"Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal," katanya, yang juga timbalan pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
"Dan ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan majoriti malah perlu dipertingkatkan majoriti agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat.
Bahagian itu akan mengadakan mesyuaratnya Khamis ini bagi membincangkan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut dan persiapan serta strategi jentera BN.
Diminta mengulas cadangan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang menyarankan calon kerusi tersebut dipilih kalangan wanita, Mohd Faizal berkata:
"Sekarang bukan masanya untuk memenuhi sesuatu kehendak. Sekarang adalah masa kritikal untuk parti.
"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya.
________________
Suruhlah Najib buat solat istikharah.
Yang mana 1 ni??
Tak kan Isa Samad setakat jadi adun capuk je..MB sekarang nak campak kemana?
Wanita?
Hai Kak Kamilia..dah berbunyi.
Kak Izat ya bos ya bos je.
No comments:
Post a Comment