Ini adalah renungan satu tahun PR memenangi PRU12.
Peringatan buat pengundi.
Peringatan buat rakyat.
Hakikatnya tiadalah dirisaukan sangat tentang pengundi dan rakyat kerana saya yakin mereka telah membulatkan tekad dan azam untuk membawa perubahan dan terus istiqamah dalam memilih perubahan itu.
Cuma yang dirisaukan akan hal pemimpin pemimpin parti yang takut sekali sudah alpa dan lupa istiqamah perjuangan asal mereka.
Sudah cuba mencari jalan mudah dan jalan pintas.
Pemimpin yang tiada siapa yang sanggup menegur.
Pemimpin yang kurang mahu muhasabah diri.
Pemimpin yang sudah tidak mahu menghayati sunnah Khalifah Umar seperti dalam sirahnya yang seringkali dicabar oleh rakyatnya hatta seorang nenek tua agar Umar r.a tidak lupa pada amanah Allah.
______________
I ,sometimes represent everybody.
Ada ketika kita buang puntung rokok kat longkang,alih-alih mesti ada puntung rokok sedia ada kat situ.
Bila kita campak sampah kat tepi jalan,alih2 ada sampah sedia ada kat situ.
Satu hari seorang kawan kita pergi Solat Jumaat walaupun jarang sekali pergi,alih2 ramai betul orang kat masjid hari tu.
Balik ke PRU12.
Nak kata DAP kempen habisan,tak juga.
Ada calon dia siap merajuk lagi.
Nak kata PKR bersiap sedia,tak juga.
5 hari lagi nak mengundi,tak siap pasang poster lagi.
Nak kata Pas bergerak diam-diam,tak juga.
Pemimpin dan rakyat bermunajat kepada Allah diKelantan untuk `Devine Intervention`orang putih kata.
kita kata doa lah supaya Allah bantu.
Nak kata Umno sobataj,tak juga.!
Orang Umno bengang kat PM depa lepas kalah je.
Dah tu,sapa?
Nak kata rakyat berpakat,tak juga.
Mana ada rakyat semua buat meeting.
Dah tu,apa?
Tu lah,macam cerita kat atas lah.
Setiap hati Rakyat berazam untuk buat perubahan.
Tak yah berpakat pun.
Kenapa hati tergerak gitu.?
Sendiri mahu postmortem lah.
Siapa ignorant dan terus in the state of denial,nasib lah.
p/s
aaa..siapa gerak kan hati gitu?
sendiri tengok Al-Anfal surah ke8 ayat 63.
__________________
Begitu jugalah di Bukit Gantang nanti.
Hati hati itulah yang akan keluar mengundi.
No comments:
Post a Comment