SPR izin ejen calon hadir di tempat mengundi pos.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya membenarkan ejen calon yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ditempatkan di tempat mengundi undi pos.
Petikan Berita Harian Online.
Perkembangan menarik.
Kepada semua waktu sampai tong undi pos ke pusat pengiraan undi bukanlah kepentingan utama.
Sampai awal atau lewat sekiranya sudah dimanupulasi terlebih awal sudah tidak bererti lagi.
Yang penting ialah proses pengundian itu mesti dipantau.
Pemerhati mesti dibenarkan memerhatikan kepastian semua pengundi itu hadir.
Semua pengundi itu mendapat kertas undi yang 'fresh', yang belum dipangkah lagi.
Dimasukkan ke dalam `peti' undi dan kekal rahsia undi mereka.
Dipastikan juga tiada unsur ugut atau bermaksud ugut seperti kehadiran seseorang 'superior' yang boleh menakutkan pengundi itu.
Dan akhirnya kertas undi yang itu juga mesti dijamin selamat sampai ke pusat kiraan undi tanpa di'tampered'.
Ops terlupa,siapa nak pastikan penghuni pusat serenti mengundi atau tidak?
Siapa boleh pastikan 'IC' mereka tidak pergi mengundi?
Dikatakan terdapat lebih kurang 80,000 penghuni pusat serenti di seluruh negara.
Barangkali Pusat Kajian Strategik Pilihanraya,
No1,Persiaran Rahsia,
off Jalan Peace Hill,
Poskod 007,Kuala Lumpur.
ada maklumatnya.
saya ada ngajar bekas org besar dlm tentera!undi pos di tmpt mengundi tu hiasan shj..undi tu akan dibuang ke sungai..yg sebenar dah siap dipangkah di tempat lain. Itu yg sampai kpd tmpt pengiraan..hah macamana? ngeri juga kalau fakta ni betul.
ReplyDeleteadus...
ReplyDeleteas for prkP36 is concerned,no worry,1035 tak dapat menampung arus deras undi Pas,Inshaalah.
untuk jangkamasa panjang kita amik perhatian serius.