Sunday, January 11, 2009

Diam! Renungkan

Hudud adalah perkara yang besar.
Hudud adalah perkara yang sukar dilaksanakan.
Yahudi Israel adalah sangat zalim.
Yahudi Israel adalah sangat berkuasa tentera dan ekonomi.
Boikot adalah sangat sukar dilaksanakan.

Aduh!
Kerdilnya kita.

Renungkan.
Burung pipit berusaha memunggah air dengan paruh nya yang 'cute' untuk memadamkan api yang dinyalakan setinggi bukit untuk membakar Nabi Allah Ibrahim.
Dari Anas bahwa Nabi Saw bersabda:
"Berjihadlah melawan kaum musyrikin dengan hartamu, jiwamu dan lidahmu." Riwayat Ahmad dan Nasa'i.
Hadits shahih menurut Hakim.
Mencegah dengan hati,lidah dan tangan.Juga semua telah faham.
Sebaik saja bersetuju selepas bermesyuarat untuk melakukan sesuatu kita perlu letakkan keazaman.
Sebaik saja ada keazaman kita terus bertawakkal kepada Allah.
Sebaik saja kita kata hendak melakukan sesuatu terus kita bertawakkal kepada Allah dan menyebut InshaAllah..
Sebaik saja kita memulakan melakukan sesuatu terus kita kata dengan nama Allah aku bertawakkal.
Amalan itu bermula dengan hajat dihati,diikuti dengan melakukan diperingkat berkata atau menulis atau merancang kemudian akhirnya baru dilaksanakan.
Biarpun masih jauh boleh dilaksanankan kita tidak boleh tinggalkan prosedur awal,
kita tetap kena beriltizam untuk melakukannya dan,
kita nyatakan dengan kata kata,seminar,penulisan,perbincangan dan segalanya yang termampu.

Jangan pandang enteng usaha yang kecil.
Jika kita mampu sekadar berkata sahaja,maka itu yang kita laksanakan terlebih dahulu.
Jika kita mampu sekadar boikot sahaja,maka itu yang kita laksanakan terlebih dahulu.

Bab kata pipit,
Aku risau ditanyakan Allah akan apa sumbangan usaha aku bukan akan apa kejayaan aku.

Jangan merapu,Ayuh laksanakan sekadar termampu.

No comments:

Post a Comment