KOTA BAHARU : "Saya tetap dengan keputusan Muktamar (Tahunan PAS ke-54 yang lalu), barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin," kata Mursyidul Am PAS, YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini.Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tetap berpegang kepada keputusan bersama dalam muktamar, iaitu PAS tidak mahu mengadakan kerjasama dengan BN, termasuk pembentukan kerajaan campuran.
_______________perunding.
Alangkah eloknya TGHH, UsNasha dan Sallehudin Ayub cepat2 keluarkan statement gini.
Selesai.Tutup file terus.
Salam perunding,
ReplyDeleteApa yg saya paham dgn kenyataan TGNA, adalah TGHA mncadangkn kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO/BN, sebenarnya apa yg diutarakan oleh TGHA adalah kerajaan perpaduan antara PR dan BN. Seperti kata TGHA, kalau UMNO/BN tidak mahu PKR dan DAP menyertai kerajaan perpaduan tersebut maka PAS juga tidak akan bersama dgn BN/UMNO.
Malangnya, berdasarkan pembacaan saya di blog, ramai yg tak faham dan menuduh bukan2 terhadap TGHA. Padahal kerajaan perpaduan yg dimaksudkan oleh TGHA mempunyai seribu satu kebaikan kepada negara dalam menghadapi krisis ekonomi pd masa sekarang.
TGHA dah byk kali pun keluar statement, tapi selalu diputarbelitkan atau dibuat2 tak paham oleh sesetengah manusia utk memporak-porandakan pimpinan PAS dan PR. Saya nampak mcm ada gunting dalam lipatan dlm kes kali ni..
jadi jangan buat benda yang orang tak faham.
ReplyDeletedalam dunia marketing senang je, jual barang yang orang faham.cukup.
Sebenarnya bukan tak faham, saje nak mengeliru fakta. Apapun jua saya sangat bersetuju jika UMNO dan PAS bersatu atau bercampur. Dan tidak lagi ada yang dikatakan PAS dan UMNO itu. Ia hanya satu parti yang baru dimana smua islam/melayu menjadi ahlinya. Jika kita nak berbincang dan bermuzakarahpun masih berada didalam sebuat flatform bangsa yang hanya satu. Buat apa kita banyak parti jika yang menonjol dan tertonjol hanyalah perkelahian yang nam[pak jelas tidak membina. Baik bagi-bagi harta dan tanggungjawab secara yang lebih berhemah. Kita semua satu bangsa, satu agama dan satu keturunan. Tapi suami isteri dan sanak saudarapun keji mengeji. Dan sejak kebelakangan ini semakin parah sekali suasananya. Kadang kita minta pembelaan orang lain yang sebenarnya mereka meneguk diair yang keruh.
ReplyDeleteKenapa tak boleh bersatukah? Bukankah itu yang dituntut. Jika ada sesiapa yang menghalang, tentunya dasarnya ialah harta, kuasa dan betina. Kalau dasarnya amanah dan tanggungjawab, lebih baik diperjuangkan bersama drp berbalah.
Kalau banyak partipun, tidak amanah tak guna juga. Lebih baik satu parti dan jika takutkan kepada kuasa monopoli yang banyak membawa keburukan, ujudkan back bencher dalam parti yang satu ini. Spt dalam parlimen yang mana dengan keujudannya, seolah BN tidak memerlukan pembangkang lagi.
politik malaysia masih baru berusia 50+ tahun,masih terus berevolusi.
ReplyDeletetidak salah dan tidak mustahil untuk bersatu atau berubah,hanya setahun lepas tiada siapa menyangka akan wujud PR.
Setahun depan tidak tau apa pula akan wujud atau lahir.
bersatu elok pada asas yang benar.
bukan antara kaum sahaja,antarabangsa pun boleh,dulu pattani,acheh,sumatera,jawa,kalimantan,jolo,sulu adalah satu.
tapi ada kuasa baru yang pecahkan.
dalam konteks malaysia,tubuhkan satu parti bukan berasaskan kaum,tapi berasaskan hukum Allah,kemudian semua manusia boleh bersatu.
apabila tuan tuan sudah merasakan sistem politik demokrasi sudah tidak boleh menyelesaikan masalah kehidupan manusia,maka bermaksud tuan tuan sudah kembali kepada fitrah.
apa2 yang bukan fitrah tidak mampu menyelesaikan masalah manusia.
akhirnya manusia akan sedar demokrasi ciptaan manusia tidak mampu menyelesaikan masalah kehidupan manusia sendiri.
kembali kepada fitrah dengan mengambil kembali sitem fitrah yang disediakan oleh Allah melalui Rasulnya.
Silakan.