Sunday, March 29, 2009

UMNO tenang Seminggu je,Taufan Rombakan Kabinet menunggu

Marilah team baru Umno berdepan dengan PR.
Tapi harus dengan cara gentlemen.
Lepaskan permit Suara Keadilan dan Harakah.
Ceramah harus dibenarkan untuk menyampaikan mesej kepada pengundi.

Akan tetapi tiadalah dirisaukan sangat team baru Umno.
sekejap je, hangat hangat taik ayam je.
Minggu depan rombakan kabinet.
Apa jadi kat kabilah PakLah.
Koloni Najib dah menanti.

Mana nak letak Azalina, Rais, Hamid Kebab.
Shahrir jugak bagus, letak jawatan.
Tu muka baru menang MT tu.
Semua nak tempat.
_______________________________

Perubahan Umno 'tiada kesan' di Bkt Gantang.
Perubahan kepemimpinan dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada pengundi parlimen Bukit Gantang, kata dua pengamat politik. Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata peralihan kuasa itu - dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - semalam hanya meredakan pergolakan dalaman parti itu. Beliau, yang turut meninjau perkembangan di kawasan parlimen itu hari ini, berkata masyarakat dan pengundi belum tentu mengubah tanggapan mereka sebelum ini terhadap kerajaan. "Sengketa Dr Mahathir-Abdullah itu adalah pergolakan dalaman parti, sedangkan pilihan raya kecil membabitkan parti-parti politik yang berbeza pendirian. "Jadi, saya tidak fikir perdamaian itu akan mempengaruhi keputusan pengundi," katanya kepada Malaysiakini. Seorang lagi pensyarah sains politik UKM, Dr Mohammad Agus Yusoff juga mempunyai pendapat yang sama - perubahan Umno itu tidak akan memberikan kesan kepada pengundi Melayu di kerusi tersebut. "Ia tidak memberi kesan segera kepada para pengundi Melayu dan pengundi muda. Jadi, saya tidak dapat memberikan komen berhubung hal itu.Malaysiakini.

1 comment:

  1. Berapa kali kabinet telah bertukar ganti semasa negara dipimpin oleh BN?tentunya lebih darui sekali sejak merdeka. Apakah berlaku keadaan huru hara dikalangan kepimpinan negera akibat perubahan kabinet?. Pemimpin BN tidak spt keadaan didalam pembangkang. Pemimpin BN adalah pemimpiin yang sedar akan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi, lebih-lebih lagi selepas perhimpunan ahung UMNO baru-baru ini. Perubahan dari segenaop segi terutamanya dari segi minda dan semangat untuk memperbaiki segala yang tersilap langkah telah bermula sejak hari pertama persidangan lagi. Datuk Shahrir merupakan satu contoh jelas salah seorang pemimpin UMNO yang berhati mulia. Tak usahlah kita nak menyerongkan lagi kenyataan dengan mengadu domba bukti-bukti karut yang tak pernah nyata.
    Rakyat UMNO/BN akan setia dan patuh kepada Datuk Seri Najib. Sesiapa sahaja yang akan beliau lantik sebagai Menteri dalam Kabinetnya, sudah tentu akan disukai dan disokong rakyat BN. Tidak seperti Pembangkang dimana sehingga kini Anwar masih tidak berani mengumumkan kabinet bayangan nya, kerana takut timbul rasa tidak puasa hati dikalangan yang tidka terpilih. Dan rasa tuidak puias hati tersebut boleh meyebabkan pembangkang berpecah belah. Bn tidak sekali. Jangan cuba memutar belitkasn suasana dan kebermungkinan yang tidak benar.

    ReplyDelete