Jebat Moden Derhaka, Umno Tuah Langsung Takleh Percaya.
Kepada sesiapa merasakan dirinya Jebat moden,
Berhati hatilah dan fokuslah menghentam musuh politik yang nyata.
Jika musuh politik anda ialah Umno, pastikan anda dapat mengetuk kepalanya,
Umno ni berbentengkan SB,FRU,Polis,SPR dan istana.
Jebat jangan bazirkan tenaga di‘lihat’ menentang benteng Umno.
Pastikan dapat ketuk kepala Umno tu sendiri.
Juga pesanan kepada Jebat moden.
Jangan sesekali percaya pada Tuah.
Buat baik berpada pada, Tuah langsung takleh percaya.
Biar manis macam mana mulut dia memujuk.
Jangan bagi keris Taming Sari kat dia.
Habis ditikamnya Jebat semula.
Para pengundi jangan sesekali bagi undi kat Umno.
Dapat kuasa habis dirobeknya rakyat semula.
Kita beri kuasa kepada Umno Bn melalui pilihanraya demokrasi,
Tetapi dirobeknya demokrasi di Perak,
Di rembat nya harta rakyat melalui kroni dan rasuah..
Di perkosa hak keadilan rakyat melaului Isa.
Ditutup mata dan fikiran rakyat melalui akta kawalan media.
Ditutup minda pelajar universiti dengan auku.
Kepada pejuang semua,
fokus kepada menentang tunjang paksi kebatilan politik Umno Bn.
Tumbang yang ni..InshaAllah yang lain boleh dielokkan.
No comments:
Post a Comment