Thursday, September 10, 2009

Apa yang bersirat dan Tersirat PKFZ

Kabinet tubuh pasukan petugas khas siasat skandal PKFZ
Sep 9, 09 8:16pm
Kabinet memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, untuk menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini.

Menurutnya, pasukan petugas khas itu akan turut dianggotai oleh wakil dari Kementerian Pengangkutan, Pejabat Peguam Negara dan golongan profesional.

Difahamkan, pasukan petugas khas itu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis yang juga sedang menyiasat skandal tersebut.

.........

Beliau juga menolak tanggapan bahawa kabinet mengambil alih siasatan terhadap PKFZ daripada Kementerian Pengangkutan.

Sebaliknya, kata beliau, pasukan petugas khas itu akan menimbang laporan Kementerian Pengangkutan.

Bagaimanapun, katanya, memandangkan ia lebih besar daripada bidangkuasa Kementerian Pengangkutan, maka KSN telah ditugaskan untuk mengetuainya.


_____________________________

Mula2 Ong Tee Keat ingin bongkar dan selesaikan isu.

Kemudian Ong Tee Keat tersepit lalu bertindak mengdedahkan penyelewengan tahap MCA.

Seterusnya Ong Tee Keat semakin tersepit, lalu bertindak untuk membongkar ke peringkat melibatkan VVIP Umno.


Maka oppsssss stopppppppp.That is it.

Lalu diciptakan satu lagi 'badan' yang lebih besar untuk tutup bangkai lebih besar.

Bolehkah ia menutup bau busuknya???


No comments:

Post a Comment