Petanda besar sudah datang.
InshaAllah.
Apabila jemaah Subuh sudah menyamai jemaah Jumaat.
Positif lah.
Optimistik lah.
________________________CinaIslam.
Solat Hajat yang di imamkan oleh Presiden PAS, DS. Hj. Abdul Hadi Awang baru berakhir tadi dan sekarang ini Rombongan Pimpinan bersama Calon mula bergerak menuju ke Majlis Perbandaran Taiping tempat penamaan calon pada pagi ini.Sementara itu keadaan jalan penuh sesak dengan kenderaan sejak awal pagi. Kenderaan masih boleh bergerak perlahan, namun yang menjadi tandatanya kemanakah ribuan polis yang sepatut nya membantu kelicinan perjalan kenderaan pada pagi ini.Calon PAS, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin di temani oleh Isteri dengan persalinan baju Melayu lengkap berwarna kehijauan.
__________________________CinaIslam
Terkini 7.00 pagi : Mesjid dan bandar Taiping dipenuhi manusia.
Tiga Masjid yang ada di sekitar bandar Taiping, iaitu mesjid Daerah, mesjid Lama dan mesjid India dipenuhi oleh jamaah semasa solat Subuh pagi ini. Demikian berita yang diterima dari Ajijoi yang berada disana pagi ini.Menurutnya juga keadaan di Bandar Taiping juga sudah sesak dengan kenderaan sejak awal pagi.Katanya lagi di Masjid Daerah oleh kerana ramainya jamaah menyebabkan ada sedikit gangguan bekalan air.Inilah suasana awal pagi di bandar bersejarah ini dalam keadaan semua pihak bersiap untuk perarakan dan penamaan calon yang akan diadakan di Majlis Perbandaran Taiping pada jam 9.00 pagi ini.Menurut Setiausaha Operasi Jentera PAS PRK Bukit Gantang, Sdr. Salman Salleh semasa di hubungi, satu solat hajat untuk pimpinan akan diadakan di Markaz Ayer Kuning pada jam 7.30. Konvoi pimpinan bersama calon ke tempat penamaan akan bermula pada jam 8.00pagi ini.Malam tadi suasana di Markaz Ayer Kuning yang merupakan Bilik Operasi Induk terus menerus hingga lewat malam menerima kunjungan dari penyokong luar daerah bagi mendapatkan maklumat perarakan calon dan penempatan masing-masing.Semasa saya dihubungi beberapa warta akhbar utama bertanyakan berapa jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang kana hadir, saya katakan melebihi 30,000 orang.
_________________________CinaIslam.
(2) LIVE @ Bukit Gantang - 3 ribu bersolat Subuh di Masjid Taiping
6.08am
Hampir lebih 3 ribu jemaah mengerjakan solat Subuh berjemaah di Masjid Jamek Taiping, pagi ini. Ini satu pandangan luar biasa. Kehadiran jemaah daripada penyokong Barisan Rakyat begitu mengujakan kepada sesiapa sahaja. Keadaan bandar Taiping semakin sesak.Kesemua 3 masjid besar di sini, keseluruhannya dipenuhi oleh jemaah. Kenderaan telah mula memenuhi bandar kecil ini.
______________________________AlBanjari.
AllahuAkbar.AllahuAkbar.AllahuAkbar
No comments:
Post a Comment