pengundi pos di kalangan tentera membuktikan slogan "satu peluru satu musuh" diamalkan dengan tidak membazirkan walau satu undipun untuk menzahirkan kebenaran.

"Sebagaimana kita gunakan jari untuk memangkah, hanya satu picu ketika melepaskan satu das tembakan kepada seorang musuh, maka gunakan satu undi yang ada pada setiap orang dari tuan-tuan (tentera) untuk diberikan kepada parti bulan," tegas beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.


Katanya, dengan satu undi itu, para pengundi pos boleh berkata dengan tegas di akhirat nanti bahawa "Ya Allah aku sewaktu di Bagan Pinang dahulu telah mengundi sebuah gerakan Islam untuk mendaulatkan Islam." Oleh itu undilah PAS, undilah Islam dan Pakatan Rakyat demi kebahagiaan di akhirat, tegas beliau.

Thursday, October 8, 2009

Kenyataan Positif Najib 3 hari sebelum Bagan Pinang

  • Kenyataan sebegini juga dikeluarkan oleh PakLah 3 hari sebelum prk Permatang Pauh.

  • "Kemenangan Anwar tidak akan mengubah kedudukan kerajaan atau kerajaan Pusat"

  • Hari ini teliti kenyataan Najib.

  • Ini menunjukkan laporan diterima Najib menunjukkan Pas pasti akan merapatkan jurang majoriti.

  • Beranikah 'risikan' itu melaporkan Pas juga bakal menang???

  • (kpg pejuang Pas PR...teruskan tugas berjuang..anda semua dalam perjalanan ke arah kemenangan.InshaAllah)

  • Menang lebih penting dari majoriti, kata Najib
    Oct 8, 09 11:07am
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata memperoleh kemenangan adalah lebih penting bagi BN dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, daripada saiz majoriti kemenangan.LAGI
  • BN perlu kerja kuat
    Perhimpunan agung Umno

Risaukan undi India?? di Bagan Pinang

Secara umum membaca komen di Malaysiakini, saya mendapati ada pemerhati risaukan undi India berkecuali atau memboikot di Bagan Pinang.

Walaupun seruan ini datang dari Uthayakumar,
namun...
sebenarnya..

1.dalam pru12 dulu takde sapa pun suruh rakyat jom undi PR.
(rakyat bertindak sendiri)

2.secara umumnya pengundi PR adalah pengundi tegar,bukan pengundi ikut ikutan.
elasticity tinggi.
macam perokok,naik harga camna pun,demand tak turun.
begitu pengundi PR,gertak ke,susah ke, lagi naik semangat nak gi ngundi.

3. sebaliknya pengundi Umno BN.
kurang semangat dan ikut keadaan.


awalnya dijangka up to 85% pengundi India menyebelahi PR.
kesan boikot mungkin menyebabkan 80% undi PR, and only 5% undi Umno!!