Friday, January 16, 2009

Karpal's Best Insurance Policy

Apabila Karpal telah menyatakan langkah mayat aku dulu mengenai hudud kepada orang Melayu itu menunjukkkan stand beliau mengenai hukum tersebut.
Apabila Karpal berkata bahawa beliau akan membawa DAP keluar dari Pakatan sekira hudud terlaksana kepada orang bukan Melayu,
Itulah 'Insurance Policy" yang paling baik dijual oleh beliau kepada pengundi atau penyokong atau pendokong bukan Melayu.
Inilah jaminan terbaik buat pengundi bukan Melayu.
Seperti juga hidup pasti menemui kematian,begitulah dalam politik memerlukan 'policy' jaminan ke atas sesuatu perkara.

Keunikan dan keajaiban politik Malaysiakini memang sebegitu,air boleh bercampur dengan minyak.
Pendokong,penyokong dan juga pengundi Pas secara khususnya atau Melayu secara umumnya memerlukan penegasan pendirian terhadap isu tersebut seperti penegasan Tuan Guru Nik Aziz.
Begitu juga di pihak bukan Melayu,mereka juga memerlukan penegasan seperti dari Karpal Singh.
Di antara keduanya semuanya memerlukan kata kata seperti dari Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang dan juga Lim Guen Eng.
Begitulah rumusan resipi politik tanahiar mutakhir ini.

Seperti juga cerita Ezam yang cuma menghidupkan kembali populariti Anwar,begitulah penegasan Karpal sekali lagi menyakinkan pengundi bukan Melayu kepada Dap.

3 comments:

  1. Apakah Kapal Sing akan lakukan jika kita benar-benar melaksanakan hukum hudud di Malaysia? ( Kita maksudnya PAS dan UMNO bergabung tindakan yang sama )

    ReplyDelete
  2. tuan bungaraya soalan yang menarik,
    'kita' juga sangat menarik,
    takut hudud macam takut kahwin,dah kahwin aik seronok pulak.
    politik tanahair dalam proses evolving,
    kalau pas kahwin umno,anaknya comel2.
    bila pas kahwin campur pkr campur dap,bila menang peringkat pusat,ramai nanti anak2 umno masuk keluarga baru tu.

    ReplyDelete
  3. mana IKIM? mana Jakim ? Jadi setan bisu ?

    ReplyDelete